Selasa, 18 November 2008

# Calcium Magnesium # ostematrix

Mangatasi Keletihan???

Semasa baru-baru pindah KL last month, suami memang mudah keletihan dengan suasana hidup di KL. Bermula dari pagi bersesak-sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu untuk menaiki lrt sehinggalah waktu sampai ke rumah dalam antara jam7pm sehingga 7.30pm.

Saya meluahkan masalah saya kepada Ida dan bertanyakan apa lagi vitamin yang boleh membantu saya dan suami untuk mengurangkan keletihan. Ida terus menjawab, cubalah makan ostematrix, ianya adalah calcium magnesium dalam formula baru dan wajah yang baru. Tanpa berlengah saya terus membelinya pada hari tersebut. Memandangkan vitamin kalsium kami juga sudah kehabisan maka saya teruskan niat dengan mengambil ostematrix. Dengan mengamalkan pengambilan ostematrix 4 biji sehari alhamdulillah saya dan suami tiada masalah keletihan yang ketara seperti sebelum ini. Bagi suami saya yang banyak travel ke luar negara atas urusan kerja maka sangat penting bagi beliau agar saya membekalkan ostematrix yang mencukupi sepanjang beliau travel.

Saya lebih bertambah bersyukur kerana Allah mengizinkan untuk saya bangun seawal jam 4.30am setiap hari walaupun tidur jam 1am. Seandainya saya tidak uzur, dapatlah saya melakukan solat sunat sebelum saya memulakan jadual harian saya iaitu memasak dan menyiapkan bekal makan tengahari (lunch pack) untuk suami saya makan pejabat.

Saya cuba mencari beberapa info mengenai kepentingan kalsium kepada tubuh sehinggakan ia banyak membantu saya dan suami meneruskan kerja harian tanpa merasa exhausted seperti sebelum ini. Pembinaan darah memerlukan kalsium dan begitu juga dengan urat saraf serta tulang kita. Dengan kalsium yang cukup sistem tubuh kita dapat berfungsi dengan baik dan lancar.

Semalam juga saya menerima mesej dari Laila yang beliau sangat bersyukur sejak mengambil 4 biji ostematrix sehari dapat membantunya menguruskan kedua anaknya dengan baik tanpa keletihan walaupun malam sebelumnya beliau banyak berjaga.
Ramai yang telah mencuba ostematrix dan mengakui keberkesannya ke atas tubuh badan.Benarlah kata orang alah membeli menang memakai!

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia