Aktiviti tambahan anak...

Dua minggu lalu Addin dijemput untuk menyertai satu aktiviti kreatif yang dianjurkan oleh wyeth mama memandangkan Addin masih minum susu produk tersebut. Aktiviti ini dijalankan di DaVinci Creative Kids di Wangsa Maju. Ramai ibu bapa yang turut hadir membawa bersama anak mereka untuk menyertai aktiviti tersebut. Selesai sahaja mewarnakan objek yang diberi Addin terus membisikkan di telinga ..."Abah, Addin suka sekolah ni. Boleh Addin sekolah kat sini tak?" Abah dengan tersenyum membalas, boleh. Maka kami decide nak hantar Addin setiap hujung minggu memandangkan kelas ni pun seminggu sekali.




Catatan Popular