Khamis, 30 April 2009

Atasi kulit KUSAM...

Ada beberapa teman yang bertanya bagaimanakah nak hilangkan kekusaman kulit...First of all, kita perlu tahu kenapa kulit menjadi kusam dan tidak berseri. Jawapan kepada sebab yang yang diberikan pastinya berkaitan dengan zat yang diperolehi oleh kulit seseorang. Kulit wajah kita boleh bertukar dalam masa 3 minggu. Ini kerana sel kulit wajah akan hidup selama 21 hari dan kemudian akan bertukar kepada sel baru. Namun jika kita tidak mengambil makanan yang berzat, masakan kolagen boleh terbentuk? Masakan sel baru boleh keluar disamping menyingkirkan sel lama atau sel mati? Sel terbentuk dari protien. Mana datangnya sumber protin? dari ikan, ayam, telur, kekacang. Namun tahukah anda protien tidak dapat hidup dalam suhu yang tinggi? Apabila kita masak, kita akan pastikan masakan itu masak sehingga mendidih. Maka secara langsung protien akan mati... protien hidup dalam suhu tidak lebih dari 37*celcius. Kerana itu kita digalakkan mengambil supplement protien.
Jika sel mendapat cukup protien, sel baru akan tumbuh bagi menggantikan sel yang lama dan secara langsung wajah akan nampak lebih berseri.
Untuk menambahkan kekenyalan kulit, sel tadi memerlukan vitamin C untuk membentuk kolagen. Manakala vitamin E penting untuk saraf dan memberikan awet muda kepada kulit. Kawan saya sendiri yang baru mencuba Shaklee sendiri mengakui perbezaan yang ketara terhadap kulitnya apabila beliau mencuba ketiga2 supplement ini. Teman sepejabat beliau sendiri mengakui wajahnya nampak lebih berseri.
Jika anda membeli vitamin di farmasi, pastikan vitamin C yang diambil sehari adalah dalam kadaran 500-1000mg manakala vitamin E beserta Selenium dengan kadaran 400i.u demi memastikan kesan yang baik. Protien pula, cubalah protien yang asli dan bukan dibuat menggunakan melalui teknologi batu arang. Protien ini selalunya kurang berkualiti dan tidak memberi impak maksima.
walaubagaimana pun, terpulang kepada anda... apa yang kita makan hari ini bukan memberi kesan pada esok lusa namun pada masa akan datang. Maka marilah kita muhasabah diri dan cuba jadikan makanan yang kita ambil hari ini sebagai penawar dan jangan jadikan ubat (drugs) sebagai makanan kita. Sesungguhnya apabila kita sakit, waktu itu ubat(drugs) menjadi makanan utama , semoga Allah jauhkan ianya berlaku ke atas kita dan keluarga.

Mak nak datang... yeyeye!!

Hmm mak dan adik2 ibu yang lain akan sampai petang ni InsyaAllah. Hujung minggu ni sibuk la kami semua dengan wedding uncle Hatta, adik kedua ibu. Addin dan Nasa seronok bila ibu kata esok rumah kita penuh dengan atok dan pakcik2 dan makcik2. Seronok la atok apatah lagi ini menantu perempuannya yang pertama tu, selama ni sambut menantu lelaki jek.

Buat Uncle Hatta dan Auntie Faizura,
Semoga kasih sayang dan ikatan perkahwinan ini berkekalan selagi hayat dikandung badan...
Nanti ibu update gambar keluarga lah....tak sabar nak tunggu weekend ni.

Terima kasih anakku..

Tarikh keramat ini akan ibu semat dalam ingatan ibu selagi hayat dikandung badan...26 April. Pada usia seawal 6 tahun Addin sudah berani bercakap di hadapan khalayak ramai. Bangganya rasa hati ini walau anak ibu bukanlah pemenang pada hari tersebut. Pada hari tersebut Addin diminta oleh gurunya untuk menyertai pertandingan membaca di PWTC. Dalam 12 peserta hanya Addin dan seorang kanak2 lelaki merupakan peserta lelaki manakala yang lainnya adalah peserta kanak2 perempuan.
Walaupun Addin tidak dapat membaca dengan lancar seperti yang ibu harapkan namun ibu bangga kerana Addin berani menaiki pentas dan membaca teks yang diberi sehingga selesai. Manakala seorang lagi peserta lelaki yang tidak kurang hebatnya membaca merasa sangat malu untuk membaca di atas pentas. Hakikatnya bukan mudah untuk kita menghadapi penonton yang ramai yang tidak kita kenali.
Jauh dilubuk hati ibu berdetik, jika Allah mengizinkan Addin boleh menjadi pemidato sekolah sepertimana ibu pada zaman persekolahan. Ibu kurang berminat dengan sukan tetapi ibu aktif dalam semua jenis perbahasan, pidato, debat dan semua yang memerlukan seseorang itu berhujah dan berhadapan dengan khalayak ramai....rindunya zaman persekolahan yang meninggalkan banyak kenangan manis!!!
Semoga Addin dapat mengekalkan keberaniannya ini dan menjadi pemidato yang terhebat suatu hari nanti, insyaAllah.

Khamis, 23 April 2009

Tripple Gem

Tripple Gem adalah set yang terdiri daripada Energizing Soy Protin, Meal Shake dan Performance Drink. Set ini digalakkan ambil kepada golongan yang tak boleh nak telan vitamin langsung. Ianya juga sangat sesuai diambil oleh golongan ibu mengandung dan menyusukan anak. Ada ramai tetamu dari internet yang menanyakan kepada saya jika ada supplement yang bukan dalam bentuk pil maka inilah jawapannya....
TRIPPLE GEM.

Selasa, 21 April 2009

Supplement yang tiada zat??

Adakah ia penyataan yang sesuai... namun inilah yang selalu dalam kepala ibu apabila teringatkan fiber tablet di rumah. Fiber atau istilah lain dipanggil serat banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayuran. Penting ke fiber atau serat ini?
Jawapannya ialah ya. Namun kebanyakan kita tahu fiber atau serat ini penting agar kita lawas dalam membuang toksin dalam bentuk pepejal dan fiber membantu agar kita tidak mendapat sembelit. Hakikatnya fiber mempunyai banyak fungsi dalam tubuh kita. Antaranya ialah :

* Boleh mengelakkan kanser usus
*Bertindak mengurangkan tahap kolesterol
* Mengeluarkan racun dari badan dengan mempercepatkan proses pembuangan najis
* Dapat mengurangkan gula dalam darah
* Baik utk mereka yang dalam proses pelansingan badan kerana serat akan berada lama dalam perut dan memberikan rasa kenyang
* menggalakkan bakteria yang baik dalam usus besar
* mengurangkan sembelit yang akan menyebabkan masalah buasir, angin pasang dan penyakit diverticular.
So...semoga ilmu ini dapat dipanjangkan dan kita tahu apa yang kita makan memberi kesan yang baik atau sebaliknya!

Jumaat, 17 April 2009

CUTE Award



Awar ni ibu dapat dari Auntie Wan yang memang dah sedia maklum comel dan cute. Terima kasih Wan... tak sangka dalam dunia blogger ni boleh dapat banyak award, award yang unik2 pulak tu.
So ibu teringin nak pass award ini pada ... jeng, jeng,jeng

1. Wan ( yang bagi award ni kat Ibu...)
2. Lia
3. Zuhaini
4. Iena Hamdi
5. Yus
6. Zie
7. Diana
8. Ibu Arifa
9. Intan
10. Kak Ina

Profile tag

Maaf ya Wan...lambat bayar hutang. Biasalah bekejar dengan dua hero kat rumah...

Apa pun terima kasih kerana menge "tag" blog ku ini.



1. Letakkan gambar profile anda




2. Terangkan apa maksud gambar itu.

Maksud? Gambar ibu, Addin dan Nasa. Abah mana ye? Oh abah pemalu, so abah jadi cameraman aje.

3. Kenapa pilih atau letak gambar itu?

Suka sangat...sebab ibu suka tengok wajah2 hero ibu, semua dah besar...mudah-mudahan cemerlang, gemilang dan terbilang. Amin.


