Things I Can't Stand Tag


Satu lagi tag yang menarik dari mommy HnH ...thanks dear!
The rules : List at least 5 things & tag your friends...

1. Tak tahan kalau ada orang buang sampah merata, walhal tong sampah tak la jauh mana. Apa la salah kalau tengok sekeliling kat mana tong sampah yang terdekat. Puas dah cikgu kita ajar kat sekolah dulu, jangan buang sampah merata.

2. Tak tahan kalau ada orang parking ikut suka... apa salah kalau parking kereta elok2. Bila kita parking elok2, kita sendiri senang dan tak menyusahkan orang lain.

3. Tak tahan bila ada orang berlagak pandai namun kita tahu buku pun dia tak suka baca. Habis bagus pun dia akan kata , kawan saya kata...bla bla bla. Walhal kawan pun dua kali lima. Terutama jika ada orang kata, kopi ni sangat bagus... saya jadi lebih bertenaga dan sihat! Ye la tu, walhal minuman berkafein dah sah2 tak bagus untuk kesihatan.

4. Tak tahan bila kita di restaurant ada di tempat yang ramai orang, ada parents yang boleh biarkan anak menjerit terlolong dan buat dono tanpa memujuk anak itu... sakitnya telinga ni!

5. Tak tahan bila di sekolah kelas yang sangat2 la bising. Memang budak2 suka bercakap tapi saya akan beritahu, boleh perlahankan suara kamu? Cikgu rasa ini sekolah dan bukan pasar!

So, saya nak pass tag ni pada

1. yus_azlan
2. syida
3. iena hamdi
4. marlia
5.ida mommy nazhan

Selamat menjawab!

Catatan Popular