Khamis, 30 Julai 2009

Tahniah buat ibu kepada...

Julai 30, 2009 38 Comments
40 penyertaan - merangkumi hampir 33,209 patah perkataan utk dinilai dldm masa 4 hari! Bukan tugas mudah – tiada kriteria yg rigid boleh dijadikan rujukan. Posting yg dramatik atau yg lucu menjadi pilihan? Pastinya setiap satu dari kesemua 40 pengalaman adalah unik – tiada yg kurang, superior apatah lagi setara. Gaya dan bahasa penulisan? Ini bukan pertandingan menulis cerpen. Akhir sekali, biar saja “deria” yg menentukan.
Tahniah kpd semua ibu-ibu yg telah memberikan sehabis tenaga/masa mengenang kembali setiap detik pengalaman dan menzahirkannya semula dlm posting anda. Meminjam kata-kata dr sebahagian ibu-ibu:- semoga anak-anak ini setalah dewasa akan membaca posting ibunya dan memahami penderitaan yg ibu mereka lalui.
Setelah ditimbang tara – deria dan akal sepakat mengesahkan ibu-ibu yg bertuah utk menerima hadiah yg ditawarkan adalah ibu-ibu kepada anak-anak ini (tidak mengikut turutan):

Damia Aleesya
Nur Aleesya Mohd Adzhar
Muhammad Uwais


Manakala hadiah saguhati adalah milik ibu-ibu bagi anak-anak ini:

Muhammad Najmi Isyraq
Shafiq Nazhan
Nur Humairah Adelia

Tahniah kpd kesemua ibu-ibu. Anda semua adalah pemenang – pemenang di hati anak-anak anda.
Abah AddinNasa

Ini ialah post dari juri iaitu Abah kepada Addinnasa. Buat pengetahuan kalian, abah seorang juri yang sangat tegas di mana ibu tidak boleh mengganggu atau memberi sebarang pujian ke atas mana2 post untuk mengelakkan sebarang bias. So, ibu ingin mengucapkan tahniah kepada yang berjaya.... bagi yang tidak berjaya sila tunggu Better World Better You Contest pada bulan August ini.

Bagi yang berjaya, sila emailkan nama penuh, alamat dan no tel untuk di hubungi bagi urusan penghantaran hadiah. Tahniah sekali lagi!

Rabu, 29 Julai 2009

Wellness 3 ;set yang mampu dimiliki..

Julai 29, 2009 16 Comments




Ibu menerima beberapa email yang bertanyakan adakah ada lagi trial pack untuk mereka yang ingin mencuba...jawapannya ialah sudah tiada memandangkan ESP kotak sudah tiada dalam pasaran. Bagaimanapun puas ibu cuba memikirkan bagaimana ibu dapat membantu kawan2 baru ibu terutamanya yang ingin mendapatkan set selepas bersalin mahupun semasa mengandung dengan harga yang berpatutan disamping mendapat manfaat yang sama bagi set family wellness Shaklee.
Setelah banyak berdoa untuk bagaimana ibu dapat membantu mereka ini, ibu teringat canister meal shake Addin dalam almari. Ibu mula membelek semula kandungan yang terdapat dalam Meal Shake... ya betul Meal Shake merupakan multivitamin dalam bentuk bancuhan air di samping ia juga mengandungi protin. Rasa Meal Shake sangat sedap berbanding Protin, ianya rasa seperti ice cream vanila. Maka ibu membuat kesimpulan bahawa set family wellness Shaklee yang terdiri daripada ESP, Vitalea(multivit), Vit C dan B Complex boleh digantikan dengan set Wellness 3 yang ibu yakin ia sama seimbang.
Satu canister of Meal Shakee boleh di consume dalam dua bulan jika ianya diminum dengan tambahan air milo atau susu atau air jus. Manakala vitamin B complex bertahan untuk dua bulan dan vitamin C dapat bertahan selama 6 bulan. Sangat menjimatkan, ini kerana harga Welness 3 ini hanyalah RM218 -harga ahli ( termasuk postage RM10).
Bagi ibu yang akan bersalin, jika berkemampuan anda bolehlah menambah zinc dan alfalfa untuk mempercepatkan baiknya luka disamping untuk boost susuibu. Untuk mengetahui detail vitamin boleh baca dalam post ibu sebelum ini.
Bagi mereka yang ingin membeli harga ahli hanya gunakan ID ibu 395863 untuk membeli. Sesungguhnya ibu suka berkongsi dengan semua orang betapa seronoknya mendapat makan tambahan yang berkualiti dan memberikan kesejahteraan pada diri dan keluarga.

Selasa, 28 Julai 2009

Sentuhan; rawatan terbaik buat anak...

Julai 28, 2009 11 Comments
Baru- baru ini memandangkan cuaca yang tak menentu di tambah dengan jerebu membuatkan dua-dua anak bujang ibu demam. Doktor kata memang musim dengan cuaca yang begitu rupa. Ibu hanya mampu pastikan anak ibu Addin banyak minum air dan Nasa banyak minum susu badan di tambah dengan protin.
Namun memandangkan ibu tak mahu kamu berdua melarat, ibu lebih suka amalkan petua makcik Maznah , bidan ibu semasa di Miri. Maklumlah bila melarat doktor akan suggest amik antibiotik dan inilah yang paling ibu tak suka sangat! So apa yang ibu buat, ibu pastikan Addin dan Nasa banyak mandi,selepas itu ibu urut seluruh badan kalian dengan minyak kelapa muda, bekalan dari Miri hari tu. Alhamdulillah, esoknya demam kalian kebah dan ianya memang satu miracle buat ibu.
Ibu juga share the same thing dengan Aunt Dilia yang sanggup datang ke rumah membawa baby nya Izhan yang berusia 5 bulan. Ibu mandikan Izhan dan ibu urutkan seluruh badan Izhan dengan minyak. Alhamdulillah, kata Aunt Dilia anaknya dah sihat selepas demam batuk selama seminggu. Namun tergelak ibu dengar apabila nenek Izhan (emak kepada Aunt Dilia) terkejut kerana ibu mengurut Izhan kerana katanya selama beliau menjadi nurse ubat demam adalah penawar mujarab. hehehehe.Pada ibu sentuhan kepada seluruh tubuh anak adalah penawar terbaik untuk sakit biasa seperti demam, batuk dan selsema.
Ibu rasa seronok sangat dapat melakukan pada Izhan... rasanya macam nak jadi bidan pula.hahahaha. Mungkin bila dah retire jadi cikgu ibu nak buka SPA untuk baby yang demam dan sebagainya.

Ahad, 26 Julai 2009

Contest is Closed...

Julai 26, 2009 18 Comments
First of all, Ibu would like to say thank you to all participant of my contest... thank you for your time and your effort to write your priceless experienced. Bagi penyertaan yang lewat iaitu selepas jam 8, maaf ibu tidak dapat menerima as closing date is 25 July at 8pm. Abah Addinnasa will be the judge for this contest so that no bias on judgement. Result will be announced on 30 July...

Coming event for August

1. Better you better world Contest

2. Top Commenter -appreciation gift

3. Lucky Follower

See you there.....

Khamis, 23 Julai 2009

Baby Bottle Giveaway!

Julai 23, 2009 9 Comments
Tiny Tapir’s with the best giveaway their BPA free and Glass feeding items.

All you need to do is leave a comment here for a chance to win one of these two sets (there will be 2 winners) :

Set 1 : 3 x Siliskin & Evenflo Glass Bottles (size of your choice) - value up to RM150

Set 2 : 1 x set of Thinkbaby BPA Free Bottles & a Thinkbaby Sippy Bottle Conversion Kit (size of your choice) - value up to RM137



And that’s not all!

If you have a blog or twitter page, write about this giveaway with a link to the Tiny Tapir e-shop listings, and pingback to this wordpress blog post and you will get a RM10 certificate to use towards all our BPA-free feeding product

Actually this is my first experience joining contest...wish me luck! Ibu harap ibu boleh menang untuk ibu hadiahkan sempena harijadi Nasa on coming August.


Botolnya sangat menarik perhatian ibu dan semasa ibu sedang membaca blog ini, Nasa sungguh teruja dengan gambar botol tersebut. Ini membuatkan hati ibu terdetik apalah salahnya jika mencuba. Jika dapat, maka dapatlah Nasa hadiah harijadi yang paling best pada usianya yang nak masuk 2 tahun!Actually I am looking a good bottles for my little son which can attract my son to drink a lot. For the first time Nasa is very excited with the picture in TinyTapir wordpress. So just try our luck to win!

Doakan kami!


Rabu, 22 Julai 2009

Tips untuk ibu yang bekerja

Julai 22, 2009 12 Comments
Saya memperolehi tips ini dari junior saya Azira yang kini mengajar di Politeknik KK. Jika beliau terbaca, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudiannya berkongsi dengan saya.
Beliau seorang ibu yang bekerja, namun ini tidak menjadikan beliau beralasan untuk malas memasak.
Beliau memberitahu saya apa yang beliau buat agar dapat menyediakan makan malam dengan sempurna...
Bawang merah, bawang putih dan halia akan di blend sekaligus secara banyak dan disimpan dalam bekas yang kedap. So setiap kali pulang dari kerja, beliau hanya perlu defrostkan ayam atau ikan untuk di masak.

Memandangkan perencah tadi semua telah siap, maka beliau hanya mengambil masa dalam setengah jam untuk masak 2-3 lauk. Saya mengamalkannya dan saya sangat berpuashati.

Ahad, 19 Julai 2009

Bagi wanita yang akan bergelar ibu

Julai 19, 2009 9 Comments
Tiada bayi yang dilahirkan boleh terus berjalan mahupun berlari... begitulah adatnya bagi semua wanita yang baru bergelar ibu. Saya bergelar ibu sewaktu berusia 26 tahun. Muda ke? Tak la, adik saya mendapat anak sulungnya lebih awal dari saya. Tidak dinafikan semasa menjadi ibu adalah saat yang paling bahagia dalam hidup seorang wanita yang bergelar isteri. Melalui waktu berpantang selama 44 hari memang tak banyak ragam.

Saya masih meneruskan tuition sewaktu dalam pantang lagi. Masih ingat lagi, saya hanya berkain batik... bila ingat balik, macam tak percaya pulak. Saya teruskan aktiviti harian sebagai surirumah seperti biasa. Saya masih ingat pesan mak mertua saya, sebagai isteri kita kena masak walau hanya satu lauk. Hmmm, bersyukur dapat suami yang memahami. Adakala abah akan belikan 1 lauk tambahan dari opis. Memandangkan ini anak pertama, dan kami sendiri masih belajar, kami tak makan luar selama 6 bulan. Selama itu juga jika perlu membeli baramng dapur, ibu dan Addin hanya akan duduk dalam kereta sementara abah masuk ke Boulevard membeli barang seperti yang ibu dah listkan sebelum keluar dari rumah.

Part berjalan dalam kereta, semenjak Addin lahir sehingga sekarang ibu tak pernah merasa duduk di bahagian depan iaitu sebelah pemandu. Ibu dan Addin akan duduk di bahagian belakang. Bukan ibu yang nak tapi abah yang suruh , katanya demi kselamatan nyawa anak dan isterinya. Begitulah kasihnya seorang suami dan seorang abah. Syukur ditemukan dengan jodoh ini. Memang emak ibu pernah tegur seolah2 ibu menjadi "madam" dan abah as driver tapi abah sendiri pernah memberitahu emak ibu bahawa adalah lebih selamat jika kami dua beranak berada di belakang.

Rutin ibu di rumah memang agak kelam kabut, mana nak masak, mana nak basuh, nak kemas rumah, tuition lagi tambah lagi dengan Addin yang sentiasa nak berkepit. Ibu pun meminta nasihat emak ibu yang mana beliau seorang yang tangkas dan pantas dalam urusan semua kerja rumah. Emak ibu mencadangkan Addin di tidurkan dalam buai agar ibu mudah buat kerja. Alhamdulillah. Ibu dapat uruskan sebaik mungkin. Syukur... ibu tak perlukan maid kerana ibu dah memang surirumah. Memang ada kekawan yang sah2 surirumah tapi tetap minta husband sediakan maid, hmmm tak pe lah mngkin husband diorang banyak duit dan dah tak tahu nak buat apa. Tapi ibu tahu untuk jadi isteri yang berjaya, mesti bijak, cekap, amanah, pantas, tangkas ,cantik dan menarik. Itulah petua emak ibu sehingga sekarang.

Bagi wanita yang bakal bergelar ibu ... banyakkan membaca mencari petua dan cara bagaimana dapat membantu anda menjadi isteri yang berjaya. All the best and welcome to the club!

Sabtu, 18 Julai 2009

Menyusu buat kali pertama

Julai 18, 2009 0 Comments
Pada pertengahan Jun 2003 lahirnya seorang bayi yang hanya berumur 34-35 minggu ke dunia yang banyak mengubah kehidupan ibu dan abah hari ini. Addin seakan-akan tidak sabar untuk melihat dunia. Ibu terpaksa melalui pembedahan tanpa sedar pada pagi itu lebih kurang jam 7.45. Apabila sedarkan diri jam sudah menunjukkan waktu jam 11 pagi. Ibu meronta-meronta meminta nurse menanggalkan getah drip di tangan ibu. Doktor terus datang melawat ibu dan meminta ibu bersabar... abah pula menjemput mamatok yang baru tiba di lapangan terbang Miri. Dalam jam 11.30 ibu dibenarkan berjalan ke bilik baby untuk melihat Addin. Doktor Rolland Mattu termangu melihat ibu berjalan seolah2 tiada apa yang berlaku.

Doktor bertanya sambil menemani ibu menjenguk Addin diluar tingkap bilik baby..." You tak rasa sakit atau pening?" Hmmm ibu menjawab dengan tenang" Tiada apa2 la Doktor, saya ok jek" Saya sebenarnya tak sabar nak lihat wajah putera sulungku ini. Abah yang baru sampai juga turut menemani ibu masuk ke bilik baby ...waktu itu hanya Addin sahaja yang dilahirkan pada hari tersebut. Addin berada dalam inkubator kerana umurnya yang tidak cukup bulan.

Doktor meminta kami membasuh tangan sebelum menyentuh Addin ." Baby you ni besar, jarang ada pre-mature baby dengan berat almost 3kg" kata doktor Rolland Mattu. Oh bersyukur ibu berbaloi rasanya kerana makan banyak supplement Shaklee sewaktu mengandung. Ibu tak pernah makan semua vitamin yang doktor bekalkan pada setiap check up visit.

Alhamdulillah Addin hanya bermalam 1 malam di dalam inkubator... setelah banyak ujian yang dibuat ke atasnya doktor mendapati jantungnya dapat berfungsi dengan baik dan tidak perlu bergantung dengan kotak ajaib itu lagi.

Ibu mula menyusukan Addin.. Abah memberi semangat yang begitu kuat agar ibu teruskan menyusukan Addin kerana katanya dengan cara itu anak kami sihat dan ibu akan ramping semula seperti dulu2. Walaupun pada awalnya sangat sukar mungkin kerana tersumbat atau apa tapi selepas hari kedua susu keluar melimpah2 dan memancut2 membasahi baju yang ibu pakai. Demam juga dua tiga hari kerana susu yang terlalu banyak. Nasib baik ada nurse yang really concern, dia minta abah addin bawakan kobis sejuk untuk dituam di tempat susu supaya surut sikit bengkaknya. Alhamdulillah reda tapi tidak digalakkan buat selalu khuatir susu akan kering.

Tanpa sebarang input dari bahan luar ( bukannya tiada internet di rumah...cuma tak tahu ada forum susuibu) ibu hanya bergantung dengan buku dan hanya banyakkan berdoa agar susu sentiasa cukup untuk Addin ketika itu. Alhamdulillah mak mertua cukup menyokong saya menyusu anak, bayangkan setiap kali selepas breakfast mak akan beri saya satu piring yang di isi dengan pelbagai vitamin Shaklee agar susu ibu mewah senantiasa. Selepas itu mak akan tuam kakiku untuk setengah jam. Bersyukur sangat dapat mak mertua yang baik...semoga anak2 perempuannya (adik2 iparku)mendapat layanan yang baik dari mak mertua mereka atas jasa baik mak mereka kepadaku.

Hari berganti bulan, perkembangan Addin sangat menakjubkan. Doktor yang memberi injection pada setiap bulan sangat kagum dengan pembesaran Addin. Bayangkanlah pada usia seawal 5 bulan berat Addin ialah 9.8kg mencecah 10kg! Hanya dengan susu ibu sahaja. Siapa tak bangga. Sejak dari itu ibu sangat yakin dan sangat percaya dengan supplement yang ibu makan memberi kesan yang baik pada bayi!

Sehingga hari ini, bukanlah ibu tidak yakin dengan vitamin lain cuma buat masa ini bagi ibu Shaklee adalah yang terbaik dan sangat berbaloi untuk dikonsume satu keluarga setiap bulan.Bagi yang pernah makan Shaklee sebelum ini dan kini seandainya anda dah bertukar ke produk lain yang mungkin anda fikir lebih murah atau lebih mahal adalah lebih baik, saya tetap doakan semoga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah buatmu. Apa pun yang kalian makan semoga ia membawa kebaikan.

Saya sentiasa berdoa buat teman saya yang seorang ini semoga mendapat taufik & hidayah, beliau menjadi ahli produk baru yang belum pun 10 tahun dalam pasaran , adakah benar dia merasakan perbezaan produk tersebut atau sekadar mengejar duit hasil jualan yang kononnya menjanjikan kekayaan duniawi. Wallahhu alam.

Jumaat, 17 Julai 2009

Kau Tercipta Untukku

Julai 17, 2009 11 Comments

Tersentuh hati ibu apabila mendengar nasihat Dato' Dr. Fazilah Kamsah dalam Anjakan Paradigma dalam bagaimana menjaga hubungan kita dan pasangan kita. Beliau mengambil petikan Confucius " layanlah pasangan anda sebagai orang baru setiap hari. Janganlah take for granted dengan hubungan yang ada.

Memang benar adakala kita tanpa sengaja menyinggung perasaan ahli keluarga mahupun pasangan kita. Walhal dengan orang luar kita akan melayan mereka dengan sebaik budi bahasa. Sepanjang menonton program tersebut ibu asyik teringatkan abah yang sepatutnya pada ketika itu abah mendengar khutbah Jumaat.

Bila abah pulang, ibu menyambutnya dengan senyum dan bertanya "ada abah ingat ibu hari ini?" Abah menjawab " ada , ketika mendengar khutbah Jumaat". Subhanallah begitu kuat getaran gelombang yang ibu hantar. Hehehe, dalam hati gumbira tidak terkata.

Ibu mengenali abah semasa zaman belajar di U lagi. Kami mengambil masa yang lama untuk mengenal hati budi masing2 dan setiap hari kami belajar menerima kelebihan dan kekurangan pasangan seadanya. Jika ada yang melakukan kesilapan, kami akan segera bermaaf2 an. Abah cukup marah jika ibu merajuk berpanjangan, katanya iblis akan menghasut dengan lebih banyak sepanjang kita berselisihfaham.

Ibu menerima abah seadanya dia...bukan kerana apa yang dimilikinya, jawatan hebat mahupun rupa parasnya tetapi kerana hatinya. Apa yang abah berikan kepada ibu menjadikan ibu seorang wanita yang cukup bahagia. Kami bukanlah kaya tetapi memadailah dapat memiliki apa yang kami hajati. Bermula dengan awal perkahwinan, dengan kehidupan yang cukup sederhana. Ibu merasa menaiki motor , basah kuyub dek hujan lebat, membasuh baju tanpa mesin dan banyak lagi. Ini semua menjadikan ibu seorang yang matang melalui kehidupan.

Ibu tidak mahu menjadi seperti kawan2 ibu yang juga isteri eksekutif P******s...sentiasa merungut dengan kekurangan suami. Seorang isteri membisikkan kepada ibu pada satu majlis di rumahnya... "N, ni kerusi Fella Design tapi bukan the latest. Aku frust sebab rupanya gaji staf P******s ni kecik rupanya. Menyesal aku berhenti kerja dulu kalau tahu gaji dia lebih kecik dari gaji aku" MasyaAllah, isteri apa ini, detik hati ibu waktu itu. Sejak dari itu ibu mula malas nak layan mesej dari teman ini.

Ada juga seorang ini, merungut depan ramai isteri P******s dalam majlis minum petang. Waktu itu semua suami kerja. Si isteri ini merungut kerana katanya suaminya seorang yang lokek yang amat. Saya terkesima seketika dan tanpa saya sedari saya menjawab " Wahai adik sayang, suamimu sebelum membawa mu ke Miri telah banyak berkorban duit menyediakan sbuah kereta berbanding kami semua yang hanya bermula dengan motosikal, maka seharusnya kamu sangat bersyukur dan bukannya merungut." Terdiam semua orang ketika itu. Sehingga kini sesiapa yang hadir pada gathering itu akan mengimbas kenangan silam.

Apa yang saya pasti dua teman ini hidup mereka indah khabar dari rupa... mungkin kerana hati mereka yang sentiasa merungut dan tidak redha dengan ketentuan Ilahi. Sorang tu asyik gagal dalam interview kerja, dan seorang lagi dek kerana tamak dan mahuu bergaya si suami selalu outstation untuk mencari elaun lebih setiap bulan. Bahagiakah namanya ini?

Ibu berdoa agar dapat menjadi isteri kepada abah Addinnasa di dunia dan di akhirat. Semoga dengan segala kelebihan dan kekurangan antara kami menjadikan kami saling menyayangi dan saling menghargai selagi hayat dikandung badan. Amin.

Crabtree & Evelyn: is the best to reward you... just share your story!

Julai 17, 2009 13 Comments


Bagi yang nak join contest ni sila tinggalkan komen di sini supaya saya boleh link kepada blog anda!

Ikuti cerita Kak Liza,
Iena hamdi,
Mdanial,
Emma,
Salmal's
Mama Zharfan
, Eliza ,
Ummi Aleesya,
Mama Umairah@Ayu ,
Yus Azlan
Sharifah Zainah
NikNadim
Cutemiut78
Wan Sujaihah
Zuhaini
Nadnye
Yatiechomeyl
Yan@UmmiAbbiQis
Anamarza
Mummyaeesh
Shakeymirza
Een
UmmiNa's
Siti Nurbaiya
MiszMama@Haslinda
Mama Saffiyah
Ibu Damia
Suziey
Mama Tisya
'Nur,Nura, Nurad, Yani '
Firahadifa

Bagi yang menghantar secara email, cerita anda akan saya siarkan sebaik sahaja pemilihan telah dibuat.
Sila email : addinnasa@gmail.com

Hilang seri wajahnya...

Julai 17, 2009 10 Comments
Saya teringat cerita arwah Tuan Hj. Talip mengenai kejayaan sebenar seorang wanita. Hakikatnya ia adalah bagaimana hubungan wanita itu dengan suaminya dan bagaimana dia sentiasa mendapat redha suaminya.
Arwah pernah berkata, kejayaan sebenar seorang wanita itu bukanlah terletak pada zahirnya semata-mata. Jika wanita itu seorang ekskutif yang hebat, mahupun seorang doktor terkenal namun belum tentu ia benar2 berjaya. Saya terus bertanya maka siapakah golongan yang benar2 berjaya tuan Hj.? Maka jawab beliau, wanita yang sentiasa berkhidmat untuk suaminya apabila diperlukan. Tambah beliau lagi , wanita hari ini ramainya yang berkerjaya dan pulang sebagai isteri yang derhaka..bilamana suami mendekati untuk bersama maka banyak alasan yang diberi, penatlah, tiada mood la dan sebagainya.

Begitu juga dengan golongan yang suka memburukkan suami sendiri kepada orang lain. Mereka ini mempunyai wajah yang gelap dan tiada berseri pada wajahnya. Hakikatnya mereka tahu akibat memburukkan suami boleh menghumbannya ke neraka namun tanpa disedari perbuatan itulah yang disukainya. Saya sendiri mempunyai ramai teman dari golongan ini... seandainya kalian terbaca maafkanku namun tiada niat untuk melukai sesiapa sekadar pengajaran kepada yang lain.

Kawan saya si A ini seorang wanita yang berkerjaya, sentiasa sibuk. Memandangkan sibuk maka urusan masak memasak diendahkan. Pernah mereka bertandang ke rumah saya dan saya memasak pizza untuk tetamu saya. Suaminya memuji saya didepan saya manakala isterinya datang kepada saya dan mengatakan, " Apalah si B ni, dia suruh saya belajar masak pizza dengan N , dia ingat saya tak de kerja lain ke?" Terperanjat saya dengar perkataan yang keluar dari mulut si isteri. Pernah juga kami sama2 menghadiri satu jamuan makan di rumah kawan kami, si A ini dengan selamba memberitahu semua yang hadi termasuk tuan rumah... " Kawan2 jika I pergi course atau mana2lah, so tolong tengok2 kan my hubby ni, dia kuat makan dan tak ingat dunia bila makan.." Memang ramai yang gelak namun ramai juga suami yang menjeling melihatkan mulutnya yang tiada insuran. Tidakkah ini memalukan maruah si suami? Kini, dah hampir 10 tahun mereka mendirikan rumahtangga, percaya atau tidak suaminya kini tiba2 berubah menjadi seorang yang workoholic, pulang kerja jam 6 nanti jam 8 keluar semula katanya ada urusan kerja. Tapi saya tidak pernah mengajar kawan saya ini buruk sangka cuma banyakkan berdoa agar suaminya berubah menjadi seperti dulu. Adakalanya suaminya akan pulang dengan sangat lambat atas alasan main game di opis , yang peliknya sepanjang dia bermain di opis hp nya kan ditinggalkan di dalam meja pejabat. Hmm... tepuk dada tanya selera.

Banyak lagi cerita...namun tak tertulis dalam blog ini. Yang pasti setiap manusia itu dijodohkan sebagai saling pelengkap, kita saling memerlukan. Tiada manusia yang sempurna. Jika kita tidak mahu pasangan kita memburukkan kita dihadapan teman2 nya maka kita juga janganlah cuba mengaibkan pasangan kita kepada orang lain. Menjaga maruah suami sama pentingnya seperti menjaga maruah kita sendiri...wasalam.

"Share Your Story & This might BE Yours" * contest update

Julai 17, 2009 19 Comments

Taaaarrrraaaa....
As ibu promised to update the real picture of the gift....
Bukannya terlupa tetapi sebab ada sikit masalah teknikal yang tak dapat dielakkan sebelum ini dah dapat diselesaikan. Alhamdulillah.

Bagi mereka yang bertanya mengenai kriteria pemilihan adalah seperti berikut:

1. Boleh ditulis dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris. Jika anda boleh menulis dalam bahasa selain dari bahasa ini, tolong sediakan translation for your story either in English or Bahasa.

2. Cerita atau pengalaman anda adalah berdasarkan kepada anak pertama@sulung. Jika anda mahu menceritakan mengenai pengalaman bersalin ke semua anak anda sangat dialu2kan dan nayatakan perbezaaan yang dilalui bagi setiap kelahiran.

3. Pemenang dipilih berdasarkan penulisan yang kreatif dan jujur. Sebuah penulisan yang ditulis dari hati akan dirasai oleh pembaca cerita anda.

4. Pemilihan pemenang adalah muktamad.

5. Hadiah misteri disediakan dan ianya akan diberi secara rawak.

Bagi yang menghantar cerita anda melalui email, cerita anda akan di entrykan di blog saya sebaik sekiranya anda dipilih sebagai pemenang.

Bagi yang menyertai contest ini saya ucapkan jutaan terima kasih!

Rabu, 15 Julai 2009

Merungkai persoalan...

Julai 15, 2009 3 Comments

Ibu sepatutnya menulis entry ni semalam tetapi memandangkan hujan, ribut dan petir di sini terpaksa ditangguhkan ke hari ini. Ada yang bertanya, "Jikalau lah sebagai ibu yang bf seperti saya hanya makan dengan gembira boleh menghasilkan susu yang banyak, buat apa saya perlu membeli supplement agaknya?"

Jawapan saya ialah... puan tidak perlu mengambil apa2 supplement, cukup dengan makanan harian puan jika semuanya lengkap dengan 12 vitamin dan 7 galian. Jika puan dapat pastikan puan boleh mengambil sekurang2nya 7 setengah biji buah oren sehari yang berkadaran dengan 500mg, saya yakin anak puan jarang sakit dan jika demam sekalipun mungkin hanya mengambil masa sehari dua untuk baik. Mengambil makanan kesukaan ibu itu boleh meningkatkan hasil pengeluaran susu namun kita perlu pastikan zat yang mencukupi untuk ibu dan anak. Jika kuantiti banyak namun zat kurang bukanlah satu kelebihan.

Namun bagi saya secara peribadi, supplement sangat penting dalam membantu mencukupi zat mineral yang diperlukan oleh tubuh memandangkan saya tak dapat menyediakan makanan yang lengkap dengan 12 vitamin dan 7 galian.

Secara jujurnya saya mempunyai ramai teman yang bf namun pembesaran anak mereka kelihatan terganggu sedikit atas kurangnya zat dari susuibu sehingga doktor mencadangkan menukar kepada susu formula.



Walau pun sebagai ibu, kita perlu pastikan susu kita mempunyai kuantiti yang setanding dengan kualiti. Tak salah kita melabur sedikit duit demi kesihatan kita dan keluarga... bak kata orang, beringat lah 5 perkara sebelum tiba 5 perkara.

Selasa, 14 Julai 2009

Bilamana tuhan menguji...

Julai 14, 2009 2 Comments

Wajah kesayangan hamba...

Setiap kali Addin mahupun Nasa ibu dapati kalian kurang sihat mahupun demam, ibu akan mula lebih berdoa. Ibu bacakan kalian surah Al-Waqiah dengan niat agar kalian cepat sembuh. Selalunya demam insyaAllah hanya sehari. Tapi bilamana kalian demam melangkaui hari kedua ...hati ibu mula terdetik" Oh Allah telah mengujiku dengan anak2 yang demam. Adakah rezeki yang aku terima selama duduk di rumah membuat ibu alpa? Mungkinkah hadiahku pada keluarga , anak yatim dan fakir miskin kurang? " Maka apabila ibu di uji ia membuatkan ibu insaf dan ini bermakna kita perlu lagi memberi.
Ya Allah jadikan tanganku ini tangan yang suka memberi dan bukan tangan yang hanya meminta. Semoga apa yang diberi menjadi penebus kifarah yang Engkau berikan. Lindungilah anak2 ku dari segala sakit baik yang bahaya mahupun tidak. Serta selamatkan anak2ku dari segala malapetaka dan bahaya bencana.Amin.

Ahad, 12 Julai 2009

Cara banyakkan susu...bila dah kaji baru ku tahu...

Julai 12, 2009 10 Comments
Apa yang dicoretkan adalah hasil kajian ibu sendiri setelah banyak muhasabah setiap kes ibu2 lain yang melalui waktu suka duka dalam kehidupan seharian bagi menyusukan anak mereka. Maka ianya adalah pendapat peribadi ibu semata2.

Saban hari makin banyak petua yang ibu temui untuk banyakkan susu... makan itulah makan inilah. Namun hakikatnya yang ibu sangat-sangat pasti adalah susu ibu akan secara sendirinya akan banyak dan membengkak sekaligus menitis2 (walau Nasa dah hampir dua tahun menyusu)apabila ibu mengambil cukup meal seharian ditambah dengan perasaan kegembiraan. Bertambah hebat susu ibu apabila ibu sangat gembira apabila abah sentiasa di sisi selain selepas waktu "bersama". Ianya terjadi kerana ibu berada dalam keadaan yang tenang dan gembira!

Ini kerana ibu dapati mereka yang berkongsi cerita mengenai bagaimana mereka perbanyakkan susu mempunyai cara yang hampir sama untuk ditafsirkan.
Sebagai contoh...

KES 1.
Akak makan ikan pakasam tetiba susu akak jadi bengkak. Waktu ni sangat lah happy sebab peroleh hasil yang sangat lumayan. Maka akak merasakan ikan pekasam ini antara makanan yang boleh banyakkan susu.So akak ini pun berkongsilah dengan ibu2 lain dengan bangganya. Maka ibu2 yang mempunyai masalah hasil yang makin merundum akan terus mencari ikan pekasam kerana diberitahu ikan pekasam membantu meningkatkan hasil susuibu. Namun hasil didapati bukan semua ibu berjaya seperti kakak ini. Mengapa?

KES 2.
Saya minum air longan saya merasakan susu saya jadi bengkak dan hasil perahan saya tiba2 banyak. Ish seronoknya. Saya yakin dengan minum air longan setiap hari susu saya bertambah banyak. Maka ibu ini pula berkongsi dengan ibu2 lain dan pastinya ibu yang mempunyai masalah hasil yang mula merundum akan terus mencari air longan tanpa berlengah lagi. Namun pastinya ada ibu yang berasa ia berkesan namun ada yang merasakan tiada apa2 perubahan. Mengapa?

KES 3.
Ibu mertua saya memberi petua bahawa dengan memakan limau bali boleh meningkatkan hasil susu ibu. Memandangkan saya juga suka dengan limau bali maka tiada masalah besar untuk mencuba petua mertua saya ini. Alhamdulillah kesannya sangat memuaskan. Jika biasanya hasil perahan adalah 6oz sekarang saya boleh dapat sehingga 10oz sekali perahan. Maka saya yakin limau bali adalah salah cara nak banyakkan susu. Ilmu ini disebarkan, maka ramai ibu yang mencuba. Sudah pasti yang mencuba adalah mereka yang mempunyai masalah perahan ataupun mereka yang rasa susu mereka semakin berkurang. Seperti biasa, ada yang merasakan petua ini hebat namun tidak kurang yang merungut petua ini tak boleh pakai langsung! Mengapa?


Jawapan kepada semua kes di atas.

Hakikatnya mereka yang berjaya mendapat hasil susu yang lumayan adalah kerana mereka menikmati makanan tersebut dengan rasa sangat2 gembira. Sebagai contoh kes 1, kakak ini memang penggemar ikan pekasam maka apabila beliau mendapat apa yang dihajati atau disukai maka hormon secara langsung akan melonjak gumbira! Susu juga akan menjadi banyak kerana pastinya kakak ini akan makan dengan bersungguh2.

Begitu juga dengan kes 2. Mengapa ada yang gagal? Mereka ini bukan peminat air longan tetapi cuba menjadi pengikut atau terikut2 dengan cara orang. Mereka minum dan secara langsung air akan banyak dalam badan dan secara langsung susu akan banyak tetapi tidak sama dengan mereka yang sangat meminati air longan. Hasilnya akan berbeza sedikit ataupun tidak berkesan langsung! Bagi yang berkesan maka dapat saya simpulkan golongan ini turut gemar meminum air longan bukan dasar keterpaksaan semata2 untuk menambahkan susu.

Tidak kurang juga dengan kes 3. Berapa ramai yang suka sangat2 makan limau bali? Mungkin mereka yang berasal dari negeri pengeluar akan sangat menyukai limau ini. Saya juga suka tetapi bukanlah saya amalkan makan setiap hari kerana harganya yang tidak kurang mahalnya. Maka mereka yang suka makan limau bali, secara langsung akan memakan buah ini dengan rasa gembira dan ini dapat membantu hormon dalam tubuh kita menjadi tenang dan hasil susu akan secara langsung melonjak naik. Bagaimana dengan golongan yang suka secara ala kadar? Mereka akan makan tetapi dengan niat dan mengharap susu mereka akan banyak secara magik. Percayalah hasilnya takkan sama dengan meraka yang sangat suka makan buah tersebut.

Maka dapat saya simpulkan di sini... pemakanan sangat penting dalam membanyakkan susu ibu. Makanlah dengan hati yang gembira serta nikmati makanan kesukaan anda tetapi berpada2 jangan sampai boleh menggemukkan anda!. Supplement sekadar membantu badan kita mendapat zat yang kurang dalam diet makanan harian kita selain membantu memastikan susu ibu cukup berkualiti.

Renung2 kan lah!
Secara peribadi supplement penting buat saya kerana saya takut gemuk...saya sangat kuat makan maka saya perlukan supplement yang membantu membakar lemak yang berlebihan!




Sabtu, 11 Julai 2009

Makan Nasi Minyak

Julai 11, 2009 0 Comments
Hari ini Ewan, one of my cousin kahwin dan dapatlah kami sekeluarga makan nasi minyak... Sebenarnya ibu sedang menunggu kedatangan uncle Hatta dan Atok dari Muar. Mereka dijangka tiba tengahri ini dan ibu akan join ke kenduri kawin tersebut yang terletak di Kuala Lumpur ni aje...somewhere in Gombak.
Plan ibu selepas makan nasi minyak Ewan ni nak terus bawa atok ke rumah acik Mas di Shah Alam. Lama Addin tak jumpa kezen mezen dia. Alang2 ingat nak ke Shaklee sekejap untuk membeli beberapa vitamin yang dipesan orang di Glenmarie. Mudah2an hari ini tidak la hujan. Bukan ibu anti hujan malah sangat suka tapi bila di rumah la. Kalau ada urusan ibu berharap cuaca cerah agar lancar semua urusan dan jalanraya pun kurang jam nya.
Bagi yang meminta download gambar sebenar sabun Crabtree & Evelyn tu, insyaAllah ibu akan buat sekejap lagi. Tungguuuu.

Jumaat, 10 Julai 2009

Manjakan dirimu...

Julai 10, 2009 1 Comments

Adakah anda seorang yang memanjakan diri atau hanya menghambakan diri? Hmmm sukar untuk menjawabnya kan? Adakah anda selalu reward diri anda atas apa yang anda telah bersusah payah? Sejak duduk di KL banyak produk penjagaan diri yang ibu temui yang pastinya sukar ditemui di Miri sebagai contoh produk Crabtree & Evelyn. Jika dulu ibu hanya tahu Body Shop semata2 namun bila dah mengenali produk C&E ibu telah jatuh cinta padanya. Mana taknya produk2 nya cukup wangi dan sangat menenangkan. Bukan semua shopping mall ada menjual produk ini tetapi hanya tertentu sahaja walau di Kuala Lumpur ini.

So bagi mereka yang ingin mencuba produk ini dengan percuma, marilah sertai contest " Share your story & this might be yours"... mana tahu anda juga akan merasakan keseronokan memanjakan diri anda dengan produk ini. Berbaloi jika anda berjaya mendapatkannya. Saya hadiahkan emak saya satu set produk wangian Rosewater dan emak pun mengakui perbezaannya dengan produk lain.

Cubalah jangan tak cuba, mana tahu rezeki anda ada. Terdapat hadiah misteri turut saya sediakan selain 3 buku sabun ini!

Oh ye... bermula bulan Ogos, top commenter akan menerima hadiah berbentuk supplement Shaklee atas kerajinan anda menyumbang komen di blog saya. Salah satu penghargaan dari saya pada setiap bulan!Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita!

Share your story & this might BE yours!

Julai 10, 2009 84 Comments
Ibu suka berkongsi dengan orang lain apa yang ibu suka makan, barangan mahupun cerita. Maka selepas solat subuh pagi tadi ibu terfikir untuk memberikan sesuatu kepada yang istimewa apa yang ibu turut rasa istimewa apabila menggunakannya iaitu barangan Crabtree and Evelyn. Mungkin ramai yang menggunakan jenama ini namun tidak kurang juga yang tidak pernah mendengarnya. Maka inilah peluang untuk mendapatkannya. Bukanlah ibu banyak duit nak bagi tapi anggaplah ini salah satu cara memberi hadiah kepada orang lain melalui rezeki yang kita dapat.
Namun terlintas dihati ibu nak beri pada siapa ye? Maka lebih baik ibu beri kepada pelawat-pelawat blog ibu yang setia membaca kisah ibu, Addin dan Nasa selama ini. hehehe...Walaubagaimanapun ibu hanya ada 3 kotak sabun 100g Rosewater buat masa ini. Maka ibu akan memberinya kepada sesiapa jua yang bertuah untuk mendapatkannya. Wangi ke? memang sangat wangi. Harga seketul sabun lebih kurang rm25 dan ke atas. Kewangiannya diakui oleh mereka yang biasa menggunakannya.

So, bagaimana nak dapatkannya? Mudah sahaja.

1.Anda cuma perlu ceritakan pengalaman anda semasa melahirkan anak sulung anda. Buatkan satu post khas mengenainya dan tidak kurang dari 48 patah perkataan.

2.Ceritakan tentang hadiah ini di blog anda,

3.Tinggalkan komen di sini beserta dengan link tentang post anda.

Bagaimana ? Mudah sahajakan.

3 pemenang akan dipilih...

Tarik tutup ialah pada 25 Julai 2009
. Pemenang akan diumumkan pada 30 Julai 2009.

All the best!

* Bagi mereka yang tiada blog anda boleh menghantar cerita anda ke alamat email berikut: addinnasa@gmail.com

Ada hadiah misteri juga barangan Crabtree untuk contest ini! Siapakah yang bertuah itu?

Miri oh Miri

Julai 10, 2009 2 Comments
Sekarang dah bulan Julai...maka hanya tinggal beberapa bulan lagi ibu akan mula sambung bekerja... Ibu belum lagi mengisi borang perpindahan kerana??? Kerana ibu masih mengharapkan agar kita sekeluarga dapat berpindah semula ke Miri.Miri tempat yang paling best untuk institusi kekeluargaan.
Bagaimana dengan Kerteh atau Kota Knabalu? Hmmm entahlah kan. Walaupun ada juga niat atau teringin bekerja di bandar ini tapi ibu takut meminta dengan Allah.... ibu lebih suka mintan aturan yang terbaik dariNya. Mudah2an bulan Oktober nanti kami dah dapat tahu ke mana kami seterusnya....

Selasa, 7 Julai 2009

Selasa 7 Julai

Julai 07, 2009 0 Comments
Sejak minggu lepas lagi notis telah ditampal berkedekatan tangga rumah kita memaklumkan pada Selasa 7 Julai akan mempunyai masalah gangguan air dari jam 10am sampai 3pm. Hmm, hari pun dah tiba dan tadi ibu dah comfirmkan dengan PUSPEL mengenai notis tersebut. Maka hari ini ibu doa semoga segala urusan kita lancar sepnjang tiada bekalan air... takut juga ibu jika air dalam tong simpanan tidak mencukupi untuk kita tiga beranak. Semoga Allah atur yang baik.
Apakah aktiviti yang bagus jika tiada air?
Sedang bermain dalam fikiran ibu sama ada nak pergi ke Shaklee branch atau rumah mak kiah? Yang pasti anak2 ibu takkan tidur pun jika ke tempat ini maka sebenarnya tak banyak beza pun...ada cadangan lain?

Isnin, 6 Julai 2009

Hadiah untuk semua pembaca

Julai 06, 2009 0 Comments
Ini adalah HADIAH & untuk tatapan saudara ku sekelian. Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah.
Kita boleh tengok Al-Quran, boleh pilih nak Al-Quran yg mana satu, boleh buka muka surat yg kita nak, memang boleh selak-selak mukasurat Al-Quran ni & siap ada kanta kalau nak besarkan ayat Al-Quran tersebut.

Cubalah tengok dulu & click kat url nie...semoga kita diberkati Allah SWT.

KLIK DI SINI.



Insafnya!

Julai 06, 2009 0 Comments
Email yang ibu dapat dari ayatok Addinnasa...

Sesungguhnya pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda
yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma
tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan
penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya
ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi
masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat
diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum
(keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga
dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan
Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang
akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi
mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna
kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan
dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna
kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu
ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi
masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di
mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari
dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang
yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di
waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga
pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap
dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum
warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin
dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka
yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini
(solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu
ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah
keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki
fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di
mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap
ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada
dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini
dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu
dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal,
pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini
dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini
sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya
bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai
umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t
tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini
seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya
atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya
ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia
yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas
taichinya …

Get Crafty

Julai 06, 2009 0 Comments
Semalam sebelum menghantar Addin ke kelas seni di Davinci , tiba-tiba abah bertanya dengan ibu, adakah Addin benar-benar gembira dengan kelas ini? Ibu tanya kenapa pula abah terfikir sedemikian rupa.. abah merasakan Addin tidak lagi merasa excite bila nak kelas tersebut. Pada dasarnya memang benar, Addin kelihatan penat mewarna terutama apabila menggunakan crayon semata-mata. Jadi abah dan ibu membuat keputusan untuk mencuba di Art Crafty yang pernah ibu lihat di One Utama. Memandangkan abah malas nak ke sana kami hanya mencuba di G.E a.k.a Great Estern Mall di Ampang.
Memang menarik kerana di sana anak-anak hanya perlu memilih art craft mana yang menjadi pilihan mereka untuk mereka buat bersama teacher mereka. Addin memilih untuk membuat kereta yang kelihatan seperti BumbleBee. Memandangkan kelas tersebut adalah 60 minit untuk setiap session sp ibu dan abah sempat merona dalam bangunan GE dan boleh tahan hebat juga semua lot kedai dalam bangunan tersebut.
Selepas sejam hasilnya sangat hebat... *nanti ibu update dengan gambar hasilkerja Addin.
Mengapa ibu sanggup spend duit berbanding simpan dalam ASB? Jawapannya adalah kerana rezeki yang ibu dapat adalah rezeki anak-anak maka pelaburan yang terbaik adalah dengan menyediakan yang terbaik buat mereka bukan setakat keperluan fizikal termasuklah vitamin tetapi mental agar seimbang kedua2nya.
Ibu sayang anak2 ibu!
















Sabtu, 4 Julai 2009

Testimoni Nutriferon

Julai 04, 2009 0 Comments
Saya mengenali seorang teman ini melalui dunia blog juga. Beliau meminta konsultasi mengenai penyakit yang beliau hadapi. Beliau mengidap resdung, maka kesannya wajahnya berjerawat dan mempunyai masalah kudis berair di kaki beliau. Beliau terpaksa memakai stokin ke pejabat bagi memastikan kakinya tidak kelihatan sakit yang ketara. Banyak produk yang telah beliau cuba namun tidak berhasil.
Beliau mula mendapatkan produk Shaklee pada penghujung bulan Mei yang lalu. Beliau mula consume dengan sangat berhemah mula pada bulan Jun. Saya menyediakan beliau jadual pemakanan agar pengambilan supplement beliau teratur dan dapat melihat kesan mengikut hari yang saya nyatakan.Beliau mula mengambil ACE, ESP, zinc, herb lax, ostematrix, alfalfa dan vitalea.
Setelah sebulan beliau mula merasa berpuashati... walaupun pada dasarnya kulit badan kita memerlukan 90 hari untuk benar2 recover tetapi tubuh beliau mula menunjukan kesan yang sangat positif.
Lumrah manusia biasa, andai bagus jika dapat cepat recover dari sakit yang dihidapi. Maka saya mengesyorkan beliau mengambil nutriferon. Mengapa sedemikian? Ini kerana nutriferon adalah berfungsi sebagai penggalak kepada sistem imun tubuh @ immune booster. Setelah beliau mengambil 3 sachet nutriferon, kudis kakinya yang berair terus kering dengan sangat cepat. Beliau sangat gembira dan menelefon saya semalam untuk memaklumkan perkara ini.
Buat temanku ini, seandainya dirimu membaca kisah ini, apa yang mampu ku lafazkan terima kasih atas kepercayaan yang dikau berikan pada kami ( ibu dan abah Addinnasa) serta terima kasih atas kesabaranmu untuk melalui proses pemulihan. Alhamdulillah syukur pada Allah.

Ya Allah bersyukurku padaMu kerana dengan izinMu temanku ini telah sembuh dan mudah2an dapat menunaikan amanahMu dengan lebih berkat dan sejahtera.

Waktu Operasi Baru

Julai 04, 2009 0 Comments
Untuk makluman semua, bermula 1 Julai 2009 waktu operasi perniagaan Shaklee adalah seperti berikut:

Isnin- Sabtu : Jam 1o pagi sehingga 7 malam
Talian Tol Free : 1800-88-6577
ID : 395863

Untuk Branch hanya Sabtu pertama dan ketiga sahaja dibuka.

Boleh terus gunakan ID saya untuk membeli vitamin anda dan dapatkan peluang yang menarik di sana. Bagi yang ingin mendapatkan konsultasi percuma boleh terus menelefon saya di 012-8535689.

Jumaat, 3 Julai 2009

Macam mana saya survive?

Julai 03, 2009 2 Comments
Ada beberapa suara sumbang yang selalu berkata... dia bolehlah amik cuti tanpa gaji sebab suami dia bergaji besar. Senang hati betul bila berkata demikian. Jikalaulah suami saya bergaji besar, rasanya tak perlu saya bekerja. Saya hanya mempunyai beberapa bulan lagi untuk menjaga dua putera saya ini, memandangkan tahun hadapan saya perlu melapor diri untuk sambung bertugas.
Ada juga yang turut bertanya bagaimana saya survive tanpa gaji...adakah mengharap duit dari suami semata-mata? Terus terang saya katakan suami saya memikul banyak tanggungjawab sepanjang saya bercuti...kesian kat abah tapi saya sangat menghargai pengorbanan beliau. Apa yang boleh saya buat untuk meringankan bebannya?
Saya hanya mampu berdoa agar rezeki kami dilapangkan...saya doa saya tidak stress dan saya berdoa agar saya bersyukur dengan segala yang saya ada. Saya hanya mampu mencoretkan kisah dan pengalaman saya bersama Shaklee di dalam blog ini. Seandainya ada yang ingin mencuba produk ini saya alu-alukan tanpa paksaan. Secara langsung saya menjana pendapatan yang mana saya bersyukur kerana dengan pendapatan ini dapat saya hulurkan buat belanja mak di kampung serta membantu perbelanjaan rumahtangga saya. Banyak ke yang saya dapat? Secara jujur saya katakan saya mendapat pulangan atas apa yang saya usahakan.
Bagaimana saya dapat pendapatan jika saya menjual dengan harga ahli? Memang saya tidak mendapat untung runcit walau sesen dan segala konsultasi adalah percuma, tetapi saya mendapat bonus dari Shaklee atas apa yang saya kongsikan dengan anda dalam blog saya.
Kepada semua pelanggan tetap saya, terima kasih atas sokongan anda. Saya hanya berkongsi secara jujur atas apa yang saya amalkan sejak 8 tahun yang lalu.
Bagi yang ingin mencuba produk Shaklee, anda dialu-alukan untuk bertandang ke rumah saya untuk melihat sendiri apa yang saya makan dan begitu juga keluarga saya. Semoga apa yang saya kongsikan bersama mendapat manfaat di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Khamis, 2 Julai 2009

Rezeki yang paling besar...isu sensitif

Julai 02, 2009 6 Comments
Adakala saya terfikir apakah sebenarnya rezeki yang paling besar dalam hidup ini? Namun bila saya dah berumur 31 kini baru saya sedar, harta yang paling hebat adalah anak-anak maka rezeki yang paling besar adalah kesihatan mereka. Saya cukup susah hati jika anak saya demam mahupun selsema atau batuk sekalipun. Walaupun saya bercuti buat masa ini tapi bukan mudah untuk memastikan mereka sihat setiap masa. Addin yang bersekolah setiap kali pulang dari sekolah saya pastikan dia mandi dahulu sebelum bermain dengan Nasa.Begitu juga selepas membawa pulang mereka ini dari taman permainan. Namun ya la, ini semua sekadar satu usaha biasa.

Apakah usaha luar biasa agar anak kita tidak mudah sakit ? Jika sakit sekalipun tidak sehingga tahap membimbangkan. Bagaimana ya?
Setelah meneliti beberapa pandangan peribadi orang2 di sekeliling saya yang lebih arif tentang kehidupan saya dapati apa yang anak kita lalui adalah kifarah atas perbuatan kita. Saya cuba melihat beberapa contoh mereka yang mempunyai masalah anak sering sakit dan berlarutan.

kes 1. Ibu bapa anak ini sering sibuk mengejar urusan dunia maka urusan akhirat dimudahkan dengan endah tak endah. Bila anak mula sakit, waktu itu Allah di utamakan.

kes 2. Ibu bapa yang sibuk melabur duit ...saham sana sini. Duit banyak tapi anak sakit. Susah juga kan?

kes 3. Ibu bapa yang bekerja tapi sering mencuri tulang. Jika waktu balik kerja jam 5pm, jam 4.30pm dah keluar pejabat atas alasan takut "jam". Hilang keberkatan rezeki

Saya mempunyai teman seperti ketiga-tiga kes di atas dan saya akui mereka mempunyai duit tetapi mereka kekurangan ketenangan kerana anak sering sakit.Sebagai manusia biasa kita tidak lari dari membuat kesilapan walau sekecil zarah...maka cara terbaik agar anak kita tidak melalui galang ganti atas kesilapan kita, kita digalakkan membuat solat sunat taubat setiap hari.

Begitu juga diri kita, kita disarankan berdoa untuk ibu bapa kita setiap hari.
"Ya Allah ampuni dosa kedua ibubapa ku, berkatilah mereka, tempatkan mereka di syurgaMu dan peliharakanlah mereka dari azab api nerakaMu"

Semoga dengan doa ini setiap hari, kita tidak melalui kifarah atas dosa2 lampau mereka.

Saya suka dengan pesanan hikmat ini" jangan mengejar dunia kerana dunia akan lari tetapi kejarlah akhirat maka dunia akan mengejarmu".

Wallah hu alam.

Rabu, 1 Julai 2009

Vitamin apa yang anak saya makan

Julai 01, 2009 0 Comments
Ada yang bertanya vitamin atau supplement apa yang saya beri pada anak saya. Saya memang beri anak2 saya supplement selepas umur 1 tahun

Addin saya beri dia meal shake yang ditambah dalam susu formulanya. Selain itu saya beri dia juga minum protin @ESP dan omega. Namun omega saya beri alternate day agar badan tak mudah panas dan demam.

Begitu juga Nasa, saya hanya berikan Nasa satu-dua cawan comel protin@ESP setiap hari dan omega sama seperti Addin iaitu alternate day. Jika semalam ibu tak bagi kalian makan maka hari ini kalian akan dapat omega. Mereka cukup suka makan omega, mereka makan dengan mengunyah begitu sahaja. Senang kan.

Namun setiap ibu bapa mempunyai pendapat sendiri tentang pemakanan tambahan anak2. Asalkan anak kita sihat dan dapat membesar seperti juara sangat lah memadai! :)

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia