Tips kekal bertenaga sepanjang berpuasa

Minggu lalu sempat ibu berbual dengan Shaklee product advisor iaitu Malini. Beliau sempat berkongsi dengan ibu beberapa tips untuk kekal bertenaga sepanjang berpuasa dan ibu sungguh kagum dengan kesungguhan beliau untuk membuatkan ibu faham mengenai penerangan beliau.

Malini berkongsi dengan ibu beberapa produk yang penting untuk diambil sepanjang berpuasa. Produk tersebut adalah Meal Shake yang mengandungi protin serta 12 vitamin dan 7 galian lengkap yang diperlukan oleh tubuh badan, fiber ( baik tablet atau serbuk) serta performance drink. Seandainya seseorang itu tidak berkesempatan untuk memasak waktu sahur memadailah jika individu yang berpuasa itu mengambil 3 produk ini.

Oh ya, ibu pasti ramai yang belum memahami konsep fiber dalam tubuh badan kita. Fiber sangat penting kepada tubuh badan kita. Makanan seperti sayur2an,buah2an dan ulam mengandungi fiber yang sangat tinggi. Fiber memberi kebaikan dalam banyak aspek kesihatan. Antaranya ialah pemakanan berasaskan fiber dietary yang tinggi menyebabkan kita berasa kenyang lebih lama. Sumber fiber yang rendah kalori ini berbanding dengan makanan manis dan berlemak pasti dapat membantu mengawal berat badan maka secara langsung membantu mengawal obesiti.Fiber juga dikenalpasti mengikat lemak@lipid seperti kolesterol dan memudahkan penyingkirannya daripada tubuh dalam bentuk kumuhan sisa pepejal serta merendahkan paras kolesterol darah dan ini dapat mengurangkan risiko sakit jantung.Fiber memudahkan proses laluan makanan menerusi saluran penghadaman, dengan memendekkan masa untuk makanan berada dalam usus kecil seterusnya mengelakkan pendedahan kepada agen-agen penyebab kanser. Kehadiran fiber juga menyeimbangkan kuantiti bakteria bermanfaat dan bakteria perosak di dalam kolon kita maka risiko untuk mendapat kanser usus sangat rendah.
Selain itu, apabila monosakarida diserap daripada karbohidrat kompleks, dalam kehadiran fiber, ianya menyebabkan ransangan insulin yang sederhana, dan kenaikan paras gula dalam darah yang setara dan terkawal maka fiber sangat penting bagi mengawal diabetes. Penyakit seperti sembelit dan cirit birit juga dapat dikawal dengan kehadiran fiber di mana ianya dapat diatasi dengan keunikan tindakan keseimbangan fiber. Fiber dapat menyerap lebih air ke dalam saluran penghadaman dan membantu pelembapan najis, manakala pada keperluan lain iaitu semasa cirit birit najis cair akan lebih pejal.

Maka bagi sesiapa yang ingin menguruskan badan atau dengan erti kata lain mengurangkan berat badan maka sepanjang tempoh berpuasa inilah salah satu latihan untuk mengawal diet pemakanan kita. Namun ingin ibu nasihatkan agar seadainya ingin benar2 berjaya untuk mendapat bentuk badan yang manarik secara langsung dapat menunaikan ibadah berpuasa dengan baik maka apabila berbuka, bukalah dengan kurma seterusnya mengambil minuman diet yang seimbang seperti performance, meal shake dan fiber. Selepas solat maghrib barulah menjamah makanan yang lebih berat sedikit seterusnya melalui terawih ia dapat dihadam dengan lebih sempurna. Bagi ibu konsep yang salah ialah apabila seharian berpuasa manakala makan dengan banyak akibat melepas geram. Ini takkan membantu seseorang untk mendapat kesihatan yang optimum.Sebaliknya boleh meningkatkan masalah gangguan pada sistem penghadaman (terlalu banyak makan pada waktu malam boleh menyebabkan gannguan penghadaman), meningkatkan risiko obesiti, sakit jantung dan sembelit.

Ibu nak tambah sedikit mengenai Performance drink. Performance adalah minuman yang paling ibu dan abah suka. Abah akan pastikan membawa satu tupperware air performance jika abah pergi menjalani latihan basketball atau apa jua aktiviti lasak. Kami akan pastikan mengambil performance terutama pada hari panas terik demi memastikan badan kurang dehydrate dan mengelakkan demam atau sakit. Bagi ibu pula pastinya ianya membantu dalam proses penyusuan terutama ketika berpuasa agar tidak terlalu letih dek kerana berpuasa disamping menyusukan Nasa.

Baiklah, nanti kita berambung lagi kerana wira ibu dah mula aktif. Salam sayang dari ibu ...

Catatan Popular