Isnin, 30 Mac 2009

Microwave water....

Mac 30, 2009 0 Comments
Lama ibu tak dapat nak update blog bukan sebab sibuk atau tak berkesempatan tapi sebab cuaca yang tak menentu buatkan ibu tak dapat nak on internet pun. Sekarang pulak hujan sering berlaku dengan guruh petir yang menakutkan.... so jika ada kesempatan ibu akan update aktiviti Addin dan Nasa semalam sempena astro ceria event. Ini adalah email yang ibu dapat semalam yang baik untuk tatapan semua.

A 26-year old guy decided to have a cup of coffee.
He took a cup of water and put it in the microwave to heat it up
(something that he had done numerous times before).

I am not sure how long he set the timer for, but he told me he wanted to bring the water to a boil.
When the timer shut the oven off, he removed the cup from the oven. As he looked into the cup,
he noted that the water was not boiling, but instantly the water in the cup 'blew-up' into his face.

The cup remained intact until he threw it out of his hand but all the water had flown out into his face due to the build up of energy.
His whole face is blistered and he has 1st and 2nd degree burns to his face, which may leave scarring.
He also may have lost partial sight in his left eye..
While at the hospital, the doctor who was attending to him stated that this is fairly common occurrence and
water (alone) should never be heated in a microwave oven. If water is heated in this manner,
something should be placed in the cup to diffuse the energy such as: a wooden stir stick, tea bag, etc.
It is however a much safer choice to boil the water in a tea kettle.

General Electric 's (GE) response:

Thanks for contacting us. I will be happy to assist you. The e-mail that you received is correct.
Micro waved water and other liquids do not always bubble when they reach the boiling point.
They can actually get superheated and not bubble at all.
The superheated liquid will bubble up out of the cup when it is moved or when something like a spoon or teabag is put into it.
To prevent this from happening and causing injury, do not heat any liquid for more than two minutes per cup.
After heating, let the cup stand in the microwave for thirty seconds before moving it or adding anything into it.

If you pass this on ..... you could very well save someone from a lot of pain and suffering.

Selasa, 24 Mac 2009

Aktiviti tambahan anak...

Mac 24, 2009 3 Comments
Dua minggu lalu Addin dijemput untuk menyertai satu aktiviti kreatif yang dianjurkan oleh wyeth mama memandangkan Addin masih minum susu produk tersebut. Aktiviti ini dijalankan di DaVinci Creative Kids di Wangsa Maju. Ramai ibu bapa yang turut hadir membawa bersama anak mereka untuk menyertai aktiviti tersebut. Selesai sahaja mewarnakan objek yang diberi Addin terus membisikkan di telinga ..."Abah, Addin suka sekolah ni. Boleh Addin sekolah kat sini tak?" Abah dengan tersenyum membalas, boleh. Maka kami decide nak hantar Addin setiap hujung minggu memandangkan kelas ni pun seminggu sekali.




Isnin, 23 Mac 2009

Alhamdulillah

Mac 23, 2009 0 Comments
Addin dah 3 bulan di tadika agama... banyak doa yang Addin dah belajar. Selawat syifaq pun dah pandai baca, lega ibu..mana taknya zaman ibu dulu umur 12 tahun baru hafal selawat syifaq. Bacaan dalam solat pun banyak yang Addin dah tahu. Ibu doakan Addin dapat melaksanakan solat dengan sempurna sebelum 7 tahun nanti.

Nasa pula.... hmmm masih tak pandai panggil ibu. Yang peliknya nama Acik Iin pandai pulak dia panggil. Balik Muar minggu sudah, nampak ayam Nasa panggil baby. Nampak kucing pun panggil baby. Nampak arnab pun baby... pening kepala ibu. Kalau ajuk cakap orang pandai... tu yang pelik bin ajaib dengan Nasa ni. Nasa ada sedikit pelat... entah ikut siapa agaknya. hehehe..

Tapi tak mengapa, asalkan anak-anak ibu sihat...dah cukup membahagiakan ibumu ini. Nasa masih minum susu badan dan ibu sangat gembira kerana Nasa dapat menyusu selagi Allah mengizinkan.
Ibu saaaayaaaaang anak-anak ibu! Addin dan Nasa kalianlah harta ibu yang paling berharga!

Sabtu, 21 Mac 2009

Terima kasih D

Mac 21, 2009 2 Comments
Ya Allah gembiranya ibu hari ini kerana dapat ditemukan dengan seorang lagi blogger yang baru ibu kenali. Dengan mengenalkan diri sebagai D, sampai juga ke teratak kami di Melawati ini. Walaupun D sampai agak lewat namun kami bersembang seolah-olah telah lama saling mengenali. D yang ditemani oleh suami tercinta dan puterinya yang comel Mya serta seorang cousin D begitu rancak berbual tentang vitamin dan kebaikannya.
Abah juga menyatakan perasaan gembiranya pada ibu kerana pada abah suami D adalah seorang yang concern pasal vitamin dan kesihatan. Alhamdulillah ... bersyukur kami pada Mu ya Allah kerana menemukan kami pada hari yang baik ini. Semoga ukhwah antara kami diberkati dan diredhai disisiMu di dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.

D...thanks for the gift. N really appreciate it.

Jumaat, 20 Mac 2009

Rabu, 18 Mac 2009

Mom Of The Year!!!

Mac 18, 2009 0 Comments
Award ini ibu dapat dari Kak Ina... asyik tertangguh jek nak siapkan. Apapun terima kasih pada Kak Ina kerana sudi memberi award ini pada saya!



....The rules are:
1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!
Saya akan rasa bersalah setiap kali selepas memarahi mereka namun saya tanamkan dalam diri mereka ibu marah kerana ibu sayang!!! Ibu dan abah juga mendidik addin dan nasa setiap kali lepas kena marah kena minta maaf kat abah dan ibu serta kena buat akujanji takkan buat lagi. Walau Nasa masih kecil tapi dia cepat belajar kerana dah selalu tengok contoh abang Addin.


2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.
1. They can be apart from their Ayah but not from me... (ayat kak Ina)
2. I love breastfeeding both of them...bangga dapat menyusukan kedua-dua anak ibu walau tiada bimbingan dari mana2 kawan.
3. I love to berguling2 dengan anak atas katil langsung terus tidur.
4. Addin sangat suka ibu masak dan sangat gemar bawak bekal ke sekolah... kalau ibu tak masak maka KFC la jawapannya.
5. Ibu ni pantang ada duit lebih maka rasa seronok jolikan duit beli baju Addin dan Nasa, beli mainan ( lepas tu ibu merungut sebab rumah asyik bersepah dengan mainan) dan belikan buku untuk kalian.

6. Ibu sangat suka anak-anak ibu tolong ibu kemas rumah. Addin dah boleh harap jika nak minta tolong dia cucikan baju... bukan susah pun baling baju dalam washing machine je sebab sabun dan softener ibu dah letak, hehehehe. Nasa pula boleh tolong vacum once ibu switch on plug vacum cleaner.

7. The most important thing is that I LOVE MY KIDS kerana mereka begitu berharga... ibu selalu berdoa agar kalian sentiasa sihat dan jika kalian demam mahupun batuk selsema ibu akan selalu berdoa agar biar ibu yang menanggungnya walau terpaksa bergadai nyawa sekalipun. Addin dan Nasa adalah harta yang sangat bernilai bagi ibu dan abah!


3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.
Hmm.. walau ramai ibu yang dah buat tag ini namun secara ikhlasnya saya hadiahkan buat semua ibu blogger dalam link list saya!

Jawapan saya...

Mac 18, 2009 0 Comments
Personally kalau org tanya kenapa saya pilih Shaklee...

1. Forest C. Shaklee is the founder of vitamin in year 1951- vitamin mineralized

2. Ianya mempunyai klinikal test untuk setiap produknya... mak dan ayah mertua akak berpeluang melihat sendiri bagaimana vitamin itu dibuat dan bagaimanan standard kualitinya yang begitu tinggi.

3. Telah lebih 50 tahun dalam pasaran dan ianya diyakini selamat.

4. Ianya murah setanding dengan kualiti...

akak bagi contoh sejenis vitamin E (100 i.u) di farmasi berharga rm19.90 untuk 30 capsules. Maka sebijinya berharga RM0.66 tetapi untuk 100i.u manakala shaklee punyer vit E adalah beserta dengan selenium (400i.u) adalah berharga RM0.99 sebiji.
Untuk mandapatkan vitamin E 400 i.u melalaui vitamin dari farmasi seseorang itu perlu makan 4 capsule sehari which is cost RM0.66 x 4 = RM2.64. So mana yang lebih murah?

5. Akak yakin dengan shaklee kerana telah mengamalkan pemakanan ini selama 8 tahun dan melalui 4 operation dalam hidup- 2 kali ceasearean, 1 kali cyst dan 1 kali appendix. Dan proses recover yang sangat menakjubkan...wallah hu alam.

Isnin, 16 Mac 2009

Vitamin dan ibu hamil

Mac 16, 2009 0 Comments
Post ini khas ibu tujukan buat auntie Ieja yang sedang mengandung anak kembarnya... Tahniah Ieja...semoga baby2 Ieja comel dan sihat belaka. Maka seperti yang diharapkan oleh Auntie Ieja, apakah keperluan vitamin oleh ibu hamil maka ibu dah buatkan nota ringkas untuk tatapan Auntie Ieja dan teman2 ibu yang lain.

1.Protien (Energizing Soy Protien)
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protien yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit.

2. B Complex
Terdiri daripada lapan vit B beserta Folic Acid dan Biotin. Perlu bagi urat saraf dan sangat penting bagi ibu hamil.

3. Vitamin C
Melindungi sel , penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel2 tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat besi di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

4. Multivitamin ( Vitalea)
Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian. Tidak mengandungi pewarna dan ianya adalah produk pertama yang ditemui oleh founder Shaklee.

5. Omega 3 ( Omega Guard)
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari petingkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.

6. Kalsium ( Ostematrix)
Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki ransangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Khamis, 12 Mac 2009

Rahsia Terbesar Banyakkan Susu!!!

Mac 12, 2009 17 Comments
Ada seorang teman terkejut bila mendapat tahu saya dapat menyusukan Addin sehingga 3 tahun lebih....walhal saya ada teman yang menyusukan anaknya sehingga 4 tahun setengah. Sebenarnya ada rahsia terbesar untuk memastikan susu ibu itu banyak dan berterusan....
Saya sendiri baru menyedari hakikat rahsia ini. Memang nampak pelik tetapi saya melaluinya dan ramai sahabat2 saya juga melaluinya....

Rahsia #1 ( Rahsia Utama)
Pastikan pengambilan makanan waktu utama ( sarapan, makan tengah hari dan dinner) adalah lengkap dan seimbang.
- makanan inilah yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan susu.
Ada ibu2 yang sangat takut untuk mengambil makanan berat kerana dikhuatiri gemuk maka golongan ini akan makan sekadar memastikan perut tidak lapar. Mereka ini hanya melengkapkan makanan harian tanpa memikirkan keseimbangan zat yang diambil...dan kemudian golongan ini akan mula bertanya mengapa berat anak saya tidak naik ye????

Rahsia #2
Banyakkan minum air- sebanyak mana hanya diri anda yang mengetahuinya. Namun ianya tidak boleh dipandang remeh. Susu itu sendiri dalam bentuk cecair maka air sangat penting. Air penting untuk menyahkan segala toksin dalam badan maka si ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang berkualiti!

Rahsia #3
Pengambilan supplement adalah sangat-sangat penting. Saya tekankan sekali sangat penting. Mengapa? Kerana ianya banyak membantu agar tubuh menjalankan sistemnya dengan baik. Pengambilan supplement banyak membantu agar metabolisme badan seimbang ... sebagai contoh pengambilan b complex membantu sistem tubuh berada di dalam keadaan tenang dan rehat. Susuibu akan lebih mudah terhasil dengan keadaan si ibu gembira dan tenang berbanding runsing dan keletihan. B Complex juga berfungsi sebagai pemecah gula dalam sistem tubuh maka ianya sangat penting bagi memastikan seseorang tidak gemuk atau mudah menghidap penyakit seperti kencing manis.
Pengambilan Omega sangat membantu agar lemak yang diambil dari pemakanan seharian tidak mendatangkan kemudaratan. Ianya membantu memecahkan lemak di dalam tubuh si ibu dan secara langsung akan meningkatkan kadar DHA dalam susuibu. Selain itu contoh lain yang boleh saya beri ialah pengambilan alfalfa sebagai peransang kepada tubuh untuk menghasilkan susu dan ternyata ianya sangat berkesan! Sebenarnya banyak lagi kebaikan vitamin namun saya akan mudah terangkan bagi mereka yang memerlukan khidmat consultation secara intensif.

Masih tidak percaya?
Hasil kajian saya secara peribadi mendapati rata2 ibu yang merasakan dirinya hanya dapat menghasilkan susu yang sedikit atau mengalami susu merundum adalah kerana golongan ini tidak menjaga pengambilan pemakanannya. Mereka mungkin khuatir akan gemuk, maka akan mengambil makanan yang ringan ( very light) dalam semua meal.
Ada yang mengadu dengan saya, saya dah makan semua supplement yang N cadangkan namun susu saya tidak melimpah ruah... maka saya akan bertanya apakah pengambilan makan tengahari puan hari ini? Dengan nada lembut, saya makan kuih muih sahaja hari ini. Wahai temanku sayang, kita bukan hanya perlu pentingkan kuantiti tetapi kualiti.
Sebagai contoh mudah saya cuba gambarkan ... bolehkah sebatang tebu menghasilkan air tebu sebanyak satu jug? Biarpun kita menggunakan mesin yang canggih untuk memprosesnya tapi yang pasti sebatang tebu takkan dapat menghasilkan satu jug air tebu.

Saya memang seorang yang kuat makan... namun saya pastikan pengambilan supplement asas tidak saya abaikan agar makanan yang saya ambil tidak menjadi lemak mahupun lemak tepu dalam tubuh saya. Siapa yang mahu kelihatan besar bukan? Maka saya percaya ibu yang menyusukan anak ditambah dengan pengambilan supplement yang betul akan memastikan ibu itu sentiasa ramping dan kelihatan muda! Selain itu kesannya terhadap anak yang menyusu... fuuuhhh ,hanya mereka yang mengamalkan 3 rahsia besar ini sahaja yang tahu kehebatannya!


Sekian, wallah hu alam.

Sisterhood Award

Mac 12, 2009 2 Comments

Terima kasih pada Arnieh yang sudi menghadiahkan award ini pada ibu...


The rules:

*Place the award logo on your blog

.*Nominate 10 other blogs which show "Attitude and/or Gratitude"

*Link to the nominees on your blog post.

*Comment on their blog that you have nominated them.

*Share the love and link to the person who nominated you.



So now, I'll pass the award to...


1. Mummy Harith and Hannah

- Rakan blogger terawal, nice knowing you!


2. Syida

- Seorang yang positif dalam mencapai matlamat hidupnya.


3. Yus

-Adik yang baik hati!


4. Kak Ina( ummilna)

- Ini juga antara rakan blogger terawal, walau tak pernah bersua dirimu sangat dekat dihati.


5. Iena hamdi

- Assist. DM kat kolej Bestari UM yang ibu sangka kakak tapi sebaya...huahuahua


6. Along

- Saudara terdekat semasa diperantauan ( Miri jek pun, hehehehe)


7. Salwa @ ibukauthar

- Anak saudara Hj. Mus yang baru ku kenali!


8. Ida ( wife chip)

- Kenalan semasa di Miri


9. Yana

- Kawan baik sepanjang ibu menganggur di Miri


10. Rozimimi

11. Intan


Thanks to you all!

















Rabu, 11 Mac 2009

Bold and Italic tag

Mac 11, 2009 2 Comments
Been tagged by ...Arnieh. Thank you dear!

The RULES:
Bold the statements that are true to you. Italic the statements that you WISH are true. Leave the Fibs alone. Then, stab 5 guys/ladies to do the same test.

The LIST to Bold/Italic/Just-let-it-be:

I miss somebody right now.
I don't watch TV these days.
I own lots of magazines.
I wear glasses or contact lenses.
I love to play video games.
I've tried marijuana.
I have been in a threesome.
I have been the psycho-ex in a past relationship.
I believe honesty is usually the best policy.
I curse sometimes.
I have changed a lot mentally over the last year.
I carry my knife/razor everywhere with me.
I'm totally smart.
I've broken someone's bones.
I'm paranoid sometimes.
I would get plastic surgery if it were 100% safe, free of cost, and scar-free.
I need money right now.
I love sushi.
I talk really, really fast.
I have long hair.
I have lost money in Las Vegas.
I have at least one sibling.
I have worn fake hair/fingernails/eyelashes in the past.
I couldn't survive without Caller I.D
I like the way I look.
I am usually pessimistic.
I have a lot of mood swings.
I have a hidden talent.
I'm always hyper no matter how much sugar i have.
I have a lot of friends.
I am currently single.
I have pecked someone of the same sex.
I enjoy talking on the phone.
I practically live in sweatpants or PJ pants.
I love to shop.
I enjoy window shopping.
I would rather shop then eat.
I don't hate anyone. I dislike them.
I'm completely embarrassed to be seen with my mother.
I have a cell phone.
I believe in God.
I watch MTV on a daily basis.
I have passed out drunk in the past 6 months.
I've rejected someone before.
I have no idea what i want to do for the rest of my life.
I want to have children in the future.
I have changed a diaper before.
I've called the cops on a friend before.
I'm not allergic to anything.
I have a lot to learn.
I have been with someone at least 10 years older or younger.
I am shy around the opposite sex.
I have tried alcohol before.
I have made a move on a friend's significant other or crush in the past.
I own the "South Park" movie.
I would die for my best friends.
I think that Pizza Hut has the best pizza.
I have used my sexuality to advance my career.
I love Michael Jackson, scandals and all.
Halloween is awesome because you get free candy.
I watch Spongebob Squarepants and i like it.
I have dated a close friends's ex.
I am happy at this moment!!
I'm obsessed with guys (on TV).
I study for tests most of the time.
I tie my shoelaces differently from anyone I've ever met.
I can work on a car.
I love my job.
I am comfortable with who I am right now.
I have more than just my ears pierced.
I walk barefoot wherever i can.
I have jumped off a bridge.
I love sea turtles.
I spend ridiculous money on makeup.
I plan on achieving a major goal/dream.
I'm proficient in a musical instrument.
I worked at McDonald's restaurant.
I hate office jobs.
I love sci-fi movies.
I think water rules.
I went college out of state.
I like sausage.
I love kisses.
I fall for the worst people.
I adore bright colours.
I can't live without black eyeliner.
I don't know why the hell i just did this stupid thing.
I usually like covers better than originals.
I can pick up things with my toes.
I can't whistle.
I can move my tongue in waves, much like a snakes slither.
I have ridden/owned a horse.
I still have every journal I've ever written in.
I can't stick to a diet.
I talk in my sleep.
I try to forget things by drowning them out with loads of distractions.
Climbing trees is a brilliant past-time.
I have jazz in my blood.
I wear a toe ring.
I have a tattoo.
I can't stand at LEAST one person that i work with.
I am a caffeine junkie.
I have been to over 15 conventions.
I will collect anything, and the more nonsensical, the better.
I'm an artist.
I only clean my room when necessary.
I like a person of the same sex.
I love being happy.
I am an adrenaline junkie.

Now, I'm tagging... =)

1.yus
2. iena hamdi
3. Salwa
4. Wan
5. Lia

Selasa, 10 Mac 2009

Petua nak hilangkan bintik2 hitam a.k.a bekas jerawat

Mac 10, 2009 0 Comments
Lama tak menulis blog... rindunya! Memang perlu cari masa dengan anak yang makin membesar. Buat pelawat yang bertanya mengenai perkara (topik) disini saya sertakan amalan saya untuk mendapatkan kulit yang bersih.
Dulu kulit saya dipenuhi dengan jerawat baik yang kecil mahupun jerawat batu. Kulit saya akan kemerahan2 dibahagian pipi akibat jerawat. Tidak ketinggalan bekas jerawat yang meninggalkan kesan. Apa yang menjadi amalan saya ialah, amalkan mencuci muka dengan daun jambu. Ambil sedikit pucuk daun jambu, basuhkan dengan berselawat dan gosokkan di seluruh kulit muka. Amalkan seminggu sekali. Ada yang rajin dengan membuat bedak sejuk melalui daun jambu itu. Selain itu amalkan pemakaian scrub seminggu sekali untuk menanggalkan bekas jerawat atau tompok2 hitam di kulit wajah. Jika nak lebih kelihatan cantik amalkan juga pemakaian mask pada hujung minggu.
Jika tidak cukup tidur wajah akan kelihatan sedikit kusam maka pengambilan supplement sangat membantu. Saya sendiri sangat kurang tidur kerana melayan karenah anak2 yang sukar tidur tetapi alhamdulillah dengan pengambilan supplement ianya banyak membantu untuk saya mengekalkan ketegangan dan kebersihan kulit muka.

Antara vitamin untuk kulit ialah
Protien- membantu mencerahkan kulit kerana ianya dapat membantu tubuh untuk menggantikan sel mati (tompok2 hitam) dengan sel yang baru.
B complex- menenangkan kulit agar kulit sentiasa nampak cantik dan tidak kusam.
Vitamin C- membantu dalam pembentukkan kolagen.
Vitamin E- melambatkan proses penuaan.

Ahad, 8 Mac 2009

Solat dan maksud bacaan

Mac 08, 2009 0 Comments
ASAL USUL SOLAT
SUBUH: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Subuh ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah keluar Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat. Rakaat pertama :- Bersyukur baginda kerana terlepas dari kegelapan malam. Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang telah menjelma.
ZOHOR: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t. telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu datangnya pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat. Rakaat pertama :- Bersyukur bagi penebusan . Rakaat kedua :- Bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya . Rakaat ketiga :- Bersyukur dan bermohon akan keredhaan Allah. Rakaat keempat :- Bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun. Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu: Rakaat pertama :- Kelam dengan kesalahan. Rakaat kedua :- Kelam dengan air laut . Rakaat ketiga :- Kelam dengan malam. Rakaat keempat :- Kelam dengan perut ikan Nun . MAGHRIB: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut, iaitu: Rakaat pertama :- Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa. Rakaat kedua :- Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang. Rakaat ketiga :- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua atau tiga.
ISYAK: Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah lalu menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur. Rakaat pertama :- Dukacita terhadap isterinya. Rakaat kedua :- Dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun. Rakaat ketiga :- Dukacita terhadap Firaun. Rakaat keempat :- Dukacita terhadap anak Firaun . Terbitkan makna dalam kita mengerjakan solat semoga dengan memahami bacaan akan membuat kita lebih khusuk dalam solat. Allah Maha Besar (Takbiratulihram)
Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam. Al-Fatihah Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat. Bacaan ketika rukuk Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya. Bacaan ketika bangun dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ...namun tak pula aku sanggup ke NerakaMu... kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya Allah jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia