Sampai juga Yus….

Akhirnya Allah mengizinkan kami bertemu selepas beberapa lama berhubung hanya melalui internet dan handphone semata-mata. Petang sabtu yang lalu, Yus dan suaminya Lan dating bertandang ke teratak kami. Saya yang baru recover dari cirit birit belum bersedia untuk memasak apa-apa pada petang itu. Saya Cuma membeli KFC combo untuk tetamu yang bakal tiba.

Janjinya jam 4 petang tetapi Yus sekeluarga sampai dalam jam 4 lebih. Seronoknya saya melihat perkembangan dua-dua anak Yus. Si kakak dah nampak sedikit berisi berbanding sebelum ini. Manakala si adik Azzalea, ya Allah, Masya Allah sangat berbeza dengan pertama kali saya melihatnya. Dah lah tembam dengan pipinya yang layut di tambah dengan wajahnya seakan-akan anak Cina menjadikannya begitu comel sekali. Saya yakin suami Yus, en. Lan pasti berbangga dengan hasil Shaklee yang di consume oleh isterinya untuk menyusukan anak kecil mereka adalah satu usaha yang tidak sia-sia.

Tidak lama selepas itu Marlina juga sempat bertandang ke rumah saya bersama anak-anak dan suaminya. Sempat juga mereka semua berkenalan. Anak kecil Ina sebaya dengan anak kecil Yus. Ina juga mula consume Shaklee sejak dari dalam pantang lagi. Anak Ina juga comel dengan gaun yang dipakainya. Seronok melihat orang yang ada anak perempuan memandangkan anak-anak saya lelaki semuanya. Hihihihi.

Sayangnya gambar je yang saya lupa nak ambil.... ini bermakna yang pasti boleh buat next gathering.Apa pun yang pasti saya janji dengan Lan, saya akan masak nasi tomato untuk mereka for the next visit. Semoga ukhwah yang terjalin antara kita dan keluarga akan berkeka;an sampai bila-bila. Amin.

Catatan Popular