Jumaat, 25 Disember 2009

Blog penyusuan?

Tergelak ibu apabila teman2 dalam fb mengatakan blog ibu khas untuk penyusuan dan orang yang berkahwin sahaja..." Nanti saya ada anak , saya cari awak ya beli vit..." Ibu pun meneruskan perbualan dengan mengatakan, Vitamin ini penting bukan hanya mereka yang sudah berkahwin dan beranak sahaja malah kepada mereka yang sihat. Banyak pendapat mengatakan vitamin ini penting dimakan di kala sakit... adakah ianya benar? Tidak sama sekali. Mereka yang bijak ,mengamalkan pemakanan yang sihat ditambah dengan makanan tambahan seperti vitamin agar pengambilan dan keperluan zat oleh tubuh dipenuhi. Waktu sihatlah kita perlu jaga pemakanan kerana penyakit yang datang bukanlah kerana disebabkan apa yang kita makan hari ini tetapi adalah disebabkan oleh sejarah pemakanan sebelum2 ini. Ibu memberi contoh yang paling nyata... bagi yang mempunyai masalah kolesterol...ini berpunca dari pemakanan yang diambil pastinya mengandungi lemak yang tinggi. Rata2 ibu dapati golongan ini sangat suka kepada kulit ayam goreng, lemak satay dan banyak lagi. Seandainya golongan ini mengamalkan pemakanan yang sihat dan pengambilan omega yang konsisten, nescaya penyakit itu dapat dikawal dengan baik.
Sekalilagi ingin ibu nyatakan, vitamin bukanlah hanya untuk mereka yang mengandung mahupun menyusukan anak tetapi kepada semua golongan manusia.

Salam sayang dari ibu


2 ulasan:

  1. Salam N, saya ni mamaAnA. Blog lama tolong abaikan sbb kena hacked. Saya nak share sikit ttg supplement ini pon saya baca kat majalah RAPI. Supplement ni bermaksud memenuhi apa yang kosong di dalam badan kita. Ia tidak datangkan kemudaratan setakat ini tapi kita sbg pengguna kena bijak dan sentiasa perhatikan perubahan pada badan kita lepas kita mkn supplement. Zaman skrg ni di dalam hidup yg serba maju ni susah kita nak daptkan yg betul2 natural atau tiada pencemaran. Laratkah kita nak kira apa yang kita mkn setiap hari..berapa dan apa yang masuk ke badan kita...kadang2 kita ni skip makan juga bila terlalu sibuk. Tak semua makanan yg kita makan kita dapat zatnya so fungsi supplement itu sendiri memenuhi apa yang kosong di dalam diri kita...betul tak? Sori le terpanjang hehehehe...Bukan takat ibu menyusu jer kena makan TAPI bila badan kita dah beri isyarat letih, muka kusam so mulakan dengan supplement yg betul2 membantu kita...tepok dada tanya poket dan selera...

    BalasPadam
  2. Salam N, saya ni mamaAnA. Blog lama tolong abaikan sbb kena hacked. Saya nak share sikit ttg supplement ini pon saya baca kat majalah RAPI. Supplement ni bermaksud memenuhi apa yang kosong di dalam badan kita. Ia tidak datangkan kemudaratan setakat ini tapi kita sbg pengguna kena bijak dan sentiasa perhatikan perubahan pada badan kita lepas kita mkn supplement. Zaman skrg ni di dalam hidup yg serba maju ni susah kita nak daptkan yg betul2 natural atau tiada pencemaran. Laratkah kita nak kira apa yang kita mkn setiap hari..berapa dan apa yang masuk ke badan kita...kadang2 kita ni skip makan juga bila terlalu sibuk. Tak semua makanan yg kita makan kita dapat zatnya so fungsi supplement itu sendiri memenuhi apa yang kosong di dalam diri kita...betul tak? Sori le terpanjang hehehehe...Bukan takat ibu menyusu jer kena makan TAPI bila badan kita dah beri isyarat letih, muka kusam so mulakan dengan supplement yg betul2 membantu kita...tepok dada tanya poket dan selera...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Kami sangat menghargainya.