Ahad, 31 Ogos 2008

B for Beauty

Ramai yang masih tidak tahu apakah kepentingan vitamin B kepada badan kita. Saya masih rasa sedih apabila ada golongan yang cetek ilmu mengatakan vitamin B complex boleh menyebabkan kegemukkan. Sekiranya ini benar maka saya pasti sayalah manusia paling besar memandangkan saya mengambil vitamin ini sejak berumur 21 tahun.

Saya cuba membuat pemerhatian ke atas mereka yang berbadan besar akibat selera makan yang tinggi dan juga golongan mereka yang mempunyai masalah kencing manis.saya mendapati mereka yang sentiasa berselera makan ini akan mudah letih, mengantuk dan ada juga yang emosi yang tidak stabil seperti mudah stress dan mudah tersinggung. Begitu juga dengan mereka yang mengidap penyakit kencing manis.

Kebanyakan mereka yang mudah naik berat badan adalah kerana ia berpunca dari cara hidup kita juga iaitu kurang bersenam. Vitamin B complex mungkin boleh menyebabkan seseorang itu rasa seperti mudah lapar atau lebih berselera terhadap makanan namun ianya terjadi kerana b complex merupakan spark plug di dalam tubuh. Ia penting untuk menukarkan glukos kepada tenaga. Jika vitamin ini kurang dalam tubuh, kebarangkalian untuk kita gemuk sangat tinggi dan tidak mustahil untuk kita mengidap kencing manis apabila gula tidak dapat ditukarkan kepada tenaga.

Vitamin B complex sangat penting untuk wanita khususnya. Ia membantu menstabilkan hormon di dalam tubuh. Ia penting untuk mengelakkan tapak kaki dari pecah. Ia penting untuk menampakkan kecantikan kulit wanita itu sendiri. Kekurangan b complex juga boleh menyebabkan seseorang itu nampak pucat dan tak bermaya. B complex membantu mengelakkan kemurungan dan macam-macam lagi.

Jika benar seseorang itu merasakan dia gemuk hanya kerana makan b complex, tolonglah muhasabah diri sebelum membuat andaian yang bukan-bukan. Sekiranya tetiba anda merasakan selera anda bertambah dengan mengambil vitamin b complex ianya hanya sekadar keperluan tubuh anda untuk menghasilkan tenaga. Andainya benarlah b complex boleh menggemukkan pasti sebelum berkahwin lagi badan saya akan mengembang seperti belon udara. Saya telah mengambil vitamin b complex semasa belajar lagi kerana untuk memastikan diri saya sentiasa segar sepanjang menjalankan aktiviti kampus.

Kenapa baby saya menangis?

Ada beberapa teman yang bertanya kepada saya mengapa anak kecil mereka suka menangis tanpa sebab dan adakala ada yang hampir setahun masih menangis pada malam hari. Saya sendiri masih belajar mengenai perkara ini. Apa yang saya pasti terdapat beberapa sebab bayi atau anak kecil menangis; antara sebabnya ialah

1. lapar/dahaga
Bayi atau anak kecil pasti akan menangis apabila mereka lapar dan kehausan. Ini sahaja sign yang boleh diberikan kepada si ibu untuk memberitahu keperluan asas mereka.

2. takut
Tangisan tertentu bayi boleh menunjukkan bahawa mereka sedang ketakutan. Kita sedia maklum bahawa alam yang lagi satu boleh dilihat oleh mereka yang bersih dari dosa ini memandangkan tiada hijab antara bayi dan ala ghaib. Saya sendiri melalui apabila Nasa menangis dengan tangisan yang pelik setiap jam 12 tengah malam sehinggalah ke subuh. Menjelang subuh dia akan berhenti menangis dan dapat tidur dengan lena. Apabila meminta pendapat orang alim mereka memberitahu bahawa rumah yang kami diami berhantu. Bunyinya memang seram namun kami melaluinya sehingga Nasa berumur dua bulan sebelum berpindah ke rumah baru.

3.mahu dibelai
Adakala anak kecil ini mahukan lebih perhatian di mana sebagai ibu bapa kita perlu meluangkan masa untuk membelai mereka dengan mendukung, kelek, memeluk dimana semua sentuhan ini akan memberi keyakinan dan meningkatkan comfort level bayi alam sekeliling mereka.

4. sakit.
Saya masih ingat pesan bidan saya..."Anak kecil ini badannya berbeza dengan kita. Jika kita tak tahan panas dengan peluh yang melimpah, anak kecil pula tidak tahan dengan kesejukan hatta dengan tiupan kipas angin apalagi aircond". Jadi kami akan memastikan anak kecil kami tidur di dalam kelambu bayi agar udara sejuk tidak menyelubungi mereka.
Bagi anak lelaki pula, penjagaan mereka lebih cerewet. Terutama untuk menjaga buahnya yang mana ia perlu dituam dengan daun sireh. Walaupun ada pendapat yang mengatakan boleh dituam menggunakan lampin dan seterika atau dengan bunjut homeopati tetapi kesannya sangat berbeza. Daun sireh lebih baik untuk menuam baby memandangkan air sireh sangat bagus untuk memastikan agar buah anak lelaki tidak dipenuhi air.
Jika anak anda menangis di tengah-tengah malam tanpa sebab... terutama apabila bayi tidak mahu minum atau pun meronta-ronta apabila dipeluk, cubalah membelek buahnya. Sekiranya dalam keadaan kemerah-merahan dan kembang di samping menjerit apabila kita menyentuhnya maka ada kebarangkalian anak kecil kita mempunyai hernia, maka segeralah berjumpa doktor untuk meminta pandangan profesional.

Namun sekiranya tangisan tanpa henti yang berlarutan adalah kita digalakkan untuk meminta nasihat profesional dari paedatrik agar sebarang kemungkinan dapat dikesan dari awal. Sekiranya anda mempunyai pengalaman yang berbeza bolehlah menulis komen mengenai hal ini.

Jumaat, 29 Ogos 2008

Hak mereka ada pada kita

Sayu saya melihat anak-anak yatim di Miri... namun bersyukur kini mereka sudah dapat kediaman yang lebih selesa berbanding dengan sebelum ini yang mana mereka hanya tinggal dalam rumah kedai. Walau begitu mereka masih dalam keadaan kekurangan. Mereka mempunyai perpustakaan namun rak buku masih kosong dan buku-buku pun ada yang sudah outdated. Mereka mempunyai bilik komputer namun hanya pada nama, memandangkan belum ada kemampuan untuk membeli hatta sebiji komputer.

Kelmarin suami saya ke pejabat baitulmal Miri menunaikan amanah dengan membayar zakat pendapatannya. Sempat juga suami bertanya dengan ustaz yang bertugas, sekiranya selepas ini kami telah berpindah ke Semenanjung, bolehkah kami membayar zakat kepada negeri Sarawak? Ustaz tersebut menerangkan bahawa adalah baik agar kita membayar zakat pendapatan di negeri kita bekerja namun tiada masalah untuk membayar di negeri lain. Suami saya menerangkan mengapa beliau ingin membayar di sini berbanding di semenanjung. Ini kerana kami sangat terharu melihat kedaifan anak-anak yatim serta fakir miskin di sini. Bukannya kami menidakkan bahawa ada juga fakir miskin dan anak-anak yatim di sana namun hakikatnya kesedaran umat islam di sana lebih tinggi berbanding di sini ditambah pula bilangan penduduk Islam di Semenanjung lebih ramai berbanding di Sarawak. Kami dimaklumkan penduduk Islam di Sarawak hanya 24%.

Ditambah pula kami suami isteri pernah menyertai projek meraikan anak yatim sempena bulan Syawal semasa zaman belajar dahulu.Kami mecari penaja dan meminta derma dari pelbagai pihak untuk anak yatim di KL. Mereka ini sudah terlalu mewah akibat kesedaran umat Islam di sana yang sangat tinggi. Bayangkan makanan yang ditaja sampai terbuang-buang akibat terlalu banyak yang memberi. Berbeza dengan rumah anak yatim di Miri ini, mereka sering bertanya kepada saya sekiranya dapat mencari individu yang boleh menaja anak-anak ini berbuka mahupun bersahur. Sayu apabila mengenangkan keadaan ini. Saya cuba yang terdaya....

Saya masih ingat pesan arwah abah... sekiranya seseorang itu mahukan ketenangan dan kelapangan urusan dunia, bersedekahlah pada anak-anak yatim dan fakir miskin. Doa mereka akan melancarkan urusan hidup kamu. Namun saya mengambil kesempatan ini untuk merayu kepada mana-mana pihak yang ingin menderma baik dari segi wang ringgit atau material bolehlah menghantar terus di alamat :

Kompleks Hamidah
Rumah Anak-anak Yatim Miri
No 2930 Blok 6
Kuala Baram Land District
98107 Miri Sarawak
No tel: 085408422

Bagi yang ingin menyumbangkan dalam bentuk wang ringgit boleh terus bank in ke
RHB Bank :26118700000259 di atas nama Lembaga Kebajikan Anak-anak Yatim Sarawak.

Khamis, 28 Ogos 2008

Bangganya menjadi anak Malaysia!

Saya bangga menjadi rakyat Malaysia yang merdeka! ditambah pula saya merdeka untuk jaga baby...hihihihi. Saya bersyukur dapat hidup dalam negara yang aman dan damai...tiada peperangan, tiada rusuhan. Walaupun negara kita sudah merdeka namun kita perlu menjadi rakyat yang bertanggungjawab agar kemerdekaan i dapat terus dikekalkan untuk anak-anak kita dan generasi akan datang!Walaupun banyak dugaan untuk saya siapkan topik ni tapi saya berjaya juga!Merdeka! Merdeka!

Saya dapat mesej ni dari arnieh(againnn... hihihihi), and passing this tag to...
syida, along, baby altamis,zuhaini, yus azlan, ida and whoever reading this... show your patriotism! ;)
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!




*begin copy*

I am a proud Malaysian blogger
1-Add your site(s) to the list if you're a proud Malaysian Blogger!
2-Pass this tag to as many Malaysian Blogger as you know, or if you're interested but nobody tags you, just include yourself volunteerly. Show some patriotism!
3-Once you've done posting this tag, leave a comment HERE! and you will be visited by a Malaysian local fruit, Mangosteen by the name of Mango! and added to the Master List.
4-Update list regularly to ensure every Malaysian Blogger gets equal link benefit.


I am a proud Malaysian blogger

1. mangosteenskin - Saya anak Malaysia! 2. Life is too short to be ordinary - Malaysia Tanahair Ku! 3. Sha's Love & Passion - Aku Anak Merdeka 4. A room of crazy scrapper - Merdeka!Merdeka! Merdeka? 5. Fliffy - Aku Patriotik, Sayang Malaysia ! 6. Rizal-Malaysia Ohh Tanahairku!!l 7. haniz - Merdeka Forever! 8. Prozak Nation 9. CarolPinky - Proud Malaysian! 10. Mariuca - I heart Malaysia! 11. Emila’s Illustrated Blog - Saya Anak Malaysia juga 12. Simple Life - Sam - Saya Anak Malaysia 13. Shemah's My Sweet Escape - Live, Enjoy and Love.. MALAYSIA! 14. Mariuca's Perfume Gallery - Made in Malaysia! 15. Yani-Tennitodoku-Proud to be a Malaysian-MERDEKA!! 16. Mummy HnH - Harith and Hannah - MERDEKA 51st Celebration!!! 17. Better you Better world- Bangganya menjadi anak Malaysia 18. You're next!!

Isnin, 25 Ogos 2008

Oh terharunya....

Terharu betul bila dapat award lagi. Buat ummilna, terima kasih kak!



This award is for those bloggers who are



nice people;



good blog friends and



those who inspire good feeling and inspiration also for those who are a positive influence on our blog world.



.



.
Once you've been awarded please pass it on to others who you feel are deserving of this award..



.



.



To all my dearie virtual friends and bloggers, you deserve this reward!

Ahad, 24 Ogos 2008

Tag lagi.....

Hmmm nampaknya kena tagged dengan arnie lagi...hihihi

1) What were you doing 5 years ago?
Hmmm sebagai surirumah sepenuh masa... dan bergelar ibu kepada Addin.

(2) What were the 5 things on your to do list today (August 23nd, 2008, Saturday)?
1- Response to this tagging thing. I got it yesterday from Arnie... baru hari ni sempat jawab.
2- Menjadi penceramah atas program UPSR tajaan Petronas.
3- Rehat dan bersantai bersama keluarga di hujung minggu pada sebelah petang
4- Plan nak jemput kawan2 for morning coffee tomorrow morning
5- Update blog ni....

(3) What are 5 snacks that you enjoy?
1- Kerepek Pedas
2- Cheese cake
3- Drink Kokoberry
4- Roasted Almond
5- Ice Cream

(4) What are 5 things that you do if you were a billionaire?
Sebenarnya secara jujur saya tidak pernah mengimpikan untuk jadi jutawan jadi bila dapat soalan macam ni... jenuh gak nak berfikir. Hmmmm... bila dah jadi jutawan nantilah saya fikirkan. hihihi

(5) What are 5 jobs you've had? and still doing ?
1- Fulltime housewife
2- Ibu kepada Addin dan Nasa
3- PA Hubby
4- Cikgu tuition
5- Cikgu kepada Addin

Who are 5 person you want to tag?
1- along@sitilina
2- syida
3- yus_azlan
4- Zuhaini
5- Yana

Sabtu, 23 Ogos 2008

Uniknya lelaki dan wanita....

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam , wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat .celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi

Hukum agama telah terpapar
Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI.....

Selasa, 19 Ogos 2008

Beware of Garbage Trucks

Beware of Garbage Trucks
by David J. Pollay (don't know him and don't know if he is an author)

How often do you let other people's nonsense change your mood? Do you let a bad driver, rude waiter, curt boss, or an insensitive employee ruin your day? Unless you're the Terminator, for an instant you're probably set back on your heels. However, the mark of a successful person is how quickly he/she can get back her focus on what's important.

Sixteen years ago I learned this lesson. I learned it in the back of a New York City Taxi cab. Here's what happened.

I hopped in a taxi, and we took off for Grand Central Station. We were driving in the right lane when, all of a sudden, a black car jumped out of a parking space right in front of us. My taxi driver slammed on his breaks, skidded, and missed the other car's back end by just inches!

The driver of the other car, the guy who almost caused a big accident, whipped his head around and he started yelling bad words at us. My taxi driver just smiled and waved at the guy and I mean, he was friendly. So, I said, 'Why did you just do that? This guy almost ruined your car and sent us to the hospital!'

And this is when my taxi driver told me what I now call, 'The Law of the Garbage Truck.'

Many people are like garbage trucks. They run around full of garbage, full of frustration, full of anger, and full of disappointment. As their garbage piles up, they need a place to dump it. And if you let them, they'll dump it on you. When someone wants to dump on you, don't take it personally. You just smile, wave, wish them well, and move on. You'll be happy you did.

So this was it: The 'Law of the Garbage Truck.' I started thinking, how often do I let Garbage Trucks run right over me? And how often do I take their garbage and spread it to other people: at work, at home, on the streets? It was that day I said, 'I'm not going to do it anymore.' I began to see garbage trucks. I see the load they're carrying. I see them coming to drop it off. And like my Taxi Driver, I don't make it a personal thing; I just smile, wave, wish them well, and I move on.

One of my favorite football players of all time, Walter Payton, did this every day on the football field. He would jump up as quickly as he hit the ground after being tackled. He never dwelled on a hit. Payton was ready to make the next play his best.

Good leaders know they have to be ready for their next meeting. Good parents know that they have to welcome their children home from school with hugs and kisses. Teachers and parents know that they have to be fully present, and at their best for the people they care about. The bottom line is that successful people do not let Garbage Trucks take over their day. What about you? What would happen in your life, starting today, if you let more garbage trucks pass you by?

Isnin, 18 Ogos 2008

You are what you eat!

Masih ada yang tertanya apa beza Shaklee dengan vitamin di luar... inilah sebab mengapa saya memilih Shaklee.

1. ENERGIZING SOY PROTEIN

• Sumber terbaik daripada kacang soya
• Mengandungi protin lengkap (9 essential amino asid)
• Protin mental
• Kolesterol “o” serta rendah lemak
• PER(Protein Efficiency Ratio) yang tinggi – 2:5


2. VITA-LEA

• Mengandungi 12 vitamin dan 7 Galian pada kadar yang seimbang
• Larutan yang cepat (17 minutes disintegration time)
• Folic Acid dan Biotin 100%
• 2 biji membekalkan 600 mg calcium
• Diuji oleh 48 saintis selama 198 jam bagi setiap ‘batch’


3. VITA -C 500 mg SUSTAINED RELEASE

• Pelepasan perlahan-lahan – 100mg setiap jam selama 5 jam
• Bio-flavonoid C complex
• Sumber terbaik – Rose hip
• 1 biji mengandungi vitamin C seperti mengambil 7.5 biji oren segar


4. B-COMPLEX

• Sumber terbaik – Torula dan Brewers Yeast
• Mengandungi 8 jenis vitamin B
• 100% Folic Acid dan 100% Biotin
• Tidak mengandungi pewarna tiruan


5. OSTEOMATRIX

• Mengandungi calcium, magnesium, phosphorus dan vitamin D
• Vitamin D memastikan penyerapan
• Larutan yang segera (10 saat)


6. ALFALFA

• Ditanam tanpa baja dan semburan kimia
• Hanya pucuk sahaja digunakan
• Dikeringkan secara semulajadi
• Mengandungi lebih daripada 40 jenis zat untuk kesihatan


7. VITA -E 400 IU

• Mengandungi ‘d-alpha tocopherols’- vitamin E asli
• Sumber terbaik – soya
• 1 biji vitamin E sepertimana terdapat dalam 11 cawan minyak soya
• Mengandungi selenium(sejenis mineral) untuk sinergi


8. BETA CAROTENE

• Sumber terkaya – Dunaliella Algae
• 1 1b = 170 1b carrot
• Teknik pemerosesan yang tidak menggunakan bahan kimia
• Penggunaan kapsul untuk memastikan kesegeran


9. GARLIC

• Dual-odor control formula
• Cool-dry method of processing
• Larut di bahagian kedua system pencernaan
• Bentuk tablet terbaik, bukan minyak (garlic pearls)

10. LECITHIN

• Sumber terbaik – kacang soya
• Mengandungi Cholin & Inositol
• Cholin membantu kecerdasan minda
• Inositol membantu ‘even distribution of body fat’
• Setiap kapsul mengandungi 520 mg lecithin



11. ESENTIAL OMERGA -3 COMPLEX

• Sumber terbaik ikan perairan sejuk
• Cholesterol free
• “Bio-available” – tersedia untuk diserap oleh badan
• 3 kapsul membekalkan 975 mg asid lemak omega -3


12. GLA COMPLEX

• Sumber tebaik – borage seed


13. ZINC

• Bioavailable Zinc Gluconate untuk penyerapan yang terbaik


14. IRON PLUS VITAMIN C

• Vitamin C memastikan iron (zat besi) diserap dengan baik


15. HERB-LAX

• Melepasi ujian masa (> 35 tahun)
• Antara barangan terawal Shaklee
• Mengandungi 8 bahan utama ( senna leaves,licorice roots, alfalfa, Fennel seed, anise seed, rhubarb root, blue malva flower and culver root)


16. FIBER BLEND TABLETS

• Kombinisi unik daripada 5 sumber serat (oranges, grapefruits, Soyabeans, beets and lemon) untuk mengawal selera
• Tiada sodium, tiada dadah (pengawalan berat badan)
• 5 biji membekalkan 3 gm serat



17. FIBER PLAN DAILY MIX

• Mengandungi serat daripada 7 sumber (rice flour, soy flour, oat bran, Psyllium husk, acacia gum, pectin, guar gum)
• Tiada sodium berbanding dengan satu hidangan cornflakes (220-260 gm Sodium)
• 2 sudu besar membekalkan 5 gm serat


18. PERFORMANCE

• Mengandungi Opticarb – formula karbohiderat yang unik
• Setiap gelas memberi tenaga untuk otot-otot 67% lebih Gatorade
• Menggantikan air, tenaga dan elektrolit dengan cepat untuk lebih stamina


19. MEAL SHAKES

• Meal in a shake
• Satu hidangan = 1/3 keperluan vitamin asas, protin, galian, galian surih (trace minerals), dan 3 gm serat

Siapa yang tidak digalakkan makan vitamin???

Sebenarnya ada beberapa golongan yang saya dinasihatkan untuk tidak menggalakan mereka mengambil vitamin dan saya tidak akan mengesyorkan pengambilan vitamin terhadap golongan ini.

1. Mereka yang sudah berputus asa dengan perubatan dan pengambilan supplement. Golongan ini telah banyak mencuba pelbagai jenis supplement dalam pasaran dan mengharapkan kesannya sepantas kilat.

2. Mereka yang tidak suka minum air masak atau air mineral. Golongan ini akan merasakan viamin tidak memberi kesan yang baik pada mereka walhal ianya berlaku kerana badan mereka kekurangan air maka vitamin tidak dapat diserap dengan baik.

3. Mereka yang tidak prihatin tentang kesihatan. Golongan ini tidak pernah mengambil kisah tentang kesihatan hatta kecantikan wajah sendiri.

4. Mereka yang kurang membaca namun cuba memberitahu keburukan pengambilan supplement.

5. Mereka yang tidak berminat dengan pemakanan tambahan.

Anugerah...

Terharunya bila teman blogger yang menganugerahkan blog saya sebagai



Terima kasih buat ummilna untuk anugerah ini



Begitu juga buat arnieh untuk anugerah ini....

Namun ada juga syarat-syaratnya

~ Put the logo on your blog.
~ Add a link to the person who awarded you (that would be me !!!)
~ Nominate at least 10 other blogs
~ Add links to those blogs on yours.
~ Leave a message for your nominees on their chat box


SIAP!!!


So, buat semua blogger yang dalam list saya...


sila la ambil award ini ya... jgn segan dan jangan malu.. hihi..
(Bagi yang tiada dalam list sila email saya untuk saya link blog cik puan dan cik tuan.)

Khamis, 14 Ogos 2008

Breastfeeding dan cabarannya (Sambungan)

Antara cabaran lain dalam penyusuan anak ialah:

1. Berpantang dalam pemakanan
Bukan semua ibu yang menyusukan anaknya benar-benar ambil berat tentang pemakanan. Ini kerana pemakanan si ibu mempengaruhi kualiti susu ibu. Sebagai contoh ibu yang menyusukan anaknya tidaklah digalakkan mengambil beberapa jenis makanan kerana dikhuatiri akan memberi kesan yang tidak baik kepada si anak. Antara makanan yang perlu si ibu elakkan (sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan atau selagi bayi hanya bergantung 100% dengan susu ibu) - nenas, ikan yang berduri( tajam, boleh menyebabkan perut si anak meragam), lada hitam, halba (panas, boleh menyebabkan si anak panas dan tidak selesa perut), pisang, air sejuk (berangin, boleh menyebabkan perut bayi kembung). Walaupun demikian bukan semua ibu percaya dengan perkara dan akibat yang dinyatakan selagi anak mereka tidak meragam yang boleh menyebabkan si ibu tak senang duduk. Namun, kesannya bukanlah sekadar pada tangisan atau ragam bayi tetapi perkembangan lain seperti berat yang tidak ideal dan pertumbuhan yang sedikit lambat.

2. Si ibu yang berkerjaya
Memang tidak dapat disangkal bahawa si ibu yang berkerjaya mempunyai lebih banyak cabaran. Mana nak menguruskan anak kecil, si suami tersayang, kerja pejabat yang bertimbun-timbun, kerja rumah yang tidak pernah selesai membuatkan adakala si ibu akan mudah berputus asa. Namun bagaimanakah nak mengatasinya? Dapatkan khidmat nasihat kaunselor, pakar O&G, pakar laktasi dan teman pembimbing yang arif mengenai bagaimanakah melalui hari-hari akan datang dengan lancar. Apapun pandangan peribadi saya, jika ada kemahuan pasti akan ada jalan!

3. Perubahan hormon- production merundum
Keunikkan wanita Allah jadikan antaranya ialah makhluk ini mempunyai 9 nafsu. Nafsu di sini bermaksud keinginan, impian dan agenda yang sentiasa banyak dalam hidupnya. Pelbagai perkara difikirkan... pejabat, rumah, anak, suami dan diri sendiri. Bila terlalu sibuk dengan kerja pejabat, sedikit sebanyak akan menjejaskan hormon. Begitu juga si ibu yang mengambil pil perancang, pil penahan sakit. Ini semua akan menyebabkan kemusnahan vitamin B complex sedia ada dalam tubuh kita. Seterusnya mengakibatkan hormon menjadi tidak stabil. Apabila ini berlaku pengeluaran susu lama kelamaan akan terjejas.Namun berapa orang yang menyedarinya? Maka kerana itu si ibu sangat digalakkan untuk mengambil makanan yang mengandungi banyak b complex seperti bijirin, kuning telur, sayuran dan banyak lagi agar persekitaran tidak menjejaskan kestabilan hormon di dalam tubuh.

4. Pelbagai kategori si kecil
Pernah seorang ibu bertanya " Adakah anak kamu banyak menyusu? Anak saya sangat kuat menyusu sehingga saya rasakan seperti tidak sempat badan saya nak produce mengikut keperluannya." Tidak kurang juga yang mengadu " Agaknya mengapa anak saya kurang menyusu sedangkan saya mempunyai banyak susu." Pelbagai kategori si kecil ini sebenarnya;ada yang kuat minum, ada pula yang kuat tidur dan ada pula yang kuat bermain. Maka si ibu perlu mengenalpasti yang mana satu golongan anaknya agar si ibu dapat mengetahui keperluan penyusuan anaknya.
Saya sendiri melalui pengalaman yang berbeza dengan dua orang putera saya. Putera sulung saya sangat kuat menyusu sehinggakan saya rasakan tiada rehat untuk saya. Bayangkan setiap jam si putera ini mahukan susu. Berbeza dengan putera muda saya, anakanda ini hanya akan meminta susu apabila anak tekaknya berasa haus yang amat. Walaupun demikian pertumbuhan fizikal mereka sangat menakjubkan. Saya membuat kesimpulan bahawa kualiti susu yang mempengaruhi pertumbuhan anak.

Walaupun ada banyak lagi dugaan breastfeeding namun cabaran ini datang dengan cara yang berlainan bagi setiap individu.Ada yang tertanya mengapa saya rajin untuk menulis tentang topik ini? Jawapan yang mudah... Jika seorang pelajar SPM itu sudah tahu soalan apakah yang akan keluar semasa dia menduduki peperiksaan nanti maka persediaan yang rapi dapat membantunya menjawab soalan dengan cemerlang!
Maka yang sedemikian, buat ibu-ibu yang berniat untuk menyusukan anak mereka, semoga tips dan panduan cabaran ini akan menguatkan lagi semangat anda untuk menyusukan si kecil yang tersayang.

Selasa, 12 Ogos 2008

Breastfeeding dan cabarannya

Sesungguhnya Allah menyediakan pahala dan berkat yang sangat-sangat besar bagi setiap ibu yang menyusukan anaknya melalui susu ibu. Mengapa? Kerana untuk seorang ibu menyusukan anaknya bukanlah satu perkara yang mudah. Terdapat beberapa cabaran yang perlu diharungi sepanjang tempoh penyusuan. Namun tidak dinafikan bukan semua ibu melaluinya. Antara cabaran yang dapat saya kenalpasti adalah;

1. Family Support
Bukan semua suami mahupun keluarga mempunyai kesedaran terhadap kepentingan susu ibu kepada bayi. Namun sebagai langkah permulaan si ibu perlulah menyatakan keinginannya untuk menyusukan bayinya sejak dari bayi di dalam kandungan lagi. Cubalah menunjukkan kesungguhan dengan mencari beberapa buah buku tentang penjagaan bayi, kelahiran, penyusuan dan sebagainya. Selain itu dapatkan khidmat kaunseling dari pakar O&G mengenai penyusuan. Bawalah suami bersama semasa sesi agar kedua-dua pasangan lebih memahami keperluan dan kepentingan penyusuan susu ibu.

2. Keinginan dan Kekuatan Diri yang Lemah
Ini kebiasaanya berlaku apabila si ibu kurang dalam pengetahuan tentang penyusuan. Apabila kurangnya ilmu serta pendedahan dari pihak lain maka si ibu akan mudah mengalah apabila menghadapi situasi yang sukar seperti berlakunya permintaan melebihi pengeluaran, susu lambat stimulate, puting tersumbat, puting tenggelam dan sebagainya. Untuk mengatasinya si ibu perlulah membanyakkan membaca dan bertanya kepada pihak ketiga seperti pakar laktasi,ibu2 yang lebih pengalaman untuk mendapatkan nasihat dan cara mengatasi. Namun kebanyakan ibu-ibu mengambil langkah mudah dengan menghentikan penyusuan.

3. Perlu Banyak Minum Air
Inilah soalan yang kerap ditanya treutama first timer mom. Jawapan yang mudah, kita digalakkan minum lebih dari 10 gelas sehari. Saya sendiri minum melebihi 3 liter sehari. Air yang banyak menggalakkan stimulasi susu. Namun air kosong-suam panas lebih digalakkan dan air sejuk perlu dielakkan.

4. Kerap ke Tandas
Menjadi lumrah apabila banyak minum maka banyak jugalah pembuangan air kecil. Namun ia amat bagus bagi system perkumuhan badan kita. Saya sendiri mengamalkan pengembilan segelas 250ml air masak suam setiap kali selepas membuang air kecil bagi menggantikan air yang telah dibuang. Alhamdulillah saya masih merasakan bengkak susu walaupun anak kedua hampir mencecah 1 tahun.

5. Cepat Lapar
Memandangkan semua zat kini telah dikongsi dua maka si ibu pastinya akan mudah berasa lapar. Bagi ibu yang mempunyai metabolisme yang sangat tinggi maka mereka tidak perlu risau kerana segala pengambilan makanan akan mudah ditukarkan dalam bentuk tenaga. Tetapi masalah bagi ibu yang rendah metabolisme maka pengambilan karbohaidrat yang berlebihan boleh menyebabkan si ibu mempunyai berat dan saiz yang berlebihan. Maka ibu dari golongan ini sangat digalakkan mengambil supplement seperti b complex (ibarat spark plug-penting menukarkan gula kepada tenaga)dan Energizing Soy Protien yang terdiri daripada 100% soya. Cuba elakkan pengambilan protein campuran haiwan (whey protein) dan soy kerana dikhuatiri keberkesanan yang berbeza.

6. Masalah Fizikal Tubuh
Antara perkara yang perlu ibu kenalpasti adalah keadaan puting agar ia dalam keadaan mudah untuk dihisap oleh anak. Saya sendiri pada mulanya mengahadapi masalah putting tenggelam. Memang sukar saya rasakan terutamanya bila susu sangat bengkak namun mempunyai puting yang tenggelam. Nasib baiklah ibu mertua saya menyarankan agar suami mencari pam yang berbentuk hon. Alhamdulillah puting mudah keluar setelah menggunakan pam tersebut untuk 2-3 kali. Namun ada lagi satu cara ialah dengan menggunakan nipple shield tetapi dikhuatiri bayi akan confius dengan puting ibu dan puting plastik. Walaubagaimanapun ia bukanlah menjadi alasan untuk menghentikan susu badan.

7. Anak Suka Menggigit
Ada sesetengah ibu sangat berharap agar anaknya tumbuh gigi lambat dengan alasan takut putting digigit. Namun bagi saya terpulang pada si ibu untuk memaklumkan anaknya bagaimana si ibu merasa sakit setiap kali digigit. Dalam teori pendidikan kanak-kanak , seorang bayi @ kanaka-kanak akan mudah belajar melalui sesuatu isyarat yang diulang-ulang. Saya sendiri masih belajar mempraktikkan teori berkenaan di mana apabila anak saya mula menggigit semasa menyusu saya akan terus menggeleteknya agar melepaskan apa yang digigitnya.

8. Susu Lambat Stimulate
Ada beberapa perkara yang saya belajar melalui pembacaan dan pengamatan saya dalam masalah ini. Sebenarnya untuk badan stimulate milk, badan sendiri memerlukan cukup zat dan cukup air. Secara peribadi saya katakan setiap ibu yang menyusukan anaknya perlulah mengambil vitamin mahupun supplement untuk membantu badan menghasilkan susu. Badan yang mempunyai cukup khasiat akan lebih mudah mengatasi stress dan secara langsung akan mudah menghasilkan susu. Ianya ibarat pokok yang subur diberi cukup air dan baja serta mendapat cahaya matahari yang mencukupi pasti boleh menghasilkan buah-buahan yang berkualiti.

Sebenarnya ada lagi beberapa cabaran breastfeeding dan akan saya sambung dalam post yang akan datang. Sekian dulu.

Isnin, 11 Ogos 2008

Friend Vs Best friend

Friend: calls your parents by mr. and mrs.
Best friend: calls your parents dad and mom.

Friend: has never seen you cry
Best Friend: has always had the best shoulder to cry on

Friend: never asks for anything to eat or drink
Best friend: opens the fridge and makes herself at home

Friend: asks you to write down your number.
Best friend : they ask you for their number ( cuz they can't remember it)

Friend: borrows your stuff for a few days then gives it back
Best friend: has a closet full of your stuff

Friend: only knows a few things about you
Best friend: could write a biography on your life

Friend: will leave you behind if that is what the crowd is doing
Best friend: will always go with you

Friend: would delete this letter
Best friend: will send this back to me and all of their online buddies
Friends Forever!

Khamis, 7 Ogos 2008

Breastfeeding and supplement

Saya tertarik untuk menulis tentang satu pertanyaan dari seorang ibu yang sudah mempunyai 3 orang anak. Beliau bertanya adakah penting baginya mengambil b complex dan vitamin c sedangkan beliau sudahpun mengambil kedua-dua vitamin ini melalui multivitamin. Beliau mengutarakan pertanyaan ini kerana pada beliau dengan kos sara hidup yang semakin tinggi amat sukar baginya untuk membeli pelbagai jenis vitamin. Namun yang peliknya pakaiannya sentiasa bertukar ganti setiap bulan tidak pula dikaitkan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi?

Hmmm… jawapan yang saya berikan kepada kakak ini ialah multivitamin mengandungi semua vitamin yang diperlukan oleh tubuh setiap hari. Namun kerana terdapat beberapa kekangan maka tubuh kita memerlukan lebih vitamin B complex dan vitamin C atas beberapa sebab. Sebenarnya saya sudah menerangkan dalam post saya sebelum ini namun mungkin bukan semua menyedarinya.

Ada beberapa perkara yang menyebabkan tubuh kita memerlukan lebih vitamin b atau lebih khusus ialah B Complex.

1. Vitamin B larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti –malah setiap hari.

2. Banyak vitamin B dimusnahkan atau menjadi deaktif kerana cahaya. Tidak banyak usaha yang dilakukan untuk melindungi vitamin bernilai ini dari cahaya.

3. Gula menghapuskan b complex. Lima kali ganda b complex mengikut RDA diperlukan untuk mematabolismekan gula dalam Cuma satu minuman Cola. Dan bayangkan mengikut kajian… secara purata setiap kita menerima hampir 128 paun gula setahun.

4. Stress mental dan fizikal meluputkan lebih B complex. Tekanan atau stress adalah asam ragam dalam hidup semua orang. Biarpun kita sering memikirkan stress mental, stress fizikal juga boleh merosakkan kita. Kebanyakan vitamin B dilibatkan dalam pengeluaran neurotransmitter dan pengubahsuai dalam otak yang membolehkan badan mengatasi stress dengan baik.

5. Haba menghapuskan kebanyakan unsur B complex. Dalam proses penyediaan makanan, vitamin b sensitif kepada haba yang yang sering memusnahkan. Sesungguhnya vitamin dimusnahkan ketika penyediaan makanan segera, makanan dalam tin, makanan yang dibekukan dan makanan siap masak.

6. Antibiotik, pil tidur, pil perancang, racun serangga menghapuskan banyak vitamin B complex. Ubat-ubatan ini menghapuskan bekalan b complex dengan mudah.

7. Sesetengah sumber b complex yang terkaya diketepikan oleh sesetengah individu. Daging seperti hati, limpa dan jantung tidak dimakan atau dilarang untuk sesetengah individu disebabkan tuntutan keagamaan mahupun akibat kolesterol yang tinggi. Vegetarian pula menghadapi masalah vitamin B12 sebab vitamin ini hampir tidak wujud dalam keluarga sayur-sayuran.


Manakala kepentingan vitamin C pula :


Seperti yang kita semua sedia maklum, vitamin c sangat penting bagi tubuh kita terutama dalam melawan penyakit. Ianya diakatakan dapat membantu meningkatkan immune system badan kita. Bagi ibu yang cukup vitamin C, insyaAllah anak susuannya akan kurang mandapat jangkitan batuk mahupun selsema dari pembawa penyakit tersebut.
VITAMIN C SANGAT RAPUH (FRAGILE)

1. Vitamin C larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti –malah setiap hari.

2. Vitamin C mudah dimusnahkan oleh pencemaran udara & air. Contohnya merokok sekotak boleh membakar 500 mg Vit C.

3. Mudah musnah kerana stress (tekanan ) - physikal dan mental.

4. Vitamin C mudah teroksida oleh oksigen. Contoh makanan pemotongan sayur-sayuran, buah-buahan yg terdedah terlalu lama sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan Vit.C. Contoh lain ialah cara memasak yang terlalu lama atau dengan suhu yang tinggi.

Faktor-faktor lain…. Pemilihan makanan, penyusuan anak, umur, aktiviti dan penyakit juga memainkan peranan dalam pengambilan b complex dan vitamin C dalam diet seharian.
Last but not least: Satu soalan cepu emas dari seorang doctor….

Kalau anda begitu berhati-hati bila sakit , kenapa tidak anda berhati-hati ketika sihat-supaya anda tidak jatuh sakit? Saya tidak menjamin anda tidak akan jatuh sakit tetapi saya boleh beritahu anda bahawa badan yang sihat dan mendapat cukup khasiat dapat menjauhi kesakitan dan kelesuan.

Jika anda perlu belanja lebih sedikit untuk makanan tambahan yang berkualiti, saya percaya harganya memadai manfaat yang bakal diperolehi terutama bagi ibu yang menyusukan anaknya!

Rabu, 6 Ogos 2008

Sedikit tips penyusuan anak

Ada banyak perkara yang pada dasarnya perlu kita ambil berat jika kita benar-benar ingin menyusukan anak. Namun bukan semua ibu terutama ibu-ibu yang kurang pendedahan mengenainya mengambil endah perkara yang sepatutnya dan tidak sepatutnya dilakukan.


Melalui pengalaman saya sendiri serta pengamatan saya sebenarnya untuk menyusukan anak perlulah lahir semasa bayi di dalam kandungan lagi.Persediaan mental dan jasmani sangat-sangat penting. Beberapa amalan yang saya belajar sendiri untuk penyusuan bayi adalah ;

1. Banyakkanlah membaca Al-Quran sepanjang masa. Bukan sekadar mengaji tetapi kita perlu mengkaji. Maksud saya kita perlu tahu atas segala surah dan keperluan surah tersebut dalam kehidupan seharian. Allah menjadikan kita Al-Quran bukan sekadar penghias almari mahupun penghias rumah tetapi bekalan kerohanian sepanjang hayat. Pengisian rohani sangat penting kerana untuk menyusukan anak memang banyak dugaannya. Tidaklah semudah yang disangka. Ia tidak boleh sekadar bergantung dengan niat semata-mata. Ia perlukan usaha ke arah itu.

2. Miliki buku-buku bacaan mengenai bagaimana menjadi ibu yang berjaya menyusukan anaknya... bukan sekadar berjaya dalam kerjaya tetapi berjaya membangunkan sunnah dan agama di dalam keluarga. Saya sendiri mendapatkan banyak info tentang bayi dan penyusuan dari buku-buku yang dijual di kedai buku. Bukulah teman akrab saya. Setelah itu baru saya berjinak-jinak dengan forum penyusuan.

3. Berkawanlah dengan ibu-ibu yang berjaya menyusukan anaknya. Kurangkan pergaulan dengan ibu-ibu yang hanya mementingkan diri sendiri berbanding anaknya. Golongan ini tidak membantu kita memotivasi untuk terus menyusukan anak sebaliknya mereka akan lebih pro kepada susu formula.

4. Pengambilan supplement digalakkan bagi ibu yang menyusukan anaknya. Ada yang bertanya....mengapa perlu ambil sedangkan saya tidak pernah skip even one meal? Supplement sangat-sangat penting agar badan kita tidak mudah letih. Jika kerjaya seseorang itu memerlukan lebih perhatian dan adakala boleh mengakibatkan keletihan mahupun stress , ini boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu.Terlalu memikirkan tentang kuantiti susu ibu juga boleh menjejaskan pengeluaran. Ini kerana ia mengakibatkan perubahan hormon dalam badan dan secara langsung memberi impak yang besar ke atas production susu.

5. Kurangkan mengambil makanan yang boleh menyejukkan urat...antaranya pengambilan makanan dan minuman yang sejuk. Masih saya ingat bidan saya menegur saya memakan coselaw...katanya boleh makan kerana jamah tetapi tidak boleh banyak kerana ia sejuk dan mengakibatkan susu terjejas. Begitu juga dengan pengambilan minuman sejuk yang berais mahupun meminum air yang berkarbonat. Ia boleh menjejaskan pengeluaran susu ibu mungkin bukan hari ini tetapi esok lusa lambat laun susu ibu akan berkurang.

6. Berurut sekali sekala. Selain memanjakan diri berurut juga membantu pengaliran darah yang lebih lancar. Apabila ini berlaku dengan mudah susu akan mengalir tanpa ada sebarang masalah. Di samping itu mandilah dengan air suam tetapi bukan dengan air sejuk kerana dikhuatiri urat akan sejuk dan seterusnya susu akan kurang pengeluarannya.

7. Pump session bagi ibu yang bekerja dan stok ebm.... sangat penting.Pump session penting agar badan mudah untuk stimulate milk sepanjang ibu bekerja.Stok ebm.... Ianya akan lebih bermanfaat apabila si ibu perlu outstation ataupun berada dalam keadaan tidak sihat bayi akan tetap mendapat susu yang terbaik.

8. Bertawakal dalam segala urusan yang berkait dengan anak. Bermula dengan doa iaitu keperluan kerohanian diikuti dengan keperluan jasmani....kini kita bertawakal. InsyaAllah jika ini terus dipraktikkan, penyusuan susu ibu pasti akan berjaya mencecah 2 tahun! Allah akan bukakan jalan bagi mereka yang ada kemahuan.


Sekiranya ada mana-mana tips yang saya mungkin terlupa untuk dikongsi... bolehlah tambah. Saya juga masih lagi belajar untuk menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak saya!

Air Susu Ibu

Oleh : Witrie Annisa Buys

''Tidakkah seseorang di antara kamu merasa ridha jika hamil dari benih
suaminya dan suaminya bangga dengan kehamilannya, bahwa wanita tersebut
mendapat pahala sama dengan (pahala) seorang prajurit yang berpuasa ketika
berperang di jalan Allah? Bila wanita tersebut menderita sakit sewaktu
melahirkan, betapa kegembiraan yang dirasakannya yang tak diketahui penghuni
langit dan bumi dengan lahirnya buah hati.'' (HR. Ibnu Atsir)

Dalam riwayat Thabarani dan 'Ibnu Asakir ditambahkan, jika ia melahirkan,
lalu ia mengeluarkan susu dari payudaranya dan dihisap oleh bayinya, setiap
hisapan dan tegukan mendapat satu pahala. Jika ia berjaga sepanjang malam
(karena melayani bayinya), ia mendapatkan pahala seperti pahala orang
memerdekakan 70 orang budak di jalan Allah.
Wahai Salamah, tahukah engkau siapa yang kami maksud dengan sabdaku ini?
Yaitu perempuan-perempuan yang memelihara dirinya, yang shalihah, yang taat
kepada suaminya, dan mereka tidak mengingkari kebaikan suaminya.

Hadis di atas memberikan kabar gembira kepada ibu hamil dan menyusui bahwa
pengorbanan mereka akan mendapatkan pahala dari Allah. Hamil bagi seorang istri
adalah suatu tugas mulia yang dibebankan Allah kepada dirinya selama caranya
sah. Selama hamil seorang ibu akan merasakan beban berat mulai dari mual,
muntah-muntah, punggung sakit, dan seterusnya, karenanya bila ia dapat
menjalani kehamilan tersebut dengan penuh keridhaan, maka Allah telah
menjanjikan pahala yang tanpa henti baginya selama masa hamil yang panjang itu
seperti orang berpuasa yang tengah berperang di jalan Allah.

Bagi ibu yang bersedia menyusui, Allah juga menjanjikan setiap hisapan dan
tegukan ASI yang diminum oleh sang bayi akan menambah pahala bagi ibunya. Para
ibu juga hendaknya tidak sengaja menolak memberikan ASI dengan alasan demi
menjaga kecantikan atau karena kesibukan kerja sehingga bayinya hanya diberi
susu formula.

Penelitian medis telah membuktikan bahwa ASI memiliki berbagai keunggulan
yang tidak tergantikan dengan susu manapun. Bahkan, agama kita menekankan
pentingnya memberikan ASI kepada buah hati kita. ''Para ibu hendaklah
menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin
menyempurnakan penyusuan.'' (QS Al Baqarah [2]: 233). Air susu ibu adalah
karunia Allah bagi ibu dan bayi. Maka, masihkah kita akan menggantikan karunia
Allah itu dengan jenis minuman lain bagi titipan-Nya pada kita itu?

Selasa, 5 Ogos 2008

For our knowledge...

A sliced Carrot looks like the human eye The pupil, iris and radiating lines look just like the human eye...and YES science now shows that carrots greatly enhance blood flow to and function of the eyes.
A Tomato has four chambers and is red. The heart is red and has four chambers. All of the research shows tomatoes are indeed pure heart and blood food.


Grapes hang in a cluster that has the shape of the heart. Each grape looks like a blood cell and all of the research today shows that grapes are also profound heart and blood vitalizing food.
A Walnut looks like a little brain, a left and right hemisphere, upper cerebrums and lower cerebellums. Even the wrinkles or folds are on the nut just like the neo-cortex. We now know that walnuts help develop over 3 dozen neuron-transmitters for brain function.

Kidney Beans actually heal and help maintain kidney function and yes, they look exactly like the human kidneys.

Celery, Bok Choy, Rhubarb and more look just like bones. These foods specifically target bone strength. Bones are 23% sodium and these foods are 23% sodium. If you don't have enough sodium in your diet the body pulls it from the bones, making them weak. These foods replenish the skeletal needs of the body.
Eggplant, Avocadoes and Pears target the health and function of the womb and cervix of the female - they look just like these organs. Today's research shows that when a woman eats 1 avocado a week, it balances hormones, sheds unwanted birth weight and prevents cervical cancers. And how profound is this? .... It takes exactly 9 months to grow an avocado from blossom to ripened fruit. There are over 14,000 photolytic chemica l cons tituents of nutrition in each one of these foods (modern science has only studied and named about 141 of them).

Figs are full of seeds and hang in twos when they grow. Figs increase the motility of male sperm and increase the numbers of Sperm as well to overcome male sterility.
Sweet Potatoes look like the pancreas and actually balance the glycemic index of diabetics.

Olives assist the health and function of t he ovaries

Grapefruits, Oranges , and other Citrus fruits look just like the mammary glands of the female and actually assist the health of the breasts and the movement of lymph in and out of the breasts.

Onions look like body cells. Today's research shows that onions help clear waste materials from all of the body cells They even produce tears which wash the epithelial layers of the eyes

Subhanallah!

“Subhanallah…hari ni pam 1 sesi dah dapat almost 10oz. Memang rezeki Azzalea. Sedih pulak masa Azyana tak buat macam ni. Tak cukup ilmu dan support.”

Inilah mesej yang saya terima dari Yus pada seminggu yang lepas. Yus sebenarnya baru mengenali Shaklee. Beliau antara adik yang saya kenali melalui forum susuibu.com.

Pada hakikatnya, susu ibu akan dapat lebih dihasilkan jika tubuh badan ibu mendapat zat yang secukupnya. Sebagai contoh mungkin dalam pengambilan makanan seharian kita mengandungi vitamin b namun bukan satu perkara yang mudah untuk mendapatkan lapan vitamin B yang lengkap ( atau lebih dikenali dengan b complex). Begitu juga dengan vitamin C. Mungkin anda seorang yang akan pastikan pengambilan buah-buahan setiap hari namun adakah anda tahu kuantiti yang diambil mencukupi dengan keperluan tubuh anda dan anak anda? Apa yang saya tahu, untuk mendapatkan 500mg vitamin C dari buah oren adalah bersamaan dengan pengambilan 7 setengah biji oren. Laratkah kita untuk memakan sehingga 7 setengah biji oren dengan kos makanan yang semakin meningkat? Tidakkah lebih mudah jika kita mengambil tablet asli(tiada silika gel di dalam botol) vitamin C?

Ada sesetengah ibu mempersoalkan mengapakah tiada kesan ketara ke atas pengeluaran setelah mengambil pemakanan tambahan seperti ESP, B complex dan vitamin C? Jawapannya mudah sahaja…. Pakej percubaan yang saya syorkan hanyalah untuk jangka pendek dan sesungguhnya perubahan itu memerlukan masa. Badan kita memerlukan masa untuk melengkapkan keperluan tubuh kita terlebih dahulu sebelum bersedia untuk menghasilkan susu untuk bayi kita.


Yus sendiri telah mengambil Shaklee selama hampir 6 bulan dan dengan berkat kesabaran beliau barulah memperolehi hasil yang mengkagumkan. Berlainan pula dengan sesetengah ibu … baru mencuba sesuatu produk dengan mengharapkan mendapat hasil yang luar biasa ( sama seperti golongan yang gemar dengan skim cepat kaya). Jika tiada kesan yang drastik dengan mudah menukar kepada produk lain. Tanpa ilmu dengan apa yang diambil, ada yang sanggup membahayakan nyawanya sendiri. Ada teman saya dengan bangga menyatakan produk yang diambilnya sebelum ini bagus. Namun setelah dua bulan mengambil produk tersebut mengakui terdapat kesan sampingan ke atas kesihatannya. Kini teman ini telah memilih Shaklee sebagai supplement yang membantu penyusuan bayinya.

Oleh itu carilah ilmu secukupnya sebelum mengambil sesuatu pemakanan tambahan.

Isnin, 4 Ogos 2008

Teringin nak cuba tapi...

Saya bersembang dengan seorang teman baru melalui YM... beliau sangat berminat untuk mengenali Shaklee. Beliau sedang menyusukan anak keduanya yang berumur 6 bulan. Teman saya ini lebih mesra dengan panggilan Mar. Mar menyatakan bahawa beliau sudah mula runsing kerana ramadhan telah hampir tiba. Mar tidak menyusukan anak pertamanya jadi sebenarnya inilah pengalaman sebenar Mar menyusukan anak keduanya.

Mar juga menyatakan bahawa beliau sangat tidak suka menelan apa jua jenis ubat termasuklah vitamin. Kata Mar lagi obimin yang doktor berikan semasa mengandung juga tidak dihabiskannya memandangkan beliau sangat tidak suka menelan ubat. Saya hanya tersenyum bila membaca mesej ym dari Mar.

Saya mencadangkan agar Mar mengambil ESP, Meal Shake dan Performance sahaja dan ini sudah memadai dengan keadaan beliau yang tidak gemar menelan vitamin mahupun ubat. Saya juga telah berkongsi cerita dengan Mar bagaimana teman-teman saya termasuklah Syida tidak mengalami apa-apa masalah sepanjang beliau menggantikan puasanya. Malah dengan supplement ini hasil perolehan perahan Syida masih lagi 20 oz sehari dengan hanya melakukan 2 pump session.Alhamdulillah!

Saya tetap percaya kita memerlukan suppplement agar kita dapat memberi anak kita bukan sekadar susu yang banyak namun berkhasiat dan berkualiti!