Salah faham tentang Susu Ibu

Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia iaitu 1-7 Ogos 2009, ibu ingin berkongsi dengan beberapa pendapat atau salah faham mengenai susu ibu yang ibu hanya berkongsi dengan beberapa teman rapat ibu sahaja sebelum ini.

Antara salah faham yang ibu pernah dengar ialah...

1. Saya beri anak saya susu badan sebab jimat.
Ibu tidak melihat memberi susu badan sesuatu yang menjimatkan, kerana ibu dah berjaya menyusukan dua anak ibu tetapi waktu yang sama ibu membelanjakan wang ibu instead of buying formula milk , ibu beli vitamin untuk pastikan susu ibu berkhasiat untuk dua wira ibu iaitu Addin dan Nasa. Alhamdulillah mereka membesar dengan susu ibu dan dengan susu ibu lah menjadi penawar mereka dari demam , selsema dan batuk.

2. Susu badan boleh buat bayi kembung terutama jika buah dada ibu tidak bengkak.
Ada pendapat mengatakan jika buah dada si ibu lembik maka ianya tiada susu dan jika diteruskan penyusuan kepada si anak maka si anak hanya akan menghisap angin dan akan akibatkan bayi kembung.Tidak semestinya buah dada lembik menandakan ianya kosong. Ia cuma bermakna badan ibu kurang air tetapi yang pasti susu ibu tetap ada. Yang membuatkan bayi kembung adalah sebab pemakanan si ibu. Setiap ibu mempunyai alahan yang berbeza maka ianya begitu luas untuk diselesaikan. Maksud ibu ialah ada ibu yang sangat alah dengan pisang maka walau hanya makan pisang sebanyak 3 biji sudah membuatkan badannya alah dan seterusnya berangin. Sekiranya ibu ini mempunyai anak yang menyusu berumur di bawah 6 bulan maka ini akan memberi kesan kepada si anak tadi. Berbeda pula bagi setiap orang maka kita tidak boleh sama sekali menyamakan tubuh kita dengan orang lain. Jangan hanya kerana mendengar " saya makan pisang, elok jek menyusukan anak saya yang umur 3 bulan" maka kitapun makan. Boleh makan tapi berpada2. Pesan emak ibu jika takut makanan kita memudaratkan anak, sebelum makan bacalah Bismillah dan selawat serta niatkan dalam hati" Ya Allah Engkau Lebih Mengetahui atas segala sesuatu yang Engkau ciptakan maka jadikanlah makanan ini baik untuk diriku serta janganlah ianya memudaratkan anakku". InsyaAllah tiada masalah.

3. Anak tidak kenyang dengan susu ibu sebab itu asyik lapar.
Susu ibu itu lebih baik berpuluh kali ganda dari susu formula dan Allah menjadikan ianya sempurna maka tiada hak untuk makhluk seperti kita membuat andaian sebegitu rupa. Setiap bayi berbeda dengan bayi yang lain, meskipun ianya dilahirkan dari perut ibu yang sama. Maka boleh ibu katakan setiap anak mempunyai appetite yang berbeza. Ada anak yang kuat minum tetapi ada anak yang kurang minumnya. Bagi ibu yang sudah mempunyai lebih dari satu anak pasti menyedari hakikat ini. Namun perlu kita fahami bahawa susu ibu itu terbentuk dari pemakanan si ibu. Maka si ibu perlulah memastikan agar sentiasa menjaga pemakanan yang diambil agar seimbang dari banyak segi demi membantu pertumbuhan si anak. Ibu percaya bahawa dengan pemakanan yang lengkap ditambah dengan supplement banyak membantu ibu selama ini. Ibu banyak mendengar teman2 ibu yang merungut kerana anaknya mengempeng sepanjang malam dan ini membuatkan hubungan si ibu dan suaminya terjejas. Percaya atau tidak, jika si ibu menjaga pemakanan dengan memastikan pengambilan protien yang cukup, semua vitamin yang diperlukan , air yang banyak insyaAllah susu akan lebih pekat maka si kecil dapat tidur dengan lena tanpa mengempeng sepanjang malam. Ibu dah lalui dengan dua anak wira ibu dan alhamdulillah ibu tiada masalah untuk bangun berkhalwat dengan Yang Maha Esa dengan keizinan abah tersayang selain menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suami tercinta.

4. Anak tidak membesar secukupnya dengan susu ibu.
Memang faktor genetik akan cuba dikaitkan apabila si anak tidak membesar seperti sepatutnya. Namun pemakanan sangat membantu dalam aspek pembesaran. Maka si ibu jangan sesekali memandang remeh mengenai hal ini. Ibu mempunyai beberapa teman yang merungut kerana anaknya kecil dan tidak seperti Addin dan Nasa yang membesar dengan susu badan. Ibu tahu hakikatnya golongan ini tidak berdisiplin dalam pengambilan makanan yang seimbang. Mereka juga mengambil vitamin tetapi hanya makan apabila ingat dan tidak menjadikan ianya satu rutin harian. Hasilnya pasti berbeza dengan mereka yang berdisiplin.

Sebenarnya banyak lagi salah faham tentang susuibu...kerana itulah ramai yang masih berminat dengan susu formula. Perkara ini tidak boleh disalahkan kerana ibu masih ingan pesan arwah abah ibu...."Nak, dalam dunia ini ada banyak manusia dan setiap seorang mempunyai akal yang berbeza. Ada manusia yang Allah berikan mereka akal ibarat sebutir pasir, ada yang dua butir dan ada yang penuh setimba baldi maka jangan sesekali kita samakan mereka. Seandainya mereka kurang faham, didiklah dengan ilmu nescaya akan bahagia sejahtera dirimu. Seandainya teguran secara perbuatan juga tidak meberi hasil, memadailah mendoakan mereka mendapat taufik dan hidayah Yang Maha Esa. Sesungguhnya segala yang berlaku itu adalah dengan izin Allah jua."

Maka andainya kalian mempunyai teman yang tidak mahu menyusukan anaknya dengan susu badan, janganlah kalian marah kerana sesungguhnya hanya Allah yang layak murka, kita manusia hanya mampu berdoa agar teman itu mendapat taufiq dan hidayah disamping kita beryukur kerana menadapat taufiq dan hidayah dariNya untuk menyusukan anak kita. Sekian dulu dari ibu...

Catatan Popular