Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2009

Tahniah buat ibu kepada...

Imej
40 penyertaan - merangkumi hampir 33,209 patah perkataan utk dinilai dldm masa 4 hari! Bukan tugas mudah – tiada kriteria yg rigid boleh dijadikan rujukan. Posting yg dramatik atau yg lucu menjadi pilihan? Pastinya setiap satu dari kesemua 40 pengalaman adalah unik – tiada yg kurang, superior apatah lagi setara. Gaya dan bahasa penulisan? Ini bukan pertandingan menulis cerpen. Akhir sekali, biar saja “deria” yg menentukan.
Tahniah kpd semua ibu-ibu yg telah memberikan sehabis tenaga/masa mengenang kembali setiap detik pengalaman dan menzahirkannya semula dlm posting anda. Meminjam kata-kata dr sebahagian ibu-ibu:- semoga anak-anak ini setalah dewasa akan membaca posting ibunya dan memahami penderitaan yg ibu mereka lalui.
Setelah ditimbang tara – deria dan akal sepakat mengesahkan ibu-ibu yg bertuah utk menerima hadiah yg ditawarkan adalah ibu-ibu kepada anak-anak ini (tidak mengikut turutan):

Damia Aleesya
Nur AleesyaMohd Adzhar
Muhammad Uwais


Manakala hadiah saguhati adalah milik ibu-ibu …

Wellness 3 ;set yang mampu dimiliki..

Imej
Ibu menerima beberapa email yang bertanyakan adakah ada lagi trial pack untuk mereka yang ingin mencuba...jawapannya ialah sudah tiada memandangkan ESP kotak sudah tiada dalam pasaran. Bagaimanapun puas ibu cuba memikirkan bagaimana ibu dapat membantu kawan2 baru ibu terutamanya yang ingin mendapatkan set selepas bersalin mahupun semasa mengandung dengan harga yang berpatutan disamping mendapat manfaat yang sama bagi set family wellness Shaklee.
Setelah banyak berdoa untuk bagaimana ibu dapat membantu mereka ini, ibu teringat canister meal shake Addin dalam almari. Ibu mula membelek semula kandungan yang terdapat dalam Meal Shake... ya betul Meal Shake merupakan multivitamin dalam bentuk bancuhan air di samping ia juga mengandungi protin. Rasa Meal Shake sangat sedap berbanding Protin, ianya rasa seperti ice cream vanila. Maka ibu membuat kesimpulan bahawa set family wellness Shaklee yang terdiri daripada ESP, Vitalea(multivit), Vit C dan B Complex boleh digantikan dengan set Wellness …

Sentuhan; rawatan terbaik buat anak...

Imej
Baru- baru ini memandangkan cuaca yang tak menentu di tambah dengan jerebu membuatkan dua-dua anak bujang ibu demam. Doktor kata memang musim dengan cuaca yang begitu rupa. Ibu hanya mampu pastikan anak ibu Addin banyak minum air dan Nasa banyak minum susu badan di tambah dengan protin.
Namun memandangkan ibu tak mahu kamu berdua melarat, ibu lebih suka amalkan petua makcik Maznah , bidan ibu semasa di Miri. Maklumlah bila melarat doktor akan suggest amik antibiotik dan inilah yang paling ibu tak suka sangat! So apa yang ibu buat, ibu pastikan Addin dan Nasa banyak mandi,selepas itu ibu urut seluruh badan kalian dengan minyak kelapa muda, bekalan dari Miri hari tu. Alhamdulillah, esoknya demam kalian kebah dan ianya memang satu miracle buat ibu.
Ibu juga share the same thing dengan Aunt Dilia yang sanggup datang ke rumah membawa baby nya Izhan yang berusia 5 bulan. Ibu mandikan Izhan dan ibu urutkan seluruh badan Izhan dengan minyak. Alhamdulillah, kata Aunt Dilia anaknya dah sihat sel…

Contest is Closed...

Imej
First of all, Ibu would like to say thank you to all participant of my contest... thank you for your time and your effort to write your priceless experienced. Bagipenyertaan yang lewatiaituselepas jam 8, maafibutidakdapatmenerima as closing date is 25 July at 8pm. AbahAddinnasa will be the judge for this contest so that no bias on judgement. Result will be announced on 30 July...

Coming event for August

1. Better you better world Contest

2. Top Commenter -appreciation gift

3. Lucky Follower

See you there.....

Baby Bottle Giveaway!

Imej
Tiny Tapir’s with the best giveaway their BPA free and Glass feeding items.

All you need to do is leave a comment here for a chance to win one of these two sets (there will be 2 winners) :

Set 1 : 3 x Siliskin & Evenflo Glass Bottles (size of your choice) - value up to RM150

Set 2 : 1 x set of Thinkbaby BPA Free Bottles & a Thinkbaby Sippy Bottle Conversion Kit (size of your choice) - value up to RM137



And that’s not all!

If you have a blog or twitter page, write about this giveaway with a link to the Tiny Tapir e-shop listings, and pingback to this wordpress blog post and you will get a RM10 certificate to use towards all our BPA-free feeding product

Actually this is my first experience joining contest...wish me luck! Ibu harap ibu boleh menang untuk ibu hadiahkan sempena harijadi Nasa on coming August.


Botolnya sangat menarik perhatian ibu dan semasa ibu sedang membaca blog ini, Nasa sungguh teruja dengan gambar botol tersebut. Ini membuatkan hati ibu terdetik apalah salahnya jik…

Tips untuk ibu yang bekerja

Imej
Saya memperolehi tips ini dari junior saya Azira yang kini mengajar di Politeknik KK. Jika beliau terbaca, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudiannya berkongsi dengan saya.
Beliau seorang ibu yang bekerja, namun ini tidak menjadikan beliau beralasan untuk malas memasak.
Beliau memberitahu saya apa yang beliau buat agar dapat menyediakan makan malam dengan sempurna...
Bawang merah, bawang putih dan halia akan di blend sekaligus secara banyak dan disimpan dalam bekas yang kedap. So setiap kali pulang dari kerja, beliau hanya perlu defrostkan ayam atau ikan untuk di masak.

Memandangkan perencah tadi semua telah siap, maka beliau hanya mengambil masa dalam setengah jam untuk masak 2-3 lauk. Saya mengamalkannya dan saya sangat berpuashati.

Bagi wanita yang akan bergelar ibu

Imej
Tiada bayi yang dilahirkan boleh terus berjalan mahupun berlari... begitulah adatnya bagi semua wanita yang baru bergelar ibu. Saya bergelar ibu sewaktu berusia 26 tahun. Muda ke? Tak la, adik saya mendapat anak sulungnya lebih awal dari saya. Tidak dinafikan semasa menjadi ibu adalah saat yang paling bahagia dalam hidup seorang wanita yang bergelar isteri. Melalui waktu berpantang selama 44 hari memang tak banyak ragam.

Saya masih meneruskan tuition sewaktu dalam pantang lagi. Masih ingat lagi, saya hanya berkain batik... bila ingat balik, macam tak percaya pulak. Saya teruskan aktiviti harian sebagai surirumah seperti biasa. Saya masih ingat pesan mak mertua saya, sebagai isteri kita kena masak walau hanya satu lauk. Hmmm, bersyukur dapat suami yang memahami. Adakala abah akan belikan 1 lauk tambahan dari opis. Memandangkan ini anak pertama, dan kami sendiri masih belajar, kami tak makan luar selama 6 bulan. Selama itu juga jika perlu membeli baramng dapur, ibu dan Addin hanya akan d…

Menyusu buat kali pertama

Imej
Pada pertengahan Jun 2003 lahirnya seorang bayi yang hanya berumur 34-35 minggu ke dunia yang banyak mengubah kehidupan ibu dan abah hari ini. Addin seakan-akan tidak sabar untuk melihat dunia. Ibu terpaksa melalui pembedahan tanpa sedar pada pagi itu lebih kurang jam 7.45. Apabila sedarkan diri jam sudah menunjukkan waktu jam 11 pagi. Ibu meronta-meronta meminta nurse menanggalkan getah drip di tangan ibu. Doktor terus datang melawat ibu dan meminta ibu bersabar... abah pula menjemput mamatok yang baru tiba di lapangan terbang Miri. Dalam jam 11.30 ibu dibenarkan berjalan ke bilik baby untuk melihat Addin. Doktor Rolland Mattu termangu melihat ibu berjalan seolah2 tiada apa yang berlaku.

Doktor bertanya sambil menemani ibu menjenguk Addin diluar tingkap bilik baby..." You tak rasa sakit atau pening?" Hmmm ibu menjawab dengan tenang" Tiada apa2 la Doktor, saya ok jek" Saya sebenarnya tak sabar nak lihat wajah putera sulungku ini. Abah yang baru sampai juga turut men…

Kau Tercipta Untukku

Imej
Tersentuh hati ibu apabila mendengar nasihat Dato' Dr. Fazilah Kamsah dalam Anjakan Paradigma dalam bagaimana menjaga hubungan kita dan pasangan kita. Beliau mengambil petikan Confucius " layanlah pasangan anda sebagai orang baru setiap hari. Janganlah take for granted dengan hubungan yang ada.

Memang benar adakala kita tanpa sengaja menyinggung perasaan ahli keluarga mahupun pasangan kita. Walhal dengan orang luar kita akan melayan mereka dengan sebaik budi bahasa. Sepanjang menonton program tersebut ibu asyik teringatkan abah yang sepatutnya pada ketika itu abah mendengar khutbah Jumaat.

Bila abah pulang, ibu menyambutnya dengan senyum dan bertanya "ada abah ingat ibu hari ini?" Abah menjawab " ada , ketika mendengar khutbah Jumaat". Subhanallah begitu kuat getaran gelombang yang ibu hantar. Hehehe, dalam hati gumbira tidak terkata.

Ibu mengenali abah semasa zaman belajar di U lagi. Kami mengambil masa yang lama untuk mengenal hati budi masing2 dan setiap …

Crabtree & Evelyn: is the best to reward you... just share your story!

Imej
Bagi yang nak join contest ni sila tinggalkan komen di sini supaya saya boleh link kepada blog anda!

Ikuti cerita Kak Liza,
Iena hamdi,
Mdanial,
Emma,
Salmal's
Mama Zharfan
, Eliza ,
Ummi Aleesya,
Mama Umairah@Ayu ,
Yus Azlan
Sharifah Zainah
NikNadim
Cutemiut78
Wan Sujaihah
Zuhaini
Nadnye
Yatiechomeyl
Yan@UmmiAbbiQis
Anamarza
Mummyaeesh
Shakeymirza
Een
UmmiNa's
Siti Nurbaiya
MiszMama@Haslinda
Mama Saffiyah
Ibu Damia
Suziey
Mama Tisya
'Nur,Nura, Nurad, Yani '
Firahadifa

Bagi yang menghantar secara email, cerita anda akan saya siarkan sebaik sahaja pemilihan telah dibuat.
Sila email : addinnasa@gmail.com

Aksi terlampau

Imej
Kalau ada sesape buat contest untuk ini lah kan sure ibu nak join...hehehehe!






Hilang seri wajahnya...

Imej
Saya teringat cerita arwah Tuan Hj. Talip mengenai kejayaan sebenar seorang wanita. Hakikatnya ia adalah bagaimana hubungan wanita itu dengan suaminya dan bagaimana dia sentiasa mendapat redha suaminya.
Arwah pernah berkata, kejayaan sebenar seorang wanita itu bukanlah terletak pada zahirnya semata-mata. Jika wanita itu seorang ekskutif yang hebat, mahupun seorang doktor terkenal namun belum tentu ia benar2 berjaya. Saya terus bertanya maka siapakah golongan yang benar2 berjaya tuan Hj.? Maka jawab beliau, wanita yang sentiasa berkhidmat untuk suaminya apabila diperlukan. Tambah beliau lagi , wanita hari ini ramainya yang berkerjaya dan pulang sebagai isteri yang derhaka..bilamana suami mendekati untuk bersama maka banyak alasan yang diberi, penatlah, tiada mood la dan sebagainya.

Begitu juga dengan golongan yang suka memburukkan suami sendiri kepada orang lain. Mereka ini mempunyai wajah yang gelap dan tiada berseri pada wajahnya. Hakikatnya mereka tahu akibat memburukkan suami boleh m…

"Share Your Story & This might BE Yours" * contest update

Imej
Taaaarrrraaaa....
As ibu promised to update the real picture of the gift....
Bukannya terlupa tetapi sebab ada sikit masalah teknikal yang tak dapat dielakkan sebelum ini dah dapat diselesaikan. Alhamdulillah.

Bagi mereka yang bertanya mengenai kriteria pemilihan adalah seperti berikut:

1. Boleh ditulis dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Jika anda boleh menulis dalam bahasa selain dari bahasa ini, tolong sediakan translation for your story either in English or Bahasa.

2. Cerita atau pengalaman anda adalah berdasarkan kepada anak pertama@sulung. Jika anda mahu menceritakan mengenai pengalaman bersalin ke semua anak anda sangat dialu2kan dan nayatakan perbezaaan yang dilalui bagi setiap kelahiran.

3. Pemenang dipilih berdasarkan penulisan yang kreatif dan jujur. Sebuah penulisan yang ditulis dari hati akan dirasai oleh pembaca cerita anda.

4. Pemilihan pemenang adalah muktamad.

5. Hadiah misteri disediakan dan ianya akan diberi secara rawak.

Bagi yang menghantar cerita anda melalui ema…

Merungkai persoalan...

Imej
Ibu sepatutnya menulis entry ni semalam tetapi memandangkan hujan, ribut dan petir di sini terpaksa ditangguhkan ke hari ini. Ada yang bertanya, "Jikalau lah sebagai ibu yang bf seperti saya hanya makan dengan gembira boleh menghasilkan susu yang banyak, buat apa saya perlu membeli supplement agaknya?"

Jawapan saya ialah... puan tidak perlu mengambil apa2 supplement, cukup dengan makanan harian puan jika semuanya lengkap dengan 12 vitamin dan 7 galian. Jika puan dapat pastikan puan boleh mengambil sekurang2nya 7 setengah biji buah oren sehari yang berkadaran dengan 500mg, saya yakin anak puan jarang sakit dan jika demam sekalipun mungkin hanya mengambil masa sehari dua untuk baik. Mengambil makanan kesukaan ibu itu boleh meningkatkan hasil pengeluaran susu namun kita perlu pastikan zat yang mencukupi untuk ibu dan anak. Jika kuantiti banyak namun zat kurang bukanlah satu kelebihan.

Namun bagi saya secara peribadi, supplement sangat penting dalam membantu mencukupi zat mineral …

Bilamana tuhan menguji...

Imej
Wajah kesayangan hamba...

Setiap kali Addin mahupun Nasa ibu dapati kalian kurang sihat mahupun demam, ibu akan mula lebih berdoa. Ibu bacakan kalian surah Al-Waqiah dengan niat agar kalian cepat sembuh. Selalunya demam insyaAllah hanya sehari. Tapi bilamana kalian demam melangkaui hari kedua ...hati ibu mula terdetik" Oh Allah telah mengujiku dengan anak2 yang demam. Adakah rezeki yang aku terima selama duduk di rumah membuat ibu alpa? Mungkinkah hadiahku pada keluarga , anak yatim dan fakir miskin kurang? " Maka apabila ibu di uji ia membuatkan ibu insaf dan ini bermakna kita perlu lagi memberi.
Ya Allah jadikan tanganku ini tangan yang suka memberi dan bukan tangan yang hanya meminta. Semoga apa yang diberi menjadi penebus kifarah yang Engkau berikan. Lindungilah anak2 ku dari segala sakit baik yang bahaya mahupun tidak. Serta selamatkan anak2ku dari segala malapetaka dan bahaya bencana.Amin.

Cara banyakkan susu...bila dah kaji baru ku tahu...

Imej
Apa yang dicoretkan adalah hasil kajian ibu sendiri setelah banyak muhasabah setiap kes ibu2 lain yang melalui waktu suka duka dalam kehidupan seharian bagi menyusukan anak mereka. Maka ianya adalah pendapat peribadi ibu semata2.

Saban hari makin banyak petua yang ibu temui untuk banyakkan susu... makan itulah makan inilah. Namun hakikatnya yang ibu sangat-sangat pasti adalah susu ibu akan secara sendirinya akan banyak dan membengkak sekaligus menitis2 (walau Nasa dah hampir dua tahun menyusu)apabila ibu mengambil cukup meal seharian ditambah dengan perasaan kegembiraan. Bertambah hebat susu ibu apabila ibu sangat gembira apabila abah sentiasa di sisi selain selepas waktu "bersama". Ianya terjadi kerana ibu berada dalam keadaan yang tenang dan gembira!

Ini kerana ibu dapati mereka yang berkongsi cerita mengenai bagaimana mereka perbanyakkan susu mempunyai cara yang hampir sama untuk ditafsirkan.
Sebagai contoh...

KES 1.
Akak makan ikan pakasam tetiba susu akak jadi bengkak. Waktu…

Makan Nasi Minyak

Imej
Hari ini Ewan, one of my cousin kahwin dan dapatlah kami sekeluarga makan nasi minyak... Sebenarnya ibu sedang menunggu kedatangan uncle Hatta dan Atok dari Muar. Mereka dijangka tiba tengahri ini dan ibu akan join ke kenduri kawin tersebut yang terletak di Kuala Lumpur ni aje...somewhere in Gombak.
Plan ibu selepas makan nasi minyak Ewan ni nak terus bawa atok ke rumah acik Mas di Shah Alam. Lama Addin tak jumpa kezen mezen dia. Alang2 ingat nak ke Shaklee sekejap untuk membeli beberapa vitamin yang dipesan orang di Glenmarie. Mudah2an hari ini tidak la hujan. Bukan ibu anti hujan malah sangat suka tapi bila di rumah la. Kalau ada urusan ibu berharap cuaca cerah agar lancar semua urusan dan jalanraya pun kurang jam nya.
Bagi yang meminta download gambar sebenar sabun Crabtree & Evelyn tu, insyaAllah ibu akan buat sekejap lagi. Tungguuuu.

Manjakan dirimu...

Imej
Adakah anda seorang yang memanjakan diri atau hanya menghambakan diri? Hmmm sukar untuk menjawabnya kan? Adakah anda selalu reward diri anda atas apa yang anda telah bersusah payah? Sejak duduk di KL banyak produk penjagaan diri yang ibu temui yang pastinya sukar ditemui di Miri sebagai contoh produk Crabtree & Evelyn. Jika dulu ibu hanya tahu Body Shop semata2 namun bila dah mengenali produk C&E ibu telah jatuh cinta padanya. Mana taknya produk2 nya cukup wangi dan sangat menenangkan. Bukan semua shopping mall ada menjual produk ini tetapi hanya tertentu sahaja walau di Kuala Lumpur ini.

So bagi mereka yang ingin mencuba produk ini dengan percuma, marilah sertai contest " Share your story & this might be yours"... mana tahu anda juga akan merasakan keseronokan memanjakan diri anda dengan produk ini. Berbaloi jika anda berjaya mendapatkannya. Saya hadiahkan emak saya satu set produk wangian Rosewater dan emak pun mengakui perbezaannya dengan produk lain.

Cubalah j…

Share your story & this might BE yours!

Imej
Ibu suka berkongsi dengan orang lain apa yang ibu suka makan, barangan mahupun cerita. Maka selepas solat subuh pagi tadi ibu terfikir untuk memberikan sesuatu kepada yang istimewa apa yang ibu turut rasa istimewa apabila menggunakannya iaitu barangan Crabtree and Evelyn. Mungkin ramai yang menggunakan jenama ini namun tidak kurang juga yang tidak pernah mendengarnya. Maka inilah peluang untuk mendapatkannya. Bukanlah ibu banyak duit nak bagi tapi anggaplah ini salah satu cara memberi hadiah kepada orang lain melalui rezeki yang kita dapat.
Namun terlintas dihati ibu nak beri pada siapa ye? Maka lebih baik ibu beri kepada pelawat-pelawat blog ibu yang setia membaca kisah ibu, Addin dan Nasa selama ini. hehehe...Walaubagaimanapun ibu hanya ada 3 kotak sabun 100g Rosewater buat masa ini. Maka ibu akan memberinya kepada sesiapa jua yang bertuah untuk mendapatkannya. Wangi ke? memang sangat wangi. Harga seketul sabun lebih kurang rm25 dan ke atas. Kewangiannya diakui oleh mereka yang biasa…

Miri oh Miri

Imej
Sekarang dah bulan Julai...maka hanya tinggal beberapa bulan lagi ibu akan mula sambung bekerja... Ibu belum lagi mengisi borang perpindahan kerana??? Kerana ibu masih mengharapkan agar kita sekeluarga dapat berpindah semula ke Miri.Miri tempat yang paling best untuk institusi kekeluargaan.
Bagaimana dengan Kerteh atau Kota Knabalu? Hmmm entahlah kan. Walaupun ada juga niat atau teringin bekerja di bandar ini tapi ibu takut meminta dengan Allah.... ibu lebih suka mintan aturan yang terbaik dariNya. Mudah2an bulan Oktober nanti kami dah dapat tahu ke mana kami seterusnya....

Selasa 7 Julai

Imej
Sejak minggu lepas lagi notis telah ditampal berkedekatan tangga rumah kita memaklumkan pada Selasa 7 Julai akan mempunyai masalah gangguan air dari jam 10am sampai 3pm. Hmm, hari pun dah tiba dan tadi ibu dah comfirmkan dengan PUSPEL mengenai notis tersebut. Maka hari ini ibu doa semoga segala urusan kita lancar sepnjang tiada bekalan air... takut juga ibu jika air dalam tong simpanan tidak mencukupi untuk kita tiga beranak. Semoga Allah atur yang baik.
Apakah aktiviti yang bagus jika tiada air?
Sedang bermain dalam fikiran ibu sama ada nak pergi ke Shaklee branch atau rumah mak kiah? Yang pasti anak2 ibu takkan tidur pun jika ke tempat ini maka sebenarnya tak banyak beza pun...ada cadangan lain?

Hadiah untuk semua pembaca

Imej
Ini adalah HADIAH & untuk tatapan saudara ku sekelian. Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah.
Kita boleh tengok Al-Quran, boleh pilih nak Al-Quran yg mana satu, boleh buka muka surat yg kita nak, memang boleh selak-selak mukasurat Al-Quran ni & siap ada kanta kalau nak besarkan ayat Al-Quran tersebut.

Cubalah tengok dulu & click kat url nie...semoga kita diberkati Allah SWT.

KLIK DI SINI.



Insafnya!

Imej
Email yang ibu dapat dari ayatok Addinnasa...

Sesungguhnya pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda
yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma
tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya
ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi
masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat
diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum
(keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga
dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan
Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang
akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi
mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam s…

Get Crafty

Imej
Semalam sebelum menghantar Addin ke kelas seni di Davinci , tiba-tiba abah bertanya dengan ibu, adakah Addin benar-benar gembira dengan kelas ini? Ibu tanya kenapa pula abah terfikir sedemikian rupa.. abah merasakan Addin tidak lagi merasa excite bila nak kelas tersebut. Pada dasarnya memang benar, Addin kelihatan penat mewarna terutama apabila menggunakan crayon semata-mata. Jadi abah dan ibu membuat keputusan untuk mencuba di Art Crafty yang pernah ibu lihat di One Utama. Memandangkan abah malas nak ke sana kami hanya mencuba di G.E a.k.a Great Estern Mall di Ampang.
Memang menarik kerana di sana anak-anak hanya perlu memilih art craft mana yang menjadi pilihan mereka untuk mereka buat bersama teacher mereka. Addin memilih untuk membuat kereta yang kelihatan seperti BumbleBee. Memandangkan kelas tersebut adalah 60 minit untuk setiap session sp ibu dan abah sempat merona dalam bangunan GE dan boleh tahan hebat juga semua lot kedai dalam bangunan tersebut.
Selepas sejam hasilnya sangat …

Testimoni Nutriferon

Imej
Saya mengenali seorang teman ini melalui dunia blog juga. Beliau meminta konsultasi mengenai penyakit yang beliau hadapi. Beliau mengidap resdung, maka kesannya wajahnya berjerawat dan mempunyai masalah kudis berair di kaki beliau. Beliau terpaksa memakai stokin ke pejabat bagi memastikan kakinya tidak kelihatan sakit yang ketara. Banyak produk yang telah beliau cuba namun tidak berhasil.
Beliau mula mendapatkan produk Shaklee pada penghujung bulan Mei yang lalu. Beliau mula consume dengan sangat berhemah mula pada bulan Jun. Saya menyediakan beliau jadual pemakanan agar pengambilan supplement beliau teratur dan dapat melihat kesan mengikut hari yang saya nyatakan.Beliau mula mengambil ACE, ESP, zinc, herb lax, ostematrix, alfalfa dan vitalea.
Setelah sebulan beliau mula merasa berpuashati... walaupun pada dasarnya kulit badan kita memerlukan 90 hari untuk benar2 recover tetapi tubuh beliau mula menunjukan kesan yang sangat positif.
Lumrah manusia biasa, andai bagus jika dapat cepat reco…

Khas untuk penduduk Bangi

Imej
Bagi yang menetap di sekitar Bangi dan Kajang sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee boleh terus dapatkan dari teman saya Yusrina Hata di talian 019-2712601 (sekurang2nya boleh menjimatkan duit pos). sekian terima kasih.

Waktu Operasi Baru

Imej
Untuk makluman semua, bermula 1 Julai 2009 waktu operasi perniagaan Shaklee adalah seperti berikut:

Isnin- Sabtu : Jam 1o pagi sehingga 7 malam
Talian Tol Free : 1800-88-6577
ID : 395863

Untuk Branch hanya Sabtu pertama dan ketiga sahaja dibuka.

Boleh terus gunakan ID saya untuk membeli vitamin anda dan dapatkan peluang yang menarik di sana. Bagi yang ingin mendapatkan konsultasi percuma boleh terus menelefon saya di 012-8535689.

Macam mana saya survive?

Imej
Ada beberapa suara sumbang yang selalu berkata... dia bolehlah amik cuti tanpa gaji sebab suami dia bergaji besar. Senang hati betul bila berkata demikian. Jikalaulah suami saya bergaji besar, rasanya tak perlu saya bekerja. Saya hanya mempunyai beberapa bulan lagi untuk menjaga dua putera saya ini, memandangkan tahun hadapan saya perlu melapor diri untuk sambung bertugas.
Ada juga yang turut bertanya bagaimana saya survive tanpa gaji...adakah mengharap duit dari suami semata-mata? Terus terang saya katakan suami saya memikul banyak tanggungjawab sepanjang saya bercuti...kesian kat abah tapi saya sangat menghargai pengorbanan beliau. Apa yang boleh saya buat untuk meringankan bebannya?
Saya hanya mampu berdoa agar rezeki kami dilapangkan...saya doa saya tidak stress dan saya berdoa agar saya bersyukur dengan segala yang saya ada. Saya hanya mampu mencoretkan kisah dan pengalaman saya bersama Shaklee di dalam blog ini. Seandainya ada yang ingin mencuba produk ini saya alu-alukan tanpa p…

Rezeki yang paling besar...isu sensitif

Imej
Adakala saya terfikir apakah sebenarnya rezeki yang paling besar dalam hidup ini? Namun bila saya dah berumur 31 kini baru saya sedar, harta yang paling hebat adalah anak-anak maka rezeki yang paling besar adalah kesihatan mereka. Saya cukup susah hati jika anak saya demam mahupun selsema atau batuk sekalipun. Walaupun saya bercuti buat masa ini tapi bukan mudah untuk memastikan mereka sihat setiap masa. Addin yang bersekolah setiap kali pulang dari sekolah saya pastikan dia mandi dahulu sebelum bermain dengan Nasa.Begitu juga selepas membawa pulang mereka ini dari taman permainan. Namun ya la, ini semua sekadar satu usaha biasa.

Apakah usaha luar biasa agar anak kita tidak mudah sakit ? Jika sakit sekalipun tidak sehingga tahap membimbangkan. Bagaimana ya?
Setelah meneliti beberapa pandangan peribadi orang2 di sekeliling saya yang lebih arif tentang kehidupan saya dapati apa yang anak kita lalui adalah kifarah atas perbuatan kita. Saya cuba melihat beberapa contoh mereka yang mempunya…

Vitamin apa yang anak saya makan

Imej
Ada yang bertanya vitamin atau supplement apa yang saya beri pada anak saya. Saya memang beri anak2 saya supplement selepas umur 1 tahun

Addin saya beri dia meal shake yang ditambah dalam susu formulanya. Selain itu saya beri dia juga minum protin @ESP dan omega. Namun omega saya beri alternate day agar badan tak mudah panas dan demam.

Begitu juga Nasa, saya hanya berikan Nasa satu-dua cawan comel protin@ESP setiap hari dan omega sama seperti Addin iaitu alternate day. Jika semalam ibu tak bagi kalian makan maka hari ini kalian akan dapat omega. Mereka cukup suka makan omega, mereka makan dengan mengunyah begitu sahaja. Senang kan.

Namun setiap ibu bapa mempunyai pendapat sendiri tentang pemakanan tambahan anak2. Asalkan anak kita sihat dan dapat membesar seperti juara sangat lah memadai! :)