Kami yang tinggal

Lama juga ibu tak dapat nak update blog... Nasa makin aktif, pantang lepa sekejap. Dia dah mula panjat meja telefon ibu, dia juga pandai buat panggilan kecemasan( paling ibu takut ianya berulang), dia dah mula panjat kerusi meja makan yang mana sikit hari lagi sure dia boleh panjat meja makan. Bila abang Addin ke sekolah, Nasa mula tak keruan sebab tinggal dengan ibu aje. Namun ibu bersyukur Nasa masih berpeluang mendapat susu badan yang mana ibu pastikan vitamin tak tinggal dari diet harian ibu.

Abang Addin sangat enjoy ke sekolah. Setiap hari looking forward nak ke sekolah. Hari ini hari Sabtu tapi abang Addin tetap nak ke sekolah. Ibu kata boleh tapi not in the morning but later, after Asar I am planning to bring him and Nasa to go to play ground infront of his school. Memandangkan abah travel to Turkmenistan for one week so ibu perlu do something so that anak-anak ibu tak boring kat rumah without abah!

Bila cerita tentang abah, abah akan banyak travel lepas ni. So ibu pun dah mentally prepare. Nak buat macam mana tapi at least ibu cuti dan dapat jaga anak2 ibu tersayang. Sekurang-kurangnya ibu dapat hantar dan jemput abang Addin tahun ni dan masih menyusukan Nasa dengan jayanya!
Buat suami ku, akan sentiasa ku doakan untukmu...

" Ya Allah , Berikanlah taufiq dan hidayah kepada suamiku walau di mana sahaja dia berada dan dalam apa jua keadaannya , mudahkanlah segala urusannya serta selamatkanlah suamiku walau di mana sahaja dia berada. Amin."

Catatan Popular