Ahad, 31 Mei 2009

Mahalnya sebuah kesihatan

Mei 31, 2009 0 Comments
Masih ramai yang tidak sedar atau tanpa menyedari sebuah kesihatan itu hakikatnya sangat mahal. Ada seorang teman bertanya apakah yang sesuai diambil untuk menjaga jantung dengan baik? Jawapan saya ialah vitamin E. Teman tersebut terus bertanya, berapakah harga sebotol vitamin E, saya menjawab untuk 120 biji berharga rm119. Teman tadi terus terdiam... dalam hati saya berdetik mungkin beliau kurang berkemampuan untuk membelinya. Lantas beliau bertanya, mengapakah harganya sungguh mahal berbanding dengan vitamin yang berada di farmasi? Masih dengan jawapan yang sama saya berikan, vitamin Shaklee ialah asli dan tiada silika gel di dalam botol tersebut dan kandungan vitamin E untuk sebiji ialah 4001.u dan sangat mencukupi bagi keperluan badan.
Bagi pertama kali orang mendengarnya mungkin akan terdetik benda yang sama...mahal. Namun bagi mereka yang pernah melalui operation bypass untuk jantung pasti akan menyedari, apalah sangat harga rm119 untuk 4 bulan consume berbanding dengan kos yang perlu dibayar untuk pembedahan. Namun tidak dinafikan orang kita lebih suka benda yang murah ditambah lagi jika percuma. Mungkin untuk beli vitamin ini memerlukan pengeluaran duit sendiri tetapi jika melalui sebuah pembedahan mungkin ditanggung oleh insuran company yang pastinya percuma.
Pada saya terpulang pada individu itu menilai sebuah kesihatan. Namun pengalaman saya, ramai orang yang dah terjatuh baru terngadah. Mudah-mudahan kita sentiasa mengambil iktibar dari mereka yang pernah sakit. Amin.

Jumaat, 29 Mei 2009

Tiang Seri

Mei 29, 2009 0 Comments
Setiap rumah dahulu mudah kita temui tiang seri menandakan utuhnya rumah yang dibina. Namun hari ini, kita hanya mampu melihat rumah yang mempunyai tiang yang asas bagi membina konkrit binaan tersebut. Badan manusia juga hakikatnya hanya memerlukan 4 asas utama, iaitu protien , multivitamin, b complex dan vit c. Sel memerlukan protien untuk terus membina sel baru. Jika seseorang itu kekurangan protin maka untuk sel menyerap zat makanan lain adalah amat sukar. Asasnya protien adalah sangat sangat penting. Selepas sel mula terbentuk, makanan utamanya ialah vitamin lain dan garam mineral... berapakah jumlah vitamin dan garam mineral yang diperlukan? 12vitamin dan 7 galian. Ini adalah asas keperluan tubuh manusia. Adakah dalam 12 vitamin tersebut meliputi vitamin b complex dan vitamin C? Jawapannya adalah ya. Namun mengapakah kita masih perlu mengambil vitamin c dan b complex lagi seandainya kita mengambil multivitamin?
Ini kerana kandungan vitamin c dan b complex yang diperlukan oleh badan melebihi daripada yang dibekalkan di dalam multivitamin. Mungkin ada sesetengah doktor berpendapat multivitamin sudah memadai... hakikatnya doktor adalah golongan yang sangat pakar dalam ubat-ubatan iaitu untuk merawat penyakit namun hakikatnya golongan ini bukanlah pakar dalam bidang nutrisi yang lebih kepada pencegahan penyakit.
Sesungguhnya vitamin c dan b complex adalah vitamin yang larut air. kedua-dua vitamin ini dalam kategori fragile atau erti kata lain mudah musnah akibat banyak faktor antaranya, stress. Stress boleh memusnahkan vitamin c dan b complex dalam tubuh kita. Asap rokok dan kenderaan juga boleh menyebabkan kemusnahan vitamin ini. Terdedah kepada matahari juga menyebabkan kerosakan kepada kedua-dua vitamin ini dalam tubuh manusia.
Mereka yang kurang keyakinan diri, mudah letih, mudah marah, sensitif adalah golongan yang sangat kurang vitamin c dan b complex.
Rasanya dah selalu saya menegaskan betapa pentingnya 4 supplement asas ini namun secara jujurnya saya sangat suka bercerita mengenai vitamin dan supplement kerana saya dapat melalui proses perubahan yang besar dalam hidup saya. Jika dahulu saya mempunyai kulit yang sangat sensitif... apabila makan sahaja seafood maka esok lusa mulalah kaki saya berkudis sehingga ber air. Kulit muka juga berjerawat dan jika stress sahaja mulalah keluar jerawat batu. Kulit wajah saya dulu sentiasa merah akibat bekas jerawat yang tidak pernah putus tumbuh.
Namun alhamdulillah kini semuanya sudah tiada lagi. Alhamdulillah saya dapat makan udang, ketam dan sotong tanpa ragu-ragu. Keseronokan inilah yang saya mahu kongsi bersama dengan teman yang lain.
Jika rumah diserikan dengan tiang seri maka adalah lebih membahagiakan hidup ini jika kita memiliki kesihatan yang tiada ternilai harganya. Benarlah kata orang... duit boleh cari maka usahalah untuk dapat yang kesihatan terbaik dalam hidup ini.

