Sabtu, 31 Januari 2009

Personaliti melalui konsep tanah,air, api dan angin

Januari 31, 2009 0 Comments
CheYantie wrote ...“kak, leh tak elaborate lagik tentang konsep tanah, air, tu hehhehe..dah lupa la


Personaliti melalui konsep tanah, air, api dan angin telah saya belajar dari arwah abah sejak berusia 14 tahun. Arwah abah menurunkan ilmu ini secara mendalam agar dapat saya gunakan untuk mencari pasangan hidup saya. Nak lebih menarik pada ketika itu arwah abah selalu berpesan dengan saya agar mula berdoa untuk mendapat jodoh yang baik( walaupun pada ketika itu umur saya baru mencecah 14 tahun). Ini kerana arwah abah kata sesuatu hajat itu perlukan masa untuk tercapai dan dimakbulkan maka apa yang dihajati pada masa akan datang perlulah dimulakan doa dari sekarang. Allah sukakan puji-pujian, maka dengan berdoa kita akan melaksanakan amanah beserta memberi puji-pujian kepadaNYA.

Selain itu terdapat beberapa buah buku Jawa( dari Indonesia) yang menjadi rujukan saya tapi selepas arwah abah meninggal saya pun tidak tahu ke mana perginya buku tersebut. Namun untuk tidak menghampakan CheYantie maka saya gariskan beberapa panduan yang boleh dikongsi secara amnya personaliti individu mengikut turutan kelahirannya.

Tanah

Individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan memiliki sifat merendah diri dan tidak cerewet. Sifat merendah diri sememangnya sifat yang dipuji namun sekiranya keterlaluan, pasti sifat ia mampu mengundang impak negatif dalam diri kamu. Mungkin telah tiba masanya untuk kamu merubah sikap sambil lewa kamu itu dan membentuk keperibadian yang lebih tegas dan berpendirian. Namun itu bukan bermaksud kamu perlu melaku kan perubahan secara drastik, sebaliknya mulakan setiap perubahan itu dengan perlahan-lahan. Oh ya! Kamu juga digambarkan sebagai individu yang sentiasa bersifat tenang dan bijak mengimbangi emosi. Apa kata, kamu kekalkan jedua-dua keperibadian postif tersebut dan baiki lain-lain kelemahan yang ada. Biasalah, setiap manusia yang lahir di dunia ini memiliki kelemahan dan kelebihan masing-masing.

Air

Sesuai dengan unsurnya, individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebagai individu yang berjiwa agak sentimental dan mudah mengeluarkan air mata. Ketulusan hatinya pula tidak perlu diragui kerana mereka yang terdiri dalam kategori air ini memiliki sifat mengambil berat dan sentiasa berusaha untuk membahagiakan pasangannya. Tidak hairanlah sekiranya si dia dilihat memiliki sifat yang agak romantis. Jadi, bagi kamu yang masih berseorangan… bolehlah mula mencari teman yang terdiri daripada golongan ini!


Api

Individu yang tergolong dalam kategori unsur api ini dilihat memiliki sifat bertanggungjawab dan cekap dalam melakukan apa jua perkara. Selain itu, si dia juga mampu menjadi pendengar dan penasihat yang baik. Orang di sekelilingnya sentiasa berasa selamat apabila berdampingan dengan individu ini kerana individu dari kategori ini dikatakan memiliki sikap sering berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling.


Angin

Bijak berkomunikasi dan sentiasa memelihara adab kesopanan menjadikan individu ini disenangi oleh teman-teman sekeliling. Tidak hairanlah sekiranya si dia sering dikelilingi ramai teman tak kira tua mahupun muda. Sifat manis mulutnya dan bijak bermain kata-kata mungkin akan membimbangkan setengah pihak namun itulah sifat semula jadinya yang sukar untuk dikikis. Bersesuaian dengan sifat angin, individu yang tergolong daripada unsur ini dikatakan memiliki keinginan dan kemahuan yang tidak tetap. Lebih menggusarkan lagi, hatinya terlalu cepat berubah dan mungkin itulah yang menyebabkan mereka kerap bertukar-tukar pasangan.

Walau bagaimanapun banyak lagi unsur lain yang mempengaruhi sifat seseorang. Ianya dipengaruhi oleh huruf di dalam nama, hari dan waktu kelahiran, tarikh lahir dan banyak lagi. Wallah hu alam.

Rahsia mengapa ada anak yang tidak hormat ibu bapa?

Januari 31, 2009 1 Comments
Apabila membaca artikel dalam blog kak Ina, saya rasa sungguh tertarik dan ingin kongsikan jua kepada semua teman saya sekalian betapa pentingnya sesuatu amalan itu....

Dr. fadilah Kamsah menulis....

Assalammualaikum. .....
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...
dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly... Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses.
Do impart this knowledge; you'll lose nothing.
Wallahu A'lam...
Terima Kasih,

Rabu, 28 Januari 2009

Setiap anak berbeza.....

Januari 28, 2009 2 Comments
Benarlah kata orang, setiap anak pasti mempunyai karektor yang berbeza. Mengapa begitu? Apa yang pernah saya pelajari dari arwah abah, setiap individu itu dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah nama ( dari nama kita boleh ketahui bagaimana sifat seseorang), anak ke berapa ( pertama, kedua atau seterusnya mempengaruhi sifat dan perangai individu), tarikh lahir dan no. kad pengenalan.
Saya belajar semasa saya berumur 14 tahun dari arwah abah... dan kini apabila saya melalui dengan anak2 saya, saya dapat melihat kesannya dengan tepat sekali. Walau pun saya baru mempunyai dua orang putera, namun ibarat seperti sepuluh orang memandangkan rumah yang sentiasa ceria dengan mainan anak2 siang dan malam ditambah dengan ketawa nangis mereka berdua.
Bila saya dah duduk di rumah, kerja saya lebih hebat dari masa bekerja. Mana tidaknya, di rumah sayalah ibu, surirumah, tukang masak, tukang kemas di samping cikgu kepada addin dan nasa, hakim(menghukum siapa yang bersalah...hahahaha), peguamcara( membela siapa yang tidak bersalah terutamanya apabila Nasa mula menghambat Addin dengan hanger keliling rumah) dan banyak lagi... bak kata orang, superwoman. Wooo, sangat letih namun seronok kerana inilah kelebihan ada anak.
Namun sesuatu yang membuka mata saya terhadap ilmu yang saya dapat dari arwah abah, anak sulung ni lahirnya jatuh pada "tanah". Akan banyak mengalah. Berbanding anak kedua yang jatuh pada "air" , akan berubah mengikut arus ombak..dan sukar mengalah. Hmmm... namun ia kombinasi yang baik. Jika dari kecil dididik untuk muafakat, gabungan tanah dan air akan membuahkan hasil yang sangat hebat.
Ibu berdoa agar kalian sentiasa saling menyayangi antara satu sama lain selagi hayat dikandung badan. Amin.

Isnin, 26 Januari 2009

Life must go on (part 2)

Januari 26, 2009 0 Comments
Abah dah selamat sampai ke Nouakchott , Mauritania. Salah sebuah negara di Afrika. Bila sebuat Afrika sepatutnya ibu dah boleh bayangkan kehidupan padang pasir di sana. Sepanjang hari kami menunggu mesej atau panggilan dari abah tapi hampa. Addin sejak bangun dari tidur asyik bertanya, abah dah call ke ibu? Ibu hanya mampu menjawab nanti abah masuk opis then dia akan call kita. Inilah ayat yang ibu gunakan untuk mententeramkan anak bujangku ini.
Melalui google search, ibu dapat tahu kita beza 8 jam dengan mereka ini kerana negara ini terletak sangat jauh dari matahri terbit. So ibu mengharapkan agar abah akan call kita pada jam 5 pm waktu Malaysia bersamaan dengan jam 9am waktu Nouakchott. Jelas sekali masih hampa. Addin dah mula bergenang airmata kerana harapan hanya tinggal harapan. Jam 5.15pm Addin dah meraung mencari abah. Ibu yang tak tahan melalui keadaaan ini.
Memandangkan abah adalah planner yang terlibat dengan international operation maka adalah copy document yang abah simpan di rumah untuk semua contact person di luar sana. Nasib baiklah ex-boss abah, Hj. Rosdin ada di Mauritania... maka ada harapan nak tahu abah dah selamat sampai ke sana atau belum. Bertambah nasib baik ibu dapat contact number wife Hj. iaitu kak Cupit yang comel melalui Auntie Asfa( thanks Asfa) . So melalui auntie Sofea, ibu ada skype Hj. dan dengan muka tebal meminta tolong Hj. memaklumkan pada abah yang Addin rindukan abah. ( Terima kasih sangat2 kepada Hj. dan kak cupit atas pertolongan kalian).
Alhamdulillah jam 9malam abah dapat call sekejap sebelum dia pergi lunch( bersamaan jam 1pm di sana). Dan kini anak2 ku dapat tidur dengan aman dan tenang setelah dapat mendengar suara abah tersayang.
Yang pasti ibu sangat merindui kehidupan di Miri. Namun ibu tahu aturan Allah adalah yang terbaik, pasti ada hikmah di sebalik segala aturanNya. Buat kak Sofea, tabik ibu padanya atas ketabahan beliau menguruskan anak2 tanpa suami di sisi. Begitu jua buat kak Asmah di mana suaminya berada di Sudan. Semoga kalian sentiasa mendapat perlindungan Allah walau dimana kalian berada. Amin.

Buat abah.... this trip benar2 menguji kasih sayang kita. Semoga kasih, sayang dan cinta antara kita mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Amin.

Ahad, 25 Januari 2009

Jualan hotel.... Crown Princess!

Januari 25, 2009 0 Comments
Pada malam sehari sebelum abah bertolak ke Nouakchott Mauritania, ibu terbaca sebuah iklan dari paper Star tentang clearence sale kat satu tempat ni...hmmm Hotel Crown Princes. Hotel ini telah ditutup dan mereka mahu let go semua barangan hotel tersebut.Hotel ini terletak bersebelahan dengan City Square ( dekat dengan Ampang Park) dan juga berdekatan dengan Empire Tower.
Sebelum ini ibu pernah mendengar cerita, jika mahu beli perabot yang elok dan berjenama, belilah dari hotel-hotel. So inilah first time dalam hidup ibu dapat melihat sendiri bagaimana barangan hotel dijual secara besar-besaran.
Masih banyak barang hotel yang elok contohnya tuala (brand new), meja tulis, standing lamp, kerusi( ada banyak jenis) dan pinggan mangkuk serta gelas yang belum diguna ( masih di dalam kotak).
Pada asalnya ibu dan abah cuma plan jalan2 dan sekadar melihat, maka tak banyaklah cash money yang ibu bawa. Tapi, ada juga yang menarik perhatian ibu iaitu set cawan putih ( 6 set yang masih baru) yang masih berada dalam kotak dan imported dijual dengan harga cuma RM30. Selain itu ibu cuma membeli flask ( Germany brand) yang dijual dengan harga RM20. So setakat ini dapatlah ibu buat koleksi pinggan mangkuk dan set cawan yang berwarna putih... seronoknya!
Ibu juga memberitahu auntie Syida mengenai perkara ini.... dan ibu tahu auntie Syida juga pergi bersama2 rakan sekerjanya. Benarlah kata beliau, jika banyak duit , pasti banyak yang kita borong. Jualan ini akan berterusan sehingga hujung bulan ini...Bagi kawan2 yang ingin mencari pengalaman baru, pergilah walau sekadar cuci mata. Hihihihi.

Jumaat, 23 Januari 2009

Life must go on...

Januari 23, 2009 0 Comments

Malam ni abah akan bertolak ke Mauritania... salah sebuah negara di Afrika. Memang jauh, lebih jauh dari Turkmenistan. Nasib baik cuma seminggu sahaja, namun bagi kami yang tinggal seminggu itu ibarat setahun lamanya, ditambah dengan cuti Tahun Baru Cina. Ibu sedang cuba sediakan aktiviti untuk Addin dan Nasa agar cuti 4 hari ( Sabtu hingga Selasa) dapat diisi dengan baik dan menyeronokkan.

Memang sayu bila berpisah dengan abah... namun kerana tugas dan amanah, abah perlu jua melaksanakannya. Apa pun ibu sentiasa berdoa agar Allah aturkan yang baik untuk abah dan kita sekeluarga. Abah pun memang berat hati nak pergi kerana belum puas meluangkan masa dengan kami sejak pulang dari Turkmenistan, kini dah terbang untuk ke Mauritania pula.

Namun kata pepatah, sayang isteri tinggal2 kan, sayangkan anak tangan2kan. Hmmm,

ibu doa cepatlah masa itu berlalu... agar tidak terasa abah tiada disisi.

Semoga abah selamat sampai ke destinasinya.....


"Ya Allah ampunilah segala dosa suamiku, berikanlah dia taufiq dan hidayahMu dalam apa jua yang dilakukannya, tetapkan imannya, murahkan rezekinya, bahagiakan dia dan selamatkanlah suamiku walau dimana sahaja dia berada. Amin, amin,amin Ya Rabbal Alamin."


Buat suamiku tercinta, doaku sentiasa mengiringimu walau dimana sahaja dikau berada.

Things I Can't Stand Tag

Januari 23, 2009 1 Comments

Satu lagi tag yang menarik dari mommy HnH ...thanks dear!
The rules : List at least 5 things & tag your friends...

1. Tak tahan kalau ada orang buang sampah merata, walhal tong sampah tak la jauh mana. Apa la salah kalau tengok sekeliling kat mana tong sampah yang terdekat. Puas dah cikgu kita ajar kat sekolah dulu, jangan buang sampah merata.

2. Tak tahan kalau ada orang parking ikut suka... apa salah kalau parking kereta elok2. Bila kita parking elok2, kita sendiri senang dan tak menyusahkan orang lain.

3. Tak tahan bila ada orang berlagak pandai namun kita tahu buku pun dia tak suka baca. Habis bagus pun dia akan kata , kawan saya kata...bla bla bla. Walhal kawan pun dua kali lima. Terutama jika ada orang kata, kopi ni sangat bagus... saya jadi lebih bertenaga dan sihat! Ye la tu, walhal minuman berkafein dah sah2 tak bagus untuk kesihatan.

4. Tak tahan bila kita di restaurant ada di tempat yang ramai orang, ada parents yang boleh biarkan anak menjerit terlolong dan buat dono tanpa memujuk anak itu... sakitnya telinga ni!

5. Tak tahan bila di sekolah kelas yang sangat2 la bising. Memang budak2 suka bercakap tapi saya akan beritahu, boleh perlahankan suara kamu? Cikgu rasa ini sekolah dan bukan pasar!

So, saya nak pass tag ni pada

1. yus_azlan
2. syida
3. iena hamdi
4. marlia
5.ida mommy nazhan

Selamat menjawab!

Selasa, 20 Januari 2009

Tag dari Mommy HnH

Januari 20, 2009 1 Comments
Tag ini ibu dapat dari Mommy HnH... terkial2 ibu menjawab dan entah kenapa comel sahaja gambar ni.



"The rules are simple. Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of the results, and post it as your answer. After that tagged 6 people.”




1. I am





2. I really want to go to




3. My favourite place is




4. My favourite thing is




5. My favourite drink is




6. My favourite food is




7. My favourite colour is

8. I live in




9. I was born at



10. My college was




11. My favourite story is




12. My hobby is




13. I wish for this




People i want to tag:

1. Syida

2. Along

3. Lia

4. Zuhaini

5. Iena hamdi

6. Ida ( ibu Nazhan)

Selamat menjawab!


Isnin, 19 Januari 2009

Iron utk ibu yang menyusu

Januari 19, 2009 0 Comments
Fungsi Utama Iron - Untuk darah yang sihat


MAKLUMAT PENTING

· Lebih daripada 200 billion sel darah merah di hasilkan setiap hari
· Setiap saat 2.5 juta sel DARAH BARU di keluarkan ke dalam sistem darah
· Iron menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksgen ke tisu dan sel



TANDA-TANDA KEKURANGAN IRON

· Pucat, tercunggap-cunggap
· Keletihan & kelesuan luar biasa
· Pergerakan yang perlahan
· Anemia ( Penyakit Kurang Darah)
- masalah sembelit
- tidak bermaya
- kuku pecah (retak)
- berat bayi tidak naik walau menyusu susu ibu


SIAPA YANG PERLUKAN IRON

· Wanita -- mengandung, menyusu, yang belum menopaus
· Bayi, kanak-kanak, remaja ( gemarkan makanan ringan)
· Mereka yang suka gunakan ubat-ubatan ( pendarahan usus ) contoh asprin
· Penderma darah
· Semua orang


FUNGSI LAIN

· Bantu tukar beta carotene vitamin A
· Bantu buat kolagen ( pelekat/simen pada sel )
· Bantu pengeluaran antibodi
· Bantu buang lemak dalam darah
· Bantu pembuangan toksin dalam hati


BERAPA BANYAK IRON

· 18 –mg @hari
· Kita hanya mendapat 9-mg @ hari
· Problem terbesar adalah iron susah di serap daripada makanan. Hanya 10% iron yang dapat daripada makanan.
· Jika banyak minuman kopi, tea, dan minuman bergas penyerapan juga susah kerana ia menghalang penyerapan


MENGAPA SHAKLEE

· Iron + C Kejayaan Shaklee dalam pemakanan tambahan.
· Perbezaan Shaklee ada tambahan vitamin C
· Vitamin C membantu iron diserap dengan lebih baik

Khamis, 15 Januari 2009

Testimoni

Januari 15, 2009 1 Comments
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada teman-teman saya serta ibu yang berusaha menyusukan baby mereka. Banyak dugaan yang perlu ditempuhi namun berkat kesabaran kita masih melaluinya dengan tenang dan penuh harapan. Bagi ibu-ibu yang buat pertama kali dalam hidup mereka mengambil supplement Shaklee, tahniah juga saya ucapkan kerana dengan izin Allah kita ditemukan.

Bagi N. ain, tahniah kerana telah dikurniakan dengan seorang cahayamata. Jika saudari ingin mencuba Shaklee sebagai supplement untuk penyusuan, sangat dialu-alukan. Terdapat ramai teman yang saya kenali dengan hanya mengenali melalui email semata-mata. Namun mereka ini memang sangat disiplin dalam mengambil supplement mereka. Apa pun kita hanya berusaha... semoga usaha yang dibekalkan dengan doa akan mendapat lebih keberkatan.


Ini antara mereka yang mengambil supplement Shaklee untuk membantu penyusuan malah ada antara mereka yang hanya berpantang dengan supplement Shaklee seperti saya dan masih mengambilnya sebagai sokongan kepada penyusuan.



Aishah dan baby Afif .... Aishah mengambil Shaklee sewaktu Afif 3-4 ulan jika saya tak silap, dan sehingga kini masih mengamalkannya.





Wan bersama baby Humairah.... Wan melahirkan anaknya secara ceaserean. Beliau mengambil Shaklee sejak dalam pantang lagi. Alhamdulillah masih mengamalkan pemakanan ini sehingga hari ini.








Buat teman lain seperti Ayu, Emmi, Linda, Leenda, Kak ina, Kak Long, Syiqah, Ros, Aini, Asma, Syida, Arfa, Efa, Qeela, June, Masitah, Kak Rubi, Kak Syira, Kak Sara.... walaupun kita hanya berkenalan melalui email, namun saya terharu dia atas kepercayaan yang kalian berikan. Semoga Shaklee mengubah kehidupan kalian menjadi lebih ceria dan bahagia!

Shaklee Touch The Future

Selasa, 13 Januari 2009

Isnin, 12 Januari 2009

Jika anak cirit birit

Januari 12, 2009 0 Comments
Sebelum abah bertolak ke Turkmenistan Jumaat lepas, Addin mengadu sakit perut menjadikan abah serba sedikit gusar untuk meninggalkan kami tiga beranak. Namun ibu yakinkan abah, insyaAllah semua selamat dan jika ada apa-apa ibu akan maklumkan padanya kelak.
Pagi Sabtu Addin mendapat cirit birit sehinggalah ke petang. Ibu teringat kepada probiotic. Namun kerana tiada stok di rumah, saya mendapatkan di farmasi yang berdekatan dengan rumah sebelum membawa dua beradik ini ke taman permainan yang berhadapan dengan sekolah tadika Addin.
Sepanjang hari Sabtu kerap juga Addin ke tandas memandangkan dia cirit birit. Entah apa yang dimakannya sehingga menjadikannya sedemikian. Namun selepas memakan 1 sachet probiotic yang saya dapatkan di farmasi petang Sabtu itu, alhamdulillah hari Ahad, Addin telah pulih sedia kala.
Namun di samping itu saya bekalkan Addin dengan meal shake dalam susunya agar dia tidak terus melembik akibat cirit birit. Probiotic ini boleh diambil oleh kanak-kanak seawal usia 1 tahun sehingga pada umur kita yang dewasa ini. So, syukur dia telah pulih dan pastinya akan ke sekolah minggu ini dengan hati yang gembira walau hakikatnya kami semua rindu kat abah yang berada nun jauh di sana. Huhuhu

For abah, we miss you so much!

Sabtu, 10 Januari 2009

Kami yang tinggal

Januari 10, 2009 0 Comments
Lama juga ibu tak dapat nak update blog... Nasa makin aktif, pantang lepa sekejap. Dia dah mula panjat meja telefon ibu, dia juga pandai buat panggilan kecemasan( paling ibu takut ianya berulang), dia dah mula panjat kerusi meja makan yang mana sikit hari lagi sure dia boleh panjat meja makan. Bila abang Addin ke sekolah, Nasa mula tak keruan sebab tinggal dengan ibu aje. Namun ibu bersyukur Nasa masih berpeluang mendapat susu badan yang mana ibu pastikan vitamin tak tinggal dari diet harian ibu.

Abang Addin sangat enjoy ke sekolah. Setiap hari looking forward nak ke sekolah. Hari ini hari Sabtu tapi abang Addin tetap nak ke sekolah. Ibu kata boleh tapi not in the morning but later, after Asar I am planning to bring him and Nasa to go to play ground infront of his school. Memandangkan abah travel to Turkmenistan for one week so ibu perlu do something so that anak-anak ibu tak boring kat rumah without abah!

Bila cerita tentang abah, abah akan banyak travel lepas ni. So ibu pun dah mentally prepare. Nak buat macam mana tapi at least ibu cuti dan dapat jaga anak2 ibu tersayang. Sekurang-kurangnya ibu dapat hantar dan jemput abang Addin tahun ni dan masih menyusukan Nasa dengan jayanya!
Buat suami ku, akan sentiasa ku doakan untukmu...

" Ya Allah , Berikanlah taufiq dan hidayah kepada suamiku walau di mana sahaja dia berada dan dalam apa jua keadaannya , mudahkanlah segala urusannya serta selamatkanlah suamiku walau di mana sahaja dia berada. Amin."

Isnin, 5 Januari 2009

First day at school

Januari 05, 2009 1 Comments
Addin ke sekolah semula setelah setahun home schooling. Ibu menghantar Addin ke tadika yang berdekatan dengan rumah. Memandangkan sekolah bermula jam 8.30am, ibu menghantar Addin jam 8.15am agar dan emnjemputnya semula jam 11.30 am. Ibu tidak mahu Addin merasakan sangat lama masanya di sekolah. Bukan ibu tidak boleh mengajar Addin di rumah lagi tetapi ibu mahu Addin biasakan jadual ke sekolah memandangkan next year Addin akan memasuki darjah satu. Cepatnya masa berlalu. Nasa ... pada mulanya dia janggal berada di rumah tanpa abang tersayang tetapi nasib baik abah ada hari ini. Abah mengambil cuti hanya untuk memastikan Addin ke sekolah dengan gembira dan selamat. Terima kasih abah kerana menjadi abah yang terbaik dalam dunia!
Jam 11.30 ibu sudah berada berhampiran dengan sekolah. Ibu sengaja tidak mahu parking dekat dengan pintu pagar sekolah takut perhatian Addin bercelaru selepas melihat ibu. Tetapi tidak sampai 5 minit Addin sudah terpacul di depan pagar dan menjerit ibu!!!! Kami pulang ke rumah tepat jam 11.35... ini menunjukkan betapa dekatnya sekolah Addin dan rumah! addin nampak happy dan ini membuatkan ibu dan abah bertambah gembira hari ini!

Jumaat, 2 Januari 2009

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia