Jualan hotel.... Crown Princess!

Pada malam sehari sebelum abah bertolak ke Nouakchott Mauritania, ibu terbaca sebuah iklan dari paper Star tentang clearence sale kat satu tempat ni...hmmm Hotel Crown Princes. Hotel ini telah ditutup dan mereka mahu let go semua barangan hotel tersebut.Hotel ini terletak bersebelahan dengan City Square ( dekat dengan Ampang Park) dan juga berdekatan dengan Empire Tower.
Sebelum ini ibu pernah mendengar cerita, jika mahu beli perabot yang elok dan berjenama, belilah dari hotel-hotel. So inilah first time dalam hidup ibu dapat melihat sendiri bagaimana barangan hotel dijual secara besar-besaran.
Masih banyak barang hotel yang elok contohnya tuala (brand new), meja tulis, standing lamp, kerusi( ada banyak jenis) dan pinggan mangkuk serta gelas yang belum diguna ( masih di dalam kotak).
Pada asalnya ibu dan abah cuma plan jalan2 dan sekadar melihat, maka tak banyaklah cash money yang ibu bawa. Tapi, ada juga yang menarik perhatian ibu iaitu set cawan putih ( 6 set yang masih baru) yang masih berada dalam kotak dan imported dijual dengan harga cuma RM30. Selain itu ibu cuma membeli flask ( Germany brand) yang dijual dengan harga RM20. So setakat ini dapatlah ibu buat koleksi pinggan mangkuk dan set cawan yang berwarna putih... seronoknya!
Ibu juga memberitahu auntie Syida mengenai perkara ini.... dan ibu tahu auntie Syida juga pergi bersama2 rakan sekerjanya. Benarlah kata beliau, jika banyak duit , pasti banyak yang kita borong. Jualan ini akan berterusan sehingga hujung bulan ini...Bagi kawan2 yang ingin mencari pengalaman baru, pergilah walau sekadar cuci mata. Hihihihi.

Catatan Popular