Jumaat, 30 Mei 2008

Bibik oh bibik

Mei 30, 2008 3 Comments
Kesian membaca cerita Arnieh dengan bibiknya.. ..Sebenarnya saya dibesarkan dengan maid until secondary school. Frankly speaking semua bibik mak saya treat as family member. Jangan berkasar kerana mereka ini merupakan ibu @pengasuh anak bila kita bekerja. KIta tak tahu macam mana dia layan anak kita di belakang kita.
Tentang manner kita kena bagi tahu awal-awal apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka.
Jangan berkasar sangat atau berlembut sangat. Tengok pada tempat. Tentang bil telefon, jangan risau...berikan keperluan dia may be sebulan sekali atau sebulan dua kali dengan minit yang ditetapkan. Jika ada tambahan call yang dia nak buat ,setiap kali dia nak buat panggilan...beritahu awal2 gajinya akan dipotong untuk membayar bil telefon. Percayalah dia akan takut nak minta lebih dari sepatutnya. Ini diberitahu oleh teman suami... Mesin basuh kawan kami selalu rosak kerana si bibik apabila membasuh baju pasti sampai overload. Sekali rosak, kawan minta orang datang repair. Kali kedua pun begitu juga... sedangkan sudah diberitahu sekiranya basuh baju jangan banyak sangat takut overload. Si bibik masih buat tak endah dengan apa yang di cakapkan. Kali ketiga, kawan kami memberi amaran kepada si bibik, sekiranya mesin basuh ini masih rosak sebab overloading maka gaji bibik akan dipotong untuk membayar kos repair mesin basuh ini. Semenjak dari itu, si bibik sangat berhati-hati dengan loading baju setiap kali mencuci.

Part makanan, jika tak keberatan ajak dia sekali makan bersama sebagai ahli keluarga. Maid ni bukan anjing atau kucing yang makan sisa makanan kita. Mereka juga ada hati dan perasaan. Jangan biarkan mereka merungut kerana dikhuatiri anak kita menjadi mangsa perasaan yang disimpannya.

Ramai orang kita yang treat maid mereka seperti pekerja (kuli). Gaji yang kita berikan tidaklah sampai mencecah 4 angka tapi kita mengharapkan mereka membuat kerja 24 hours. Sedangkan kita yang bergaji 4 -5 angka jika di minta buat overtime esp meeting or pergi course, kita pasti merungut.

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza tentang bibik. Namun yang pasti sekiranya mereka melampaui had yang kita tetapkan... hantar sahaja mereka pulang. Supaya keselamatan anak kita lebih terjamin.

ACE WELLNESS

Mei 30, 2008 0 Comments

Bagi yang berminat untuk mendapatkan ACE promosi..package terdiri daripada ESP + Vit ACE hanya dengan RM215 atau RM225 bagi Sabah Sarawak. Harga adalah termasuk dengan penghantaran. Sekiranya berminat boleh mesej saya di 012-8535689.

Kecewanya...

Mei 30, 2008 0 Comments
Salam buat semua. Rindu sangat nak menulis dan terasa sangat lama tak menjenguk blog. Sebenarnya bukan apa, sejak pindah kat tempat baru internet (streamyx) tak pernah dapat. Sejak hari pertama dapat nombor telefon baru, bila nak try connect streamyx, ADSL kat modem keep blinking yang menunjukkan connection tak stabil. So tak dapat nak connect. kalau nak connect bergantung dengan handphone sahaja.

Pada mulanya rajin juga menelefon talian 100 telekom, tapi bila dah hampir 2 minggu jawapannya masih sama dari operator yang menjawab..." Baiklah cik Norita kami dah update report puan. Piha kami akan menghubungi puan bagi menyelesaikan masalah ini."

Akhirnya saya membuat keputusan untuk menghentikan langganan streamyx... Apabila tiba di telekom, pihak di kaunter pun mengakui sebenarnya streamyx tidak stabil di kawasan perumahan baru saya ini kerana tiada kabel fiber optik. Cubalah diberitahu awal, tak adalah saya nak menunggu response dari telekom setiap hari!

Kini saya sedang mengkaji untuk menggunakan sama ada celcom atau maxis broadband. Memanglah mahal modemnya namun sekurang-kurangnya ia mobile dan mudah untuk dibawa kemana sahaja.

Bagi yang menghantar email bertanya tentang blog update...minta maaf atas segala kesulitan. Terima kasih kerana masih sudi menjenguk blog saya. InsyaAllah selepas ada mobile broadband nanti akan selalu saya update blog saya.

Ahad, 25 Mei 2008

Kisah seorang saudagar dan tukang kebun.....

Mei 25, 2008 0 Comments
Saya tertarik dengan cerita yang diceritakan oleh suami saya dan ia mengajar saya banyak perkara....

Kisahnya bermula di negara Arab di mana terdapat seorang saudagar yang sangat kaya membuat satu majlis keramaian. Beliau menjemput tetamunya yang terdiri dari saudagar terhormat. Saudagar kaya ini hendak menjamukan tetamunya dengan buah anggur dari ladangnya sendiri. Maka beliau meminta seorang tukang kebunnya membawa buah anggur dari ladang.

Namun setelah menjamukan tetamunya dengan buah anggur dari ladangnya...terdapat suara rintihan dari beberapa tetamunya yang menyatakan bahawa buah anggurnya tidak begitu manis. Tanpa berlengah, saudagar kaya ini meminta tukang kebunnya tadi membawa buah anggur dari kebunnya untuk dijamukan kepada tetamu-tetamunya.

Sekali lagi saudagar kaya ini berasa malu kerana buah anggur yang dihidangkan kepada tetamunya tidak semanis yang diharapkan. Maka saudagar kaya ini terus memberi amaran kepada tukang kebunnya agar mencari buah anggur yang lebih manis dan nyaman yang ingin dijamukan kepada tetamu-tetamunya.

Setelah hidangan kali ketiga, hidangan anggur masih sama dan tidak seperti yang diharapkan oleh saudagar itu...maka bertanya saudagar kepada tukang kebunnya...
"Wahai tukang kebun, sudah berapa lama kamu bekerja dengan saya?" "Tukang kebun terus menjawab, sudah hampir 15 tahun."

Saudagar terus bertanya,"Sekiranya sudah hampir 15 tahun, tidakkah kamu dapat mengenalpasti pohon manakah yang mengeluarkan buah anggur yang paling sedap?" Tukang kebun dengan tenang menjawab tidak tahu. Saudagar kaya itu bertanya lagi" "Mengapa kamu tidak tahu? Tidakkah kamu merasa buah anggur di dalam ladang saya?"

Tukang kebun menjawab..."Maafkan saya tuan saudagar.Selama saya berkhidmat dengan tuan, saya tidak pernah merasa walau sebiji buah anggur. Ini kerana pada saya, tuan menggajikan saya sebagai seorang tukang kebun tetapi bukan sebagai seorang perasa buah."

Tersenyum sauadagar kaya itu mendengarnya. Sesungguhnya sungguh amanah tukang kebun ini. Subhanallah!

Sabtu, 24 Mei 2008

Thank you...

Mei 24, 2008 0 Comments
Pagi ni bukak blog, baru perasan kena tag dengan kak Iena

Rules:
1. Link to the person that tagged you and posts the rules on your blog.
2. Share seven random and/or weird things about yourself.
3. Tag seven people at the end of your post and include links to their blogs.
4. Let each person know that they have been tagged by leaving a comment on their blog.


Hmmm.... this is me!
1. I love mathematics! Munkin sebab tu jadi cikgu maths. Masa sekolah rendah dulu slow sikit tapi bila dah masuk sek men tetiba jadi minat sangat. I like to do maths through mental arithmetic.

2. Saya suka memberi tapi masalahnya bila orang meminta saya tak suka. I can read people's mind surrounding me. Normally sebelum orang cakap saya dah tahu...that is why saya tak suka orang meminta-meminta.

3. Saya suka memberi motivasi... dalam mengajar di sekolah, sekiranya masa adalah 2 waktu atau 60 minit. Hanya 20 minit saya peruntukkan untuk mengajar, most of the time saya motivate anak-anak murid saya dalam kelas. Bagi saya semua orang boleh mengajar tapi bukan semua orang boleh motivate anak murid.

4. Saya melayan helper saya seperti ahli keluarga. Biasanya sebelum mula kerja saya sediakan Auntie Shidah(helper) breakfast, dan bila lunch hour saya akan prepare something. Tu yang buat suami saya fikir dua kali nak amik bibik. Mungkin bukan sekarang la kot....tunggu bila saya dah start kerja nanti dan duduk KL, amik bibik pasti dalam list.

5. Saya suka membaca tentang kesihatan. Apa sahaja, baik buruk vitamin atau kesan semua saya suka amik tahu. Sebut sahaja tentang penyakit, automatik dalam otak saya mencari punca dan penyebab serta vitamin yang perlu untuk membetulkan sistem badan. Kalau beri ceramah dengan jemaah haji atau umrah, mereka pasti ingat saya doktor. Mungkinlah..doktor tak bertauliah!

6. Saya tidak gemar menonton kartun. Pada saya ianya sekadar dunia khayalan. Saya lebih kepada realiti. Tapi saya sangat berminat dengan magic dan dunia ghaib...entahlah kenapa!

7. I am an extrovert person. Saya perlu berhubung dengan dunia luar agar saya lebih sihat, lebih ceria dan lebih bersemangat. Saya suka berkenalan dengan orang baru. Masih ingat lagi waktu pergi dating dulu.... jika ke tandas saya sempat berkenalan dengan cleaner. Sehingga sekarang saya suka menegur orang baru. Suami pun sampai dah masak dengan sikap saya.

And now... Tag seven people??? They are....

1. Bibimie
2. Syida
3. Mak Farhah
4. Ummilna
5. Ida
6. Mamafawwaz
7. Yana

Selamat....

Jumaat, 23 Mei 2008

ACE banyak kelebihannya.

Mei 23, 2008 1 Comments
Ada beberapa teman yang menghantar email bertanya apakah kebaikan ACE lagi selain untuk mencegah kanser. Ingin saya mengambil kesempatan di sini, ACE sangat bagus untuk melawan penyakit atau dengan erti kata lain ia membantu meningkatkan imune system. Jika kita malalui batuk yang berterusan atau selsema yang berlarutan, doktor pasti akan memberi kita antibiotik... tapi saya lebih menggalakkan jika mengambil ACE dan garlic untuk proses penyembuhan.

Saya masih ingat lagi semasa menyusukan Addin, teman seangkatan pasti akan mengadu puting luka akibat digigit anak dan ada juga sehingga bernanah kerana infection...namun alhamdulillah saya tidak melaluinya.

Bagitu juga untuk kulit, ACE sangat membantu meningkatkan kecantikan kulit. Saya berkongsi pengalaman dengan seorang teman baru mengenai perkara ini tapi katanya dia belum bersedia. Pada saya tiada paksaan namun saya berpuashati karana telah berkongsi pengalaman saya melalui kulit wajah saya sendiri.

Saya masih mengamalkannya kerana saya mahu anak saya Nasa mempnyai daya lawan penyakit yang tinggi. Alhamdulillah setakat ini, sekiranya Nasa mendapat selsema atau kata lain running nose, ianya hanya untuk 2-3 hari dan tidak lebih dari itu.
Bagi yang telah mencuba mereka mengakui keunikkan kesan ACE pada diri mereka. Bagi anda yang mempunyai gangguan kesihatan termasuklah asma mahupun resdung ...boleh mencuba. Ianya bukan ubat TETAPI sekadar vitamin yang membetulkan sistem imune tubuh. Selagi boleh kita usahakan yang terbaik, tidak salah untuk mencuba!

Ahad, 18 Mei 2008

Kita yang memilih jalan....

Mei 18, 2008 1 Comments
Saya menerima email yang menceritakan tentang satu artikel kononnya pengambilan vitamin boleh memendekkan umur. Hmmm, bila saya bercerita dengan suami saya tentang email tersebut, suami saya bertanya adakah artikel itu ditulis oleh orang yang dikenali? Doktor yang mempunyai sejarah yang hebat? Atau doktor yang mencari populariti murahan? Terus saya menjawab, tiada nama penulis dalam artikel tersebut.
Lantas suami saya terus mengeluarkan penyataan... selama kita consume vitamin Shaklee, kita tidak pernah sama sekali memaksa orang mengikut cara kita. Apa yang N ceritakan dalam blog adalah pengalaman yang telah N lalui. Terpulang pada individu itu sendiri.

Tambah suami saya lagi...dalam bidang perubatan, ada banyak kumpulan doktor. Ada doktor yang tidak percaya dengan supplement, ada yang 50-50 dengan supplement manakala ada golongan yang sangat percaya dengan supplement. Lihat sahaja beberapa doktor yang N kenali... ada antara mereka yang akan bersusah payah bertanya dengan N apa yang perlu diambil untuk mengelakkan kaki ibunya dipotong akibat kencing manis? Tetapi yang peliknya apabila mereka ini merawat pesakit di hospital, mereka menggalakkan pesakit dipotong bahagian yang telah dijangkiti terutama setelah berlubang teruk.

Artikel yang dikirim kepada saya melalui email telah menunjukkan bahawa doktor itu tidak percaya dengan supplement. Terpulang pada individu... namun bak kata suami saya, kesilapan terbesar orang kita adalah CEPAT MELATAH. Banyakkan membaca adalah jalan yang terbaik. Jangan hanya dengan satu penyataan kita melatah dan membuat andaian sendiri. Akhirnya kita sendiri yang rugi di kemudian hari.

Bagi saya, saya berusaha untuk yang terbaik. Saya mahu memberikan tubuh saya dengan makanan yang terbaik. Sekiranya saya ditakdirkan mati awal... itu sudah tertulis. Sesungguhnya ajal maut ditangan ALLAH...bukan di tangan doktor. Sudah ramai yang saya kenali mereka mengaku mengamalkan cara hidup sihat, menjaga pemakanan dan bersenam namun pada satu tahap bila mereka sakit mereka cuba menyalahkan takdir....oh ini kerana keluarga mak saya ada kencing manis. Oh ini kerana nenek saya ada hypertension. Itulah sikap orang kita.

Tepuk dada tanya selera.

Khamis, 15 Mei 2008

Antioksidan dan manfaatnya

Mei 15, 2008 0 Comments

Sumber Berita : Utusan Malaysia, 2005-06-16

ANTIOKSIDAN, antara istilah kesihatan yang semakin meluas diperkatakan. Mungkin ada di antara pembaca yang pernah terserempak dengan `antioksidan' ketika sedang tercari-cari suplemen kesihatan atau barangan kecantikan di farmasi atau pasar raya. Selain itu, `antioksidan' juga sering muncul pada iklan dalam akhbar tempatan.

Ada juga di antara kita yang keliru apabila mendengar celoteh `promoter' bercerita tentang suplemen antioksidan yang dikatakan banyak manfaatnya untuk tubuh badan.

Bagi mereka yang sering mengikuti perkembangan produk kesihatan, tentunya tahu serba sedikit, apa yang dikatakan antioksidan. Namun begitu, sejauh manakah kita tahu akan kepentingan antioksidan pada kita?

Antioksidan

Merujuk kepada satu sumber penulisan, antioksidan merupakan sekumpulan bahan yang dihasilkan oleh badan dan juga secara alaminya, terdapat pada kebanyakan makanan, terutamanya buah-buahan dan sayur-sayuran seperti lobak, tomato, bayam, brokoli, kentang dan sayur-sayuran hijau adalah antara sumber yang kaya dengan antioksidan.

Antioksi dan sama pentingnya seperti vitamin dan mineral. Beta karotin, vitamin A, C, E, koenzim Q10, asid lipoik dan selenium adalah merupakan antara contoh antioksidan. Bahkan, vitamin, mineral, koenzim dan molekul-molekul kecil seperti glutation, koenzim-Q10 dan asid lipoik, dihasilkan oleh badan.

Antioksidan merupakan elemen yang diperlukan oleh badan untuk menghalang dan melindungi sel-sel badan daripada kerosakan oksidatif oleh radikal bebas yang lama-kelamaan akan mengakibatkan masalah penuaan seperti katarak, artritis dan penyakit Alzheimer's dan juga pelbagai penyakit lain seperti kanser dan alahan (alergi).

Radikal bebas adalah atom atau kumpulan atom yang mengandungi sekurang-kurangnya satu elektron. Lazimnya, ia terhasil daripada pencemaran. Alkohol dan dadah juga merupakan penyumbang radikal bebas pada badan. Dan, adakah anda tahu, radikal bebas juga terdapat pada bahan kimia yang ditambah ke dalam makanan seperti bahan pengawet, pewarna tambahan dan sisa racun serangga.

Sedari Kepentingannya

Beta-karotin merupakan molekul yang berubah menjadi vitamin A apabila diproses dalam badan dan ia juga adalah antioksidan yang bermanfaat untuk penglihatan dan menangani kanser pada sel.

Vitamin A dan E, adalah vitamin larut lemak dan penting untuk mata dan kulit yang sihat. Simptom-simptom seperti rabun malam, kulit kering dan mudah terkena jangkitan, menunjukkan kekurangan vitamin A dalam badan.Vitamin E atau tokoferol penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan vitamin E akan mengakibatkan anemia, iaitu penyakit pemusnahan sel darah merah yang banyak. Ia juga berupaya menghalang kanser dan mengatasi masalah aterosklerosis .

Vitamin C, vitamin larut air yang berupaya meningkatkan sistem pertahanan badan. Vitamin C atau nama lainnya, asid askorbik adalah antara vitamin yang diperlukan untuk perkembangan sel badan dan membantu penyerapan zat besi dalam badan. Kulit yang mudah lebam, gusi yang sering berdarah, luka yang lambat sembuh dan mudah terkena jangkitan adalah antara tanda kekurangan viatamin C dalam badan.

Antioksidan

Mei 15, 2008 0 Comments
Masih ramai yang tidak tahu apa antioksidan. Antioksidan diperlukan oleh tubuh untuk mencegah segala aktiviti abnormal sel.Ianya juga dikenali sebagai pelindung yang dapat melindungi sel dari kesan kerosakan akibat radikal bebas.Vitamin yang terkenal sebagai antioksidan ialah ACE iaitu Vitamin A dikenali sebagai Beta Carotene, Vitamin C dan vitamin E.
Ketiga-tiga vitamin ini sangat penting kepada tubuh kita. Ianya bukan sekadar untuk kecatikan dalaman mahupun luaran TETAPI yang pasti ia sangat penting untuk tubuh dalam melawan penyakit. Sejak melahirkan Nasa, memandangkan ini ialah c-section kali kedua saya bersungguh-sungguh mengambil vitamin yang dapat membantu luka dalam saya cepat sembuh. Ternyata alhamdulillah segala bengkak atau bentan saya lalui hanya untuk 2-3 hari. Kini saya masih consume dan saya perasan hasilnya kelihatan pada Nasa.
Saya mendapat satu kesedaran yang sangat mendalam tentang pentingnya antioksidan kepada tubuh kita sepanjang saya memberi consultation kepada pesakit-pesakit saya. Rata-rata doktor yang memberi khidmat nasihat serta bimbingan kepada saya menasihatkan agar saya menggalakan semua pesakit saya mengambil supplement yang boleh boost imune system atau erti kata lain menggalakkan kita mengambil ACE.
Namun ianya terpulang kepada individu... sekiranya anda rasakan kesihatan itu tiada nilai tandingnya...maka mulakan mengambil pemakanan yang banyak kandungan antioksidan dan jika tiada kesempatan untuk itu maka pilihlah supplement yang anda rasakan terbaik untuk anda.
Sesungguhnya apa yang kita makan hari ini bukanlah memberi kesan esok atau lusa kerana kebiasaannya penyakit yang kita perolehi adalah berpunca dari cara hidup dan pemakanan yang kita amalkan selama bertahun-tahun.

Akhir kata.....kita mampu mengubahnya!

Rabu, 14 Mei 2008

Love Tag

Mei 14, 2008 0 Comments
Dalam sibukni ada juga yang rajin nak tagged saya....I've been tagged by mama nazhan. This is my 1st time responding to the tag thing.... hopefully this is the correct way to do it.

To those who have been tagged by me, copy from here.






(Note: Some of the links were lost before the tag was passed on to me. Sorry, but you can google the name of the blogs if you're interested to find their links. Thanks!)


I have randomly selected 5 of you below to be tagged and I hope that you will similarly publish this post in your blog. You will have to tag 5 other bloggers and just keep adding on to the list. (Do not replace, just keep on adding! Yes we hope it will be a long list!)It’s real easy!

Tag others and see your Technorati Authority increase exponentially! The benefits of Viral Linking:

- One of the fastest ways to see your technorati authority explode!
- Increase your Google PageRank fast
- Attract large volume of new traffic to your site
- Build your community
- Make new friends!


The Strategist Notebook, Link Addiction, Ardour of the Heart, When Life Becomes a Book, The Malaysian Life, Yogatta.com, What goes under the sun,Roshidan’s Cyber Station, Sasha says, Arts of Physics, And the legend lives, My View, My Life, A Simple Life, Juliana RW, The Callalily Space, Petra Summer in Blue, Confessions of an Army Wife Bless’ Sanctuary Happy Life, http://bless519.bravejournal.com/, La Place de Cherie, Chez Francine, Le bric a brac de Cherie, Little Peanut, Pea in a Pod, The Creative In Me, Me and Mine, Pinay Mommy, Expressions from the Heart, TeacherJulie, Sweetbites by Bang, Paul, Toni and Lance - Bridging the Distance, Our Growing Family, The Uncensored life of me, My Untamed World, Something Purple, A Detour, Something Purple, Wifespeaks, Changing Lanes, Bits and Pieces, My Chocolate Coated Glasses, God's Gift, Through the Rain, My Small World,My Life, My Hope, My Future,Nyumix's Blog , The Lings, , Life In Secret City, Gateway City Window View, This is My Life, moralle, Ripples of Rasp, Tod. Ted & Ned, MAMA RYAN, Mami Hafiy,
Ibu Nazhan, ibu addinasa


Now this beautiful Pink Heart Tag goes to:

mama Nabil
mama baby Farid
mama harith and hannah
ibu az

Cars

Mei 14, 2008 0 Comments
Cartoon yang paling Addin minat ialah cartoon cars especially watak Mc Queen. Sampaikan abah Addin kata muka Addin pun ada macam Mc Queen. Apa sahaja yang berkaitan dengan Mc Queen Addin pasti minta kami belikan. Dari model kereta kepada writing board, alat tulis, baju, sun glass, wallet, seluar dan banyak lagi. Bak kata orang, you just name it, i got it. Ni kes fanatik habis dengan watak Mc Queen.
Addin sekarang dah besar panjang... tinggi pun dah hampir dengan bahu ibu. If pergi shopping orang sekeliling pasti ingat Addin adalah adik ibu. Banyak kali kami ditegur sampai masa di Airport KLIA pun ada juga yang bertanya. Addin dah pandai bergaya... kalau nak keluar berjalan, rambut perlu sapu gel dulu. Sun glass mesti bawak, takut panas katanya. Hmmm....cepat benar masa itu berjalan. Addin dah besar sekarang. Addin tidak suka dipanggil budak kerana katanya dia anak bujang ibu. Mula-mula tergelak bila Addin mengeluarkan perkataan itu sehingga saya menokok ...alamak tak lama lagi ibu akan lihat anak ibu ada girlfriend. Abah Addin ketawa besar dengan seloroh ibu.
Ibu doakan Addin pandai bawa diri di mana Addin berada. Semoga setiap hari yang berlalu membawa kebahagian kepada semua anak-anak ibu.



Masa baru dapat wallet. Ini yang terbaru, yang dulu dah jadi kenangan.



Bergambar sebelum keluar berjalan-jalan...

Isnin, 12 Mei 2008

Mengapa nampak tua?

Mei 12, 2008 0 Comments
Ahad lalu kami membuat sedikit majlis makan tengahari dan sedikit doa selamat memandangkan baru berpindah ke salah sebuah servis apartment di Miri. Ramai juga tetamu yang hadir... termasuklah mama hafiy, mama cery, kak Sarimah, umi umaira dan ramai lagi. Turut hadir seorang teman saya yang sudah mempunyai 3 cahaya mata. Beliau sebenarnya lebih kurang sama umur dengan saya namun mungkin beliau bukanlah seorang yang concern dengan penampilan dirinya. Beliau kelihatan agak tua walaupun pada umur awal 30-an.
Memandangkan sudah lama tidak berjumpa beliau menegur saya dengan sedikit nada hairan... "Lama kita tidak berjumpa, tapi pelik muka you nampak lebih bersih dan cantik dari dulu. You pakai pencuci muka apa ya?" Saya hanya tersenyum sambil menghulurkan air kepadanya. Saya menjawab saya hanya pakai pencuci muka biasa sahaja. Saya menokok...inilah kesan ACE. Beliau pelik dan bertanya apa itu ACE...Saya menjawab, A ialah beta carotene-penting untuk menghilangkan scar (bekas jerawat atau parut), vitamin C -membina kolagen dan E - memberi kelembapan kepada kulit, melambatkan proses penuaan dan membuatkan kulit lebih tegang.
Beliau ketawa dan sempat menyindir saya..."hmm ni mesti nak suruh i makan vitamin you la tu". Secara kebetulan mama hafiy membawa buah epal sebagai buah tangan...maka terlintas terus di fikiran saya membuat satu demo dengan teman saya ini. Saya membelah sebiji epal kepada dua bahagian. Saya mengambil sebiji vitamin C untuk di sapukan ke atas sebelah bahagian epal. Sebelah lagi saya biarkan. Setelah beberapa minit terdapat perubahan ke atas permukaan epal yang tiada vitamin C, permukaannya berubah menjadi gelap. Manakala permukaan epal yang disapukan dengan vitamin C masih kelihatan sepertimana keadaannya di potong tadi.
Teman saya hanya tersenyum. Walaupun begitu saya tahu dalam hati beliau pastinya beliau kagum dengan demo tersebut. Bagi pembaca yang budiman, anda juga boleh melakukan demo tersebut di rumah dengan menggunakan vitamin C anda dan lihatlah kesannya. Vitamin C yang bagus tidak perlu pewarna oren dalam membuktikan ia adalah vitamin C! Selamat mencuba....
*Ada promosi hebat untuk vitamin ACE! Jika berminat boleh sms saya di talian 012 8535689.

Sibuknya....

Mei 12, 2008 0 Comments
Seminggu ini sebenarnya saya sibuk menguruskan barang-barang yang perlu di pack untuk masuk ke dalam kontena. Disamping itu saya banyak menguruskan anak-anak dan memberi consultation kepada pesakit pesakit saya. Bunyi dah macam doktor kan? Saya memberitahu suami, rasa terkilan juga tak dengar nasihat arwah abah suruh jadi doktor dulu. Suami saya menjawab, baguslah kerana jika N sekarang ni doktor, N lah orang pertama akan meminta kaki bapak Dayang di potong. N jugalah orang pertama yang meminta pesakit -pesakit kanser N lalui kimoterapi. Nasib baiklah N tak jadi doktor....kata suami saya. Hmmm...mungkin ada benarnya.
Saya hanya memastikan semua pesakit mengambil vitamin mengikut aturan yang betul. Ubat doktor tidak boleh diabaikan. Vitamin perlu diambil sejam selepas pengambilan ubat. Saya perlu membanyakkan diri saya dengan bahan bacaan tentang penyakit yang saya rawat dan kemudian saya kaitkan dengan keperluan vitamin. Sel manusia memerlukan vitamin dan bukan suntikan ubat yang mengandungi dadah. Ubat sekadar menahan sakit dan memberi kesan sementara sahaja.
Saya juga perlu membaca buku-buku motivasi untuk saya suntikan ke dalam minda mereka. Secara tidak langsung saya memotivasikan diri saya dalam banyak perkara. Bukan mudah untuk meyakinkan manusia, berkat doa ...alhamdulillah mereka mendengar setiap patah yang saya sampaikan melalui telefon mahupun sms.

Jumaat, 9 Mei 2008

Walau siapa pun...

Mei 09, 2008 0 Comments
Saya sentiasa ingin berkongsi dengan sesiapa jua yang sudi tentang segala pengalaman saya dengan semua teman-teman saya berkaitan dengan Shaklee. Hari Rabu malam pada minggu lalu saya menerima sms dari teman saya Dayang Normala...Dalam sms tersebut Dayang memberitahu bahawa doktor mencadangkan kaki bapanya yang berlubang akibat kencing manis perlu di potong. Dayang bertanya sekiranya ada alternatif lain selain daripada potong. Memandangkan saya tidak dapat melihat sendiri keadaan kaki bapa Dayang maka saya pada mulanya berat hati hendak mencadangkan apa-apa. Namun Dayang tetap meminta pendapat bagaimana sekiranya kaki bapanya jika tidak di potong?
Secara amnya bagi yang mengalami luka sehingga mengakibatkan ia berlubang akibat kesan kencing manis , doktor akan mengalakkan tempat itu di potong agar kuman tidak merebak ke tempat lain terutama bahagian otak. Namun TIDAK ADA JAMINAN apabila anggota yang busuk itu dibuang maka pesakit akan sembuh atau luka tidak merebak.
Secara jujur dari pendapat saya dan pengalaman yang saya dah lalui, kesan potong bagi pengidap kencing manis bukan suatu perkara mudah yang perlu dihadapi. Biasanya selepas membuang anggota tersebut pesakit akan mengalami perasaan rendah diri akibat kekurangan anggota dan untuk sembuh dari pembedahan bukanlah satu perkara yang mudah memandangkan badan mereka sendiri lemah.
Saya mencadangkan kepada Dayang sekiranya doktor memberi bapanya peluang dalam tempoh seminggu, sekiranya lubang itu dapat ditutup dan tidak merebak maka pemotongan pembuangan anggota kaki tidak perlulah dibuat. Dayang bersetuju dengan mengikut beberapa pengambilan supplement dan aturan intensif selama seminggu.
Alhamdulillah kini sudah seminggu...kaki bapa Dayang yang bengkak dah mula surut dan lubang dah tertutup. Yang paling ajaib, kaki bapanya sudah boleh merasa setiap sentuhan berbanding dengan keadaannya seminggu yang lalu.
Secara keseluruhan dapat saya katakan bahawa supplement bukanlah penyembuh tetapi IA MEMBANTU MENINGKATKAN KETAHANAN BADAN (IMUNE SYSTEM) BERBANDING PENGAMBILAN UBAT YANG PADA PANGHUJUNGNYA AKAN MENGAKIBATKAN BADAN KITA SEMAKIN LEMAH MELAWAN PENYAKIT.
Walau siapa pun yang melaluinya... saya akan cuba membantu sebagaimana jika saya ditempat individu tersebut. Walupun Dayang sekadar teman namun bagi saya tiada sempadan antara kami. Mudah-mudahan bapa Dayang akan terus sihat dn ceria selalu!

Khamis, 8 Mei 2008

Sekilas lalu...

Mei 08, 2008 0 Comments
OMEGA3

Some of the pros about eating fish high in omega-3 fatty acids, especially salmon are:

Salmon is low in calories and saturated fat and is high in proteins. It is a high source of selenium, niacin, vitamins B12 and B6, phosphorus and magnesium.
Eating fish high in omega-3s is more beneficial than having a spoonful of that dreaded cod liver oil and tastes better too!!!
There are a plethora of cardiovascular benefits.
2 servings of fish rich in omega-3s a week can lower triglycerides (a form of fat carried through the bloodstream) which can cause cholesterol level

Alfalfa

Alfalfa adalah sejenis legum yang paling kaya dengan klorofil, sekurang-kurangnya 4 kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran biasa. Orang Arab dari Persia menggelar alfalfa sebagai “bapa semua makanan”.

Alfalfa mempunyai akar yang panjang sekurang-kurangnya 30 kaki ke dalam tanah. Oleh itu, tumbuhan tersebut dapat menyerap mineral galian bumi seperti selenium, silikon, timah, zink, kalium, fosforus, kobalt, kalsium, mangan, magnesium dan ferum. Alfalfa juga mengadungi 8 asid amino perlu, karbohidrat, vitamin, mineral, dan sedikit lemak.

Alfalfa adalah tumbuhan di dunia yang paling beralkali. Sifat alkali ini menolong menyeimbangkan sifat asid di dalam badan. Protein yang terkandung di dalam alfalfa adalah 18.9% berbanding dengan lembu (16.5%), susu (3.3%) dan telur (13.1%). Kalsium di dalam alfalfa adalah 14 kali lebih.

Nasa dah besar...

Mei 08, 2008 0 Comments
Pejam celik pejam celik dah lapan bulan ibu tak kerja... kecuali buat kerja rumah.Nasib baik abah lantik ibu sebagai E.A ( Executive Assistant) abah so ada lah kerja sampingan ala-ala pejabat yang ibu boleh buat. Macam secretary cuma up sikit la. Sekurang-kurangnya ibu tahu bila abah ada meeting, bila abah away from office, abah dah buat claim or belum...semuanya dalam planner ibu dan syncronize dengan planner abah.

Nasa pula dah besar sekarang... dah merangkak dengan kepantasan yang boleh tahan hebat. Pantang terlepas pandang walau beberapa saat, Nasa dah boleh berada di hujung katil abang Addin. Kalau dalam walker...hmmm habis semua Nasa nak tolong ibu buat. Yang paling ibu suka Nasa dah pandai pok amai-amai...pantang abang Addin nyanyi lagu tu Nasa akan bertepuk sama. Walau dah ada gigi 4 batang, alhamdulillah Nasa tak menggigit bila menyusu. Abah kata sebab Nasa belum makan sepenuhnya.

Cerita bab makan... Nasa tak minat makan. Mungkin belum berselera sepenuhnya. Makan pun hanya biskut rusk. Itu pun adakala habis adakala tong sampah tempat penghujungnya. Tapi jangan beri Nasa nampak handphone, remote TV, remote Astro, remote aircond mahupun mainan abang Addin, habis semua digigitnya. Handphone ibu sampai kena duduk 'hospital' sebab berkarat akibat air liur Nasa.

Apa pun ibu bersyukur berpeluang melihat perkembangan dua anak ibu yang berbeza ibarat langit dan bumi. Kalau abang Addin dulu, nak mandikan dia sangat senang. Berbeza dengan Nasa dengan pelbagai aksi kuak lentang dalam kolam mandi. Selepas mandi... nak siapkan abang Addin, hmmm saat paling senang. Abang Addin takkan bergolek ke kanan mahupun ke kiri cuma menunggu ibu atau abah pakaikan dryper. Berbeza dengan Nasa, baru letak atas katil, sekali kita pusing, dah entah ke mana merayapnya.

Namun, ibu doakan anak-anak ibu sihat, cemerlang dalam hidup di dunia mahupun akhirat. Semoga kalian menjadi anak-anak yang soleh. Amin.

Rabu, 7 Mei 2008

Boleh mendengar semula

Mei 07, 2008 0 Comments
Lama rasanya dah tak menulis... semasa mengemas nak masukkan semua barang ke dalam kotak, saya terpandang sebuah artikel yang bertajuk I Can Hear. Saya mengenali individu ini pada tahun pertama saya mengenali Shaklee. beliau bernama kak Laili. She lost her ability to heR clearly due to a ear infection when she was 11 yrs old. By the age 35 she needed hearing aids to be able to hear well. But nine yrs later, she lost her hearing ability! A doctor at Kuala Terengganu recommend her to undergo an operation that cost Rm100,000 but does not promise a full recovery of being able to hear again!

Nak dijadikan rezeki satu hari kak Laili berjalan bersama iparnya kak Laila di hadapan Shaklee office. Di sana, beliau telah disyorkan oleh beberapa orang Shaklee dist. tentang pemakanan Shaklee. Kak Laili dan suaminya pun mencuba produk Shaklee. Semasa perjalanan balik ke Kuala Terengganu, tiba-tiba kak Laili terasa seolah-olah mendengar bunyi yang pada pendapatnya itu adalah imigiasinya. Beliau merasakan beliau mendengar suara yang datang dari balai ketibaan... seterunya beliau mendengar suara suaminya...En. Sulaiaman. Kak Laili terus menangis kerana tidak tahan menahan sebak. Miracle kuasa Allah. Kak Laili boleh mendengar semula.

Saya sendiri dapat berbual dengan beliau sewaktu beliau menyampaikan uacapannya di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur. Pada pendapat saya.. ini sebenarnya antara usaha yang mendapat keredhaan Allah jua. Kita manusia hanya mampu berusaha...yang paling penting berusaha. Sambil itu kita berdoa agar usaha kita diberkati. InsyaALLAH berjaya.

Akhir kata dari saya, sekiranya sesuatu itu bukan lahir sejak azali seperti keadaan kak Laili yang mana beliau mengalami kekurangan pendengaran kerana infection, kia masih terus berusaha. Saya doakan kak Sara juga akan mengalami keajaiban yang sama. The most important thing is we must dicipline in taking supplement everyday so that we will get the best effect!

Isnin, 5 Mei 2008

Sadaqah Jariah

Mei 05, 2008 0 Comments
Ini sesuatu yang bagus sangat untuk diamalkan ........
Rasulullah SAW bersabda, 'Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga hal iaitu:-
1] Shadaqah jariah
2] Ilmu yang bermanfaat
3] Anak shalih yang mendoakannya. (HR. Muslim, Abu Dawud , At-Tirmidzi , Nasa'i dan Ahmad )


SADAQAH JARIAH - KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR
AL SADAQAT AL JARIYAH - THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah
Give a copy of Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat

2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah
Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat

3. Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang
Share constructive reading material with someone

4. Bantu Pendidikan seorang anak
Help in educating a child

5. Ajarkan seseorang sebuah do'a.
Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah
Teach someone to recite a doa . With each recitation, you will gain hasanaat

6. Berbahagi CD Quran atau Do'a
Share a doa or Quran CD

7. Libatkan dalam pembangunan sesebuah masjid tenaga atau harta
Participate in the building of a mosque thru wealth or strength

8. Letakkan pendingin air di tempat umum
Place a water cooler in a public place

9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah
Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat

10. Bagikan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu
dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.
Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia