Jerawat, Penyakit dan Detox

Hari ini saya menonton channel 502 yang bercerita tentang pemakanan homeopati. Dulu saya juga pernah mengambilnya sebelum saya mengenali Shaklee. Namun ada sesuatu yang menarik perhatian saya ialah tentang apa yang cuba disampaikan iaitu pentingnya detox atau pembuangan toksin dari badan untuk mengelakkan penyakit. Teringat saya dengan satu artikel yang pernah saya baca mengenai kepentingan membuang toksin ini. Antaranya ialah sekiranya seseorang itu sangat bermasalah untuk membuang toksin terutamanya dari usus atau buah pinggang kesannya sangat ketara ke atas kesihatan individu tersebut.

Sebenarnya sebelum saya mengenali shaklee saya seorang yang sangat sukar untuk membuang air besar. Adakalanya dua tiga hari baru saya membuang. Kesannya muka saya berjerawat termasuklah jerawat batu yang sangat besar, berkudis, senang demam dan migrain yang teruk. Setelah mengenali Shaklee saya mengambil beberapa supplement untuk membuang toksin iaitu Herb-lax seminggu sekali untuk mencuci usus dan menyingkirkan semua toksin. Alhamdulillah memang berkesan.

Namun perlu kita tahu bahawa pentingnya pengambilan buah-buahan dalam diet sehari untuk melawaskan proses pembuangan. Kita juga boleh mengambil tablet fiber untuk membantu seandainya tiada diet fiber lain yang diambil dalam menu hari itu.


Dalam rancangan itu juga dinyatakan antara yang menyebabkan seseorang mudah sakit adalah bagi mereka yang menampal gigi berlubang dengan tampalan merkuri boleh menyebabkan individu itu mudah sakit seluruh badan. Pada ketika ini saya teringat kata doktor Firdaus, kanak-kanak yang minum susu formula tidak dapat lari dari dua perkara iaitu melamine dalam susu formula dan air yang diminum kerana di dalam air sendiri terdapat merkuri kecuali bagi mereka yang mempunyai penapisan yang baik untuk menyingkirkan segala kontaminan di dalam air. Saya bersukur sangat kerana sudah memiliki water filter kami sendiri dan alhamdulillah saya angat berpuashati dengannya. Terima kasih abah kerana mengizinkan ibu memiliki sebuah water filter yang comel dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Catatan Popular