Hanya untuk 5 hari ini iaitu dari 6 Januari sehingga 10 Januari 2010...setiap pembelian trial pack with Ostematrix akan menerima bekas penyimpanan vitamin yang khas dan istimewa dari ibu. Namun offer ini while stock last ya. InsyaAllah ibu akan upload gambar vitamin case itu nanti...sure siapa yang dapat akan happy punya kerana casing ini terbahagi kepada 3 bhgn setiap hari, iaitu pagi tengahari dan malam untuk 7 hari .
Share Your Story with Shaklee Ostematrix
31 Dec 2009 – 31 January 2010
Ceritakan testimoni anda bersama Ostematrix tidak lebih 150 patah perkataan.
Hantarkan bersama:
Nama:
Alamat :
No K/P :
No tel :
Order No:( terdapat pada resit belian bagi full package):
Atau No. ruj Poslaju (bagi trial pack B with Ostematrix):
sebagai bukti pembelian
email kan kepada: addinnasa@gmail.com
Syarat2 penyertaan ialah:
1. Setiap pembelian trial pack set B bersama Ostematrix yang berharga RM140. (pembelian bermula pada 31 Dec 2009 layak menyertai). Sila sertakan no rujukan poslaju sebagai bukti pembelian.
2. Setiap pembelian melalui ID 395863 bagi mana-mana full package vitamin Shaklee disertai dengan pembelian sebotol Ostematrix melebihi RM150 layak menyertai.(contohnya:pembelian Alfalfa s + Vitamin C + Ostematrix= RM166 layak menyertai). Sila sertakan order no yang terdapat pada invios belian sebagai bukti pembelian.
3. Setiap pembelian melalui ID 395863 bagi full package Set B beserta Ostematrix dengan harga RM394 (ini untuk 4 months consume akan mendapat 1 set freegift). Sila sertakan order no yang terdapat pada invios belian sebagai bukti pembelian.
4. Sila simpan invois belian atau rujukan kertas poslaju bagi urusan menuntut hadiah kelak.
5. Tarikh tutup penyertaan ialah jam 6.00pm pada 31 Januari 2010.
Ibu menyediakan 20 set gift bagi 20 testimoni terbaik Ostematrix yang terbaik. Akan ibu uploadkan gambar apabila hadiah telah siap nanti, insyaAllah. Ianya akan berlangsung selama sebulan iaitu bermula pada 31 Dec 2009 sehingga jam 6pm pada 31 Januari 2010. Jika sambutan yang sangat menggalakkan ibu akan menambah bilangan penerima set hadiah ini.
Last but not least:
***Here's a BONUS ENTRY !!!***
If you have a BLOG, blog about this contest and send us your blog link and your name.
The CHOSEN BLOGGER will receive a mystery GIFT !!!
(Ini terbuka kepada semua blogger!)
Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah....
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA
ALLAH........AMIN.....
.: Luasnya Neraka :.
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'
Lalu Nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'
Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'
Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'
Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar,
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir,'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'
Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'
Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan
sesudah sedar Nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'
Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari umatmu.'
Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.
(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yang Lalai')
-Betapa sayangnya Nabi Muhammad S.A.W pada umatnya...cuma kita sahaja yang tak sayangkan baginda...
Dari Hadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu
mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:
Ada ibu nyatakan sebelum ini bahawa ibu sedang mengumpulkan testimony bagi produk kalsium Shaklee atau nama khususnya Ostematrix. Ramai yang tertanya apakah kebaikan kalsium @ ostematrix ini?
Ostematrix@kalsium sangat penting bagi pembentukan sel darah dan tulang manusia. Ianya juga banyak membantu untuk kelancaran urat saraf kita. Pengambilan yang berdisiplin dapat membantu mengurangkan seseorang itu mendapat penyakit osteoporosis.
Siapakah yang perlu mengambil kalsium@ostematrix ini?
1. Ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anaknya dan wanita yang pernah melahirkan anak.
2. Mereka yang mempunyai masalah kekangan pengambilan bahan2 tenusu seperti susu.
3. Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.
4. Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.
5. Sakit kepala yang teruk dan berhari2.
6. Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.
7. Mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.
8. Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.
9. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.
Seandainya anda mengalami salah satu simptom di atas, anda bolehlah cuba mengambil supplement Ostematrix Shaklee dan rasakan perbezaaannya dan kemudian hantarkan cerita anda kepada ibu untuk merebut 20 hadiah hamper dari ibu.
Share Your Story with Shaklee Ostematrix
31 Dec 2009 – 31 January 2010
Ceritakan testimoni anda bersama Ostematrix tidak lebih 150 patah perkataan.
Hantarkan bersama:
Nama:
Alamat :
No K/P :
No tel :
Order No:( terdapat pada resit belian bagi full package):
Atau No. ruj Poslaju (bagi trial pack B with Ostematrix):
sebagai bukti pembelian
email kan kepada: addinnasa@gmail.com
Syarat2 penyertaan ialah:
1. Setiap pembelian trial pack set B bersama Ostematrix yang berharga RM140. (pembelian bermula pada 31 Dec 2009 layak menyertai). Sila sertakan no rujukan poslaju sebagai bukti pembelian.
2. Setiap pembelian melalui ID 395863 bagi mana-mana full package vitamin Shaklee disertai dengan pembelian sebotol Ostematrix melebihi RM150 layak menyertai.(contohnya:pembelian Alfalfa s + Vitamin C + Ostematrix= RM166 layak menyertai). Sila sertakan order no yang terdapat pada invios belian sebagai bukti pembelian.
3. Setiap pembelian melalui ID 395863 bagi full package Set B beserta Ostematrix dengan harga RM394 (ini untuk 4 months consume akan mendapat 1 set freegift). Sila sertakan order no yang terdapat pada invios belian sebagai bukti pembelian.
4. Sila simpan invois belian atau rujukan kertas poslaju bagi urusan menuntut hadiah kelak.
5. Tarikh tutup penyertaan ialah jam 6.00pm pada 31 Januari 2010.
Ibu menyediakan 20 set gift bagi 20 testimoni terbaik Ostematrix yang terbaik. Akan ibu uploadkan gambar apabila hadiah telah siap nanti, insyaAllah. Ianya akan berlangsung selama sebulan iaitu bermula pada 31 Dec 2009 sehingga jam 6pm pada 31 Januari 2010. Jika sambutan yang sangat menggalakkan ibu akan menambah bilangan penerima set hadiah ini.
Last but not least:
***Here's a BONUS ENTRY !!!***
If you have a BLOG, blog about this contest and send us your blog link and your name.
The CHOSEN BLOGGER will receive a mystery GIFT !!!
(Ini terbuka kepada semua blogger!)
Ibu sebenarnya bercadang untuk mendapatkan beberapa testimony kalsium Shaklee atau nama khususnya ialah Ostematrix. Ibu juga sedang memikirkan hadiah2 menarik untuk ibu berikan kepada testimony terbaik...antaranya hadiahnya mungkin set container Lock&Lock, sebab ibu memang minat dengan container ni selain dari brand tupperware. Ibu akan mula mengumpul testimony ini pada bulan hadapan iaitu pembuka tahun 2010....nantikan hadiah istimewa dari ibu! Jangan hantar sekarang kerana ianya hanya bermula pada Januari 2010. So nantikan SHARE YOUR STORY part 2 bulan Januari ini!
Nantikan senarai cabutan bertuah utk set ibu bersalin dan set Ostematrix awal Januari nanti.
Tergelak ibu apabila teman2 dalam fb mengatakan blog ibu khas untuk penyusuan dan orang yang berkahwin sahaja..." Nanti saya ada anak , saya cari awak ya beli vit..." Ibu pun meneruskan perbualan dengan mengatakan, Vitamin ini penting bukan hanya mereka yang sudah berkahwin dan beranak sahaja malah kepada mereka yang sihat. Banyak pendapat mengatakan vitamin ini penting dimakan di kala sakit... adakah ianya benar? Tidak sama sekali. Mereka yang bijak ,mengamalkan pemakanan yang sihat ditambah dengan makanan tambahan seperti vitamin agar pengambilan dan keperluan zat oleh tubuh dipenuhi. Waktu sihatlah kita perlu jaga pemakanan kerana penyakit yang datang bukanlah kerana disebabkan apa yang kita makan hari ini tetapi adalah disebabkan oleh sejarah pemakanan sebelum2 ini. Ibu memberi contoh yang paling nyata... bagi yang mempunyai masalah kolesterol...ini berpunca dari pemakanan yang diambil pastinya mengandungi lemak yang tinggi. Rata2 ibu dapati golongan ini sangat suka kepada kulit ayam goreng, lemak satay dan banyak lagi. Seandainya golongan ini mengamalkan pemakanan yang sihat dan pengambilan omega yang konsisten, nescaya penyakit itu dapat dikawal dengan baik.
Sekalilagi ingin ibu nyatakan, vitamin bukanlah hanya untuk mereka yang mengandung mahupun menyusukan anak tetapi kepada semua golongan manusia.
A message every adult should read because children
are watching you and doing as you do, not as you say.
When you thought I wasn't looking I saw you hang my
first painting on the refrigerator, and I immediately
wanted to paint another one.
When you thought I wasn't looking I saw you feed a
stray cat, and I learned that it was good to be kind
to animals.
When you thought I wasn't looking I saw you make my
favorite cake for me, and I learned that the little
things can be the special things in life.
When you thought I wasn't looking I heard you say a
prayer, and I knew that there is a God I could always
talk to, and I learned to trust in Him.
When you thought I wasn't looking I saw you make a
meal and take it to a friend who was sick, and I
learned that we all have to help take care of each other.
When you thought I wasn't looking I saw you take care
of our house and everyone in it, and I learned we have
to take care of what we are given.
When you thought I wasn't looking I saw how you
handled your responsibilities, even when you didn't
feel good, and I learned that I would have to be
responsible when I grow up.
When you thought I wasn't looking I saw tears come
from your eyes, and I learned that sometimes things
hurt, but it's all right to cry.
When you thought I wasn't looking I saw that you
cared, and I wanted to be everything that I could be.
When you thought I wasn't looking I learned most of
life's lessons that I need to know to be a good and
productive person when I grow up.
When you thought I wasn't looking I looked at you
and wanted to say, 'Thanks for all the things I saw
when you thought I wasn't looking'
Live simply. Love generously. Care deeply. Speak kindly.
Pek ini khas untuk wanita, yang dah berkahwin mahupun belum....Vitamin E dan alfalfa yang paling mudah ibu kaitkan ialah sebagai teman akrab wanita. Siapa yang tidak mahu cantik ?Vitamin E terkenal sebagai antioksidan dan bai untuk mencegah kanser. Selain itu ianya dikenali sebagai anti aging(awet muda). Alfalfa membantu kebersihan dalaman bagi yang belum berumahtangga mahupun yang sudah berkahwin. Membantu masalah kedinginan suami isteri...
Kini anda boleh dapatkan set F
60 Vitamin E dan 180 tabs Alfalfa ( 2 months consume) hanya RM120 (bermakna RM60 untuk sebulan). Sangat murah bukan?
Boleh teruskan peninjauan anda di SINI untuk melihat lebih jelas.
Pembayaran sebelum jam 2pm akan dibuat pengeposan hari yang sama dan insyaAllah akan dapat esok!
Salam sayang dari ibu
Seandainya ada antara kalian yang berminat untuk mendapatkan trial pack B boleh membuat bayaran ke akaun MBB atau CIMB ibu seperti tertera di sebelah kiri blog ibu. Sila mesejkan pengesahan pembayaran kepada no hp ibu iaitu 012-853-568-9 dan mesejkan bersama nama penuh serta alamat untuk tujuan penghantaran. Ini memudahkan seandainya ibu di luar dan ibu dapat membuat penghantaran sebaik mungkin.
Ini ialah mesej yang ibu terima dari auntie Yusniza semalam ...
"Before ini Yus bawa baby for check up and doctor kata baby Yus underweight. Then doctor tu kata nutrisi dalam susu badan Yus yang kurang...tapi sejak Yus makan vitamin Shaklee ni nampak pertambahan berat baby Yus. Sebelum2 ini selalunya dia naik 100mg atau 200mg sahaja. Baru2 ni g check up baby Yus naik 500mg"
Sebenarnya ibu mengenali auntie Yus semasa bulan puasa baru ini..beliau mendapat no telefon ibu dari sebuah forum. Setelah sebulan mencuba produk Shaklee, beliau mendapati anaknya masih bermasalah berat badan yang tidak ideal. Beliau meminta consultation ibu mengenai hal ini dan ibu mencadangkan agar beliau mengambil 2 multivit sehari iaitu pagi dan malam. Dan alhamdulillah kini beliau sangat berpuashati dengan apa yang beliau amalkan dengan pemakanan yang sihat menghasilkan susu yang penuh nutrisi.
Benarlah term yang digunakan oleh doktor tersebut...seandainya bayi itu mengalami berat yang tidak ideal atau erti kata lain underweight dan ianya berlarutan maka dapat disimpulkan bahawa susu ibu itu BUKAN tidak berkualiti TETAPI HANYA KURANG NUTRISI. Maka untuk memastikan susuibu penuh nutrisi pastikan kta mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat selain pengambilan vitamin yang bersesuaian. Jika anda mempunyai masalah untuk membeli vitamin maka boleh dapatkan daripada horpital kerajaan kerana kerajaan juga prihatin dan tidak mahu rakyatnya hidup dengan kekurangan zat. Namun jika anda berkemampuan, tidak salah kita memperuntukkan sedikit kewangan untuk memberikan tubuh kita serta anak dengan sesuatu yang baik.
Setiap dari kita diberi pilihan sama ada untuk mengambil supplement atau tidak...tiada paksaan langsung. Namun mengikut pakar pemakanan yang pernah ibu temui mengatakan bagi ibu2 yang mengandung serta menyusukan anak perlulah mengambil makanan yang seimbang agar pertumbuhan bayi selari dengan perkembangan umurnya. Sebab itu jika kita sedari semasa kita mengandung, doktor pasti akan menyarankan beberapa vitamin agar tubuh ibu dapat membekalkan zat yang cukup untuk bayi yang dikandungnya. Namun selepas melahirkan anak, hanya segelintir doktor yang akan menyarankan agar si ibu meneruskan pengambilan supplement bagi keperluan penyusuan.Yang pasti ramai tertanya2...
Apakah kepentingan vitamin ini sebenarnya?
Adakah benar ibu2 yang menyusukan anaknya tanpa mengambil supplement mempunyai masalah kualiti susu?
So ibu cuba mengupas isu ini dengan lebih terbuka dan berharap agar yang membaca dapat memahami dengan lebih baik.
Apakah kepentingan vitamin ini sebenarnya?
Vitamin yang disarankan oleh ibu2 yang menyusu sebenarnya bukan sekadar untuk keperluan bayi namun kepada si ibu terutamanya. Susuibu dijadikan oleh Allah dengan sangat unik. Susu yang mengalir itu terbentuk dari darah si ibu.. maka ianya mengandungi banyak zat kerana ianya diserap dari badan si ibu melalui apa yang dimakan oleh si ibu tadi. Maka ibu2 digalakkan mengambil makanan yang seimbang agar susu yang dibekalkan cukup berkhasiat. Supplement hanya membantu dari segi kekangan yang si ibu hadapi. Sebagai contoh, ibu yang alah dengan makanan laut yang diketahui kaya dengan zat besi sudah pasti banyak bergantung dengan sayur2an seperti bayam terutamanya. Namun seperti kita tahu sayur2 ini sangat fragile dan zatnya sangat mudah musnah apabila dibasuh lebih lama atau jika dimasak lama di atas dapur. Begitu juga kekangan yang dihadapi oleh ibu2 yang tidak mengambil susu terutama mereka yang alah dengan laktose susu. Mereka sudah pasti boleh menggantikan dengan sumber lain seperti yogurt atau keju namun adakah makanan ibu boleh dijamin dapat mengatasi keperluan kalsium oleh tubuh? Begitu juga dengan keperluan vitamin C...untuk mendapatkan 500mg itu memerlukan banyak pengambilan buah2an sehari, mampukah kita?
Ibu mengambil ayat yang dari sebuah forum yang berbunyi:
jaga permakanan kita sudah mencukupi..
nutrient dari sumber asli kan ker lebih baik dari yg diproses...
Ya, benar apa yang dinyatakan dan memang tidak dapat disangkal lagi namun adakah semua kita mempunyai jadual harian yang sama? Adakah kita semua mempunyai kekangan yang sama? Jawapannya tidak dengan itu setiap kita diberi pilihan sama ada untuk mengambil supplement atau tidak. Bagaimana dengan mereka yang kurang mampu untuk membeli di farmasi atau diluar sana? Hospital kerajaan menyediakan vitamin bagi mereka yang memerlukan khidmat percuma maka...jawapannya kita masih mempunyai pilihan jika tidak membeli sekalipun kita boleh dapatkan secara percuma dari hospital kerajaan.
Adakah benar ibu2 yang menyusukan anaknya tanpa mengambil supplement mempunyai masalah kualiti susu? Soalan ini agak sensitif terutama kepada si ibu yang tidak mengamalkan apa2 supplement..seolah2 susunya kurang berkualiti. Secara amnya kita ketahui susuibu mengandungi semua nutrient dan sangat lengkap yang diserap dari tubuh si ibu tadi. Walaupun si ibu tidak mengambil apa2 supplement tetapi menjaga pemakanan yang seimbang susunya tetap berkualiti dan pastinya lebih baik dari susu formula. Namun tidakkah kita tertanya2 mengapakah ada doktor dan pakar pemakanan sendiri menggalakkan si ibu mengambil vitamin ketika penyusuan? Jawapannya kerana doktor ini mendapati badan si ibu tidak dapat membekalkan sepenuhnya zat yang diperlukan oleh tubuh si anak sejajar dengan perkembangannya. Beberapa ibu telah bertanya kepada ibu vitamin apakah yang mengandungi iron kerana doktor menyarankan pengambilan vitamin iron, folic acid sebagai supplement apabila mendapati si kecil mengalami gangguan perkembangan sebagai contoh berat yang tidak ideal.
Namun bagi yang menentang pengambilan supplement ini tidaklah salah kerana setiap orang mempunyai pandangan tersendiri dan kita perlu menghormatinya. Namun ada yang ingin ibu kongsikan pengalaman ibu selama berkongsi Shaklee dengan teman cyber selama 2 tahun ini.
Cerita 1.
Ibu bertemu seorang kenalan cyber yang ingin mendapatkan vitamin dan beliau hanya sempat menyapa ringkas ibu kerana bergegas untuk ke satu tempat. Beliau mendapat nombor telefon ibu dari salah satu forum yang ibu turut serta.Maka keesokannya beliau ym kepada ibu untuk bersembang panjang.Antara ayatnya ialah:
Isabella(bukan nama sebenar):Hmm, saya rasa awak patut panggil saya kak Isabella(bukan nama sebenar) sebab saya rasa saya lebih tua dari awak. Maklumlah saya pun dah beranak empat.
Ibu: Oh boleh, kak ni umur berapa ya?
Isabella: Ish akak dah tua pun , dah 29 tahun.
Ibu: Oh saya baru jek 31 tahun... heheheh
Isabella: Alamak memang kena panggil awak kak la ye? Tapi serious muka akak nampak sangat2 muda, berbeza dengan wajah saya. Adakah sebab makan vitamin?
Ibu: Entahlah ye...
Cerita kedua
Seorang kenalan ibu yang dah lama senyap sepi...beliau antara golongan yang mengamalkan pemakanan sihat. Namun baru2 ini telah menghubungi ibu untuk mendapatkan khidmat nasihat.. mulanya ibu hairan kerana dulunya beliau seorang yang suka buat lawak bodoh memperlekehkan ibu dengan kata2... aku rasa vitamin2 yang ko makan ni boleh jadi hiasan atas kuih raya, pasti ramai yang suka. Rupa2nya baru2 ini beliau telah tergelincir dan menyebabkan tulang belakangnya mengalami masalah dan tulang kakinya patah. Doktor menyarankan beliau mengambil vitamin kerana mendapati beliau sangat2 kurang kalsium disebabkan oleh keperluan penyusuan anaknya.
Jika nak tuliskan semua cerita ibu yakin boleh menghasilkan sebuah novel ringkas , cerpen pendek yang padat...kikikiki. Walaubagaimanapun apa yang dapat ibu buatkan satu kesimpulan mudah ialah:
Kita boleh menyusukan anak tanpa perlu mengambil apa2 supplement cuma perlu pastikan pengambilan setiap zat sejajar dengan keperluan tubuh kita kita dan anak. Taknaklah kita berusaha gigih menyusukan anak sehingga dua tahun tetapi keadaan fizikal kita rapuh tulang, kulit kusam , nampak tua dari umur, kendur, keinginan "bersama" hilang, tanggungjawab isteri entah ke mana....cantik pun hanya kerana make up semata-mata. For sure suami pun hilang selera.
Bagi ibu personally ibu tidak dapat menyediakan ke semua 12 vitamin dan 7 galian dalam masakan ibu...nak makan buah boleh tapi untuk maksimumkan untuk mendapatkan minimum 500mg vitamin C mungkin mustahil. Jadi altenatifnya ibu pilih makanan tambahan sebagai mengatasi kekangan yang ibu hadapi.
Oh ya, bagi mereka yang mulut sangat manis kononnya takut jika makan vitamin nanti akan menjadi senario hidup kelam kabut seperti sarapan makan sahaja 3 biji vitamin, tengahari makan sahaja 4 biji vitamin dan malam makan sahaja 10 biji vitamin...sayugia diingatkan bahawa vitamin adalah sebagai MAKANAN TAMBAHAN semata2 bukan sebagai menu utama. Maka jika dah pakar dalam sesuatu bidang jangan menjadikan kejahilan bidang pemakanan sebagai kebodohan yang nyata. Makan tetap perlu makan..vitamin hanya sebagai sampingan membantu kita mengisi ruang kekosongan zat dalam tubuh badan kita.
Ini ibu copy sepenuhnya dari email tanpa di edit sekalipun dan ianya mendapat kebenaran untuk ibu publishkan di blog ini....
salam,
nk share siket pengalaman lps 3 hr ambil vit ni..(tak tau la mgkn disebabkn pengambilan vit ni ataupun kebetulan shj) tp sket sbnyk sy percaya vit yg sy ambil dr akak ni sikit sbyk mmg bg effect la kot...
period sy dh delay beberapa hr dr sepatutnye..tp tak ksh sgt mgkn sbb myusukn anak ni org ckp period tak regular..
kdg2 ade yg tak dtg bebulan2...
tp br2 ni sy period n alhmdlh period sy tak mcm selalu..
time sy period mmg sy senggugut teruk..pernah smpai sy tak boleh bjalan..
telampau skt nye...wlaupun slps kahwin mmg senggugut..skt sgt
darah berketul2...tp alhmdlh pas amik vit shaklee ni..period tak skt...drh tak beketul2
alhmdlh sgt2...kalau tak,ms period msti moody je sbb skt senggugut yg teruk tu..
selain tu yg nmpk ketara nya pas amik vit ni,
1. pg2 air kencing kuning pekat..tu semua org mengalami camtu kan kak? cuma kna byk kn mnum air la kot
2. bdn tak letih..steady walaupun byk kali bjaga mlm nk mnyusu kn anak
3. susu jd pekat...kaler kuning2+hijau sket
Dua hari ibu terkejar2 mencari masa untuk meng"up date" blog tapi tak kesampaian...pagi ni barulah dapat. Entry kali ini ingin ibu kongsikan tentang satu ilmu yang baru ibu fahami dari Doktor Haizam (Miri)...Beliau memberitahu ibu bahawa eczema, allergy, gegata, resdung dan ashma adalah dalam kumpulan yang sama. Jika seseorang itu mempunyai masalah allergy, maka secara langsung ia berkebarangkalian untuk mendapat 4 lagi penyakit yang lain. Dan inilah yang ibu lalui...jika kalian pernah membaca post ibu sebelum ini, semasa ibu kecil ibu adalah seorang yang alah dengan makanan laut terutama udang, sotong, kerang dan ketam namun makanan inilah yang menjadi makanan kegemaran ibu apabila emak ibu memasak salah satu menu yang disebutkan tadi. Maka kaki ibu akan penuh dengan kudis sehingga berair2 dan apabila berjumpa doktor , ibu hanya akan mendapat ubat makan dan ubat sapu sahaja. Namun setelah pengambilan vitamin yang konsisten banyak membantu ibu menghadapi masalah ini. Kini tiada lagi kudis atau kurap seperti dahulu namun ada sekali sekala ibu mendapat gegata namun ianya hanya berlaku sekali tahun lepas... tapi ibu notice sesuatu jika ibu konsisten mengamalkan makan alfalfa 5-10 tabs perday(max ibu akan makan 10tabs itupun jika makan seafood terlebih atau erti kata lain tak ingat dunia...hehehehehe) insyaAllah tiada alahan terhadap makanan laut, tiada gegata, alhamdulillah.
Baru2 ini juga auntie Yus berkongsi pengalaman di mana beliau menumbuk alfalfa dan disimpan di dalam bekas. Beliau akan mengambil secubit untuk dimasukkan ke dalam susu anaknya yang mengalami eczema dan alhamdulillah selama seminngu ini eczema anaknya sangat2 berkurang dan tidak seperti sebelum ini.
Apa kaitan alfalfa ? Ianya adalah alfalfa ialah bapa kepada segala makanan. Ia mengandungi banyak zat dan secara peribadi ibu katakan ianya sangat bagus baik untuk lelaki mahupun wanita. Ada ramai ibu yang telah mencuba trial pack B mendapati jika sebelum ini mereka mempunyai masalah eczema dan allergy namun kini alhamdulillah banyak beransur baik dari sebelum mengambil trial pack B. Ibu ada banyak testimoni mengenai alfalfa namun bukan semua dapat ibu ceritakan di sini kerana ada antaranya yang memberi kesan yang hebat dalam kehidupan seharian sebagai seorang wanita khususnya. Jika ada antara kalian yang ingin mengetahui testimoni seorang ibu yang mempunyai masalah keputihan yang sangat teruk dan bagaimana beliau mengatasi dengan alfalfa, bolehlah email kepada ibu di addinnasa@gmail.com untuk mendapatkan cerita penuh.
Salam sayang dari ibu
Minggu ni abah akan pack dengan course sebelum turun offshore minggu ni... so hari inilah hari yang terbaik untuk abah menemani kami ke Bintang Plaza untuk membeli barang keperluan abang Addin ke sekolah. Dalam pada sibuk memilih barangan sekolah abang Addin Nasa merengek2 meminta untuk dibelikan benda yang sama ... bila abang Addin mengambil satu beg sekolah, Nasa terus menarik satu beg sekolah Mickey Mouse. Bila abang Addin mengambil satu tumbler air, Nasa tak ketinggalan menarik satu tumbler air mickey mouse dia. Then bila nak ke kaunter bayaran, Nasa menjerit meminta sesuatu dan ibu abah menjadi kehairan memikirkan apa lagi yang kurang? Rupa2nya Nasa meminta dibelikan sepasang kasut sekolah bewarna hitam seperti abang Addin punya. Kenapa ibu belikan kasut sekolah bewarna hitam? Ianya sekadar untuk pemakaian jika ada aktiviti sekolah di luar waktu persekolah jadi taklah kasut sekolah yang bewarna putih akan cepat malap....hihihihihi.Sebabkan semua orang dah tengok Nasa menjerit melalak meminta dibelikan kasut dan kerana abah dan ibu juga tak larat nak dengar jeritan batinmu...abah pun membeli sepasang kasut pallas untuk Nasa. Gembira hatinya selepas itu bukan kepalang...
Rezeki Addin dan Nasa kerana abah akan balik ke darat sebelum naik sekolah, maka dapatlah jika ada lagi beberapa perkara yang boleh dibeli terutama barangan yang ibu terlepas pandang.
Petang, berjalan ke Boulevard Shopping Complex di Bulatan Seberkas...membeli barangan dapur.. Ya Allah ibu sangat gembira kerana diizinkan Allah membeli makanan laut seperti ikan dengan harga yang jauh beza dengan KL. Seronok bila membayar seekor tenggiri besar peha Addin dengan harga tak sampai RM15. Ikan kembung 5 ekor pun tak sampai RM10. Ikan merah untuk ibu masakkan Addin dan Nasa sup ikan pun boleh kata murah...best2... duduk Miri memang best alhamdulillah. Syukur, terima kasih ya Allah!
Hari ni ibu bercita2 untuk merasmikan dapur rumah baru ini...kekekeke, dah sebulan lebih ibu tak masak, untuk lauk ibu lah, sebab biasanya ibu masakkan untuk anak2 ibu jek. Mudah2an kesampaian lah cita2 ibu ini.
Oh ya, sebelum ibu terlupa, bagi mereka yang membuat pesanan Jumaat lepas untuk trial pack, jangan terkejut jika ada freegift dalam beg poslaju itu kerana ibu akan membuat kejutan bagi satu hari dalam seminggu, setiap trial pack akan disertakan hadiah misteri. Memandangkan di sini sales hebat untuk mereka yang akan menyambut Krismas, dapatlah ibu tumpang sekaki :)
Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...
Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...
Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..
Siapakah org yg KEDEKUT ? Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain..
Salam sayang dari ibu
Bagi menjawab persoalan beberapa teman cyber mengenai isu ISU HALAL. Ini ialah keputusannya, keratan akhbar yang abah AddinNasa masih simpan sebagai bukti bagi menjawab segala kemusykilan.
yg kuning tu cholesterol yg terbentuk berbulan2-makan tahun
kita tak boleh remove cholesterol bawah lapisan salur darah sama mcm kita cuci longkang
omega 3 fungsi dia sebenarnya mengelakkan cholesterol daripada melekat dinding salur darah
omega 3 yg boleh putuskan styrofoam tu bahaya sebb dia boleh kakiskan apa yg dia lalu lah
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
Terlebih dahulu ibu ingin memohon kemaafan di atas kelewatan ibu membalas mesej2 pertanyaan dari kalian yang bertanya berkaitan dengan kemusykilan kesihatan. Ini kerana bermula tarikh hari ini, dengan rasminya kami berpindah ke rumah sewa baru kami. Alhamdulillah walau masih banyak barang yang perlu di unpack namun ibu sangat gembira. Rumah ini dilengkapi dengan mosquito netting maka kuranglah risau ibu jika Addin dan Nasa bermain di laman (kaki lima rumah).
Walau bagaimanapun, bagi yang membuat pesanan telah ibu pos kan trial pack kalian dan insyaAllah akan menerima pada 10hb Dec 2009.
Oh ya, ingin ibu kongsikan sesuatu yang baru ibu tahu dari seorang teman internet ibu, beliau mencadangkan seandainya kita mengambil supplement omega bolehlah cuba buat eksperimen dibawah ini...
Ambil satu bekas cawan politerin. Isikan cawan polisterin ini dengan sukatan setengah air paip. picitkan omega ke dalam air tadi dan biarkan semalaman. Cuba lihat apa yang berlaku.
Teman ini telah melakukan ujian ke atas dua omega, Shaklee dan xxxxxx dan apa yang memeranjatkan, omega yang satu lagi itu telah membuatkan cawan polisterinnya terputus di bahagian air tadi. Teman ini terus menghentikan pengambilan omega brand xxxxxxx kerana kesannya cukup menakutkan...benar jugalah katanya, selama ini cawan polisterin itu tidak mudah terputus walau kita tuang air panas di dalamnya inikan pula minyak ikan. apakah kandungan sebenar minyak ikan brand xxxxxx masih belum diketahui, namun teman ini berkata beliau berhenti memakannya kerana khuatir ususnya putus satu hari nanti jika masih meneruskan pengambilan omega xxxxxx ini. Nauzubillah.
Setiap manusia belajar dari kehidupannya sendiri... hidup itu satu pelajaran kepada mereka yang mengambil iktibar. Ibu dahulu seorang yang sangat sensitif...jika ada teguran ibu akan mudah kecil hati sehinggalah satu hari ditemukan dengan seorang insan yang bergelar sahabat, dialah sabahat ibu dunia dan akhirat. Kata2 sahabat ibu ini membuatkan ibu berubah secara perlahan2... sehinggalah hari ini.
Ibu menjadikan setiap teguran itu sesuatu yang membina yang dapat membuatkan ibu lebih baik dari semalam. Seadainya kita mengambil sesuatu itu dengan keterlaluan , sebenarnya kita juga yang rugi.
Sahabat ibu mengatakan bahawa manusia yang sensitif itu adalah manusia yang sombong dan sangat dibenci oleh Allah. Sesungguhnya hanya Allah yang layak untuk sombong(dengan erti kata lain bermegah....) dan kerana itulah sesiapa yang memiliki sifat ini sangat dibenciNya. Kata2 ini membuatkan hati ibu tersentap... mana tidak, siang malam kita beribadat padaNya tetapi kerana adanya sifat mudah terasa atau kecil hati itu umpama memakai selendang Allah (memiliki kesombongan) membuatkan kita dibenci Allah, sudah pasti hilang keberkatan beribadah tadi.
Sesungguhnya benarlah kata2 sahabat ibu, hanya Allah yang layak untuk sombong (dengan erti kata lain bermegah....) maka ibu belajar untuk menerima segala kritikan dan teguran dan ibu anggapnya ia sebagai sesuatu yang membina. Ibu juga manusia biasa, dan kini alhamdulillah ibu tenang berbanding dulu2.... sesuatu yang terjadi ada sebab musababnya. Jika kita berpegang pada tali Al Quran dan Al Sunnah insyaAllah tenang dan selamat dalam melayari bahtera dunia. Ombak pasti akan melanda namun Allah hanya akan berikan atas kemampuan.
Maka ibu juga berharap dan berdoa agar janganlah ada pihak yang terasa jika teman sekerjanya atau ex scoolmatenya mendapatkan vitamin Shaklee dari ibu...ini kerana ada teman internet yang memberitahu bahawa rakannya terasa hati kerana tidak mendapatkan Shaklee darinya .... Sesungguhnya lautan Allah sangat luas tetapi tiada seorang nelayan pun yang berhak menuntut bahawa laut itu kepunyaannya.
Seandainya ada coretan ibu sebelum2 ini membuatkan mana2 pihak marah atau berkecil hati maafkan ibu ...tiada niat mengguris hati sesiapa sekadar pengajaran dan iktibar bersama.
Maaf atas kelewatan ibu membalas email2 yang bertanyakan tentang produk. Namun ibu sarankan jika ada yang urgent dan ingin maklumbalas ibu dengan segera, boleh menelefon ibu di talian 012-853-5689. Buat mereka yang masih ingin membeli trial pack, jangan risau...ibu menyediakan beberapa pack setiap hari kerana ibu tahu bukan semua kita mampu untuk terus membeli full package tanpa merasa kesan vitamin ini ke atas tubuh badan. Ibu sentiasa membawa beberapa pack di dalam bag ibu kerana ibu tahu adakala seandainya ibu berdekatan dengan pej pos dan ada yang menghantar mesej mahupun email, ianya sudah tersedia untuk diposkan ke pintu rumah kalian. Alhamdulillah boleh kata 90 % mereka yang mendapatkan trial pack akan membeli full package kerana merasakan perbezaan yang ketara apabila sudah mengambil supplement ini. Masih juga yang bertanya beberapa soalan dan ingin ibu kongsikan bersama dengan semua pembaca:
"Ibu, siapakah golongan yang boleh mencuba trial pack set B kerana rata2 untuk bf ..., kerana ini mempunyai 4 jenis vitamin dengan harga yang sangat berbaloi berbanding set2 yang lain" Jawapannya ialah
Mereka yang menyusukan anaknya
Para Isteri dan suami
Wanita yang bakal menjadi isteri
Mereka yang bermasalah dalam keletihan, moody, senang marah, cemburu, keputihan, kencing kurang lawas
Mereka yang mempunyai masalah kritikal boleh mendapatkan trial pack untuk merasakan perbezaan kesihatan namun perlu dibimbing dan atas nasihat pakar kesihatan seperti doktor.
Mereka yang mempunyai masalah jerawat, wajah kusam, rambut mudah gugur, kuku yang bertanda warna putih, kaki yang keras (kulit kaki pecah2).
Semoga dengan jawapan yang ringkas dan padat ini memberi kalian gambaran, apakah yang diperlukan oleh tubuh apabila masalah kesihatan seperti di atas timbul. Sesungguhnya Vitamin bukan ubat. Vitamin hanya membantu meningkatkan taraf kesihatan seseorang. Ubat adalah penahan sakit.
Ada beberapa teman internet ibu yang berkongsi pengalaman mereka mencuba beberapa produk dalam pasaran... yang paling ibu terkejut, ada supplement yang boleh bertindak dengan sangat2 cepat....sebagai contoh, anaknya berusia empat bulan dan mengidap eczema, teman ini menyuapkan supplement ke mulut anaknya atas nasihat penjual tadi, anaknya baik dengan serta merta. Alangkah terkejutnya dia apabila bertemu dengan doktor, doktor cuma memberi pandangan setiap tindakbalas yang segera itu biasanya mengandungi bahan yang tidak selamat ke atas badan , buah pinggang terutamanya dan kesan ini berlaku dalam jangka panjang. Teman ini terus mencari vitamin lain bagi mengelakkan pengambilan supplement ini. Maka, ibu memberitahu vitamin perlu masa untuk membantu tubuh dalam berfungsi dengan lebih baik dan perlu istiqamah .Jika mempunyai anak yang bawah setahun adalah disarankan tidak memberi apa2 supplement memandangkan tubuh si kecil ini sangat fragile pada tika ini. Jangan terpengaruh dengan kata2 orang yang kononnya supplement produknya boleh diambil oleh bayi kerana dalam jangka panjang jika anak kita sakit, orang yang suggest tu bukan yang akan menjaga anak kita dikemudian hari. Seandainya anda seorang ibu yang prihatin, teruskan penyusuan sehingga dua tahun dan bekalkan anak anda dengan vitamin yang seimbang melalui susuibu.Inilah penawar yang paling baik.
Rasanya cepat betul masa berlalu...diam tak diam, Addin dah nak sekolah darjah satu. Barang sekolah belum beli lagi... ibu dengan abah akan kemaskan rumah yang akan kami diami , insyaAllah by next week kami masuk. Ibu harap by the time masuk rumah, streamyx pun dah ada.
Dua anak teruna ibu....semoga berjaya di dunia dan akhirat....
Ini gambar yang Nasa ambil thru hp ibu... dia memang suka bergambar.
Alhamdulillah dengan izin Allah, bulan December ini ibu akan menyediakan Y.E.S iaitu Year End Sale. Ramai yang tertunggu2 apakah tawaran menarik bulan ini, maka inilah ...
Trial Pack With Ostematrix(kalsium)
Ini dia, trial pack with Calcium @Ostematrix
Harga set ini ialah RM140 sahaja...(terdiri daripada vitalea@multivitamin, b complex, vitamin C dan Ostematrix@kalsium) with FREE Alfalfa for 30tabs.
Apakah peranan kalsium dalam journey penyusuan seorang ibu? Ianya membantu agar si ibu sentiasa sihat, bertenaga, dapat membekalkan zat kalsium yang banyak dalam susuibu dan secara langsung dapat membantu si ibu meningkatkan pengeluaran susunya. Ramai ibu2 yang tidak dapat mengambil minuman susu dalam diet harian mereka dan ini menjadikan si ibu mempunyai risiko untuk mendapat penyakit osteoporosis sewaktu hari tua nanti. Bagi mengelakkan ini terjadi, kita sebagai ibu yang menyusukan anak perlulah memastikan kita mengambil supplement kalsium agar pengeluaran susu tidak terjejas. Kalsium penting untuk pembentukan tulang, darah, gigi dan ianya sangat penting untuk saraf dalam tubuh kita. Si ibu yang mempunyai cukup kalsium akan mendapati mereka jarang sakit gigi, sakit tulang mahupun lenguh2 badan.
Apakah kelebihan Kalsium@Ostematrix Shaklee?
Comprehensive, Clinically Proven and Easy to Swallow
Clinically proven Shaklee OsteMatrix provides a unique matrix of critical nutrients that go beyond calcium to build and maintain strong bones and teeth. Consumption of just two caplets of OsteMatrix resulted in statistically significant increase in blood calcium levels as measured over a 12-hour period.
Functions of OsteMatrix: -
* Help retain normal blood pressure * Assist in muscle contraction and nerve transmission. * Help reduce PMS symptoms such as bloating, cramps, water retention, irritability and moodiness
Mereka yang mendapatkan set ini pada bulan Disember 2009 akan berpeluang untuk memenangi satu set buku cerita Disney. Ibu menyediakan 5 set buku untuk dimenangi oleh mereka yang bertuah. Tawaran ini bermula pada 4 December 2009 sehingga 31 December 2009. Setiap set pembelian trial pack special offer ini akan melayakkan anda mendapat satu cabutan bertuah untuk memenangi set buku cerita seperti dibawah.
Ibu masih menawarkan : Beberapa trial pack kini disediakan mengikut keperluan kalian...
Trial pack A: Bagi mereka yang sihat dan ingin mengekalkan kesihatan mereka, mereka yang mempunyai masalah keletihan, moody, mudah stress bolehlah mendapatkan set ini. Set ini mengandungi 30 tablet multivitamin@vitalea, 30 tablet B Complex dan 45 tablet vitamin C. Ia berharga Rm80.
Trial Pack B: Lebih tertumpu kepada ibu yang menyusukan anak. Set ini mengandungi 30 tablet multivitamin@vitalea, 30 tablet B Complex, 30 tablet vitamin C dan 30 tablet Alfalfa. Ia berharga Rm80.
Trial Pack C: Khusus untuk bakal ibu dan set bersalin yang paling berbaloi untuk kesihatan ibu dan anak. Set ini mengandungi 40 tablet multivitamin@vitalea, 40 tablet B Complex, 40 tablet vitamin C dan 40 tablet Zinc. Ia berharga Rm100
Trial Pack D : Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit, jerawat dan kulit yang sensitif. Set ini mengandungi 30 tablet B Complex, 30 tablet vitamin C dan 30 capsul vitamin E. Ia berharga RM80.
Ke semua harga trial pack adalah disertakan dengan pos percuma!
Selain itu, tawaran cabutan bertuah untuk set bersalin akan dilanjutkan sehingga 31 December 2009. Bagi ibu2 yang akan melahirkan baby pada bulan Dec mahupun awal tahun hadapan, do grab this oppportunity, dear!
Keputusan cabutan bertuah akan diumumkan pada awal Januari 2010. Hadiah untuk cabutan bertuah untuk set bersalin juga akan diumumkan bersama.
Tersenyum sendirian ibu membaca tulisan seorang yang dianggap berpengalaman....
Apa katanya?
"Saya ada seorang customer yang dah mencuba alfalfa dan fenugreek tapi tak berjaya pun dalam mendapatkan susu yang lebih baik kuantitinya, namun setelah mencuba XXX alhamdulillah berkesan."
Masih ramai ibu2 yang kurang faham dalam bidang pemakanan... alfalfa dan fenugreek merupakan satu kumpulan yang sama as milk booster. Cuma bezanya alfalfa dapat menyejukkan badan manakala fenugreek memerlukan lebih banyak air serta memberi kesan yang kuat kepada bau badan serta bau angin yang keluar dari badan.
Apa yang diambil oleh customer penulis ini ialah vitamin...dah tentulah ianya memberi kesan kepada pengeluaran susu. Vitamin membantu tubuh kita sihat secara langsung akan membantu sistem tubuh menghasilkan susu dengan lebih baik dan berkualiti.
Milk booster hanya akan berkesan dengan sangat hebat jika badan kita mendapat cukup vitamin. Seandainya nak mengharap pada alfalfa semata2, kesannya mungkin sedikit lambat atau si ibu perlu makan dengan sangat banyak agar susu dapat dihasilkan dengan banyak.
Kesimpulannya, celikkan mata agar dapat membandingkan perkara yang betul. Manakan sama jika kereta nak dibandingkan dengan sebuah rumah... betul tak? Satu kenderaan manakala satu ialah sebuah benda yang tidak bergerak. Salam sayang dari ibu
Seorang surirumah dengan dua anak...sangat obses dengan penyusuan dan vitamin dan telah melengkapkan penyusuan anak2 dengan susuibu :)
Pengamal tegar Shaklee selama 12 tahun.
Blog ini adalah penulisan peribadi saya berkaitan dengan kehidupan saya, perjalanan penyusuan susuibu untuk dua putera saya dan percetakan bertujuan berkongsi kebaikan sangat2 dialukan namun sekiranya bersifat untuk menjatuhkan maka saya tidak teragak2 untuk mengambil tindakan undang-undang. Apa jua yang saya tawarkan adalah bersifat peribadi dan tidak terlibat dengan mana-mana pihak ketiga.
Terima kasih
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca, semoga ia memberi manfaat buat anda.
Sekilas Fakta. Apa si ibu perlu tahu tentang susuibu?
Pemakanan si ibu sangat mempengaruhi apa yang disalurkan kepada anak iaitu melalui susuibu. Sebab itu jika menyusu bayi bawah 6 bulan, tidak digalakkan makan nenas, makan terlalu pedas, lada hitam ...dikhuatiri mengganggu perut bayi.
Selain itu, warna kekuningan EBM ialah disebabkan oleh B-Complex, same goes to our urine. So, bila dah minum banyak air lepas consume B-Comp, notice tak urine akan kembali normal? So, samalah dgn warna EBM.
Breastmilk is unique. Kepekatan warna susu depends on apa yang si ibu consume, plus, mengikut keadaan, suhu & masa waktu itu. Waktu panas/ tengahari/ summer, susu akan kelihatan cair, waktu malam/ sejuk/ winter, susu akan menjadi lebih pekat. Selari dgn keperluan baby waktu itu.
Masukkan email, kalau anda nak saya hantar artikel terbaru saya terus ke email anda :)
Renungan
Berilmu tanpa amal adalah sia-sia, Beramal tanpa ilmu adalah merbahaya, Ilmu dan amal saling berkait rapat. Hasil amal yang baik dapat dilihat dari perbuatan dan kata-kata.
Nuffnang
Doa
" YA ALLAH, DENGAN RAHMATMU YANG MAHA PEMURAH LAGI LUAS KASIH SAYANGMU...
AKU MOHON KEPADAMU, AMPUNKANLAH DOSA2 IBU YANG MENYUSUKAN ANAKNYA... LAPANGKANLAH REZEKI MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELAPANGKAN REZEKI AKU SEWAKTU MENYUSUKAN KEDUA2 ANAKKU. LANCARKAN REZEKI SUSU ANAK MEREKA SEBAGAIMANA ENGKAU MELANCARKAN REZEKI SUSU BUAT ANAK2KU DAHULU...
SESUNGGUHNYA ENGKAU SANGAT KAYA DENGAN KASIHMU, PERKENANKANLAH DOAKU INI DAN SEMOGA ALLAH MENEMPATKAN KEDUA IBU BAPAKU KE DALAM SYURGAMU... AMIN..."