Jumaat, 21 Ogos 2009

# Contest # Diariku

Boleh tolong hantar??

Adakah ini satu permintaan atau rayuan? Terpulang pada penerimaan yang membaca tetapi ibu ingin meminta tolong kepada mereka yang dah membeli performance drink untuk submit contest memandangkan kalian dah berbelanja untuk membeli walau hanya satu canister Performance Drink. Jujur ibu katakan yang membeli Performance Drink memang ramai sehinggakan Shaklee sales representative akan sedia maklum setiap order Performance Drink pasti akan dikaitkan dengan contest ibu yang julung2 kalinya dibuat oleh Sales distributor...hehehehe. Namun yang menghantarnya belum sampai 4 orang.Sedih betul. Ada beberapa blogger yang membeli sampai 2-3 Performance Drink tidak lupa juga Aishah yang membeli sampai 8 canister Performance Drink. Namun setiap peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja. Jadi ibu bercadang weekend ni nak membeli semua hadiah contest awal2.
Ibu juga bercadang nak menambah nilai harga hadiah contest jika ramai yang membeli tapi tak ramai yang submit contest. Bagaimana? Menarik kan? Jadi bagi yang dah membeli tu bolehlah submit ya. Abah ada juga memberi pandangan mungkin submission untuk contest kalian buat lewat sebab nak karang ayat, hmmm bolehlah menyejukkan hati ibu seketika.

Apa pun terima kasih kepada semua yang membuat pesanan dan belian...Terima kasih banyak2!

Sehingga bertemu lagi dalam coretan akan datang...akhir kata

Selamat Berpuasa!

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia