Rabu, 25 Februari 2009

# cyst # kanser

Twisted cyst...pengalamanku.

Nama doctor yang takkan ku lupa.... Dr. Rolland Dom Mattu. Dialah yang menjalankan 4 kali operation ke atas ku. Banyakkan? Mana tak empat;
1. Buang appendix
2. Buang cyst yang twisted dengan ovariku
3. Operation( c-section) nak melahirkan Addin
4. Operation(c-section) nak melahirkan Nasa.

Apa yang saya nak kongsikan ialah pengalaman saya melalui cyst.... Pagi itu hari Ahad, tetiba perutku memulas-mulas. Nak muntah tapi tiada apa yang keluar. Nak buang air besar tapi tiada juga yang keluar, yang pasti sakitnya sangat teruk. Tak boleh nak jalan langsung.
dari toilet ibu teriak kepada Abah meminta memapah ibu keluar dari toilet. Ibu meminta abah bersiap dan menghantar ibu ke Columbia Asia, hosptital yang berdekatan dengan rumah. Ibu ditahan semalaman dan disuntik dengan ubat tidur demi mengelakkan ibu meraung kesakitan. Esoknya Dr. Rolland memeriksa ibu sekali lagi dan yang membuatkan ibu terkejut ialah ibu perlu menjalani pembedahan kerana terdapat CYST yang BERSIMPUL dengan ovari ibu. Oh tuhan...kuatkan semangatku, yang lebih menyayat hati waktu itu ibu sedang mengandungkan Addin yang berusia antara 2-3 bulan.

Ibu melaluinya dengan semangat yang kuat demi memastikan Addin selamat. Ibu minta abah buat solat hajat agar semua selamat. Alhamdulillah ibu dapat melaluinya namun apa yang pasti selepas pembedahan...proses recovernya hanya Allah sahaja yang tahu. Sebaik sedar ibu cuba bangunkan diri untuk duduk bersandar di tepi katil. Ya Allah sakitnya fuhhh Allah sahaja la yang Tahu. Abah kata memang la sakit sebab operate abdomen. Sebab mengandungkan Addin ibu paksakan diri untuk tidak mengambil pain killer. Percaya tak...doktor meletakkan sebuah mesin ubat yang mana jika ibu sakit ibu cuma perlu suntik ubat tahan sakit melalui mesin itu. Namun sebab kedegilan ibu, ibu tahan kesakitan dengan mengambil vitamin B complex dan kalsium selain protien, vit c dan vitalea.
Doktor terkejut, sehingga hari ibu discharge dari hospital, ubat tahan sakit dari mesin itu tak bergerak walau setitik. hehehehe...bangga sangat.
dan alhamdulillah... ianya dah 6 tahun berlalu. Semoga Allah jauhkan ia dari berulang. Sebab itu saya cukup risau jika vit E saya nak habis, saya akan pastikan saya beli sebelum ianya habis kerana vitamin E membantu dari sesuatu ketumbuhan untuk tumbuh semula. wallah hu alam.

Badan kita ni terutama wanita sangat fragile...maka ambillah langkah berjaga2. Teman saya Edot kini sedang sengsara dengan kanser usus stage 3...saya doakan beliau kuat melaluinya. Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada mereka yang mencari pemakanan untuk menjaga kesihatan mereka. Amin.

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia