Selasa, 10 Mac 2009

# Jeragat

Petua nak hilangkan bintik2 hitam a.k.a bekas jerawat

Lama tak menulis blog... rindunya! Memang perlu cari masa dengan anak yang makin membesar. Buat pelawat yang bertanya mengenai perkara (topik) disini saya sertakan amalan saya untuk mendapatkan kulit yang bersih.
Dulu kulit saya dipenuhi dengan jerawat baik yang kecil mahupun jerawat batu. Kulit saya akan kemerahan2 dibahagian pipi akibat jerawat. Tidak ketinggalan bekas jerawat yang meninggalkan kesan. Apa yang menjadi amalan saya ialah, amalkan mencuci muka dengan daun jambu. Ambil sedikit pucuk daun jambu, basuhkan dengan berselawat dan gosokkan di seluruh kulit muka. Amalkan seminggu sekali. Ada yang rajin dengan membuat bedak sejuk melalui daun jambu itu. Selain itu amalkan pemakaian scrub seminggu sekali untuk menanggalkan bekas jerawat atau tompok2 hitam di kulit wajah. Jika nak lebih kelihatan cantik amalkan juga pemakaian mask pada hujung minggu.
Jika tidak cukup tidur wajah akan kelihatan sedikit kusam maka pengambilan supplement sangat membantu. Saya sendiri sangat kurang tidur kerana melayan karenah anak2 yang sukar tidur tetapi alhamdulillah dengan pengambilan supplement ianya banyak membantu untuk saya mengekalkan ketegangan dan kebersihan kulit muka.

Antara vitamin untuk kulit ialah
Protien- membantu mencerahkan kulit kerana ianya dapat membantu tubuh untuk menggantikan sel mati (tompok2 hitam) dengan sel yang baru.
B complex- menenangkan kulit agar kulit sentiasa nampak cantik dan tidak kusam.
Vitamin C- membantu dalam pembentukkan kolagen.
Vitamin E- melambatkan proses penuaan.

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia