Khamis, 31 Disember 2009

Luaanya Neraka Allah

 ﻻالهاﻻالله محمدرسولالله

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah....


YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA

ALLAH........AMIN.....

.: Luasnya Neraka :.


Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,


maka ditanya oleh Nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'


Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'

Lalu Nabi s.a.w.. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.


Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'


Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'
Jawab Jibrail:
'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.


Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar,

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir,'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka Nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala Nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan
sesudah sedar Nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari umat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'


Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari umatmu.'

Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.

(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yang Lalai')
 
-Betapa sayangnya Nabi Muhammad S.A.W pada umatnya...cuma kita sahaja yang tak sayangkan baginda...

 

Dari Hadith Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu

mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.


Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.


Dari Abdullah bin 'Amr R.A,

Rasulullah S.A.W bersabda:

Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.. 
Salam sayang dari ibu



Jumaat, 25 Disember 2009

Blog penyusuan?

Tergelak ibu apabila teman2 dalam fb mengatakan blog ibu khas untuk penyusuan dan orang yang berkahwin sahaja..." Nanti saya ada anak , saya cari awak ya beli vit..." Ibu pun meneruskan perbualan dengan mengatakan, Vitamin ini penting bukan hanya mereka yang sudah berkahwin dan beranak sahaja malah kepada mereka yang sihat. Banyak pendapat mengatakan vitamin ini penting dimakan di kala sakit... adakah ianya benar? Tidak sama sekali. Mereka yang bijak ,mengamalkan pemakanan yang sihat ditambah dengan makanan tambahan seperti vitamin agar pengambilan dan keperluan zat oleh tubuh dipenuhi. Waktu sihatlah kita perlu jaga pemakanan kerana penyakit yang datang bukanlah kerana disebabkan apa yang kita makan hari ini tetapi adalah disebabkan oleh sejarah pemakanan sebelum2 ini. Ibu memberi contoh yang paling nyata... bagi yang mempunyai masalah kolesterol...ini berpunca dari pemakanan yang diambil pastinya mengandungi lemak yang tinggi. Rata2 ibu dapati golongan ini sangat suka kepada kulit ayam goreng, lemak satay dan banyak lagi. Seandainya golongan ini mengamalkan pemakanan yang sihat dan pengambilan omega yang konsisten, nescaya penyakit itu dapat dikawal dengan baik.
Sekalilagi ingin ibu nyatakan, vitamin bukanlah hanya untuk mereka yang mengandung mahupun menyusukan anak tetapi kepada semua golongan manusia.

Salam sayang dari ibu


Rabu, 23 Disember 2009

WHEN YOU THOUGHT I WASN'T LOOKING



WHEN YOU THOUGHT I WASN'T LOOKING



A message every adult should read because children
are watching you and doing as you do, not as you say.

When you thought I wasn't looking I saw you hang my
first painting on the refrigerator, and I immediately
wanted to paint another one.

When you thought I wasn't looking I saw you feed a
stray cat, and I learned that it was good to be kind
to animals.

When you thought I wasn't looking I saw you make my
favorite cake for me, and I learned that the little
things can be the special things in life.

When you thought I wasn't looking I heard you say a
prayer, and I knew that there is a God I could always
talk to, and I learned to trust in Him.

When you thought I wasn't looking I saw you make a
meal and take it to a friend who was sick, and I
learned that we all have to help take care of each other.

When you thought I wasn't looking I saw you take care
of our house and everyone in it, and I learned we have
to take care of what we are given.

When you thought I wasn't looking I saw how you
handled your responsibilities, even when you didn't
feel good, and I learned that I would have to be
responsible when I grow up.

When you thought I wasn't looking I saw tears come
from your eyes, and I learned that sometimes things
hurt, but it's all right to cry.

When you thought I wasn't looking I saw that you
cared, and I wanted to be everything that I could be.

When you thought I wasn't looking I learned most of
life's lessons that I need to know to be a good and
productive person when I grow up.

When you thought I wasn't looking I looked at you
and wanted to say, 'Thanks for all the things I saw
when you thought I wasn't looking'

Live simply. Love generously. Care deeply. Speak kindly.

Leave the rest to God.





Salam sayang dari ibu


Rabu, 16 Disember 2009

Eczema, Allergy dan gegata@Urticaria?

 Dua hari ibu terkejar2 mencari masa untuk meng"up date" blog tapi tak kesampaian...pagi ni barulah dapat. Entry kali ini ingin ibu kongsikan tentang satu ilmu yang baru ibu fahami dari Doktor Haizam (Miri)...Beliau memberitahu ibu bahawa eczema, allergy, gegata, resdung dan ashma adalah dalam kumpulan yang sama. Jika seseorang itu mempunyai masalah allergy, maka secara langsung ia berkebarangkalian untuk mendapat 4 lagi penyakit yang lain. Dan inilah yang ibu lalui...jika kalian pernah membaca post ibu sebelum ini, semasa ibu kecil ibu adalah seorang yang alah dengan makanan laut terutama udang, sotong, kerang dan ketam namun makanan inilah yang menjadi makanan kegemaran ibu apabila emak ibu memasak salah satu menu yang disebutkan tadi. Maka kaki ibu akan penuh dengan kudis sehingga berair2 dan apabila berjumpa doktor , ibu hanya akan mendapat ubat makan dan ubat sapu sahaja. Namun setelah pengambilan vitamin yang konsisten banyak membantu ibu menghadapi masalah ini. Kini tiada lagi kudis atau kurap seperti dahulu namun ada sekali sekala ibu mendapat gegata namun ianya hanya berlaku sekali  tahun lepas... tapi ibu notice sesuatu jika ibu konsisten mengamalkan makan alfalfa 5-10 tabs perday(max ibu akan makan 10tabs  itupun jika makan seafood terlebih atau erti kata lain tak ingat dunia...hehehehehe) insyaAllah tiada alahan terhadap makanan laut, tiada gegata, alhamdulillah.

Baru2 ini juga auntie Yus berkongsi pengalaman di mana beliau menumbuk alfalfa dan disimpan di dalam bekas. Beliau akan mengambil secubit untuk dimasukkan ke dalam susu anaknya yang mengalami eczema dan alhamdulillah selama seminngu ini eczema anaknya sangat2 berkurang dan tidak seperti sebelum ini.

Apa kaitan alfalfa ? Ianya adalah alfalfa ialah bapa kepada segala makanan. Ia mengandungi banyak zat dan secara peribadi ibu katakan ianya sangat bagus baik untuk lelaki mahupun wanita. Ada ramai ibu yang telah mencuba trial pack B mendapati jika sebelum ini mereka mempunyai masalah eczema dan allergy namun kini alhamdulillah banyak beransur baik dari sebelum mengambil trial pack B. Ibu ada banyak testimoni mengenai alfalfa namun bukan semua dapat ibu ceritakan di sini kerana ada antaranya yang memberi kesan yang hebat dalam kehidupan seharian sebagai seorang wanita khususnya. Jika ada antara kalian yang ingin mengetahui testimoni seorang ibu yang mempunyai masalah keputihan yang sangat teruk dan bagaimana beliau mengatasi dengan alfalfa, bolehlah email kepada ibu di addinnasa@gmail.com untuk mendapatkan cerita penuh.
Salam sayang dari ibu



Jumaat, 11 Disember 2009

Tazkirah dan renungan

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain.. 

Salam sayang dari ibu


Shaklee Haram?

 Bagi menjawab persoalan beberapa teman cyber mengenai isu ISU HALAL. Ini ialah keputusannya, keratan akhbar yang abah AddinNasa masih simpan sebagai bukti bagi menjawab segala kemusykilan.






Shaklee mempunyai pengesahan HALAL by ISA...Islamic Services of America.

Salam sayang dari ibu



Khamis, 10 Disember 2009

Sharing ...



Ini dari my sister inlaw...doctor: katanya

yg kuning tu cholesterol yg terbentuk berbulan2-makan tahun
kita tak boleh remove cholesterol bawah lapisan salur darah sama mcm kita cuci longkang
omega 3 fungsi dia sebenarnya mengelakkan cholesterol daripada melekat dinding salur darah
omega 3 yg boleh putuskan styrofoam tu bahaya sebb dia boleh kakiskan apa yg dia lalu lah


Salam sayang dari ibu


Renungan hari ini...

Firman Allah yang maksudnya: - 

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). 
   



Salam sayang dari ibu


Selasa, 8 Disember 2009

Terasa...

Setiap manusia belajar dari kehidupannya sendiri... hidup itu satu pelajaran kepada mereka yang mengambil iktibar. Ibu dahulu seorang yang sangat sensitif...jika ada teguran ibu akan mudah kecil hati sehinggalah satu hari ditemukan dengan seorang insan yang bergelar sahabat, dialah sabahat ibu dunia dan akhirat. Kata2 sahabat ibu ini membuatkan ibu berubah secara perlahan2... sehinggalah hari ini.

Ibu menjadikan setiap teguran itu sesuatu yang membina yang dapat membuatkan ibu lebih baik dari semalam. Seadainya kita mengambil sesuatu itu dengan keterlaluan , sebenarnya kita juga yang rugi.

Sahabat ibu mengatakan bahawa manusia yang sensitif itu adalah manusia yang sombong dan sangat dibenci oleh Allah. Sesungguhnya hanya Allah yang layak untuk sombong(dengan erti kata lain bermegah....) dan kerana itulah sesiapa yang memiliki sifat ini sangat dibenciNya. Kata2 ini membuatkan hati ibu tersentap... mana tidak, siang malam kita beribadat padaNya tetapi kerana adanya sifat mudah terasa atau kecil hati itu umpama memakai selendang Allah (memiliki kesombongan) membuatkan kita dibenci Allah, sudah pasti hilang keberkatan beribadah tadi.

Sesungguhnya benarlah kata2 sahabat ibu, hanya Allah yang layak untuk sombong (dengan erti kata lain bermegah....) maka ibu belajar untuk menerima segala kritikan dan teguran dan ibu anggapnya ia sebagai sesuatu yang membina. Ibu juga manusia biasa, dan kini alhamdulillah ibu tenang berbanding dulu2.... sesuatu yang terjadi ada sebab musababnya. Jika kita berpegang pada tali Al Quran dan Al Sunnah insyaAllah tenang dan selamat dalam melayari bahtera dunia. Ombak pasti akan melanda namun Allah hanya akan berikan atas kemampuan.

Maka ibu juga berharap dan berdoa agar janganlah ada pihak yang terasa jika teman sekerjanya atau ex scoolmatenya mendapatkan vitamin Shaklee dari ibu...ini kerana ada teman internet yang memberitahu bahawa rakannya terasa hati kerana tidak mendapatkan Shaklee darinya .... Sesungguhnya lautan Allah sangat luas tetapi tiada seorang nelayan pun yang berhak menuntut bahawa laut itu kepunyaannya.

Seandainya ada coretan ibu sebelum2 ini membuatkan mana2 pihak marah atau berkecil hati maafkan ibu ...tiada niat mengguris hati sesiapa sekadar pengajaran dan iktibar bersama.


Salam sayang dari ibu

Sabtu, 5 Disember 2009

Cepatnya masa itu....

Rasanya cepat betul masa berlalu...diam tak diam, Addin dah nak sekolah darjah satu. Barang sekolah belum beli lagi... ibu dengan abah akan kemaskan rumah yang akan kami diami , insyaAllah by next week kami masuk. Ibu harap by the time masuk rumah, streamyx pun dah ada.





Dua anak teruna ibu....semoga berjaya di dunia dan akhirat....


Ini gambar yang Nasa ambil thru hp ibu... dia memang suka bergambar.


Salam sayang dari ibu

Isnin, 30 November 2009

Bersyukur

Setiap manusia mempunyai berbagai-bagai pemberian (nikmat) dari Allah SWT. Pemberian-pemberian asas yang biasanya diperolehi oleh setiap orang ialah kesihatan, penglihatan, pendengaraan dan berbagai-bagai lagi pemberian semula jadi yang diberikan oleh Allah SWT. Dengan pemberian ini seseorang itu akan didorong untuk bersyukur atau berterima kasih.

Bersyukur ialah suatu tindak balas yang baik, sama ada melalui perkataan atau perbuataan terhadap kebaikan yang diterima oleh seseorang. Sesuatu kebaikan sering dibalas dengan perkataan yang baik, yang indah dan luhur serta perbuatan yang menggambarkan pemberian itu diterima dengan penuh penghargaan dan terima kasih.

Sebenarnya tidak ada sesiapa yang berhak menerima kesyukuran dan pujian, selain daripada Allah S.W.T yang menjadikan manusia dan seluruh mahluk. Terlalu besar nikmat dan pemberian yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada hamba-hamba-NYA. Sungguh luas pemberian dan nikmat Allah itu. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

Katakanlah jika air lautan dijadikan dakwat untuk menulis kalimah-kalimah Allah S.W.T. akan keringlah air lautan sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan”
(Al-Kahfi: 109)

Bagaimanakah caranya kita bersyukur? Bersyukur kepada Allah SWT ialah dengan meletakkan keyakinan kepada-NYA dalam apa jua keadaan. Rasulullah s.a.w. meluahkan kesyukuran terhadap Allah S.W.T. dengan menggandakan ibadat dan membanyakkan solat.

Kesejahteraan hidup dan keamanan yang dinikmati oleh kita, merupakan kurniaan Allah S.W.T. Oleh itu kita mestilah sedar supaya menghargai keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran Negara. Budaya bersyukur akan mengelakan kita daripada lupa daratan dan menggunakan kemewahan untuk perkara membazir, melakukan maksiat dan membuat kerja-kerja tidak berguna yang mengakibatkan berlakunya kerosakan dan bencana kepada diri, keluarga dan masyarakat.

Tanda bersyukur dalam perkhidmatan ialah dengan menjadikan khidmat kepada negara dan orang ramai sebagai ibadah. Iaitu mancari nafkah yang halal untuk diri dan keluarga bagi memenuhi kewajipan yang ditentukan oleh Allah S.W.T. Oleh itu gaji dan elaun yang diterima hendaklah bersih daripada sesuatu yang haram, seperti rasuah, tuntutan berlebihan daripada yang sepatutnya dan sebagainya.

Maksud firman Allah dalam Surah Al-Baqarah: 172:

“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya”

Bersyukurlah kita kepada Allah S.W.T dan jadikanlah perkhidmatan kita satu ibadah yang pahalanya akan berterusan.

Salam sayang dari ibu

New rutine with abah...

Jika tiada aral abah akan balik hari ini kerana perlu menghadiri kursus -dekat ofis abah sahaja. So terubatlah rindu kami selama 2 minggu tanpa abah di sisi. Nasa dah terlompat2 atas katil sambil menjerit...

"Ye ye abah nak balik, aca ayang abah!!! ye ye!" Sayu hati ibu dengar nasa pandai cakap.

Abang Addin sibuk nak habiskan semua homework dalam workbook yang abah belikan sebelum ke laut..ye la sebab nak claim hadiah.

Ibu? Hati sahaja girang tak sabar nak jumpa suami tersayang.

So bermula esok pasti rutin kami berubah sebab dah ada abah...adakah mereka akan tidur awal sepertimana abah tiada di rumah atau balik rutin asal tidur jam 11-12 malam? Ibu akan lihat nanti.

Kami akan masuk rumah awal Dec ini, doakan semuanya lancar ya. Jika ada antara kalian yang berada di Miri please do email me so that ibu can invite for house warming nanti..bolehlah berkenalan dengan lebih rapat :)

Salam sayang dari ibu

Khamis, 26 November 2009

Salam dari perantauan...

Buat pertama kali dalam hidup ibu, ibu beraya AidilAdha dengan anak2 tanpa abah di sisi... abah masih di offshore dan akan pulang by next week... Walaupun dah ada jemputan untuk esok namun manakan sama beraya bertiga dibanding beraya bersama abah dan anak2...huhuhu, sayu rasa hati namun apakan daya sudah tertulis kami beraya di Miri dengan keluarga Sarawak.

Ibu ingin mengucapkan salam lebaran AidilAdha buat semua umat Islam walau di mana anda berada.

Salam sayang dari ibu

Isnin, 23 November 2009

Apakah yang dicari sebenarnya?

Sedarkah kita apabila janji diikat bersaksikan wali di depan ahli keluarga, maka kita bernekad akan sehidup semati bersama pasangan kita? Namun apabila ada badai kecil melanda, kita mudah melatah lantaran alpa pada Yang Esa dan Yang Lebih Mengetahui...

Seketika tadi ibu bersembang dengan seseorang meluahkan rasa sedihnya kerana beliau tidak mendapat restu dari suaminya untuk bekerja di tempat yang diharapkan...dengan sedu sedan hamba Allah ini menangisi seolah2 sedang meratap sebuah kematian... ibu terdiam sejenak kerana belum sempat ibu meluahkan kata2 pandangan si teman terus menerus menangis. Namun setelah seketika dia berhenti menangis...dan ibu memulakan bicara.

Dengan lembut ibu bertanya, apakah yang dicari dalam hidupnya selama ini? Mencari redha Allah atau menempah murka Allah? Si dia terdiam tidak terkata...Ibu mengingatkan dia dengan sebuah kisah benar yang telah ibu lihat sendiri kesan akibat dan musabab kisah sebuah rumahtangga...

Si Shafi (bukan nama sebenar) ingin benar bekerja...memandangkan beliau tidak dapat mencari pekerjaan di tempat di mana suaminya bekerja di sebuah daerah terpencil maka Si Shafi membawa diri di tempat yang rata2 manusia berkejaran mencari duniawi, Kuala Lumpur. Tinggallah si suami antara redha dan kesedihan. Mengapa si Shafi tidak sanggup bersusah dengan suaminya sedangkan di hari pernikahan dua hati bersatu telah termeterai janji akan sehidup semati...susah sama dilalui dan senang sama dinikmati? Tanpa memikirkan kesan yang akan dia hadapi, dia teruskan kehidupan di kota besar itu. Tetapi tidak lama, banyak betul dugaan dan cabaran yang Shafi terima. Fitnah, dianiaya rakan sekerja dan banyak lagi...sehinggalah satu hari datang hamba Allah ini menegur dengan berhikmah... Apakah yang kamu cari sebenarnya? Kekayaan duniawi atau kebahagian ukhrawi? Tersentak la Si Shafi dengan pertanyaan itu dan kini dia mula insaf. Dia mula mencari suami yang ditinggalkan keseorangan dan kesunyian di bandar terpencil tadi. Baru dia sedar bahawa duit bukanlah segalanya...

Sesungguhnya redha suami itu penting buat si isteri untuk mencium baunya syurga...Andaikata hidup ini adalah sia2 maka tidak Allah jadikan syurga dan neraka sebagai tempat pembalasan. Ibu percaya andai kita hidup muafakat rumahtangga pasti bertambah berkat. Memang benar, langit tidak selalu cerah dan awan tidak selalu mendung namun jika kita berpegang kepada 2 tali utama iaitu Al Quran dan Sunnah nescaya segalanya akan Allah aturkan mengikut kemampuan kita dan rahmat Allah sangatlah luas.

Buat hamba Allah yang ibu maksudkan , andai anda membaca nukilan ini, banyakkan doa agar Allah tidak melepaskan kita kepada diri kita namun sebaliknya Allah sentiasa mengaturkan segala yang terbaik dalam hidup kita. Doalah, nescaya diperkenankan.

Wassalam.

Salam sayang dari ibu

Ahad, 22 November 2009

Weekend and Bubble...

Aktiviti hujung minggu...



Baru snap 2 keping, abah dah call dan lepas tu bateri hp ibu dah makin nazak...hehehehe.


Bila dah penat....

Salam sayang dari ibu

Jumaat, 20 November 2009

HSE- Health and Safety Environment

Salam sejahtera buat semua sekalian pembaca, ini ibu terima dari email ..sekadar perkongsian dan langkah berjaga2...

A very important message to everyone, please read it carefully.

1 Egg, & 2 Mobiles
65 minutes of connection between mobiles.
We assembled something as per image:




Initiated the call between the two mobiles and allowed 65 minutes approximately...
During the first 15 minutes nothing happened;
25 minutes later the egg started getting hot;
45 minutes later the egg is hot;
65 minutes later the egg is cooked.



Salam sayang dari ibu

Khamis, 19 November 2009

Bibik oh bibik...

By February next year ibu sepatutnya report duty, bermakna ibu akan mula mengajar di sekolah seperti sebelum ini namun ibu sedang memikirkan sekolah mana yang bagus untuk Nasa... Jika dahulu abang Addin berpeluang belajar di tadika Astana bermula umur 3 tahun (pre-school)...tadika ini antara yang terbaik pernah ibu lihat sepanjang di Miri. Namun alangkah sedihnya ibu apabila mendapat tahu pendaftaran untuk anak 3 tahun telah tutup kerana bilangan murid yang telah berdaftar telah memenuhi quota...so apa option lain? Hantar nursery? Bukan pilihan ibu dan abah sebab kebanyakan di sini tidak memenuhi kriteria yang ibu harapkan. Menghantar rumah orang(looking for a baby sitter?)... pun bukan pilihan sebab banyak masa anak dihabiskan depan tv dan berjalan.
Bukanlah ibu nak anak2 ibu menjadi orang yang genius pada usia yang terlalu awal memadai mendapat pendedahan yang terbaik kerana zaman dah berubah...anak2 kini advance dalam banyak perkara...
Nasa kini jika ibu beritahu nak keluar berjalan, dia akan terus menuju ke pintu memakai kasut sukannya sendiri dan apabila dia telah bersedia dia akan mula menjerit... "Cik N cepat la, ooo cik N... Aca (Nasa) dah siap" ...Sabar jek la kan? Nasa adalah anak yang tidak suka menonton tv tetapi sibuk dengan aktiviti kreatifnya sendiri.
So ibu sedang berdoa dan berhajat ditunjukkan jalan yang terbaik bagaimana nak uruskan Nasa jika tidak dapat menghantar ke Astana.. sama ada nak ambil bibik atau sambung cuti? Kes bibik pula bila dengar berita mengenai kes bibik culik anak majikan pagi ni buat ibu fikir dua kali nak ambil bibik...so solat istigharah la jawapannya. Jika sambung cuti, maka ibu memang bercadang nak buat tuition di rumah memandangkan ini dapat meringankan commitment yang abah tanggung selama ini. So , kena tunggu abah balik untuk buat keputusan bersama....

Abah we miss a lot...

Salam sayang dari ibu

Rabu, 18 November 2009

Rutin baru ibu...

Mulai hari ini, bermula rutin baru ibu di mana abah mula bekerja dengan rasminya di offshore...ibu perlu ada masa untuk bawa kalian pergi kelab rekreasi, hantar abang Addin kelas kumon, pergi window shopping...Jika sebelum ni semuanya kita tunggu abah bawa. Pengalaman baru untuk kita belajar berdikari sedikit....hihihi.
Jangan risau ya sayang, walau ibu sibuk dengan packing trial pack untuk kawan2 ibu di sini , ibu akan tetap bawa Addin dan Nasa jalan2... nak paling haru cuma pada hari raya Aidil adha sebab kita beraya sendirian. Kenapa kita tak balik semenanjung ? Sebab abah kerja dekat sahaja cuma berada di laut tapi kita di darat. So, jangan membazir kan? Don't worry, kita dah dapat pun jemputan makan untuk hari raya ni nanti...alhamdulillah ramai saudara Sarawak di sini yang concern dengan kita.

Salam sayang dari ibu

Selasa, 17 November 2009

ZIKIR UNTUK BANYAKKAN SUSU

Ramai ibu2 yang mengeluh panjang apabila merasakan susu yang dipam mula berkurang... Jika kita berbalik kepada fitrah dan melihat hikmah di sebalik kejadian maka pasti kita akan temui sesuatu.

Ingin ibu berkngsi cerita ibu dan pengalaman ibu serta hikmah yang ibu dapat di sebalik kejadian ini....ibu adalah seorang pemidato sekolah dan alhamdulillah dalam setiap pertandingan ibu pasti merangkul tempat antara pertama sehingga ketiga , dengan kata lain ibu selalu membawa pulang pingat kejayaan. Satu hari ibu gagal mendapat apa2 tempat dan ini membuatkan ibu sangat kecewa. Arwah abah dengan tenang menasihatkan ibu agar redha dan balik kepada fitrah iaitu banyakkan berdoa dan berzikir. Arwah abah kata dalam hidup tidak selalu kita berada di atas kerana ini akan membuatkan kita alpa dan senang lupa diri dan akhirnya membuatkan kita mudah bongkak. Maka adakala Allah akan meletakkan kita di bawah agar kita sentiasa berdoa dan tidak putus dengan zikir dan agar kita menghargai setiap saat dibawah apabila kita berada di atas kelak.

Sejak dari itu ibu selalu beringat dengan berdoa dan berzikir agar setiap kejayaan yang akan ibu rangkul tidak membawa ibu hanyut dalam dunia khayalan...alhamdulillah sehingga ke tingkatan lima ibu memang aktif berpidato, bersyarah malah berdebat dan ianya menjadikan ibu sentiasa beringat.

Maka ibu2 yang bermasalah dalam penyusuan, marilah kita balik kepada fitrah, andai kita telah berusaha, banyakkanlah berdoa (berzikir ) dan selepas itu kita bertawakal, nescaya akan terbuka pintu rezeki yang sangat luas....

Cuba amalkan membaca YA MATIN( bermaksud MAHA SEMPURNA KEKUATANNYA) sebanyak 70x setiap hari (amalkan sekurang2 sekali dan paling bagus waktu malam atau subuh) dan menghembus ke dalam air untuk diminum insyaALLAH susu akan menjadi banyak.

ALLAH hanya mahu kita beringat sesuatu itu datang dariNYA, walau kita berusaha sehebat mana tanpa doa ia takkan berjaya....

Salam sayang dari ibu

Selasa, 10 November 2009

10 tabiat yang perlu kita elakkan?

1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisipada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.


Salam sayang dari ibu

Selasa, 3 November 2009

Masih dalam proses mencari...Miri oh Miri

Alhamdulillah dah seminggu kami berada di Miri... namun dah seminggu jugalah kami melalui proses mencari rumah. Pasti ada yang bertanya, Miri tak banyak rumah ke? Sebenarnya banyak, banyak juga rumah yang dibiar kosong begitu sahaja. Setakat ini rumah yang ibu dan abah dapat melalui agen kebanyakan rumah dua tingkat. Melalui pengalaman ibu sendiri bukan mudah manage rumah yang bertingkat ni. Lagipun ibu tak nak Nasa asyik turun naik tangga bila dapat rumah yang bertingkat.

Namun ada juga rumah sebuah yang di tawarkan baik semi D mahupun detach house (bungalow la tu) , harganya boleh tahan mahal jika bandingkan dengan condition rumah. Itu yang buatkan kami masih mencari2 rumah untuk kami jadikan syurga idaman keluarga...

Bagi yang pernah melawat di Miri atau pernah menginap, pastinya mereka tertanya2 kawasan manakah menjadi perhatian ibu? Jawapannya ialah andailah ada rezeki ibu mahu menyewa di kawasan Desa Seri yang berdekatan dengan flat guru kerana rumahnya adalah single story semi D. Selain kawasan itu, ibu berminat dengan kawasan Piasau kerana hendak menghantar Nasa ke nursery yang dikenali antara terbaik di Miri iaitu Astana. Namun our last option ialah
Lutong Baru. Jika diizinkan Allah ibu nak rumah sewa yang berdekatan dengan Boulevard so that senang nak beli barang dapur dan segala barang keperluan.

Ibu nak minta tolong kalian doakan agar kami dapat bertemu dengan rumah yang bagus conditionnya, selesa, selamat dan mampu dibayar. Semoga urusan kami dipermudahkan. Amin.

Salam sayang dari ibu

Jumaat, 30 Oktober 2009

Testimoni set bersalin? Sesiapa yang nak bersalin, mari share...

