Aidilfitri 2009 bagi Addin dan Nasa

Alhamdulillah....tahun ini kami sekeluarga beraya di Muar pula memandangkan tahun 2008 kami beraya di KL. Lama? Alhamdulillah, walau hanya 4 hari 3 malam sahaja, namun ibu sangat gembira. Duit raya? Hmm, alhamdulillah banyak jugalah yang Addin dan Nasa perolehi kerana adik beradik ibu ramai maka banyaklah yang mereka ni dapat. Kami pula mengamalkan prinsip sama rata... berapa umur sekalipun jika tahap anak buah, semuanya sama duit raya yang diberi. Tidak seperti sesetengah keluarga, jika anak kecil duit raya pun kecil, jika dah besar duit raya pun besar. Hehehe... ibu lebih senang dengan prinsip sama rata memandangkan anak buah pun tak ramai mana, baru 5 orang sahaja.

Hari raya pertama, mak ibu masak ketupat, rendang, serunding dan jamu beberapa kuih raya. Hari raya kedua, mak ibu masak laksa Johor pula... raya ketiga, kami makan biasa2 sahaja tapi raya keempat hari yang kami nak pulang ke KL mak ibu masakkan nasi beriyani...fuhhh memang puas makan masakan mak ibu. Semalam , sempat juga ibu bekalkan nasi beriyani ke KL untuk makan tengahari hari ini:)

Sebentar lagi nak bertolak ke rumah mak abah Addinnasa pula di Rawang.... tapi sebenarnya tak syok jalan sebab ibu SAKIT MATA. huhuhuhu.

Catatan Popular