4. Giliran siapa selepas ini?
Hmmm, rasanya ramai yang dah buat.... so sampai sini jek la. Boleh ke?

Khamis, 16 April 2009

Cantikkan wajahmu dengan vitamin E

Seorang dari kenalan ibu telah mencuba vitamin E Shaklee dan selepas beberapa bulan consume, beliau memberi testimoni kepada ibu...katanya, best la vitamin E Shaklee ni kulit saya tidak kering lagi dan tidak perlu selalu guna foundation seperti sebelum ini. Hmmm seronok ibu rasa. Hakikatnya vitamin E memang sangat bagus untuk kulit. Lebih hebat lagi kerana kandungan i.u nya mengikut keperluan iaitu 400i.u.
Saya sendiri melaluinya. Zaman belajar dahulu kulit wajah saya berbintik2 merah atau jerawat halus. Bila nak period pula mulalah keluar jerawat batu. Bukan kecil tapi besar pulak tu. Kini setelah beberapa tahun, kulit saya mula bersih dan tiada lagi jerawat. Alhamdulillah time datang bulan pun tiada jerawat halus. Syukur sangat-sangat.
Orang kata vitamin E juga boleh menampakkan seorang itu kelihatan muda dari umurnya, mungkin sebab itu kalau berjalan orang akan ingat Addin adalah adik ibu. Hehehe ( terperasan sekejap)
Kekadang apabila jalan2 dan terjumpa dengan mereka yang bermasalah kulit, nak saje ibu share dengan mereka tapi ye la, bukan semua orang beauty concious. Cuma dalam hati ibu berdoa semoga orang ini juga jumpa jalan yang baik untuk mengatasi masalah kulitnya itu. So sehingga sekarang, ibu cukup suka makan vitamin sebab kesan yang ibu dapat cukup memuaskan. Alhamdulillah ya Allah. Terima kasih!


Rabu, 15 April 2009

Kawan ibu sakit!!!

Classmate ibu semasa di maktab dulu mendapat penyakit kanser usus...kesiannya kini dah stage 4. Dulu masa stage 3 beliau ada memberitahu beliau mengamalkan pengambilan beberapa supplement namun ianya tak berkesan. Ibu sudah mencadangkannya mencuba Shaklee namun katanya beliau mahu menghabiskan dulu vitamin yang ada. Ibu hanya mampu berdoa pada saat ini...

YA ALLAH ...
WAHAI TUHAN KAMI DENGAN RAHMATMU AKU BERMOHON
BERIKANLAH KEJAYAAN KEPADA MEREKA YANG BERUSAHA
BERIKANLAH PETUNJUK KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN
BERIKANLAH KEBENARAN KEPADA MEREKA YANG INGIN MENGETAHUI DAN
DENGAN RAHMATMU
JANGANLAH ENGKAU AMBIL SEMULA SEGALA NIKMAT YANG TELAH ENGKAU KURNIAKAN.
WAHAI ZAT YANG PALING BELAS KASIHAN.
AMIN.

Selasa, 14 April 2009

Online Shopping...boleh percaya ke?

Saya ada menerima beberapa mesej yang berbunyi, adakah selamat jika beli barang -vitamin ni secara online? Saya akui saya bukanlah somebody untuk orang terus mempercayai untuk belian vitamin secara online. Namun saya tidak pernah ada paksaan sekalipun untuk membeli vitamin secara online. Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan vitamin Shaklee jika anda rasa ianya selamat selain online.

Cara 1.( self pick-up)
a.Pergi terus ke branch Shaklee yang berdekatan dengan anda...
b.Boleh gunakan ID saya untuk belian dengan harga ahli iaitu 395863 atau sebutkan
nama saya Norita Mohd Idris
c. Pembayaran terus kepada kaunter Shaklee melalui cash atau kredit kad.

Cara 2 ( delivery)
a. Membuat pesanan melalui telefon iaitu 1800-88-6577 ( toll free)
b. Hanya gunakan ID saya untuk membuat pesanan -395863
c. Membuat bayaran melalui bank-in kepada Maybank akaun Shaklee atau dengan kredit kad

Bagi kak Imah, Kak Sarah, Kak Dyg, Kak Ina, Dura, Aishah, Aesyah dan Shikin...( pembeli vitamin dan best water Shaklee)... terima kasih atas kepercayaan kalian kepada saya kerana sanggup bank- in duit bukan sekadar ratus tapi beribu untuk membuat pesanan.


