Surah Al Iklas

السلام عليكم و رحمة الله و
بركاته
sampaikanlah... sebagai peringatan .....
Insyaallah...

Keberkatan surah al-ikhlas
Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa
saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada
didalam tubuh kita
dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar
umpama cacing
kepanasan.
Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas
sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca
bismillah. Berilah salam
kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah
berilah salam kerana
malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya
wajib) yang diucapkan
pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan
kubur. Apabila
malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan
sukar menjawab
salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,
amalan daripada
salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat
itu.
Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah
Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka
dia tidak akan
membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari
kesempitan kuburnya dan
para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi
titian siratul
mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam
Tadzikaratul
Qurthuby).
Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki
kepada umatnya: Siapakah
antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa
dua-tiga minit? Tiada
seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina
Ummar telah
mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an
dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.
Saiyidina Ummar
bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang
sedang kecil pada
waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas
Saiyidina Ali
membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan
bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama
dengan
membaca 10 juz kitab Al-Quran. Lalu dengan
membaca surah Al-Ikhlas
sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan
membaca 30 juz
Al-Quran.
Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW
telah bersabda: Ketika
saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah
melihat Arasy di atas
360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu
sendi ialah 300,000
tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang
sahara sebanyak
12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas
dari timur hingga ke
barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000
malaikat yang mana
kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai
membaca surah
tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,
sesungguhnya pahala dari
bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca
surah Al-Ikhlas baik
ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku
ditanganNya,
sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap
malaikat Jibrail a.s,
Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam
yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam
yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.



Sepertimana sabda
Rasulullah SAW:
'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.
Sesungguhnya apabila matinya
seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan
dibawanya bersama: (1)
Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Catatan Popular