Di sebalik cerita TITANIC

 Semasa ibu berada tahun ke dua pengajian di UM, ibu rajin mengkuti kelas bimbingan Shaklee yang berlangsung di Wangsa Maju...kebanyakannya ia berkaitan dengan product knowledge dan diakhiri dengan strategi pemasaran. Selalunya ibu dan Cik Faiz(roomate ibu) lebih tertarik dengan product knowledge kerana inilah yang akan membantu seseorang itu berdisiplin dalam pengambilan vitamin.

Namun ada sesuatu yang membuatkan ibu tertarik dan ini membuatkan ibu teringat sehingga kini dan ibu ingin berkongsi dengan semua teman ibu yang lain. Cerita Titanic:

Titanic, sebuah kapal penumpang yang menjadi harapan ramai, pernah di anggap sebagai kapal paling selamat di dunia. Badan kapal itu sepanjang 850 kaki dengan 14 buah kompartmen kedap air. Ia mampu menampung berat sebanyak 46,000 tan. Tiada siapa menyangka ia boleh karam. Kapal Titanic dianggap sangat kukuh dan mampu menghadapi apa jua keadaan di lautan. Namun, kapal itu telah tenggelam, karam di dasar laut bersama-sama kapten dan 1,513 penumpang yang malang. Peristiwa kapal Titanic memberi pengajaran tentang perlunya perubahan dalam organisasi, pendekatan perjuangan, hatta kepada pegangan orang perseorangan. 


Apa yang pernah dibicarakan oleh salah seorang penceramah pada malam itu dimana beliau cuba mengupas bagaimana perkara yang sama boleh berlaku seandainya seseorang individu itu hanya bergantung dengan 1 pendapatan. Benar juga katanya, rata2 orang kita bergantung dengan satu pendapatan dan apabila terdesak barulah cuba mencari alternatif mencari pendapatan tambahan...walhal apa salahnya kita menyediakan safety life boat yang cukup walaupun mungkin keperluannya belum tahu lagi.  Bak kata pepatah Melayu, sediakan payung sebelum hujan.

Mengapa sebenarnya ibu suka berkongsi dengan teman2 mengenai kebaikan Shaklee?
Pada mulanya ibu hanya berkongsi dengan keluarga ibu dan saudara mara yang terdekat, maklumlah kita hanya student sahaja waktu itu. Dalam waktu yang sama, teman2 rapat ibu juga mula consume Shaklee walaupun hanya sebotol dua sahaja. Tiada niat langsung nak buat secara bersungguh2...tapi ibu terkejut sebab dengan hanya memberi kawan2 membeli dengan harga ahli dan tanpa downline ibu diberi cek tunai. Bermula dengan RM30 pada bulan pertama, RM100 lebih bulan ketiga sehinggalah RM1000 lebih pada bulan keenam. Siapa tak seronok sebab dengan duit itu bermakna ibu tidak perlu bergantung dengan duit pinjaman pelajaran.

Memang sukar nak percaya sebab ibu hanya rajin bercerita kebaikan produk dengan teman2 dan ini telah membantu ibu mengurangkan bebanan emak ibu yang waktu itu hanya bekerja di kilang bagi menyara kami 7 beradik.Lama kelamaan ianya berkembang dan sehingga kini. Ibu hanya membuat secara sambilan dan alhamdulillah ianya membuahkan hasil. Ibu hanya memperuntukkan beberapa jam sehari bagi berkongsi dan adakala jika terlalu sibuk tidak dapat juga ibu berkongsi dengan teman2.

Oleh kerana ini juga ibu suka menyediakan beberapa hadiah dan special gift bagi mereka yang sanggup membeli vitamin dengan harga ahli dari ibu....tidak salah kita berkongsi pendapatan agar itu membawa lebih keberkatan. Sekurang2nya apabila mempunyai pendapatan kedua kita mampu berkongsi dengan lebih ramai teman serta golongan yang memerlukan contohnya anak2 yatim dan fakir miskin.

Namun apa yang berlaku hari ini membuatkan ibu rasa sedih dengan sikap segelintir manusia yang suka dengan jalan mudah...nak cepat kaya. Tidak sabar dan tamak. Jika ini berlaku maka kesenangan dan keberkatan itu tidak lama hatta tidak wujud sekalipun. Sebab itu kata arwah abah ibu, konsep bangsa Cha berniaga sangat patut dipuji iaitu biar untung sedikit namun berpanjangan. Banyak sama dikongsi agar agar hidup dapat berbudi.



 Salam sayang dari ibu


Catatan Popular