Sabtu, 21 Mac 2009

Terima kasih D

Ya Allah gembiranya ibu hari ini kerana dapat ditemukan dengan seorang lagi blogger yang baru ibu kenali. Dengan mengenalkan diri sebagai D, sampai juga ke teratak kami di Melawati ini. Walaupun D sampai agak lewat namun kami bersembang seolah-olah telah lama saling mengenali. D yang ditemani oleh suami tercinta dan puterinya yang comel Mya serta seorang cousin D begitu rancak berbual tentang vitamin dan kebaikannya.
Abah juga menyatakan perasaan gembiranya pada ibu kerana pada abah suami D adalah seorang yang concern pasal vitamin dan kesihatan. Alhamdulillah ... bersyukur kami pada Mu ya Allah kerana menemukan kami pada hari yang baik ini. Semoga ukhwah antara kami diberkati dan diredhai disisiMu di dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.

D...thanks for the gift. N really appreciate it.

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia