Setiap anak berbeza.....

Benarlah kata orang, setiap anak pasti mempunyai karektor yang berbeza. Mengapa begitu? Apa yang pernah saya pelajari dari arwah abah, setiap individu itu dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah nama ( dari nama kita boleh ketahui bagaimana sifat seseorang), anak ke berapa ( pertama, kedua atau seterusnya mempengaruhi sifat dan perangai individu), tarikh lahir dan no. kad pengenalan.
Saya belajar semasa saya berumur 14 tahun dari arwah abah... dan kini apabila saya melalui dengan anak2 saya, saya dapat melihat kesannya dengan tepat sekali. Walau pun saya baru mempunyai dua orang putera, namun ibarat seperti sepuluh orang memandangkan rumah yang sentiasa ceria dengan mainan anak2 siang dan malam ditambah dengan ketawa nangis mereka berdua.
Bila saya dah duduk di rumah, kerja saya lebih hebat dari masa bekerja. Mana tidaknya, di rumah sayalah ibu, surirumah, tukang masak, tukang kemas di samping cikgu kepada addin dan nasa, hakim(menghukum siapa yang bersalah...hahahaha), peguamcara( membela siapa yang tidak bersalah terutamanya apabila Nasa mula menghambat Addin dengan hanger keliling rumah) dan banyak lagi... bak kata orang, superwoman. Wooo, sangat letih namun seronok kerana inilah kelebihan ada anak.
Namun sesuatu yang membuka mata saya terhadap ilmu yang saya dapat dari arwah abah, anak sulung ni lahirnya jatuh pada "tanah". Akan banyak mengalah. Berbanding anak kedua yang jatuh pada "air" , akan berubah mengikut arus ombak..dan sukar mengalah. Hmmm... namun ia kombinasi yang baik. Jika dari kecil dididik untuk muafakat, gabungan tanah dan air akan membuahkan hasil yang sangat hebat.
Ibu berdoa agar kalian sentiasa saling menyayangi antara satu sama lain selagi hayat dikandung badan. Amin.

Catatan Popular