#tambahan: Ummisufira, Arnieh, Iena, Kak Ina, Marsitah, Yusleenda, Anas, Laila, Along, zaida, Zira, Faiz, Kak Bib, Sarah, Jun, Adib, Fifa, Irma, Emma , Syida, Kak Rini dan ramai lagi nama yang saya tak dapat nak tulis semua nama di sini. Apa pun terima kasih atas kepercayaan kalian.

Pendidikan anak? .

Hari ini ibu hanya melatih Addin menulis... tak banyak hanya dua perkataan iaitu panjang dan pendek. Kedua2 perkataan ini Addin hanya perlu menulis sebanyak 7 kali sahaja... tapi sepanjang menulis dia asyik la merungut katanya dia tak suka menulis. Hmmm agaknya sebab anak lelaki kot, kalau anak perempuan bagaimana agaknya? Addin lebih suka di suruh membaca daripada membuat latihan penulisan namun jika melukis atau mewarna, dia sanggup buat sampai habis tanpa merungut sepatah pun, mungkin sebab minat sangat.
May be ada orang ingat saya very particular tentang ini semua namun saya hanya melakukan dengan ala kadar kerana Addin sudah bersekolah dan saya hanya mahu menambah sedikit as parents support di rumah. Maklumlah Addin sudah enam tahun...next year dah ke alam sekolah yang sebenar.
Ramai kenalan saya yang tidak begitu menyokong pendidikan awal kanak-kanak namun yang peliknya bila si anak dapat membaca seawal 3 tahun mereka riuh sekampung kata anaknya pandai membaca. Pada saya pendidikan awal anak2 bermula dengan hanya melalui listening skill sahaja... lama2 dia akan ingat dan mudah menerima melalui perkataan-tulisan(pembacaan).
Walaupun begitu saya tiada jadual yang specific untuk Addin di rumah kerana ianya bergantung dengan mood dia...jika mood dia sangat bagus, semua subjek dia akan minta kita ajar selagi tak penat. Jika dia sedikit moody, mungkin ibu hanya akan minta Addin membaca buku BM atau BI atau buat latihan matematik then sambung tengok tv dengan abah dan ibu.
Hanya kita sahaja yang kenal anak kita lebih dari orang lain hatta cikgu kelasnya... jadi bergantung kepada kita untuk mencorakkan kain putih ini menjadi warna apa yang kita mahu.
Namun apa yang pasti pesanan Teacher Jun benar-benar tersemat di hati saya...kejayaan seorang anak dalam pendidikan sebenarnya adalah melalui bantuan dan sokongan ibu bapa, kerana guru itu hanya fasilitator dan tidak lebih dari itu! Oleh kerana pesanan ini jugalah saya selalu berjumpa dengan parents anak2 murid saya dan saya selalu berkata kepada mereka... sesungguhnya saya hanyalah fasilitator TETAPI ibu bapalah guru yang terbaik buat anak anda!
Renungkanlah dan jangan hanya pandai menilai .....

Isnin, 13 April 2009

Mengajar anak membaca- part 1

Bukan mudah sebenarnya mengajar anak membaca... namun saya masih ingat pesan teacher Jun, bacakan anak anda sebuah buku cerita sehingga dia boleh menangkap beberapa perkataan dari buku tersebut. Namun persoalannya buku atau bahasa apakah pilihan utama anda? Jawapan daripada diri saya ialah Bahasa Inggeris barulah Bahasa Melayu. Bagaimana dengan anak anda? Addin mula diperkenalkan dengan beberapa perkataan asas seawal umur 3 tahun, namun tiada paksaan untuk dia menghafal. Alhamdulillah dia cepat mengingat dengan bantuan buku poket.
Untuk Bahasa Inggeris... ada beberapa perkataan asas yang perlu diingat, seperti a, an, the, at, on , up dan beberapa lagi. Buku kecil ini dipinjam oleh seorang teman saya, nanti saya akan update bila dah dapat semula buku poket itu.

Hakikatnya pada sayalah, mengajar anak orang lebih mudah dari mengajar anak sendiri. Hehehehe, namun bersyukur kerana dengan pengambilan Omega Guard Addin nampak lebih cepat mengingat banyak perkataan English yang dia dah belajar. Alhamdulillah.

Bagaimana pula dengan anak anda?

Latest picture...






Sabtu, 11 April 2009

Untuk ibu atau anak???

Seorang teman bertanya kepada saya mengapa saya tak mahu mengambil jamu apabila selepas bersalin? Saya pun susah nak jawab sebenarnya. Namun yang saya pasti jamu ini hanya sesuai untuk diambil oleh ibu yang tidak menyusukan anaknya. Apa tujuan seseorang mengambil jamu ye? Saya sering bertanya...tapi pernah seorang bidan memberitahu bahawa jamu ini bagus untuk mengecutkan rahim si ibu selain dapat melangsingkan semula tubuhnya kepada bentuk asal. Tapi kan pada sayalah jika kita makan vitamin, insyaAllah kita juga dapat memperolehi manfaat yang sama malah lebih baik... kerana apa? kerana vitamin yang diambil oleh si ibu tadi dapat dirasai oleh si anak melalui susu ibu. Manakala mereka yang mengambil jamu memberi kesan kepada si anak dimana si anak akan mudah mendapat penyakit demam kuning atau cirit birit kerana jamu itu sendiri panas. Saya juga pernah mendengar ada jamu yang mengandungi steroid sebab itu saya tak pernah berminat nak mencuba.Lagi satu saya tidak tahu jamu itu diperbuat dari bahan apa dan khasiat yang spesifik.








Sepanjang mengandung saya membaca kepentingan setiap vitamin asas sehingga ianya melekat dalam otak sehingga hari ini... protien- sangat penting untuk bina sel pengambilannya akan memekatkan susuibu. Vitalea- mengandungi 12 vit dan 7 galian penting termasuk iron untuk bina darah. B complex- terdiri dari 8 kumpulan vit b termasuk folic acid dan biotin untuk bina darah ( apabila seseorang ibu itu melahirkan anak maka si ibu akan kehilangan banyak darah dan hormon akan mula tidak stabil. Mengapa ada ibu yang mudah meroyan atau keletihan? Jawapannya kerana kurangnya vitamin B dalam badan. Mungkin si ibu merasakan dia boleh mendapatkan vitamin b melalui lauk harian namun adakah dia pasti mencukupi kumpulan 8 vitamin B?). Vita C- penting untuk pembentukan kolagen dan perlindungan kepada sel. Zinc- untuk mempercepatkan baiknya luka jahitan ( mengapa orang Melayu suka makan ikan haruan selepas bersalin? Kerana ikan haruan mengandungi zinc, namun pengambilan yang mencukupi dapat diukur dengan tepat melalui pengambilan tablet zinc).





Bagi mereka yang melalui pembedahan seperti saya adalah sangat digalakkan penambahan vitamin E dalam diet harian semasa berpantang- untuk apa ye? Agar luka dalam mudah sembuh dan scar pada tempat bedah tidak kelihatan buruk. Saya dah menemui beberapa teman yang mengalami kerosakan di tempat bedah, sehingga mengakibatkan nanah yang begitu banyak sekali. Sayangnya golongan ini bukan merana seorang diri tetapi menyebabkan anak kecil tidak dapat merasakan khasiat susuibu kerana ibunya sibuk dirawat di hospital. Waktu ketika ini kita akan menyesal dan mula terfikir benarlah kata orang.... duit boleh dicari namun kesihatan tidak dapat dijual beli.



Jika tidak berkemampuan untuk membeli sekaligus, jadi seperti saya, sebulan beli sebotol jadi sebelum bersalin kita dah dapat memperolehi satu set bersalin yang lengkap. Ini kerana set lengkap ini akan memberi kesan yang sangat baik untuk perkembangan bayi kita. Saya dah melaluinya dan saya sangat berpuashati terutama saya dapat menyusukan kedua-dua anak saya tanpa banyak masalah dan ragam. Sekadar berkongsi pengalaman dan cerita...

Sebelum saya terlupa ...gabungan protin, vitalea- lengkap 12 vitamin dan 7 galian ditambah dengan vitamin b complex ( yang mengandungi folic acid dan biotin) jika diambil sebelum tidur maka si anak yang menyusu waktu malam (melalui susuibu) insyaAllah akan mendapat cukup zat dan sikecil ini akan membesar dengan berat yang ideal. Ini kerana sel akan membiak dengan sempurna pada waktu malam atau kata lain pada waktu kita rehat atau tidur. Wallahu alam.

Selasa, 7 April 2009

I need your HELP!

Saya nak minta tolong kalian semua beri pandangan... saya sedang mencari buku yang menarik untuk dibaca. Namun saya tak minat nak baca novel bukannya apa, sebab saya dah membaca novel sejak berumur 12 tahun sehingga waktu universiti. Mana taknya waktu tu Arwah Uncle Farid kerja ngan DBP... buku memang bertimbun2 terutama novel. Jadi sekarang dah tukar mood. Saya mencari buku tentang kesihatan dan motivasi. Terlal banyak sebenarnya buku kat MPH tu tapi bila sedang mencari, tup2 yang dapat dulu buku dia adalah buku untuk Addin dan Nasa, so bila time ibu mereka dah ajak balik. Huhuhuhu.
Jika kekawan ada membaca buku2 menarik...boleh la share dengan saya tajuknya then senang saya nak pergi beli. Tapi jika ada novel yang memang best, boleh jugak la.
Tolonglah....I need your help! Tengah boring sebenarnya!

Isnin, 6 April 2009

Menjamin anak yang sihat?

Siapa kata Nasa bebas dari penyakit walau hanya duduk di rumah menemani ibu? Pada hakikatnya bakteria ada di mana-mana, ianya merebak melalui udara, sentuhan dan pelbagai cara.
Nasa juga pada hakikatnya mudah terdedah kepada jangkitan bakteria @ penyakit terutama dari abangnya yang bergaul di sekolah bersama rakan-rakannya. Jadi bagi anak kecil yang ibu bapanya terpaksa bekerja sudah pasti mereka ini akan dihantar ke taska terutama bagi keluarga yang tidak mempunyai pembantu rumah. Anak kecil ini sangat mudah mendapat penyakit jika ada di kalangan rakan mereka yang mendapat sakit seperti selsema, batuk mahupun demam. Bagaimana hendak pastikan mereka ini tidak mudah sakit atau dijangkit?
Saya masih teringat nota yang saya saling semasa menghadiri seminar mengenai bagaimana hendak memastikan anak sihat dan bebas dari sakit yang khususnya tertumpu kepada penyakit HFMD atau dengan bahasa lain, Penyakit kaki tangan mulut. Alhamdulillah saya masih mempraktikkannya sehingga hari ini.
1. Pastikan anak kita mandi sebelum ke tadika @ taska. Jika terlalu awal maka memadailah dengan mengelap seluruh badan anak dengan tuala yang berbilas sabun.
2. Pastikan anak kita mandi sejurus pulang dari sekolah @ taska. Saya akan pastikan Addin terus mandi sejurus dia sampai ke rumah...sekurang-kurangnya dapat mengelakkan dari bakteria terus merebak.Untuk dapatkan kesan terbaik, gunakanlah sabun antibakteria seperti Dettol, Protex, Lifebuoy ( saya lebih suka dengan Lifebuoy-kesannya sangat bagus untuk kulit anak).
3. Pastikan anak kita mencuci tangan dengan sabun setiap kali hendak makan dan selepas makan.
4. Pastikan anak kita mengambil multivitamin satu - dua kali sehari demi memastikan tubuh mereka mempunyai cukup vitamin asas- ini dapat membantu tubuh untuk melawan penyakit. Jika mereka demam sekalipun ianya hanya untuk jangka masa pendek kerana badan akan bertindak melawan penyakit melalui pemakanan yang sihat. Saya pastikan Addin mengambil multivitamin Shaklee selepas lunch dan selepas dinner.
5. Jadikan amalan, sekiranya kita keluar bersama keluarga dan anak kita menggunakan tandas awam, pastikan anak kita mandi sejurus pulang ke rumah. Ini dapat mengurangkan bakteria yang dibawa pulang dari tempat awam terus merebak.
6. Pastikan anak kita minum lebih 8 gelas air masak sehari agar tidak mudah dehydrate akibat aktiviti harian mereka. Jika badan kekurangan air maka risiko untuk mendapat penyakit berjangkit adalah sangat tinggi. Rata-rata yang saya lihat, anak yang kurang minum air sangat mudah mendapat penyakit yang berjangkit.

Bagaimana dengan kalian? Ada tips lain yang boleh dikongsi?

Rabu, 1 April 2009

Rahsia surah Al Waqiah

Bila saya susah hati tentang sesuatu, saya pasti akan terus teringat dengan surah Al waqiah yang sedia maklum kita tahu ianya bagus untuk rezeki. Di sini saya sertakan doa selepas membaca surah tersebut yuang saya amalkan dan ianya memang mustajab, alhamdulilah. Cubalah amalkan mudah2an kita semua mendapat berkat untuk kehidupan di dunia dan akhirat.

Ya ALLAH tuhan kami, kami memohon kepadaMu dengan hak surah Waqiah dan rahsia yang terkandung didalamnya. Ya Allah dengan rahmatMu mudahkanlah rezeki bagi kami bagaikan Engkau memudahkan rezeki terhadap kebanyakan makhlukMu. Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Ya Allah jika rezeki kami masih berada dilangit maka dengan rahmatMu turunkanlah kerana Engkau sebaik2 pemberi rezeki. Ya Allah jika rezeki kami berada dibumi maka keluarkanlah , jika jalannya sulit untuk sampai kepada kami maka buatkanlah kemudahan bagi kami serta pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami di mana kami berada. Dengan fadlal dan belas kasihanMu serta kemurahan Engkau dan dengan rahmat Engkau wahai Zat yang Paling belas kasihan. Amin.

Sesungguhnya rezeki itu sangat luas tafsirannya dan bukan wang semata2... rezeki termasuklah kesihatan, kegembiraan, ketenangan dan banyak lagi.

Wanita dan kalsium...

Kita sebagai wanita tidak boleh lari dari masalah osteoporosisi... mengapa? Kerana kita mengandung dan menyusukan anak. Maka pengambilan kalsium yang mencukupi sangat penting. Antara tanda kekurangan kalsium adalah sakit tulang belakang, badan mudah lenguh2, kaki mudah kebas, sakit kepala yang paling senang nak lihat.... CUBA LIHAT TAPAK KAKI BAHAGIAN BELAKANG, JIKA KELIHATAN KULIT KAKI KASAR DAN BANYAK PECAH2 maka segeralah amik kalsium dalam diet harian.
Kita boleh dapatkan kalsium dengan mudah melalui susu namun perlu diingat susu mengandungi lemak yang tersembunyi. Walaupun dia tulis rendah lemak namun ianya tetap lemak. Sebab tu yang lebih memilih kalsium tablet sebagai pengganti. Saya tetap minum susu tetapi tidak secara harian.

Seorang pakar nutrisi memaklumkan ...Ketika seorang wanita itu hamil maka dia memerlukan 400mg lebih kalsium harian dan semasa penyusuan dia memerlukan lebih 300mg.



Hakikat sebenarnya

* Kalsium sering terdapat di dalam makanan yang tinggi kandungan kalori dan lemak seperti contoh bahan tenusu, keju, yogurt dan kacang soya.

* banyak sumber kalsium yang kaya dengan kolestrol

* Kalsium yang wujud dalam sesetengah makanan mungkin tidak dapat digunakan oleh tubuh badan. Sebagai contoh

Kalsium dalam bayam dikaitkan dengan asid oksalik. Kalsium dalam kebanyakan gandum dikaitkan dengan fifat yang mana boleh mencegah kalsium digunakan secara berkesan dalam tubuh badan.



Secara keseluruhan kalsium sangat penting untuk

# membina tulang dan gigi yang kuat

# membaiki ransangan urat saraf

# mengelakkan kekejangan otot

# untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah


Inilah pilihan ibu!