Ini testimoni dari teman susuibu, auntie Ayukhairy,

salam semua...

juz nak share...alhamdulillah, setelah mengamalkan makan vitamin2 diatas, slps bersalin danial baru2 ni, badan rasa segar n tak le seletih macam bersalin anak pertama dahulu..

masuk minggu ke2, ayu dah leh masak utk makan tghari dah..saja tak nak menyusahkan mak sbb mak pun keje lg..

mmg nampak ketara, lg setelah menyusu kan danial...masa lahir, danial 2.75kg, 14 hari 3kg, n 19 hari plak 3.5kg...susu pun banyak, bersyukur sgt2..

skrg ni dah hari ke 20, ayu dah berjaya mengumpul 14 botol ebm 3 oz dan 4 bekas dadih 2.5 oz...

jutaan terima kasih kpd kak N @ nnorita78 kerana memperkenalkan ayu kpd produk shaklee ni...


Apa yang Auntie Ayu amik?

1) Multivitamin : perlu mengandungi iron formula kerana ia sangat penting bg tubuh terutama kerana kita banyak kehilangan darah selepas bersalin.

2) B compex : penting untuk elak kemurungan ( elak meroyan), bertindak sebagai penenang(antti stress), menstabilkan hormon

3) Vitamin C : mempercepatkan penyembuhan luka, memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin

4) zinc: membantu mempercepatkan proses baik luka terutama luka dalam ( untuk rahim)

5) alfalfa : milk booster

6) performance drink

Jika ada antara bakal2 ibu atau ibu yang akan bersalin, jika kurang berkemampuan membeli full package, boleh mendapatkan trial pack untuk 30 hari makan dengan harga RM80 dan boleh terus makan selepas bersalin dan boleh rasakan perbezaannya.
Salam sayang dari ibu

Doakan kami...

Dah hampir 5 hari kami tiba di Miri...dan selama hampir setahun juga kami merindui kehidupan yang tenang di Miri yang tidak sibuk dengan kehidupan duniawi semata2... mengapa ibu suka Miri? Sebab tiada kesesakan lalu lintas seperti diKL, ada kelab rekreasi yang berdekatan dan banyak juga yang dah bertambah maju tentang Miri.

Selama setahun duduk KL ibu di manjakan dengan makanan kegemaran ibu, choc indulgence by secret recipe...nasib baik dah ada di Miri ( ada dua tempat iaitu di Bintang Mall dan berdekatan dengan Grand Palace Hotel.) Big Apple pun ada... sebenarnya dah banyak maju la Bandar Miri ni...Tapi yang paling ibu suka pergi jalan dalam Boulevard Mall paling best sebab barang dapur mahupun barang basah untuk masak boleh kata murah atau setara dengan harga di Semenanjung. Sekarang pula dah mula dengan sales untuk krismas...hebat kan?

Namun yang buatkan hati ibu sedikit gundah gulana ialah kerana kami masih belum dapat mencari rumah untuk di sewa yang selesa, dan yang berkenan di hati. Jika ada pun, tuan rumah belum pasti nak menyewakannya... hmmm itu sahaja yang buat hati ibu sedikit risau, maklumlah selepas ini abah banyak kerja di luar bandar Miri so jika diizinkan Allah ibu nak cari rumah yang berdekatan dengan bandar agar mudah nak ke Boulevard. Ibu memang berharap agar kalian dapat mendoakan untuk kami agar urusan kami dipermudahkan.

Bagaimana Addin dan Nasa? Mereka juga seronok tinggal di sini semula. Hari kedua kami di Miri , Nasa berkata kepada Addin, " Abang Addin jum naik pal bang" (maksud: abang Addin mari naik kapal terbang) ...ketawa ibu mendengarnya, agaknya Nasa ingat naik kapal terbang macam naik kereta...hihihi. Mereka dua beradik tiba2 menjadi seorang yang berselera dengan makanan... alhamdulillah, mereka really enjoy makan Sugarbun yang hanya terdapat di Sarawak dan Brunei kalau tak silap ibu.

Jika ada yang tanya sementara cari rumah kami duduk di hotel, tak boring ke? Jawapannya tidak sebab bawah hotel ni shopping complex antara terbesar juga di Miri...hihihihi. Siapa yang pernah datang ke Miri pasti mereka tahu Imperial
Hotel yang bawahnya shopping complex Boulevard juga (2nd branch).Ibu cuma perlu ready kan duit untuk belikan makanan jika anak2 putera ibu lapar dan dahaga.

Hmmm, dah waktu bersiap nak breakfast dengan putera2 ibu... sehingga bertemu lagi.

Salam sayang dari ibu

Khamis, 29 Oktober 2009

Testimoni lagi?

Ini adalah testimoni customer saya.

nama : Nor dilah Binti Suboh

dila pn br je bt blog tp msh blajar2 lg..hehe..klu rajin singgahla blog sy
put3lilin11.blogspot.com

kt br keje arini..ank tetibe demam pns ms ari senin pg kul 4lbh smpi kne tarik n cpt2 bwk p hospital..rs nk tcabut nyawe tgk ank demam n alhamdulillah berkat susu ibu dia cpt kebah dr demam..ptg senin 2 slowly demam beransur pulih n ari selase ptg dh leh blk uma..mmg pnt dok jg dia n dia lak kerap nyusu smpi b kt lembik n lunyai dkejekn dia..tp xpela tuk ank..n alhamdulillah syukur sbb dila ade mkn supplement yg bli ngn kak n 2,at least dpt gak mbantu bg bdn kt sihat n cergas jg ank ms dia tk sihat..dia xde kne msk air coz dia kerap nyusu n kencing n aktif mcm bese..tp cian la dia kne amek antibiotik sbb tekak dia kne infection..nk bgtau kak n nk mintak advice tp dh tk sempat nk pegang fon..huhu..but 2la nxt tme klu ade dt lbh dila nk simpan stok performance kt uma tuk kes2 emergency..n 4 ur info,since dila blikn mak trial pack 2 n since dia mkn alhamdulillah dia dh kembali cergas n dia pn pasni nk mkn supplement 2..n dila pn bg kakak dila try vitc yg dila dpt dr trial pck tuk dila 2 coz vit c yg dila punye ade byk lg..nway thanx vry2 much kak n sbb knlkn dila ngn produk shaklee ni..mbr kt opis pn ckp produk ni mmg bgs..

kla..slmt bhijrah..huhu..jauh la ye kt nnt


Salam sayang dari ibu

Rabu, 28 Oktober 2009

Penting untuk kita tahu?

Mungkin ada yang dah pernah terima tapi ibu baru terima tadi melalui email...just sharing!





Salam sayang dari ibu

Sabtu, 17 Oktober 2009

Sky Bridge KLCC

InsyaAllah hari ini ibu sekeluarga akan menaiki skybridge KLCC entah untuk kali ke berapa ....kali ni nak bawak mamatok, ayatok dan tokNa...ada rezeki nanti ibu akan update dengan gambar.
Nanti ibu akan update cerita untuk hari ini juga.

Salam sayang dari ibu

Rabu, 14 Oktober 2009

Siapa nak hadiah?

"Kasih yang abadi"

Boleh sesiapa describe apa yang kalian semua takrifkan dengan perkataan di atas? Sesiapa yang dapat memberi satu definisi atau penerangan yang menarik, ibu nak bagi hadiah....hadiahnya ialah? Tunggu!!!! Pastinya menarik, sebab tak perlu berbelanja pun cuma tuliskan sahaja apa yang kalian faham dengan ayat tersebut... Tak perlu panjang sangat macam essei pun sekadar ibu nak tengok kefahaman setiap individu yang pastinya berbeza. Walau sepotong ayat, jika ia menarik perhatian ibu, ibu akan tetap bagi hadiah.


Salam sayang dari ibu

Sabtu, 10 Oktober 2009

Jangan tak BACA...siapa tak baca satu kerugian.

Jangan tak BACA...siapa tak baca satu kerugian. Jika anda seorang pengamal supplement maka bacalah labelnya terlebih dahulu .

Salam sejahtera dan salam perpaduan. Ibu ingin berkongsi dengan satu email yang ibu terima dari seorang pembaca yang membuatkan ibu kagum dengan beliau kerana menjadi seorang yang prihatan atas apa yang ilmu yang diperolehinya.

"Baru sy perasan. Sbb skrg sy ambil b-co tablet & asid folik yg dr hosp ker***** (kebetulan family keje kt hosp, so sy mmg slalu dpt supply b-co & FA).

Sy check b-co nyer content cuma ada thiamine (B1), riboflavin (B2) & niacinamide (B3).

So total campur dgn folic acid, sy masih kurang B5,B6,B7 & B12 la ek.



Buat pengetahuan kalian, Vitamin B Complex Shaklee terdiri daripada 8 B. Apa dia 8 B tersebut?
B1 = Thiamin,
B2 = Riboflavin, ,
B3 = Niacin ,
B5 = Panthothenic acid ,
B6 = Pyridoxine ,
B7 = Biotin ,
B9 = Folic Acid,
B12 = Cyanocobalamin.

Keletihan, lemah badan, hilang selera makan .Kegelisahan, gangguan tidur.Beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder" dengan gejala seperti bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.Sakit pada bahagian abdomen. Sembelit.Gangguan mental atau emosi. Kekurangannya boleh menyebabkan pecah-pecah dan sakit pada mulut dan hidung.






Salam sayang dari ibu