Breastfeeding dan durian....

Sepanjang berkahwin, inilah kali pertama kami sekeluarga sakan makan durian. Baru ni Sarah belikan lagi 20kg dan pada hari yang sama habis kami agihkan dan makan. hehehe . Alhamdulillah setakat ni kami semua tak demam, mungkin sebab minum air dalam pangsa durian. Mungkin juga sebab durian kampung bukan durian D24 atau durian import yang lain. Nasa pun makan memang tak ingat dunia. Selagi ada dia akan turut makan sama. Mak saya kata, Nasa adalah satu-satunya cucu dia yang makan durian , yang lain bau pun dah lari termasuklah Addin.
Ada kesan tak pada breastfeeding? Seandainya anda mempunyai anak kecil yang kurang dari 6 bulan disarankan jangan makan sakan seperti saya dikhuatiri perut anak akan meragam. Saya pula merasakan setiap kali saya makan durian, susu saya bertambah. Bukan apa mungkin kerana saya gembira membuatkan hormon saya stabil dan badan produce lebih susu. Saya berani makan sakan seperti sekarang kerana Nasa sudah hampir dua tahun menyusu badan dan sepatutnya perutnya juga sudah semakin kejap menerima pemakanan lain.
Percaya atau tidak Nasa sudah hampir dua bulan tidak mahu makan nasi. Nasa hanya akan makan apa yang saya makan. Lauk lemak cili api saya masak minggu lepas dia cuba, tapi siap terjerit-jerit minta air. Kalau makan ayam kfc walau yang spicy dia boleh habiskan seketul lagi tu.Selainnya dia hanya bergantung dengan susu ibu. Walau bagaimanapun saya cuma pastikan saya tidak skip mana-mana meal harian dan minum air tidak kurang dari 5 litre sehari selain itu saya akan pastikan vitamin favourite saya tidak saya lupa, antaranya ESP, vitalea, b com, ostematrix. vit c, vit E,omega,carotomax dan alfalfa. Memang nampak banyak tapi sebab dah biasa makan selama bertahun-tahun maka saya dah jadi lali. Benarlah kata orang alah bisa tegal biasa.
Walau apa pun saya masih mengharapkan mak atau adik saya dari Muar datang bertandang membawa berkilo-kilo durian....hehehe.

Catatan Popular