Hilang seri wajahnya...

Saya teringat cerita arwah Tuan Hj. Talip mengenai kejayaan sebenar seorang wanita. Hakikatnya ia adalah bagaimana hubungan wanita itu dengan suaminya dan bagaimana dia sentiasa mendapat redha suaminya.
Arwah pernah berkata, kejayaan sebenar seorang wanita itu bukanlah terletak pada zahirnya semata-mata. Jika wanita itu seorang ekskutif yang hebat, mahupun seorang doktor terkenal namun belum tentu ia benar2 berjaya. Saya terus bertanya maka siapakah golongan yang benar2 berjaya tuan Hj.? Maka jawab beliau, wanita yang sentiasa berkhidmat untuk suaminya apabila diperlukan. Tambah beliau lagi , wanita hari ini ramainya yang berkerjaya dan pulang sebagai isteri yang derhaka..bilamana suami mendekati untuk bersama maka banyak alasan yang diberi, penatlah, tiada mood la dan sebagainya.

Begitu juga dengan golongan yang suka memburukkan suami sendiri kepada orang lain. Mereka ini mempunyai wajah yang gelap dan tiada berseri pada wajahnya. Hakikatnya mereka tahu akibat memburukkan suami boleh menghumbannya ke neraka namun tanpa disedari perbuatan itulah yang disukainya. Saya sendiri mempunyai ramai teman dari golongan ini... seandainya kalian terbaca maafkanku namun tiada niat untuk melukai sesiapa sekadar pengajaran kepada yang lain.

Kawan saya si A ini seorang wanita yang berkerjaya, sentiasa sibuk. Memandangkan sibuk maka urusan masak memasak diendahkan. Pernah mereka bertandang ke rumah saya dan saya memasak pizza untuk tetamu saya. Suaminya memuji saya didepan saya manakala isterinya datang kepada saya dan mengatakan, " Apalah si B ni, dia suruh saya belajar masak pizza dengan N , dia ingat saya tak de kerja lain ke?" Terperanjat saya dengar perkataan yang keluar dari mulut si isteri. Pernah juga kami sama2 menghadiri satu jamuan makan di rumah kawan kami, si A ini dengan selamba memberitahu semua yang hadi termasuk tuan rumah... " Kawan2 jika I pergi course atau mana2lah, so tolong tengok2 kan my hubby ni, dia kuat makan dan tak ingat dunia bila makan.." Memang ramai yang gelak namun ramai juga suami yang menjeling melihatkan mulutnya yang tiada insuran. Tidakkah ini memalukan maruah si suami? Kini, dah hampir 10 tahun mereka mendirikan rumahtangga, percaya atau tidak suaminya kini tiba2 berubah menjadi seorang yang workoholic, pulang kerja jam 6 nanti jam 8 keluar semula katanya ada urusan kerja. Tapi saya tidak pernah mengajar kawan saya ini buruk sangka cuma banyakkan berdoa agar suaminya berubah menjadi seperti dulu. Adakalanya suaminya akan pulang dengan sangat lambat atas alasan main game di opis , yang peliknya sepanjang dia bermain di opis hp nya kan ditinggalkan di dalam meja pejabat. Hmm... tepuk dada tanya selera.

Banyak lagi cerita...namun tak tertulis dalam blog ini. Yang pasti setiap manusia itu dijodohkan sebagai saling pelengkap, kita saling memerlukan. Tiada manusia yang sempurna. Jika kita tidak mahu pasangan kita memburukkan kita dihadapan teman2 nya maka kita juga janganlah cuba mengaibkan pasangan kita kepada orang lain. Menjaga maruah suami sama pentingnya seperti menjaga maruah kita sendiri...wasalam.

Catatan Popular