Rabu, 25 Jun 2008

56 atau 58?

Isnin lepas saya menerima panggilan daripada kak Hajah Kornia(ketua kerani sekolah) kerana meminta saya mengisi borang option persaraan 56 ataupun 58 tahun. Saya terpaksa meminta suami pulang sekejap menjemput saya untuk ke sekolah bagi mengisi borang tersebut. Jika dulu saya memang drive sendiri ke sekolah tapi sejak ada Nasa saya belum berani nak drive sendiri memandangkan Nasa tak boleh duduk diam, saya khuatir saya tak dapat nak tumpukan perhatian jika sedang drive nanti.

Bila tiba di sekolah saya diberi taklimat oleh Penolong Kanan tentang bagaimana cara untuk mengisi borang tersebut. PK juga memberi sedikit panduan mengenai pilihan tersebut. Antara yang dinyatakan ialah, it is better if you choose 58 kerana kita perlu berkhidmat selagi boleh. Kita tak seharusnya menentang arus. Kita perlu mengikut dasar kerajaan yang terkini. But frankly speaking me myself memilih 55. Dalam hati saya " ???????????"

Sebelum saya isi borang tersebut saya telah pun berbincang dengan suami mengenai perkara ini dan suami pun telah bersetuju dengan pilihan saya iaitu 56. Ada beberapa sebab saya memlilih 56 ...iaitu antaranya:

- Saya rasakan terlalu tua pada umur 58 untuk meneruskan perkhidmatan. Rata-rata cikgu pada umur tersebut yang saya kenali sebelum ini akan jadi seorang yang kurang sabar dengan karenah anak-anak terutama mereka dalam darjah 1 yang pastinya sedikit nakal. Pada usia 58 pastinya seseorang itu sukar untuk menerima perubahan. Ini terbukti dengan kursus yang pernah saya hadiri...mereka yang sudah sedikit berumur pasti tidak berminat dengan teknik teknik pembelajaran baru yang diperkenalkan. Semangat juga tidak sama seperti guru-guru muda. Mereka pula ada di antaranya yang merasakan super senior akan mempunyai ego jika kita melakukan sesuatu perkara yang baru di sekolah tanpa meminta pandangan mereka. Ada di antara mereka juga suka mengumpat dan sibuk menjaga hal peribadi orang. Tidak kurang juga yang suka mencari kesalahan cikgu lain dan mereport pada Guru Besar.

Saya telah pun memilih 56 kerana saya tidak mahu termasuk dalam golongan yang saya nyatakan tadi. Saya juga merasakan ianya juga memberi peluang kepada orang lain untuk menjadi cikgu. Pilihan telah pun dibuat.... dan saya yakin dengan pilihan saya!

Berapa banyak air?

Ramai yang menghantar email mahupun mesej bertanyakan kepada saya berapa banyak airkah yang perlu di minum dalam sehari jika kita mengambil supplement ?

Jawapan yang biasa saya berikan ialah sekurang-kurangnya 4.5 liter air sehari. Namun pada hakikatnya ia bergantung pada individu itu sendiri. Saya cuba memberi contoh yang paling mudah. Jika kita hendak mencuci seluruh lantai rumah kita... kita pastinya memerlukan sabun. Bagi memastikan kita mencuci dengan bersih kita perlulah membilas air dengan banyak agar lantai lebih bersih tanpa ada sisa-sisa sabun tadi. Namun kauntiti air yang digunakan adalah bergantung kepada luas lantai. Mungkin lantai rumah saya kecil maka penggunaan air sebanyak 4 baldi sudah mencukupi...tetapi jika lantai rumah saudara/i lebih luas maka mungkin ianya memerlukan 6 baldi air untuk membilas.

Kesimpulannya hanya kita sahaja yang tahu berapa banyak air yang tubuh kita perlukan. Lagi banyak yang kita minum lagi bersih dan lancar peredaran darah kita. Jadi marilah kita minum sebanyak mungkin....

Kamikaze

Entah betul atau tidak perkataan Jepun yang saya tulis itu tapi yang saya pasti ia adalah gelaran yang sesuai dengan Nasa...hihihi. Nasa kini lebih berani apabila dia sudah pandai terjun keluar dari buai. Saya masih ingat lagi...ianya berlaku pada malam kelmarin. Bagai nak tercabut jantung saya apabila terdengar Addin menjerit...ibu tolong! Nasa terjun buai.
Nasib baik kami memang menyediakan bantal besar di bawah buai. Dah nama pun budak kecil...tiada akal. Memang kena banyak bersabar dengan karenahnya. Nasib baik tiada apa-apa kecederaan.

Nampak benar kini Nasa lebih ligat. Kalau dulu dia ada buat percubaan keluar dari baby cot.... tapi nasib baik kami sempat tahan. Semalam ibu baru nak ke dapur mengambil air untuk abang Addin... ibu biarkan Nasa baring sebelah dengan abang Addin. Bila ibu pusing semula Nasa sudah berada di bawah walker. Entah macam mana Nasa boleh masuk ke dalam tu. Ya Allah memang ligat budak ni. nak kat ibu ada bagi minuman manis kat Nasa, tak pernah. Namun Nasa memang hyperaktif.

Kini abah dah turunkan tapak baby cot...Nasa pasti tak boleh keluar tapi bila ibu letak Nasa dalam tu...Nasa akan menjerit sekuat-kuat hati seolah-olah ibu memukul Nasa dengan sangat teruk. Ibu pasti jiran tingkat atas tertanya-tanya apa yang ibu dah buat dengan anak ibu.

Nasa dah mula nak belajar bercakap...perkataan yang selalu Nasa sebut ialah a - bah. Puas ibu ajar cakap ibu.... hmmm tak dapat. Last-last ibu suruh cakap ma-ma....Nasa akan cakap juga a-bah. Boleh lawan cakap lagi ikut irama ibu. Ibu cakap ma-ma... Nasa masih cakap a-bah. Memang confirm Nasa ni anak abah. Jika abang Addin dulu first word nya ialah e-mak. Pasal tu abang Addin dulu tak boleh berenggang langsung dengan ibu.

Nasa juga pandai cemburu. Kalau abah dukung abang Addin, Nasa akan menjerit-jerit marah. Bila abah dukung dua-dua baru Nasa senyap. Adil agaknya pada Nasa. Begitu juga jika abah cium abang Addin, Nasa akan cuba datang ke arah abah baik merangkak atau menggunakan walker berlari ke arah abah minta cium. tak padan dengan umurnya yang baru 10 bulan ...tapi keletahnya mak oi!

Mama tok selalu kata budak ni ada musim... adakala dia suka berjaga, adakala dia suka tidur. Adakala berselera nak makan adakalanya hanya sesuap dua. Apa pun ibu doa anak-anak ibu selamat di dunia dan di akhirat. Amin.


Hi ibu... best tau kat sini!


Apa pasal lak gelap tetiba ni????


Kami kena lock kain buai agar tiada penerjunan mengejut dari Nasa


Tolong...kami dipaksa tidur!

Sabtu, 21 Jun 2008

Hakikatnya.......

Terus terang saya katakan apa yang saya syorkan selama ini kepada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah kesihatan hanyalah sekadar supplement atau makanan tambahan. Ianya adalah makanan keperluan jasmani semata-mata. Namun hakikatnya penyakit ini bermula dari hati... hati yang alpa kepada Tuhan yang menciptakan segala yang ada di langit dan di bumi.

Saya cuba mengkaji dan menyelami mengapa ada di antara penyakit cepat sembuhnya dan ada juga yang memerlukan masa. Setelah saya meneliti, pemakanan yang saya syorkan pada dasarnya adalah satu cara namun kita juga perlu menekankan aspek spiritual.Namun saya akui bukan semua orang boleh menerima sentuhan spiritual.

Berapa ramai antara kita yang mempunyai masa dalam sehari untuk muhasabah diri berapa banyak amalan kita untuk kehidupan yang kekal abadi? Sesungguhnya yang ramai hari ini adalah kita yang sibuk dengan urusan duniawi semata-semata...berapa banyak dah simpanan aku? harta aku? hutang aku?

Saya dapati penyakit yang Allah beri sebenarnya adalah salah satu cara agar kita lebih mendekatkan diri kita kepadanya.... berzikir, mengaji, solat sunat, bersedekah dan pelbagai amalan jariah yang hanya kita dan Allah sahaja yang mengetahui.

Sekali lagi saya akui bukan semua orang boleh bersembang tentang amalan kerohanian, kerana pasti ada suara yang berkata kubur lain-lain... Namun boleh saya katakan perubatan yang terbaik bermula dari amalan kerohanian terutamanya zikrullah. Banyakkan berselawat selagi termampu...insyaAllah segala penyakit dapat di atasi kecuali mati. Jika ada ibu-ibu yang sudah mencuba banyak cara untuk banyakkan susu jangan lupa sertakan dengan zikrullah dalam amalan harian nescaya terbuka jalan rezeki untuk kita yang memerlukan.

Selasa, 17 Jun 2008

Pasta Tuna

Resepi ini saya perolehi dari seorang chef di salah sebuah hotel di Miri. Sehingga sekarang saya masih ingat resepi ini dan bahan-bahan juga sentiasa ada di rumah agar jika tiada idea nak masak, saya pasti akan masak pasta tuna untuk suami dan alhamdulillah beliau juga sangat menggemarinya.

Bahan-bahan ( untuk hidangan 2 orang)
1. Tuna Cili
2. Pasta Spirals
3. Bawang putih ( di potong halus)
4. Bawang besar ( di hiris halus)
5. Capsicum(lada benggala)
6. Lemon
7. Minyak zaitun
8. Parmesan Cheese

Caranya

Panaskan 1-2 sudu makan minyak zaitun ke dalam kuali... masukkan bawang putih dan digoreng sehingga naik baunya. Seterusnya masukkan tuna cili ( 1 tin ), hirisan bawang besar, hirisan capsicum seterusnya pasta spirals di gaul semuanya secara serentak.

Setelah beberapa minit api gas dipadamkan.... perahkan lemon ke dalam masakan. Masukkan pasta tuna tadi ke dalam pinggan. Taburkan parmesan Cheese mengikut citarasa anda ke atas pasta. Kini telah sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Isnin, 16 Jun 2008

Happy Birthday Addin!

Sabtu lalu kami adakah small birthday party untuk Addin memandangkan ini tahun terakhir Addin akan celebrate birthdaynya dengan kawan-kawan di Miri. Entah bila lagi kami akan datang ke sini. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Yang pasti Addin sangat seronok kerana kawan karibnya hadir....Terima kasih kepada parents of Afi, Andy, Aisya dan Umaira kerana sanggup datang ke rumah walaupun jauh. Tahun ni Addin genap lima tahun.... tak lama je lagi dah ke sekolah untuk darjah satu. walaupun addin baru nak faham Bahasa Melayu namun alhamdulillah dia mudah belajar. Ibu doakan Addin menjadi manusia yang berjaya di dunia dan akhirat!



Jumaat, 13 Jun 2008

Bukan semudah yang disangka

Setiap penyakit ada penawarnya kecuali mati...maka terpulang pada kita bagaimana nak mencari penawarnya, sama ada melalui ubat(dadah) ataupun cara lain seperti supplement. Walaupun ada sesetengah doktor yang tidak percaya kepada keberkesanan supplement tapi tidak bermakna pesakit perlu mengikut apa yang dicadangkan oleh doktor itu.

Pada hakikatnya badan memerlukan masa untuk sembuh dari sesuatu penyakit. Vitamin atau supplement yang kita ambil sebenarnya membantu agar sel dalam tubuh mendapat nutrien yang secukupnya agar ia dapat melawan penyakit.

Oleh kerana itu bagi anda yang melalui keadaan kritikal sakit ketika baru mengambil supplement pastinya akan merasakan supplement itu mengeruhkan lagi keadaan tapi pada hakikatnya tidak. Itulah yang dikatakan healing crisis. Kita perlu yakinkan pada diri ianya sekadar sementara dan keadaan akan pulih apabila kita kuat semangat.

Ianya berlaku kepada teman saya yang sering mengalami migrain. Pada seminggu dua yang pertama setelah mencuba supplement Shaklee beliau merasakan seolah-olah migrainnya semakin parah. Namun alhamdulillah beliau seorang yang kuat semangat dan banyak membaca untuk menambahkan ilmu di dada.Setelah melalui saat yang sukar kini beliau sihat dan tidak seperti dulu yang sering sakit. Teman saya ini kini lebih ceria dan gembira melalui hari-hari di tempat kerja mahupun di rumah.

Benarlah kata orang, penyakit ini datang seperti ribut namun nak sembuh perginya macam siput. Sama ada kita sabar atau tidak menjadi jawapan sama ada kita akan pulih atau sebaliknya.

The Little things

After Sept. 11th, one company invited the remaining members of other companies who had been decimated by the attack on the Twin Towers

to share ! their available office space.

At a morning meeting, the head of security told stories of why these people were alive... and all the stories were just:


the 'L I TT L E' things.


As you might know, the head of the company survived
that day because his son started kindergarten.

Another fellow was alive because it was
his turn to bring donuts.



One woman was late because her
alarm clock didn't go off in time.



One was late because of being stuck on the NJ Turnpike
because of an auto accident.



One of them
missed his bus.



One spilled food on her clothes and had to take
time to change.



One's
car wouldn't start.



One went back to
answer the telephone.



One had a
child that dawdled
and didn't get ready as soon as he should have.

One couldn't
get a taxi.




The one that struck me was the man
who put on a new pair of shoes that morning,
took the various means to get to work
but before he ! got there, he developed
a blister on his foot.


He

stopped at a drugstore

to buy a Band-Aid.


That is why he is alive today.



Now when I am
stuck in traffic, miss an elevator,


turn back to answer a ringing telephone...


all the little things that annoy me.
I think to myself,
this is exactly where


God wants me to be
at this very moment..



Next time your morning seems to be
going wrong,

the children are slow getting dressed,
you can't seem to find the car keys,
you hit every traffic light,
don't get mad or frustrated;



God is at work watching over you!



May God continue to bless you
with all those annoying little things
and may you remember their possible purpose.


Pass this on to someone else, if you'd like.
There is NO LUCK attached.
If you delete this, it's okay:



God's Love Is Not Dependent On E-Mail

Rabu, 11 Jun 2008

Menarik untuk tatapan kita...

Vitamin Memendekkan Umur?
Vitamin A, C, E serta Selenium dan
Beta Karotin memendekkan Umur?

Sesekali media-media dunia menyiarkan berita dari penemuan sains atau semakan terhadap laporan-laporan kajian sains dikenali sebagai analisa-meta (meta-analysis) yang dilakukan oleh saintis-saintis terkemuka.

Penyiaran hasil analisa-meta terbaru yang menggemparkan ialah konon vitamin A, C, E, selain Selennium dan beta karotin mempertingkat risiko kematian. Ia membawa maksud vitamin-vitamin boleh membunuh kita.

Laporan yang diterbitkan oleh Cochrane Library seperti disiarkan di internet pada pertengahan April tahun ini telah menarik minat media-media dunia dan menyebabkan orang-orang awam semakin keliru dan takut dengan vitamin. Adakah yang dilaporkan oleh saintis-saintis tersebut benar?

Rakan-rakan saya bertanya pandangan saya samada berita yang disiarkan dalam akhbar-akhbar dan internet bahawa vitamin boleh mempercepat kematian boleh diterima dan dipercayai.

Saya jawap secara ringkas. Semua orang apatah lagi saintis-saintis, doktor-doktor, pakar-pakar pemakanan sentiasa percaya bahawa saintis yang menjalankan penyelidikan atau melakukan analisa-meta yang melibatkan beratus-ratus laporan sains bukan calang-calang kepakaran mereka.

Setiap orang tahu mereka memiliki kekuatan dari segi kelayakan akademik, kepakaran, pengalaman dan mungkin juga nama. Jadi, sudah tentulah setiap orang mengatakan saintis-saintis tersebut menjalankan tugas dengan sempurna.

Orang juga akan mengatakan tidak mungkin mereka tidak beretika iaitu dengan melaporkan sesuatu yang membawa keburukan kepada masyarakat seluruh dunia.

Pengamal-pengamal serta saintis-saintis alternatif yang mahir dan berilmu memang telah masak dengan kaedah-kaedah yang digunakan oleh saintis-saintis tertentu untuk memutar-belit fakta. Yang cerah dikatakan gelap. Yang siang dikatakan malam. Yang tidak bahaya dikatakan bahaya.

Kalau diteliti secara sungguh-sungguh sebenarnya saintis-saintis yang menjalankan analisis-meta terhadap vitamin A, C, E selain Selenium dan beta karotin tersebut sebenarnya memang sudah biasa menjalankan kajian-kajian sains.

Kajian-kajian mereka ditaja oleh pengeluar-pengeluar ubat-ubatan moden. Setiap kali sebelum kajian dijalankan saintis-saintis boleh dikatakan sudah tahu setiap keputusan hasil kajian. Maksudnya keputusan dan kesimpulan dari setiap ujian wajib memihak kepada kehendak pengeluar ubat-ubatan moden yang menaja mereka.

Mereka berkerja dalam keadaan tertekan kerana silap hari bulan mereka tidak akan menerima wang tajaan baru, bungkus kain baju dan tidak bekerja. Jadi, dalam kes analisa-meta ini tidak menghairankan bahawa sebenarnya mereka melakukan kerja dan menghasilkan kesimpulan yang jadi bahan ketawa kepada yang mengetahui.

Oleh sebab kerjaya mereka bergantung kepada wang-wang tajaan selain mungkin otak mereka berfikir sehala seperti kuda lumba, mereka sedaya upaya cuba memuaskan kehendak pengeluar-pengeluar ubat-ubatan moden supaya mencemuh keberkesanan makanan-makanan tambahan. Mereka melakukan analisa-meta tersebut dengan kesimpulan yang telah mereka jangka dan harapkan.

Pengeluar-pengeluar ubat-ubatan moden memang sangat faham bahawa pengambilan makanan-makanan tambahan menjadikan manusia seluruh dunia lebih sihat. Apabila kurang berpenyakit sudah pasti orang kurang mendapatkan doktor untuk mendapatkan ubat.

Ubat-ubatan moden ialah periuk nasi pengeluar-pengeluar ubat-ubatan tersebut. Mereka telah menjalankan kajian-kajian klinikal yang menelan belanja ratusan juta ringgit. Semakin ramai orang sakit semakin ramai yang akan mendapatkan ubat-ubatan dari doktor dan hospital.

Saya tanya anda samada anda pernah dengar orang meninggal dunia kerana mengambil suplemen vitamin yang asli? Berapa ramai orang seluruh dunia yang meninggal atau menghidap komplikasi kerana mengambil ubat-ubatan moden termasuk masalah hati dan buah pinggang?

Bukankah pengambilan vitamin-vitamin, garam galian, makanan-makanan kaya nutrien (superfoods), bioflavonoid, herba dan pelbagai jenis nutrasiutikal membantu tubuh memulihara dan menyeimbangkan pelbagai sistemnya?

Sya percaya kita semua telah ketahui bahawa apabila diambil dengan cara dan gaya yang betul ia dapat membantu seseorang mencegah dari mengalami penyakit-penyakit degeneratif seperti kanser, diabetes, penyakit jantung, obesiti dan pelbagai penyakit lain.

Sekarang saya terangkan bagaimana saintis-saintis tersebut melakukan analisis-meta dan menghasilkan kesimpulan yang menggemparkan.

Terdapat sejumlah 452 laporan yang melakukan kajian terhadap fungsi vitamin A, C, E, selain Selenium dan beta karotin. Mereka mengketepikan sebanyak 405 laporan-laporan kajian yang melibatkan pengambilan suplemen-suplemen tersebut oleh orang-orang yang bukan diambang kematian dan tiada seorang pun didapati meninggal kerana mengambil vitamin-vitamin tersebut.

Mereka hanya fokus semakan terhadap sejumlah 47 laporan kajian yang mengkaji kesan pengambilan bahan-bahan tersebut pada orang-orang yang mengalami pelbagai masalah kesihatan kronik serta sedang menunggu saat kematian. Kemudian mereka mendakwa semakan mereka menunjukkan vitamin-vitamin A, C, E selain Selenium dan beta karotin mempertingkat risiko kematian.

Jika kita guna akal yang sihat kita akan kata bahawa oooo... begitu caranya mereka jalankan semakan analisa-meta dan mendapatkan ‘bukti’. Mereka menjalankan analisa-meta bukan secara jujur iaitu mengketepikan semua kajian yang menunjukkan bahawa vitamin-vitamin dan suplemen tersebut menghalang kematian dan mereka terus hidup.

Jumlah laporan ini lebih besar berbanding dengan yang diberi vitamin ketika menjelang saat kematian.

Saya terangkan secara analogi supaya anda lebih faham apa yang mereka telah lakukan. Sesiapa pun boleh temui bukti untuk menyokong sebarang kesimpulan yang sudah jangka.

Katakanlah saya menghimpun dan menyemak 200 kajian mengenai kesan aspirin kepada ereksi. Katakanlah juga aspirin mempertingkat dan memanjangkan tempoh ereksi pada kaum lelaki. Kaum wanita pula tidak menunukkan sebarang kesan atau kesan kecil (marginal) yang tidak signifikan secara statistik.

Mari kita secara suka-suka memutuskan untuk ketepikan semua kajian melibatkan kaum lelaki. Kemudian kita tumpukan perhatian kepada wanita sahaja.

Selepas itu kita umumkan – dengan bukti yang menyokong – bahawa ‘aspirin dikaitkan dengan ketidakupayaan Ereksi!’ Mengapa? Sebab tiada seorang pun dalam kumpulan yang kita analisa mengalami ereksi.

Memanglah begitu kesimpulannya sebab semua subjek dalam kajian itu ialah wanita. Ini menunjukkan dengan secara suka-suka mengketepikan kajian-kajian tertentu dari analisa kita boleh “buktikan” apa-apa pun yang kita kehendaki walau pun sebenarnya ia tidak masuk akal.

Sekarang, anda tahu siapa yang bermain dengan fakta dan etika. Sesuatu laporan berdasarkan semakan-pakar (peer-review) menjadikan setiap orang mudah menerima tanpa berfikir.

Laporan-laporan sebegini cuba menyampaikan bahawa vitamin-vitamin dan secara tidak langsung suplemen-suplemen lain termasuk herba tidak selamat. Adakah ia memanafaatkan kita? Siapa yang untung dan siapa pula yang akan rugi?

Bahrain Samah, RH (AHG)
Pakar Runding Kesihatan Holistik – Kuala Lumpur
ARTIKEL-ARTIKEL NUTRISI HOLISTIK
http://www.artikelcikguherba1.blogspot.com/

Isnin, 9 Jun 2008

Mitos....

Mitos tentang vitamin Shaklee yang saya dapat.............

1. Vitamin Shaklee hanya untuk orang sakit.

--- Vitamin Shaklee adalah untuk diambil oleh mereka yang sihat dan ingin mengekalkan kesihatan. Mencegah adalah lebih baik dari merawat adalah konsep utama pemakanan tambahan Shaklee. Namun jika diambil oleh mereka yang bermasalah kesihatan, ianya hanya membantu sel dalam badan berfungsi dengan lebih baik.

2. Vitamin Shaklee seperti perfomance drink HANYA untuk orang bersukan.
---Ianya sekadar minuman kesihatan, bagi mencegah kehilangan air yang banyak terutama bagi golongan yang mempunyai metabolisme yang tinggi yang kuat berpeluh. Ia bagus untuk diambil pada bulan puasa dan kebanyakan jemaah umrah dan haji akan sangat-sangat menyukainya apabila melaksanakan umrah/haji pada musim panas.

3. Vitamin Shaklee boleh mencacatkan bayi dalam kandungan

---Seperti vitamin lain, ia tiada kesan sampingan ke atas bayi dalam kandungan. Bezanya dengan vitamin hospital, vitamin Shaklee lebih mahal kerana kualiti yang kita bayar. Manakala vitamin hospital telah diberi subsidi oleh kerajaan. Kualiti ????

4. Vitamin Shaklee untuk penyusuan???

---Ia hanya membantu badan ibu menghasilkan susu yang lebih produktif dan lebih berkualiti. Ternyata apabila rata-rata ibu yang mengambil produk @#%@ tidak memberi kesan yang sewajarnya kepada ibu dan bayi. Tepuk dada tanya selera????

5. Jika berhenti makan vitamin badan boleh jadi gemuk, betul ke?

---Alahai ini bukan dadah... ini sekadar makanan tambahan. Pada botol supplement Shaklee tertera dietary supplement. Kebanyakan yang mengambil suppement akan mengadu mereka kurang makan kerana kenyang dengan supplement.. bagus la tu. Boleh maintain body.

6. Vitamin Shaklee sama je dengan vitamin lain?

---Kalau sama mengapa harga berbeza? Ada juga dari USA tapi harga mak oi... Ada yang claim vitamin mereka ASli namun yang peliknya ada pulak SILICA GEL yang kita boleh jumpa dalam HANDBAG, KASUT SUKAN yang baru.

Dan banyak lagi mitos yang saya terima ....Apa pun, duit kita, pilihan kita!

Sabtu, 7 Jun 2008

Cubalah....

Saya mendapat email dari puan Katy, beliau bertanya bagaimanakah nak memperbanyakkan susu ibu terutama sementara dalam pantang dan bagaimana nak pastikan susu sentiasa banyak walaupun bekerja.

Apa yang biasanya saya syorkan dan ianya menjadi amalan saya dari anak yang pertama lagi.

1. Banyakkan minum air. Orang selalu kata saya dah banyak minum air sampai kembung perut. Masalahnya bila ditanya berapa liter sehari, tiada jawapan yang pasti. Apa yang baik diamalkan ialah, sukat air sekurang-kurangnya 4.5liter sehari paling minimum. Pastikan saudari menghabiskan air yang telah disukat itu.

2. Amalkan pengambilan supplement seperti b kompleks + folic acid, vitamin C, ESP. Ia membantu pengeluaran susu yang berkualiti berbanding tiada pengambilan apa-apa supplement. Supplement ini juga membantu ibu2 yang bekerja menangani stress kerja dengan baik, dengan ini tidak akan sesekali menjejaskan pengeluaran susu. Amalkan secara konsisten. Adalah baik jika tidak mencampurkan banyak jenama produk dikhuatiri kurang kesan dari sepatutnya diperolehi.Pengambilan supplement yang berdisiplin menjamin pengeluaran yang produktif.( bagi anak yang sering sakit, ibu digalakkan mengambil vitamin antioksidan)

3. Lakukan pump session pada waktu bekerja. Ini sangat2 penting agar badan kita tahu bahawa dd(demand) sentiasa ada.

4. Manjakan diri dengan mandi dengan air suam panas. Membantu melancarkan peredaran darah. Berurut sekali sekala.

5. Amalkan pemakanan yang sihat... banyakkan memakan ulam dan sayuran.

6. Banyakkan doa. Berdoa sangat penting kerana ia adalah tunggak kehidupan.

Jumaat, 6 Jun 2008

Duit......tak ada nilai dah!

Ya Allah ....nak tercabut jantung bila Pak Lah announce harga minyak naik up to 40%. Kawan kata,gaji baru naik tahun lepas, ingat legalah sikit ...tapi bila dah jadi begini nampaknya impact naik gaji takde langsung! Saya pastinya terasa kerana saya tiada gaji, 100% suami tanggung. Memang ikut hati nak sambung kerja tapi abah Addin kata, takpe biar susah dulu senang kemudian.

Bila baca paper....Pak Lah kata mari kita membendung kenaikan harga barang tapi harga minyak siapa yang naikkan? Pada saya dalam teori ekonomi ada menyatakan harga barang akan naik bila dd (demand) is more than ss (supply)...jadi usaha kerajaan sepatutnya fikirkan bagaimana nak tingkatkan supply.

Bila minyak sudah naik harga yang lain pun sibuk nak naik juga. Masih saya ingat lagi dengan sebuah kedai gunting rambut. Jika 3 tahun dulu kos potong rambut saya ialah RM12 tapi sejak tahun lepas bila minyak naik 30sen, kos sudah naik kepada RM15. Saya tanya kenapa mahal? Jawapan yang mudah harga minyak naik. Hmmm saya tanya lagi apa kaitan harga minyak naik dengan potong rambut? Sebab kalau setakat minyak pelincir takkan you all guna minyak kereta kot? Jawapan yang mudah... kos tambang pekerja pergi dan balik sudah mahal sejak minyak naik. Dan kini minyak sudah naik sehingga RM0.80 dan saya yakin kos potong rambut saya akan jadi RM20!!!!

Okeylah jika ada kawan beri suggestion, takpe lepas ni potong rambut sendiri tapi if lepas tu kita sendiri pun tak berselera tengok muka kat cermin pun tak guna juga. Nak tak nak kena akur dengan kehendak semasa.

Bila beras naik harga, ada kawan buat lawak... takpe aku nak makan roti aje. Addin yang suka makan roti canai pernah satu hari saya tanya Addin nak makan roti canai hari ini? Apa jawabnya? Tak naklah bu, bosan makan roti canai sebab Addin rasa muka pun dah jadi macam roti canai. Nak tak nak...sekali lagi akur dengan peredaran semasa.

Inilah hakikat hidup...negara yang membangun seperti Malaysia memerlukan pengorbanan rakyat yang besar. Mudah-mudahan Pak Lah boleh fikirkan alternatif lain untuk bantu ringankan beban rakyat. Subsidi RM625 bukanlah satu yang boleh dibanggakan jika itu adalah satu-satunya penyelesaian kepada kenaikan semua harga barang!

Peranan media...

Buat seketika kita digemparkan dengan berita keburukan pengambilan vitamin dimana dilaporkan jika individu itu mengamalkan pengambilan vitamin akan memberikan kesan negatif iaitu memperolehi penyakit serta pendek umur.... Bagi orang yang hanya bergantung dengan media semata-mata pasti akan termakan dengan kata-kata bidaah ini. Vitamin bukanlah ubat tetapi sekadar menggantikan makanan yang zatnya kurang atau tiada dalam menu harian kita.

Begitu juga dengan berita bahawa susu ibu mengndungi toksid... Hmmm, rasanya sampai satu masa rakyat Malaysia pasti tidak berminat dengan berita apalagi membaca suratkhabar kerana segala apa penyataan yang dikeluarkan seolah-olah mempunyai agenda yang tersendiri. Jika susu ibu dikatakan tidak baik apakah dengan membei susu lembu memberi satu jaminan bahawa anak kita sihat sepenuhnya.

Namun ramai kawan-kawan saya yang melatah...sayang seribu kali sayang. Jika kita kurang membaca adalah lebih baik bertanya, jangan terlalu bergantung pada satu sumber. Saya sendiri merujuk penyakit yang saya kurang faham dengan ramai doktor. Apa pun tepuk dada tanya selera....Apakah propaganda yang sedang dilakukan oleh pihak media kini memberikan kebaikan kepada rakyat Malaysia? Hanya anda mempunyai jawapannya!

Selasa, 3 Jun 2008

Explorer

Nasa semakin aktif merangkak... sejak jatuh katil kali kedua, Nasa menjadi semakin ligat explore barang-barang dalam rumah.Sedar-sedar, Nasa dah ada dalam almari baju abah! Sekali lagi kita pandang...Nasa bawah meja .Aghhh!!! Kalau dalam walker, habis semua digapai. Tong sampah pun mahu diselongkarnya. Nasib baik ada abang Addin yang boleh tolong kawal Nasa. Sekali sekala memang terhibur dengan telatah si kecik ini.
Abang Adin, meh sini!Banyak betul barang bawah meja ni!!!


Apa agaknya yang ada dalam almari abah ni????


Aggghhh!! Boring! Angkat kaki letak kat meja lagi best.

Part ni ibu pun terkejut, Nasa boleh angkat kaki letak atas meja. Nak tarik perhatian ibu agaknya... Tak behave betul si kecik ni.

Bila anak dah pandai gigit....

Seminggu saya menanggung kesakitan yang tak pernah saya alami. Nasa suka menggigit nipple sehinggalah satu hari ia luka sangat-sangat teruk. Saya terpaksa meminta abah Addin dan Nasa membawa saya ke klinik Sim. Doktor sendiri terkejut melihat luka yang saya alami. Doktor Sim bertanya adakah ianya luka akibat terhiris oleh pisau...adakah patut, soalan sebegini rupa? Saya menjawab dengan nada kecewa...doktor, ianya luka kerana anak saya gigit sambil menyusu. Doktor dengan confident menjawab, kalau begitu kena stop bf supaya ianya cepat baik.
Saya senyum kambing melihat doktor Sim...Dalam hati saya berkata, kalau setakat nak beri nasihat itu ramai kekawan saya yang boleh beri nasihat percuma.

Saya meminta doktor memberikan ubat sapu agar luka itu cepat baik. Memang luka kali ini sangat-sangat menakutkan. Mana taknya, ia terbelah seperti hirisan pisau yang panjang. Agh!!! Sakit tak terkata. Airmata pasti mengalir apabila Nasa menghisap yang sebelah luka itu. Bayangkanlah bila saya batuk atau tersedak pasti akan berdenyut tempat yang luka itu. Hari yang sama abah belikan ibu nipple shield. Tak berkesan seperti yang saya harapkan.

Doktor juga membekalkan saya antibiotik untuk dimakan secara rapi selama 5 hari.Ini part yang saya paling benci dalam hidup apabila terikat dengan ubat yang perlu dihabiskan dalam masa yang ditetapkan.Doktor kata ubat ini penting supaya luka itu tidak menjadi semakin teruk atau bernanah. Aghhhh... bernanah? Tidak!!! Takutnya.....
Saya sempat bertanya dengan doktor bagaimana jika saya makan vitamin? Doktor kata terpulang namun ia mungklion perlu lebih dos.

Pulang dari kliniok saya mencario bahan-bahan nota saya...apa yang penting dalam meningkatkan imune system...jawapannya ACE dan garlic. Apa lagi sejak malam itu saya makan vitamin 3 kali sehari especially ACE dan garlic. Ini demi memastikan agar tiada nanah atau jangkitan pada tempat luka. Alhamdulillah selama 6 hari saya melalui hari-hari yang hanya Allah sahaja tahu. Kini genap hari ke lapan, ia sudah sembuh seperti sediakala. Saya buang sahaja antibiotik yang saya dapat dari doktor tempoh hari.

Puashati saya,segala ilmu yang saya pelajari dari buku nutritionist memang berkesan jika kita tahu mana kebaikan setiap makanan yang kita ambil. Benarlah kata orang...jika tak kena mana nak tahu kesannya. Alhamdulillah syukur pada Allah menemukan saya dengan vitamin yang baik dan berkualiti.

Sebelum saya lupa,saya juga menggunakan lettuce untuk dilekatkan pada nipple yang luka agar luka tidak merebak. Bagi yang mengalami masalah yang sama, jangan putus asa...teruskan bf kerana kesakitan itu merupakan kifarah atau pengampunan bagi segala dosa-dosa kecil.