Ahad, 2 Ogos 2009

# Contest # Diariku

Penginapan Percuma di Marriot!

Adakah anda ingin menikmati satu malam penginapan percuma di Marriot?




Salam cyber buat semua pembaca yang setia... terutama mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan Addin dan Nasa serta ibu selama ibu menulis dalam blog ini.Ada yang sudah mula bertanya dengan ibu bila nak announce contest memandangkan sekarang dah bulan August. Buat pengetahuan semua contest akan mula diumumkan bermula pada 5 August dan akan berlangsung selama sebulan. Ibu pasti ramai akan bertanya apakah hadiah contest kali ini. So secara jujurnya ibu sediakan hadiah paling menarik iaitu....
Hadiah utama :
1 x penginapan 1 malam secara percuma di Marriot Putrajaya (termasuk sarapan untuk 2 orang) yang berharga RM420.

( Bagi peserta Sabah Sarawak, ibu akan berikan penginapan di Marriot Miri)

Selain itu hadiah saguhati ibu berikan kepada 5 orang yang bertuah iaitu barangan Crabtree & Evelyn sekali lagi.

Mengapa ibu sanggup keluarkan belanja untuk ini? Buat pengetahuan kalian bulan 8 ini genaplah usia Nasa dua tahun dan ini bermakna ibu telah berjaya menyusukan Nasa selama dua tahun dan akan meneruskan penyusuan selama yang diizinkan Allah. Sempena Ramadhan yang akan tiba dan hadiah ini juga sebagai tanda kesyukuran ibu atas kejayaan ibu menyusukan Nasa disamping sebagai tanda penghargaan buat semua pelanggan Shaklee ibu especially silent reader. hehehehe.

Syarat2 contest akan mula dikeluarkan pada 5hb Ogos 2009. Buat mereka yang ingin merasa bermalam di Marriot, maka jangan ketinggalan untuk menyertai contest ini. Jumpa di sana!

Ibu juga sediakan hadiah menarik kepada penyertaan pertama, kelima puluh dan ke seratus. Mereka pasti terkejut dengan hadiah ini!

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia