Rabu, 1 April 2009

# Tazkirah

Rahsia surah Al Waqiah

Bila saya susah hati tentang sesuatu, saya pasti akan terus teringat dengan surah Al waqiah yang sedia maklum kita tahu ianya bagus untuk rezeki. Di sini saya sertakan doa selepas membaca surah tersebut yuang saya amalkan dan ianya memang mustajab, alhamdulilah. Cubalah amalkan mudah2an kita semua mendapat berkat untuk kehidupan di dunia dan akhirat.

Ya ALLAH tuhan kami, kami memohon kepadaMu dengan hak surah Waqiah dan rahsia yang terkandung didalamnya. Ya Allah dengan rahmatMu mudahkanlah rezeki bagi kami bagaikan Engkau memudahkan rezeki terhadap kebanyakan makhlukMu. Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Ya Allah jika rezeki kami masih berada dilangit maka dengan rahmatMu turunkanlah kerana Engkau sebaik2 pemberi rezeki. Ya Allah jika rezeki kami berada dibumi maka keluarkanlah , jika jalannya sulit untuk sampai kepada kami maka buatkanlah kemudahan bagi kami serta pindahkanlah rezeki itu ke tempat kami di mana kami berada. Dengan fadlal dan belas kasihanMu serta kemurahan Engkau dan dengan rahmat Engkau wahai Zat yang Paling belas kasihan. Amin.

Sesungguhnya rezeki itu sangat luas tafsirannya dan bukan wang semata2... rezeki termasuklah kesihatan, kegembiraan, ketenangan dan banyak lagi.

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia