Khamis, 20 Ogos 2009

# Diariku # Tazkirah

Mengapa ada orang berduit tapi tetap susah?

Ibu teringat perbualan ibu dengan seorang teman lama yang ibu kenali sebagai kak Imah. Kak Imah ni seorang yang peramah dan baik orangnya. Beliau melayan ibu bagai saudara kandungnya sendiri. Tujuan ibu menulis cerita ini bukan untuk memburukkan sesiapa sekadar mengambil pengajaran dari kisah hidup beliau.

Sebelum ini beliau pernah bercerita kepada ibu yang beliau terpaksa mengambil EL kerana ibunya sakit. Apabila ditanya sakit apa, jawab beliau sakit orang tua. Beliau juga memberitahu bahawa beliau terpaksa mengambil EL kerana ibunya terjatuh dalam keadaan telentang di dalam bilik air. Oh kesiannya detik hati ibu waktu itu. Kak Imah memberitahu bahawa ibunya memang mengidap kencing manis dan keadaan gula dalam badannya tidak pernah stabil. Maka akibat jatuh itu membuatkan kaki ibunya bengkak.

Ibu pun mencadangkan agar Kak Imah membelikan beberapa supplement agar dapat membantu mengurangkan kesakitan ibunya itu. Kak Imah terus menjawab " Tak payahlah susah2 nak suruh belikan mak akak tu vitamin, doktor bagi ubat pun dah cukup banyak". Ibu masih sabar menerangkan kepentingan vitamin dan supplement terutamanya untuk mengurangkan kadar gula dalam darah ibunya antaranya termasuklah zinc dan fiber. Jawapan kak Imah " Hmm, akak bukan apa N tapi kalau akak beli pun takut membazir jek, dia tak makan pun tu nanti". "Mana akak tahu? Adakah akak pernah membelikan apa2 untuknya sebelum ini?" Tanya ibu dengan perlahan. Jawab kak Imah dengan pantas " Ah tak payah belikan apa apa pun sebab klinik kerajaan dah bagi banyak ubat pun masih tak baik, jadi membazirkan duit akak jek kalau belikan dia vitamin".

Astaghfirullah mengucap ibu panjang mendengarkan jawapan kak Imah. Sehingga kini emaknya memang masih menderita dengan kaki yang bengkak akibat water retention(akibat kegagalan bauh pinggang berfungsi dengan baik) dan kencing manis yang berlarutan. Kini dah hampir setahun berlalu, kak Imah apabila bekongsi cerita tentang dirinya tidak lupa juga beliau mengkhabarkan keadaan ibunya yang masih sama seperti dulu...

Tapi sesuatu yang ibu belajar dari kisah hidupnya.......Akibat terlalu berkira dengan emak kandung sendiri maka hidupnya walau berduit tapi sangat sukar dan banyak dugaan yang melanda. Kak Imah dah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan lebih sepuluh tahun tetapi beliau masih ditakuk yang lama, tidak pernah naik pangkat. Ambil ujian PTK juga dah berapa banyak kali gagal. Beliau mengadu yang boss nya tidak melayannya dengan baik dan kawan sekerja yang sering menyakiti hatinya. Hidupnya ,beliau rajin mengadu duit tak cukup dan banyak lagi. Memang simpati ibu dengannya.

Berbeza dengan teman2 ibu yang berhabis duit membelikan ibu bapa mereka vitamin. Hidup mereka ini sejahtera selalu walau tidak sekaya mana. Mereka ini hidup penuh dengan ketenangan mungkin kerana berkat rezeki yang dikongsi bersama ibu bapa.

Hakikatnya kita manusia sering alpa pada godaan dunia. Kita seringkali dihasut iblis dan syaitan dengan perkataan...." Kalau belikan ayah vitamin untuk kencing manis ni nanti duit aku jadi tak cukup pula, kalau aku belikan mak vitamin nanti hujung bulan aku kena ikat perutlah nampaknya." Tidak kurang juga hasutan syaitan "Alah kalau aku belikan mak dan ayah vitamin pun bukan diorang nak makan, buat membazir duit aku jek, simpan lagi baik"

Hakikatnya rezeki ini jika ditakrif dari sudut keberkatan, walau sedikit ianya boleh kita rasakan sangat banyak dan melimpah ruah adakala. Ibu mengambil iktibar dengan seorang kisah hidup hamba Allah ini. Hidupnya kita nampak seperti ala kadar... gaji pun tak sampai RM3k dengan kehidupan di KL pasti ada yang mengadu tak cukup. Tapi kerana kebaikannya menjaga kebajikan ibu bapanya, memang terserlah keberkatan rezekinya. Beliau disenangi, sentiasa mendapat rezeki yang tidak disangka2. Beliau ini sering meminta ibu membelikan vitamin untuk ibubapanya serta untuk ibu bapa mertuanya. Memang tak banyak tapi setiap bulan memang sentiasa ada peruntukan untuk mereka. Ibu sering tertanya, apakah beliau membuat perniagaan sampingan? Jawapannya tiada. Beliau hanya banyak berdoa memohon keberkatan rezeki agar hidupnya tidak merasa kesempitan hanya kerana berniat menjaga keharmonian dan kesejahteraan keluarganya. Beliau memberitahu beliau jarang mengeluarkan belanja makan kerana dipejabatnya sering mempunyai mesyuarat dan akan dihidang bersama makanan ringan. Maka sedikit sebanyak beliau banyak berjimat dan mengaku adakala pada hujung bulan adakala hanya RM10 yang ada dalam akaunnya tetapi beliau tidak pernah gusar kerna yakin, rezeki itu datangnya dari Allah. MasyaALLAH! Betapa hebat manusia ini.

Ibu turut banyak belajar tentang kehidupan dari teman ibu ini. Semoga ianya memberi keinsafan kepada ibu serta teman ibu yang membaca kisah ini. Hakikatnya rezeki itu adalah rahsia Allah dan ia sebenarnya sangat luas sehingga tidak terjangkau oleh akal!

Sekian, salam sayang!

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia