Alhamdulillah

Addin dah 3 bulan di tadika agama... banyak doa yang Addin dah belajar. Selawat syifaq pun dah pandai baca, lega ibu..mana taknya zaman ibu dulu umur 12 tahun baru hafal selawat syifaq. Bacaan dalam solat pun banyak yang Addin dah tahu. Ibu doakan Addin dapat melaksanakan solat dengan sempurna sebelum 7 tahun nanti.

Nasa pula.... hmmm masih tak pandai panggil ibu. Yang peliknya nama Acik Iin pandai pulak dia panggil. Balik Muar minggu sudah, nampak ayam Nasa panggil baby. Nampak kucing pun panggil baby. Nampak arnab pun baby... pening kepala ibu. Kalau ajuk cakap orang pandai... tu yang pelik bin ajaib dengan Nasa ni. Nasa ada sedikit pelat... entah ikut siapa agaknya. hehehe..

Tapi tak mengapa, asalkan anak-anak ibu sihat...dah cukup membahagiakan ibumu ini. Nasa masih minum susu badan dan ibu sangat gembira kerana Nasa dapat menyusu selagi Allah mengizinkan.
Ibu saaaayaaaaang anak-anak ibu! Addin dan Nasa kalianlah harta ibu yang paling berharga!

Catatan Popular