Sabtu, 23 Mei 2009

Ada ke yang berminat?

Mei 23, 2009 0 Comments
Dalam majlis Aqiqah hari ini, ibu berpeluang bersembang dengan hajah Zaradah, yang master untuk rujukan bagi setiap masalah kesihatan yang ibu belum mahir. Dalam pada tu sempat hajah bertanya jika ibu berminat dengan program Shaklee untuk ke Umrah next year. Siapa yang tak mahu ke umrah? Setiap waktu ibu terbayang menunaikan solat di Makkah al Mukaramah.
Program ini memerlukan satu kumpulan yang mempunyai niat yang sama, membantu mereka yang memerlukan disamping kita memperolehi kebaikan menunaikan umrah dengan percuma. Hajah menyatakan yang she's willing to train sape jua yang berminat dengan Umrah Shaklee 2010. Jika anda atau sesiapa jua yang berminat, boleh menelefon saya atau suami untuk demo bagi melihat keberkesanan produk dan plan Umrah 2010.
Entahlah, ibu ni tak bekerja...hanya duduk rumah jaga anak2 tersayang. Belum ada kesempatan nak berjumpa orang baru untuk bina connection. Siapa yang tak berhajat nak dapat umrah free kan? Tapi ye lah, setakat ni ia hanya mampu jadi angan2 ibu. Mungkin satu hari jika Allah izinkan ibu mahu menjadi salah seorang distributor yang terpilih menunaikan umrah Shaklee dengan percuma bersama abah, Addin dan Nasa.

Ya Allah, seandainya Engkau izinkan, terimalah daku, suamiku dan anak2ku sebagai tetamu Mu ya Allah. Semoga kami semua dapat menjejakkan kaki dan beribadat di tanah suciMu Ya Allah. Semoga Shaklee menjadi sesuatu yang dapat membantu manusia lain mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik. Amin.

Sempurna sudah..

Mei 23, 2009 0 Comments
Alhamdulillah, sempurna sudah sebuah majlis aqiqah buat Nasa yang berlangsung sepanjang hari Sabtu 23 hb May. Terima kasih buat mamatok dan ayahtok yang berusaha menganjurkan kenduri hari ini. Semoga kalian diberkati di dunia dan akhirat!

Jumaat, 22 Mei 2009

Dilemma Breastfeeding

Mei 22, 2009 0 Comments
Ada seorang teman saya cukup berkobar-kobar untuk menyusukan anaknya.Namun masalahnya beliau merasakan susunya sangat kurang. Apabila beliau meminta pendapat dengan serang doctor muslim doctor tersebut mengatakan bahawa ini mungkin rezeki anak kecil itu memang sedikit. Dalam hati saya, kasihan doktor ini kerana beliau lupa dengan rahmat Allah yang sangat luas.
Apalah salahnya kalau beliau menasihatkan agar teman saya lebih berusaha di samping berdoa?

Jika anda seorang yang memang sedang dilemma menyusukan anak disebabkan perasaan kurang yakin dalam diri, merasakan susu sangat sedikit...cuba amalkan ini.

1.Solat hajat 2 rakaat setiap hari mohon dimurahkan rezeki anak dengan banyakkan susu ibu.
2.Amalkan surah al-waqiah setiap malam antara maghrib dan isyak
3. Banyakkan selawat nabi setiap waktu.

Selain itu cubalah jaga pemakanan dan amalkan pemakanan yang sihat. InsyaAllah berhasil. Banyak lagi yang boleh dijadikan amalan agar semangat untuk bf akan terus terlaksana dan bukan sekadar satu impian semata-mata.

Rabu, 20 Mei 2009

Petua? Mari kita kongsi.

Mei 20, 2009 0 Comments
Memandangkan saya ni berasal dari kampung maka saya sangat suka mengamalkan beberapa petua orang lama yang saya percaya ada baiknya walau ada orang kata bukan semua boleh kita amal. Petua simple yang saya belajar :
1.Jika anak tidak mahu tidur, bacakan surah al-falaq dan ambil air dari lelangit si ibu sapukan pada kelopak kedua mata anak dengan niat, berikanlah rasa mengantuk padanya. InsyaAllah akan lelap dia nanti.
2. Jika masak nasi, jangan sesekali beri bibik yang masak, kerana nasi makanan utama. Semasa membilas beras, amalkan baca selawat dan niat dalam hati, Ya Allah dengan rahmatMu lembutkan lah hati suami dan anak2 ku sebagaimana Engkau melembutkan beras menjadi nasi.
3. Jika anak menangis pada malam hari tanpa sebab atau kita rasa ada gangguan paranormal, amilkan kapur sireh dan bacakan surah an-nas sambil disapukan kapur tadi dibelakang telinganya. ini adalah untuk dia tidak mendengar bisikan makhluk halus.
Banyak lagi petua yang nak ibu taip tapi masa tak mengizinkan. Ibu akan sambung lagi nanti.
Salam sayang.

Nak lebih yakin???

Mei 20, 2009 0 Comments
Last two week saya dilawati oleh seorang kenalan baru atau lebih mesra saya panggil kak Dilia. Beliau ingin tahu lebih lanjut mengapa saya begitu yakin dengan Shaklee. Secara kebetulan abah Addin pun ada di rumah, maka abah dengan hati terbuka membuat demo produk dan menerangkan secara terperinci bagaimana sel itu bertindak dengan vitamin dan kesan vitamin ke atas tubuh badan.
Sebenarnya ibu sangat suka mendengar abah menerangkan kepentingan setiap vitamin dengan terperinci. Siap dengan demo... bukan ibu tak pandai nak terang tapi abah lebih expert. So far kak Dilia berpuashati dan mencuba vitamin yang ibu suggest untuk kes dia.
Maka, bagi anda atau sesiapa jua yang perlukan bukti dan keyakinan untuk mencuba vitamin Shaklee bolehlah membuat temujanji agar kami boleh berkongsi dengan anda kebaikan dan kelebihan vitamin Shaklee yang kami makan sudah hampir 10 tahun.
Sebarang temujanji boleh dibuat melalui telefon saya 012-8535689 atau email saya nnorita@yahoo.com .
Apabila seseorang itu makan supplement dengan ilmu... dia pasti akan lebih menghargai duit yang dikeluarkan untuk membeli vitamin dan akan lebih menghargai kesihatan kerana kita makan dengan ilmu. Memang tidak dinafikan ramai penjual vitamin Shaklee diluar sana... maka dengan siapa jua anda membeli bukan satu persoalan tetapi yang penting pastikan anda tahu setiap fungsi vitamin dan bagaimana ia membantu anda dalam mendapatkan kesihatan yang optimum.

Ahad, 17 Mei 2009

How to dance in the rain

Mei 17, 2009 0 Comments
Cerita ini ibu dapat dari abah thru email.. Abang, I love you more!
Buat Isteri Tersayang,

I love you very much
.



How To Dance In The Rain
It was a busy morning, about 8:30, when an elderly gentleman in his 80's,arrived to have stitches removed from his thumb.He said he was in a hurry as he had an appointment at 9:00 am.I took his vital signs and had him take a seat, knowing it would be over an hour before someone would be able to see him.I saw him looking at his watch, and decided, since I was not busy with another patient, I would evaluate his wound.On exam, it was well healed, so I talked to one of the doctors, got the needed supplies to remove his sutures and redress his wound.While taking care of his wound, I asked him if he had another doctor's appointment this morning, as he was in such a hurry.The gentleman told me no, that he needed to go to the nursing home to eat breakfast with his wife.I inquired as to her health; he told me that she had been there for a while and that she was a victim of Alzheimer's Disease.As we talked, I asked if she would be upset if he was a bit late.He replied that she no longer knew who he was, that she had not recognized him in five years now.I was surprised, and asked him, 'And you still go every morning, even though she doesn't know who you are'?He smiled as he patted my hand and said, 'She doesn't know me, but I still know who she is'.I had to hold back tears as he left; I had goose bumps on my arm, and thought, 'That is the kind of love I want in my life'.True love is neither physical, nor romantic. True love is an acceptance of all that is, has been, will be, and will not be.With all the jokes and fun that are in e-mails, sometimes there is one that comes along that has an important message.This one I thought I could share with you.The happiest people don't necessarily have the best of everything; they just make the best of everything they have.I hope you share this with someone you care about. I just did.'Life isn't about how to survive the storm, But how to dance in the rain.'

Khamis, 14 Mei 2009

Susu Merundum...

Mei 14, 2009 0 Comments
Saya yakin semua ibu yang menyusukan anaknya dengan susuibu pasti pernah melalui dugaan ini. Adakah ianya salah satu fasa yang perlu kita lalui? Jawapannya ialah ya. Saya sendiri pernah melaluinya. Kekadang kebingungan kerana tak tahu punca terjadi. Tapi hakikatnya ada sebab Allah menduga kita sedemikian....
Apabila kita rasa kekurangan, kehilangan ...maka dengan serta merta kita mengingati Allah yang Maha Esa. Walhal apabila kita senang, mendapat apa yang diperlukan serta dipenuhi kita lupa untuk melakukan sujud syukur padaNya.
Bagi ibu2 yang sedang melaluinya, jangan berputus asa. Allah tidak suka kepada mereka yang mudah berputus harap sedangkan rahmatNya amat luas. Yakinlah...dan banyakkan doa.
Bagi mereka yang pernah melaluinya, dapatlah kiranya berkongsi dengan saya di sini agar dapat saya tenangkan ibu2 yang sedang kerisauan menghadapi masalah ini.
Bagi saya jika saya sedang menghadapi situasi sukar yang melibatkan emosi saya akan telan banyak vitamin terutama protin, b com dan vit c.disamping air yang ber litre2. Syukur ada best water ...Jika perlu buatlah solat hajat... kerana sesuangguhnya Allah amat suka pada hambaNya yang merendah diri dan sentiasa berharap padaNya dalam waktu susah mahupun senang.

Harga ahli dengan Special Offer

Mei 14, 2009 0 Comments



Ada teman yang menghantar mesej bertanya jika ada sebarang offer dalam shaklee sekarang... jawapannya, ADA tetapi hanya untuk mereka yang sedang mencari water filter dan air purifier sahaja. Jika anda ingin melihat sejauh mana kebaikan produk ini, jemputlah ke rumah saya untuk menikmati keselesaan produk ini. Saya menggunakan kedua-duanya dan sangat berpuashati.

Sebagai contoh, air purifier Shaklee atau nama produk dikenali dengan AirSource, saya gunakan sejak Addin kecil lagi maka ini bermakna saya dah menggunakannya selama hampir 5 tahun.

Mengapa kami memerlukannya? Kerana kami tidur dengan pendingin udara dan ianya sebenarnya tidak elok untuk paru-paru dalam jangka panjang. Dengan AirSource kami selesa tidur dalam aircond tanpa rasa perit atau hidung tersumbat.
Kami membeli penapis airnya kerana ramai teman yang menggunakannya mengakui airnya sangat unik dan sedap. Kami juga mengambil keputusan untuk memilikinya kerana kualiti air tanpa ditapis sangat tidak elok untuk kesihatan terutama untuk anak2 dan saya sebagai ibu yang menyusu.


So far, alhamdulillah saya sangat berpuashati dengan menggunakan kedua-dua produk ini. Bagi mereka yang inginkan maklumat lanjut boleh layari http://www.shaklee2u.com.my/ .

Selasa, 12 Mei 2009

Membuka pintu rezeki... doa pelaris?

Mei 12, 2009 0 Comments
Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata...... .." setiap pagi sedekahkanal-fatihahkepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...Assalammualaikum;Berdasarkan Hadith Nabi :"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doakepada kedua orang tua nya dalam sehari"Huraian hadith:- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yanghidup mahupun yang sudah tiada )- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoakepadakedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar merekaberubah)- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan danbayangkanwajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyakmenolongkita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkanrezeki oleh Allah

Kesimpulannya:- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupadoakan ibu bapakita setiap hari- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yangkita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsbnya..)
Wassalam.Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita - ALFATIHAH UNTUK MEREKA.

Khamis, 7 Mei 2009

Untuk segala masalah kulit???

Mei 07, 2009 0 Comments
Semalam mamatok Addin sempat singgah ke rumah dan berkongsi cerita tentang vitamin. Mamatok kata, untuk semua jenis penyakit kulit baik allergy, kudis, kurap, jerawat, jeragat, kulit kering dan sensitif dan segala permasalahan kulit termasuklah akibat dari ekzema, psiorosis dapat di atasi jika seseorang itu berdisiplin dalam pemakanan dan pengambilan supplement. Antara supplement asas yang disyorkan oleh golongan ini ialah herb-lax ( diambil seminggu sekali untuk membersihkan usus), ESP sebagai keperluan asas pembinaan sel kulit, vitamin C untuk kolagen dan pelindung sel, vitamin e yang kita sedia maklum untuk kulit dan anti penuaan dan antioksidan , b complex sebagai penenang kepada sel dan hormon serta zinc salah satu agen penting dalam keseimbangan hormon.
Mungkin ada sesetengah pihak menganggap ianya sedikit mahal namun hasilnya sangat berbaloi kerana ibu sendiri melaluinya. Bagi yang ingin mencuba boleh email pada saya dan akan saya sertakan jadual lengkap pemakanan agar anda lebih berdisiplin.

Sesungguhnya tiada ternilai sebuah kecantikan dan kesihatan itu... dan kecantikan pastinya adalah milik setiap insan!

Ibu...

Mei 07, 2009 0 Comments
Selamat hari ibu...
Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul) Bila dahaga, yang susukan aku....mak Bila lapar, yang suapkan aku....mak Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak Bila bangun tidur, aku cari....mak Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak Bila nak bermanja, aku dekati....mak Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak Bila nakal, yang memarahi aku....mak Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak Bila takut, yang tenangkan aku....mak Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak Aku selalu teringatkan ....mak Bila sedih, aku mesti talipon....mak Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak Bila bengang.. aku suka luah pada..mak Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! " Bila sakit, orang paling risau adalah....mak Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak Bila ada masalah, yang paling risau.... mak Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk......mak Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak Yang selalu berleter kat aku...mak Yang selalu puji aku....mak Yang selalu nasihat aku....mak Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak Aku ada pasangan hidup sendiri.... Bila seronok, aku cari.......pasanganku Bila sedih, aku cari.......mak Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku Bila gagal, aku ceritakan pada....mak Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku Bila berduka, aku peluk erat....emakku Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu" Selalu.. aku ingat pasanganku Selalu.. mak ingat kat aku Bila-bila... aku akan talipon pasanganku Entah bila... aku nak talipon mak Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"... Berderai air mata jika kita mendengarnya........ Tapi kalau mak sudah tiada.......... MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT.... Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya...... berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu: 1) Tolong pergi kedai : RM4.002) Tolong jaga adik : RM4..003) Tolong buang sampah : RM1.004) Tolong kemas bilik : RM2.005) Tolong siram bunga : RM3.006) Tolong sapu sampah : RM3.00Jumlah : RM17.00 Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMAJumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMAAir mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Selasa, 5 Mei 2009

Gunting dalam Lipatan!

Mei 05, 2009 0 Comments
Berapa ramai antara kita yang sedar tentang kehadirannya yang boleh kita katakan sebagai musuh dalam selimut. Memang ianya banyak membantu kita menguruskan kerja di pejabat dan adakala ia mengeratkan silaturahim sesama kita namun kesannya negatifnya bukanlah serta merta tetapi selepas beberapa lama kita bersamanya. Saya sendiri menyedari kesan sampingannya selepas beberapa lama masa saya habiskan dengannya. Mata saya mula semakin kabur, power cermin mata juga sedikit mula meningkat. Siapa lagi kalau bukan komputer yang sedang kita gunakan. Apakah prevention kita terhadap kesan negatif yang akan ditanggung? Adakah suami kita atau majikan kita akan membayar kos membuat cermin mata atau operation mata jika mata kita bermasalah? Jika ada pihak ketiga yang menanggung, bersyukur yang amat. Saya sendiri dah hampir setahun tidak mengambil beta carotene kerana tiada shipment dari Shaklee US. Tapi hari ini, saya bersyukur saya akan dapat memastikan mata saya mendapat zat yang cukup terutama apabila Shaklee dah menghantar carotomax bagi menggantikan beta carotene.
Siapa yang perlu makan vitamin ini?
Orang yang bersahabat akrab dengan komputer seperti ibu.
Ibu yang mengandung dan menyusukan anak.
Orang yang mengidap Asma, kanser, dan yang kurang imunity
Orang yang ada masalah jerawat dan jeragat...dan banyak lagi. Nanti ibu study semula kerana ada yang ibu terlupa nak share.



Aktiviti hujung minggu

Mei 05, 2009 0 Comments
Bermula dari hari Jumaat, uncle Hatta nikah dengan auntie Faizura di Selayang diikuti dengan majlis sanding pada hari Sabtu dan melawat HOMEDEC di KLCC pada hari Ahad... fuhhh cukup mengujakan walau sedikit letih! Jutaan terima kasih juga buat abah tersayang kerana membawa kami merasa menaiki jambatan gantung bangunan KLCC. Bagi yang ingin merasa menaiki jambatan itu boleh dapatkan tiket percuma di bahagian informasi seawal jam 8.30pagi. Dulu ibu ingat orang awam tak boleh naik rupanya dapat , percuma lagi tu. Seronok juga la... sebab ibu tak gayat dengan tempat tinggi.
Dan kini kedua-dua anak ibu demam kerana keletihan ...so ibu cuma pastikan kalian dapat cukup tidur disamping minum cukup air agar tidak dehydrate. Anak2 ibu perlu kuat dan cepat sihat kerana kita akan pulang ke Muar Jumaat ini InsyaAllah untuk memeriahkan majlis uncle Hatta di Muar pula.
Kepada teman2 blogger yang berada di Muar, jemputlah datang bertandang ke teratak emak saya di Taman Setia Bukit Pasir Muar. Jika sudi datang, sila email kepada saya untuk dapatkan alamat lengkap.
Oh ye, bagi yang ingin membuat pesanan vitamin atau set kecantikan Shaklee, jika ibu tak kelihatan online boleh terus mesej melalui hp ibu. InsyaAllah barangan yang dipesan akan segera sampai ke pintu anda....

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia