Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2008

Saat dahi tidak lagi menyentuh Sejadah....

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
> Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
> Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
> Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
> Dengan kain kafan yang serba putih!
> Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
> Walaupun orang yang hadir itu merintih....
>
> Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
> Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
> Dengan empat kali takbir dan satu salam
> Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
> Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
>
> Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
> Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
> Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
> Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
>
> Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
> Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
> Usunglah dirimu ke tikar Solat....
> Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
> …

Salam Aidilfitri

Imej
Sempena bulan Syawal yang bakal menjelang, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat hari Raya kepada seluruh umat Islam dan kepada semua blogger serta pelawat blog saya. Saya juga ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf andaikata ada penulisan saya yang menyinggung perasaan anda tanpa disedari. Semoga kehadiran Syawal kali ini mengukuhkan ikatan ukhwah antara kita.

Baru tahu....

Kebanyakan pinggan plastic di Malaysia dibuat daripada MELAMINE yang mengandungi 'urea formaldehyde' dan sangat berbahaya kepada kesihatan. Urea Formaldehyde adalah sejenis bahan yang biasanya digunakan untuk membuat bekas barangan electric dan 'insulation' wayar electrik. Bahan ini amat berbahaya jika memasuki badan manusia. Ia boleh menyebabkan masalah sistem penghadaman, masalah pernafasan, batu karang, kegagalan buah pinggang, cancer pundi kencing dan kerosakan sistem pembiakan.

Kebanyakan restoran-restoran di Malaysia juga menggunakan pinggan jenis ini kerana ia tidak mudah pecah dan kelihatan cantik seperti pinggan ceramic. Mudah sahaja untuk mengenali pinggan mangkuk yang diperbuat daripada melamine. Pada kebiasaanya di bawah pinggan ini tertulis MELAMINE. Tetapi pinggan-pinggan melamine yang di buat di Thailand atau China selalunya tidak menulis perkataan ini di pinggan tersebut. Mangkuk pinggan melamine dari Thailand adalah jenis paling berbahaya disebabkan ba…

Syukur

Alhamduillah teman baru ym saya sudah selamat menyambut kelahiran anak pertamanya petang kelmarin. Walaupun terpaksa melalui c-section namun ianya bukanlah perkara baru dalam bidang perubatan. Bagi yang telah melaluinya termasuklah saya baik fully GA atau spinal akan merasakan ianya satu pengalaman dalam hidup masing-masing. Wan terpaksa melalui c-section untuk menyambut kelahiran anak pertamanya kerana anaknya songsang. Tetapi melalui suara beliau setelah melalui c-section, ternyata pembedahan tidak menjadikan beliau serik untuk menambah cahaya mata lagi. Saya doakan agar Wan cepat recover dan menjaga pemakanan terutama untuk memulihkan luka dalam.

Saya juga gembira mendengar berita dari seorang lagi teman saya iaitu Laila yang mana anaknya keduanya yang baru sebulan lebih telah mencecah berat yang sangat memberansangkan. Baby Laila yang lahir pada 08.08.08 lalu dengan berat kalau saya tidak silap 2.6kg, berbekalkan makanan tambahan yang berkhasiat iaitu Shaklee berat anaknya yang ham…

Surah Al Iklas

السلام عليكم و رحمة الله و
بركاته
sampaikanlah... sebagai peringatan .....
Insyaallah...

Keberkatan surah al-ikhlas
Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa
saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada
didalam tubuh kita
dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar
umpama cacing
kepanasan.
Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas
sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca
bismillah. Berilah salam
kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana
malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya
wajib) yang diucapkan
pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan
kubur. Apabila
malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan
sukar menjawab
salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,
amalan daripada
salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat
itu.
Ketika Sakit
Sabda Rasu…

Senyum sendiri.....

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil

membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.



"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.



"Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana
dah
tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.



"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."



Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak
mereka
yang comel dan manja.



"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni ye?"



"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali
ni
abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya

tercinta.



Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat
jam.
Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan

isterinya, Liza.



"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.



Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lam…

Harga sebuah iman

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia . Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.


Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.


Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.


Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. &quo…

Selamat tinggal.......

Nampaknya kami akan pulang ke Malaya (semenanjung) tidak lama lagi. Saya pasti akan merindui beberapa perkara, makanan yang sukar untuk diperolehi di Semenanjung.

Perkara yang pasti kami rindui ialah :

Ketenangan yang sangat sukar di dapati di bandar2 utama. Miri merupakan sebuah bandar yang aman dan tenang. Tak perlu kelam kabut nak ke tempat kerja. Tiada gangguan lalu lintas trafik kecuali di bulatan(roundabaout). Kemalangan tetap ada namun ia jarang berlaku. Rata-rata mereka yang bekerja akan pulang ke rumah untuk makan tengah hari kecuali bagi pasangan yang sama-sama bekerja. Jam 5.30 sudah boleh pulang dan berada bersama keluarga tersayang. Jualan besar-besaran di pusat membeli belah utama. Bolevard dan Bintang, walaupun hanya dua tempat shopping di Miri namun harga baju bila sale lebih murah berbanding di KL. Untuk kelakar( bercakap) loghat Sarawak perlu ada kawan….hmmm kena cari kawan Sarawak bila di Kl supaya masih dapat kekal kelakar Sarawak kelak.

Makanan yang pasti saya akan…

Shaklee Raya Special Offer

Imej
Sempena hari raya, Shaklee menawarkan set family wellness dengan harga yang menarik iaitu hanya RM211 (harga ahli WM). Harga normal ialah RM249.

Siapa yang memerlukannya:
Mereka yang sihat dan sentiasa memastikan kesihatan mereka terjaga. Ibu yang mengandung dan menyusukan anak.Ibu yang baru melahirkan. Mereka yang ingin menunaikan ibadah umrah dan haji.

HOW TO ORDER (AT MEMBER PPRICE!):

send an email to nnorita78@yahoo.com, place your order with your payment's verification. don't forget to attach your address (where you want the parcel to be sent) & contact no.

you may use this following format:
NAME :
ADDRESS:
CONTACT NO:
EMAIL : (only if you're not using you regular email)
ORDER :
TOTAL MONEY BANKED-IN:

HOW TO PAY:
bank in to MAYBANK ACC: 101048786368 to NORITA MOHD IDRIS**.

Postal cost for WM: RM 10
Postal cost for EM : RM 20




Tawaran sah selagi stok masih ada. Product expired 07/09.

Onde-onde gula Melaka

Hari ini abah Addin dan Nasa teringin berbuka dengan onde2 gula Melaka… maka berjalanlah kami ke pasar Ramadhan Seberkas, tidak jauh dari rumah kami. Inilah kali pertama kali berjalan ke pasar Ramdhan untuk tahun ini. Boleh dikatakan sejak Nasa lahir kami tidak lagi ke sana untuk ke pasar tani mahupun pasar malam. Bukannya apa saya tak selesa membawa anak kecil menghirup udara yang penuh dengan asap ikan bakar, kepak ayam panggang, jagung baker dan banyak lagi. Berjalan tadi pun tidaklah sampai ke area makanan yang perlu dibakar maka selamatlah budak2 ni dari udara yang penuh asap.

Namun dalam riuh rendah manusia bergegas membeli juadah berbuka puasa terpandanglah saya dan suami ke satu sudut yang menarik perhatian kami. Kelihatan dua orang anak yatim dari rumah anak yatim Kompleks Kebajikan Hamidah di Permyjaya. Mereka yang lengkap berbaju asrama ,duduk sambil memegang kotak derma yang sangat besar. Secara kebetulan kami terserempak dengan penyelia asrama yang juga sedar dengan kehadi…

Luahan hatiku

Dalam kesibukan umat Islam nak menyambut kehadiran syawal….ada juga mereka yang sibuk mencari penawar kepada musibah yang melanda diri. Bagi mereka yang sakit terutamanya sibuk mencari penawar, bagi yang sihat alpa seketika. Namun saya simpati kepada mereka yang mudah bertukar-tukar penawar, mengikut kata orang. Walhal yang memberi nasihat itu bukanlah orang yang rajin membaca tetapi sekadar menyampaikan berita entah dari mana sumber yang tiada ketahuan.

Kekadang saya terfikir mengapalah saya dulu tak mendengar nasihat arwah abah untuk menjadi doctor? Jika saya doctor hari ini kredibiliti saya tidak akan dipertikaikan. Mungkin dah tersurat saya hanya sesuai menjadi guru menyampaikan segala ilmu yang diperolehi. Aturan Allah dah tersurat adalah baik saya seorang guru. Adakala saya mudah kecewa dengan diri apabila masih ada di kalangan teman akrab saya yang sibuk mencari pemakanan tambahan yang murah walhal mereka adalah orang yang berduit. Mereka tetap nak mencari yang murah atas alasa…

PETUA KURANGKAN LAPAR DAN DAHAGA

Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga .
Mesti sahur.
Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam .
Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul . Baca Surah Al Ikhlas 1 kali dan
makan nasi segumpal . Baca lagi, makan lagi. Jadi 3 kali lah kita baca surah Al Ikhlas.

Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa. Selepas makan sahur , makan buah kurma 7 biji . Sebelum makan, Bacakan selawat 1 dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi.

Sampailah 7 kali. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas , sepe! rti buruh kasar dan sebagainya.

SEBENARNYA: Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah swt.

Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita . Dan ianya adalah amalan Rasulullah, selain dari memberikan tenaga.

Cuba lah dengan izin Allah swt. Wallahualam.

My Super Heroes!

Imej
Hujung bulan lalu kami sempat singgah ke E mart salah satu pasaraya di Miri. Ianya terletak di Permyjaya. Abah addin & nasa tidak berapa gemar ke sini memandangkan jauh dari rumah kami. Dah alang-alang berjalan, sempat jugalah Addin meminta abahnya membelikan baju spiderman untuknya. Bertambah meriah apabila Addin mengambil dua pasang, dan dia sendiri yang memilih saiz untuk Nasa. Kini ibu ada dua spiderman dalam rumah...memang hebat!

2nd Visit in Ramadhan

Imej
Last saturday was our second visit to Rumah Kebajikan Hamidah di Permyjaya.... Rumah anak-anak yatim yang baru di Miri selepas dipindahkan dari rumah kedai bertempat di Bumiko. Sayu anak-anak bila dengar cikgu Norita dah nak pulang ke KL. Nak lagi sayu mereka semua menangis baik lelaki mahupun perempuan. Hiba di hati ini apabila mengenangkan entah bila lagi kami akan balik ke Miri.

Tujuan kami ke sana ialah menghantar sumbangan orang ramai dan kawan-kawan untuk anak-anak ini berbuka dan bersahur. Walaupun tak seberapa dan kurang dari sumbangan yang sebelum ini namun untuk visit yang kedua ini, dapat juga kami collect sumbangan more than RM1000. Syukur. Rezeki kami hari itu, dapat berjumpa dengan Penguasa yang menjaga kebajikan anak-anak yatim seluruh Sarawak iaitu Pn. Hjh. Juliana.Beliau juga memaklumkan kepada kami bahawa sumbangan orang ramai untuk anak yatim Miri sangatlah kurang berbanding dengan sumbangan untuk rumah anak yatim di Kuching.Beliau meminta kami memaklumkan kepada ora…

"I Love Your Blog" Gift

Imej
Cute kan gift ni... dapat dari mama harith dan hannah, siapa lagi kalau bukan Arnie. Terima kasih Arnie! Syok jugak nak beri gift ni kat Arnie semula... I love you blog tooo dear!

So memandangkan kita boleh share gift ni dengan teman blogger yang lain, so N nak hadiahkan pada... along, syida, zuhaini, ida, ummilna, bibimie, kak Iena, mama farhah, nazahiyah(wife azlan), timmy. Hoping kita akan selalu update blog kita...hihihihi.

Harga menjadi soal????

Tersenyum saya apabila teringatkan kisah seorang teman ini. Dahulu dia seorang yang sangat berkira. Walaupun beliau adalah pengguna vitamin Shaklee, namun teman saya ini selalu membanding-banding vitamin Shaklee dengan vitamin lain di pasaran. Beliau suka bertanya dengan saya adakah produk X atau produk Z bagus memandangkan harganya lebih murah? Saya adakalanya malas nak layan manusia dari kategori ini … jadi jawapan paling MUDAH saya beri adalah… jika nak beli atau cuba beli sahajalah. Saya tidak pernah menghalang kerana setiap orang berhak ke atas duitnya sendiri. Pada saya manusia dalam kategori ini suka mencuba dan suka mencari yang murah. Golongan ini tidak mementingkan KUALITI tetapi sekadar kuantiti. Apa sahaja yang murah akan dibeli tanpa memikirkan kesan jangka panjang.

Saya percaya pada pepatah, alah membeli menang memakai. Suami saya selalu pesan jika nak membeli sesuatu kumpul duit dan beli yang terbaik. Contohnya handbag, suami saya galakkan saya membeli beg yang mahal …

Something nice to share

'The happiest people in the world are not those who have no problems, but those who learn to live with things that are less than perfect.'

A group of graduates, highly established in their careers, got together to visit their old university professor. Conversation soon turned into complaints about stress in work and life. Offering his guests coffee, the professor went to the kitchen and returned with a large pot of coffee and an assortment of cups - porcelain, plastic, glass, crystal, some plain looking, some expensive, some exquisite - telling them to help themselves to the coffee.

When all the students had a cup of coffee, the professor said: 'If you noticed, all the nice looking expensive cups were taken up, leaving behind the simple and cheap ones. While it is normal for you to want only the best for yourselves, that is the source of your problems and stress. Be assured that the cup itself adds no quality to the coffee. In most cases, it is just more expensive and in som…

Insafnya.....

Wake up for Fajr Solah

A man woke up early in order to pray the Fajr Prayer at the masjid.

He got dressed, made his ablution and was on his way to the masjid.

On his way to the masjid, the man fell and his clothes got dirty.

He got up, brushed himself off, and headed home.

At home, he changed hisclothes, made his ablution, and was, again, on
his way to the masjid.

On his way to the masjid, he fell again and at the same spot!

He, again, got up, brushed himself off and headed home.

At home he, once again, changed his clothes, made his ablution and was
on his way to the masjid.

On his way to the masjid, he met a man holding a lamp.

He asked the man of his identity and the man replied I saw you fall
twice on your way to the masjid, so I brought a lamp so I can light
your way.'

The first man thanked him profusively and the two where on their way
to the masjid.

Once at the masjid, the first man asked the man with the lamp to come
in and pray Fajr with him.

The second man refused.

The first man asked him a …

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan

Oleh

Ust. Hj. Zaharuddin Bin Hj. Abd Rahman

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan man…