Isnin, 12 Januari 2009

# Diariku # Diarrhoea

Jika anak cirit birit

Sebelum abah bertolak ke Turkmenistan Jumaat lepas, Addin mengadu sakit perut menjadikan abah serba sedikit gusar untuk meninggalkan kami tiga beranak. Namun ibu yakinkan abah, insyaAllah semua selamat dan jika ada apa-apa ibu akan maklumkan padanya kelak.
Pagi Sabtu Addin mendapat cirit birit sehinggalah ke petang. Ibu teringat kepada probiotic. Namun kerana tiada stok di rumah, saya mendapatkan di farmasi yang berdekatan dengan rumah sebelum membawa dua beradik ini ke taman permainan yang berhadapan dengan sekolah tadika Addin.
Sepanjang hari Sabtu kerap juga Addin ke tandas memandangkan dia cirit birit. Entah apa yang dimakannya sehingga menjadikannya sedemikian. Namun selepas memakan 1 sachet probiotic yang saya dapatkan di farmasi petang Sabtu itu, alhamdulillah hari Ahad, Addin telah pulih sedia kala.
Namun di samping itu saya bekalkan Addin dengan meal shake dalam susunya agar dia tidak terus melembik akibat cirit birit. Probiotic ini boleh diambil oleh kanak-kanak seawal usia 1 tahun sehingga pada umur kita yang dewasa ini. So, syukur dia telah pulih dan pastinya akan ke sekolah minggu ini dengan hati yang gembira walau hakikatnya kami semua rindu kat abah yang berada nun jauh di sana. Huhuhu

For abah, we miss you so much!

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia