Mom Of The Year!!!

Award ini ibu dapat dari Kak Ina... asyik tertangguh jek nak siapkan. Apapun terima kasih pada Kak Ina kerana sudi memberi award ini pada saya!



....The rules are:
1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!
Saya akan rasa bersalah setiap kali selepas memarahi mereka namun saya tanamkan dalam diri mereka ibu marah kerana ibu sayang!!! Ibu dan abah juga mendidik addin dan nasa setiap kali lepas kena marah kena minta maaf kat abah dan ibu serta kena buat akujanji takkan buat lagi. Walau Nasa masih kecil tapi dia cepat belajar kerana dah selalu tengok contoh abang Addin.


2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.
1. They can be apart from their Ayah but not from me... (ayat kak Ina)
2. I love breastfeeding both of them...bangga dapat menyusukan kedua-dua anak ibu walau tiada bimbingan dari mana2 kawan.
3. I love to berguling2 dengan anak atas katil langsung terus tidur.
4. Addin sangat suka ibu masak dan sangat gemar bawak bekal ke sekolah... kalau ibu tak masak maka KFC la jawapannya.
5. Ibu ni pantang ada duit lebih maka rasa seronok jolikan duit beli baju Addin dan Nasa, beli mainan ( lepas tu ibu merungut sebab rumah asyik bersepah dengan mainan) dan belikan buku untuk kalian.

6. Ibu sangat suka anak-anak ibu tolong ibu kemas rumah. Addin dah boleh harap jika nak minta tolong dia cucikan baju... bukan susah pun baling baju dalam washing machine je sebab sabun dan softener ibu dah letak, hehehehe. Nasa pula boleh tolong vacum once ibu switch on plug vacum cleaner.

7. The most important thing is that I LOVE MY KIDS kerana mereka begitu berharga... ibu selalu berdoa agar kalian sentiasa sihat dan jika kalian demam mahupun batuk selsema ibu akan selalu berdoa agar biar ibu yang menanggungnya walau terpaksa bergadai nyawa sekalipun. Addin dan Nasa adalah harta yang sangat bernilai bagi ibu dan abah!


3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.
Hmm.. walau ramai ibu yang dah buat tag ini namun secara ikhlasnya saya hadiahkan buat semua ibu blogger dalam link list saya!

Catatan Popular