Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2008

Promosi yang ada...

Imej
Ada yang bertanya kepada saya bagaimana untuk mengetahui segala promosi terkini produk Shaklee. Bagi mereka yang ingin tahu, akan saya sertakan dalam blog bagi setiap promosi terkini agar anda tidak terlepas peluang yang ada.



Klik di sini

Mesej seorang sahabat....

Jumaat lalu, sahabat saya Faiz mengirimkan mesej yang membuatkan saya tenang dan rehat seketika. Antara lain, mesejnya berbunyi :


Alihkan matamu ke laut,
Airnya cantik membiru dan penuh ketenangan,
Tetapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia di dalamnya,
Begitulah dengan kehidupan manusia, riang ketawatetapi hanya Allah sahaja yang tahu rahsia kehidupannya.......

Jika kau rasa kecewa pandanglah sungai, airnya tetap mengalir walau berjuta batu yang menghalangnya,
Juka kau rasa sedih,pandanglah ke langit, kau akan sedar bahawa Allah sentiasa bersamamu,
Allah will keep you save within his care my dear friend

Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu,yang membuatkan keinginanmu terhalang serta yang menyusahkan hidupmu, pasti DIA akan damaikan hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia.

Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu,tetapi itulah yang DIA mahu keran…

Sisipan Raya

Imej
Nasa sedang fikir nak makan apa....


Inilah gambar yang paling mahal sekali...macam penyerahan mock cheque,hihihi. Bukan senang nak dapat angpau dari uncle Ilan (abah's cousin).

Pandang camera dan senyum.....



Sebahagian dari gambar utama....Addin dan uncle John. Nanti ibu sisipkan gambar utama bila dah dapat gambar dari kamera cik Ara pula.


Nasa dan ibu ambil angin diluar....Nasa dah ngantuk, time to sleep!

Melamine

Kejadian yang menimpa rakyat China telah membuka mata semua orang termasuklah kami. Barulah kita tahu dalam semua susu formula terkandung melamine... dalam kuantiti sedikit dan dibenarkan. Saya bertanya dengan ramai kenalan doktor saya... jika benar dalam susu formula terdapat sedikit kuantiti melamine, tidakkah ini bermakna ada unsur plastik yang dimasukkan ke dalam minuman anak kita? Namun jawab doktor itu, ya namun badan boleh menyingkirkannya kerana ianya kuantiti yang sangat sedikit. Apa yang terjadi di China pengeluar susu itu telah menambahkan unsur melamine dengan kuantiti yang banyak, maka ianya boleh merosakkan fungsi buah pinggang. Seperti yang kita sedia maklum, buah pinggang kita ini ibarat washing machine. Jika kita tahu loading max ialah 10 kg tetapi basuhan kita 15kg, maka lama kelamaan rosaklah fungsi mesin basuh tersebut.

Sejak dari kejadian itu,anak saya Addin yang memang menjadi tabiatnya minum susu 4-5kali sehari telah bertukar tanpa diminta. Sejak kami pulang ke K…

Perkara Ajaib Tersembunyi di Dalam Minda

Imej
oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj


1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”




2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu j…

Rahsia doa....

Seorang pengarah yang berjaya jatuh di bilik mandi dan akhirnya
stroke.Sudah 7 malam dirawat di Hospital di ruang ICU. Di saat orang-orang
terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si
pengarah yang terbaring tak berdaya.


Malaikat memulakan pembicaraan, Kalau dalam waktu 24 jam ada 50 orang
berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup. Dan sebaliknya jika dalam 24
jam jumlah yang aku tetapkan belum terpenuhi, itu berertinya kau akan
meninggal dunia!


Kalau hanya mencari 50 orang, itu sangat mudah.'kata si pengarah ini
dengan yakinnya.


Setelah itu Malaikat pun pergi dan berjanji akan datang 1 jam sebelum
batas waktu yang sudah disepakati.


Tepat pukul 23:00, Malaikat kembali mengunjunginya; dengan bangganya si
pengarah bertanya, Apakah esok pagi aku sudah pulih? Pastilah banyak yang
berdoa buat aku, jumlah pekerja aku punya lebih dari 1000 orang, jadi kalau
hanya mencari 50 orang yang berdoa pasti bukan perkara susah.


Dengan lembut si Malaikat berkata, Anakku, ak…

Rehat sebentar...

Imej
Sleep as much as you can...

Frown when you get upset...

Read books that you enjoy...

Play with simple things...

Do whatever you want whenever you want...

Look for affection when you need it...

Get serious once in a while...

Show some affection...

Get angry once in a while...

Change your look...

Be happy, above all, regardless what your challenges may be...


These are only to show you how strong we can be and overcome them...

Nak hilangkan jeragat....

Ada seorang teman bertanya kepada saya apakah vitamin yang benar-benar membantu menghilangkan jeragat dan parut hitam pada kulit. Sebenarnya terdapat banyak vitamin yang membantu menjadikan seseorang itu sihat dan secara langsung akan kelihatan cantik dan berseri. Vitamin yang saya maksudkan ialah ESP, vitalea(multivitamin Shaklee known as killer product) , b complex, vitamin C, zinc, beta carotene dan vitamin E. Sekali pandang memang nampak banyak namun bagi saya yang memang makan kesemua yang dinyatakan tidaklah hairan jika seseorang pakar kecantikan mengesyorkan beberapa jenis vitamin yang penting untuk kulit. Namun bagi anda yang pastinya mempunyai budget yang tersendiri, anda boleh mulakan dengan mengambil ESP dan vitalea terlebih dahulu. Mungkin selepas sebulan anda boleh menambah perlahan-lahan dengan vitamin lain yang dinyatakan.

Ada yang mendakwa mengambil vitamin yang banyak akan menyebabkan kesan jangka panjang yang negatif tetapi perlu kita ingat ianya mungkin berlaku ke a…

Ohhh Kuala Lumpur

Walaupun sudah setengah bulan hidup di Kuala Lumpur tapi saya masih belum boleh adapt dengan suasana di sini. Masih teringat saya pada Sabtu yang lepas di mana mak mertua saya membuat rumah terbuka pada waktu tengahari memandangkan sebelah petang dan malamnya kami mempunyai kenduri tahlil bersama seluruh ahli keluarga.

Urusan rumah saya di Melawati hanya selesai pada hari tersebut pada jam 1.45pm di mana proses terakhir melengkapkan rumah dengan pintu grill. Kebiasaannya kami hanya mengambil masa maksimum untuk ke rumah mak di Rawang Perdana dalam 20 minit tetapi kerana hari Sabtu hari tu hujan lebat maka traffic menjadi slow yang amat sehinggakan kami sampai rumah mak selepas 1 jam setengah berada dalam kereta. Ya Allah bosannya!!! Tak ada rezeki saya untuk berjumpa dengan kak Sara pada hari itu. Bukan niat saya untuk menjemput dengan ajak-ajak ayam atau tidak ikhlas tetapi kerana urusan rumah Melawati yang tertunda menyebabkan kami tidak bermalam di rumah mak pada malam sebelumnya. S…

Raya dan pindah...

Alhamdulillah kami telah selamat sampai ke Kuala Lumpur pada 1 Oktober yang lalu. Ianya merupakan hari terakhir kami di Miri dan hari pertama hidup baru i Kuala Lumpur. Memang meletihkan dengan barang sebanyak 100kg di bawa bersama dari Miri. Kami beraya di rumah mamatok dan ayahtok Addin dan Nasa di Rawang seterusnya pulang ke Muar pada hari raya ketiga.

Kini kami telah pulang ke Kuala Lumpur semula menguruskan semua barang dan perkakas rumah. Nasib baik ada helper yang dapat menolong saya unpack semua barang dari kotak.Lega sedikit rasanya. Kini tinggal nak menguruskan beberapa perkara kecil seperti install Astro disc, laminating floor dan water hitter.

Walaupun jauh di sudut hati saya,saya mahu pulang semula ke Miri tetapi saya terpaksa juga terima hakikat bahawa kami terpaksa memulakan hidup baru di Kuala Lumpur. Saya yakin pasti ada hikmah yang terbaik aturan Allah untuk kami sekeluarga dipindahan ke Kuala Lumpur.

Ada beberapa keping gambar raya yang belum sempat saya masukkan dal…