Saat dahi tidak lagi menyentuh Sejadah....

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan!
> Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan!
> Bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan!
> Tutuplah rambutmu sebelum rambutmu ditutupkan!
> Dengan kain kafan yang serba putih!
> Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih....
> Walaupun orang yang hadir itu merintih....
>
> Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai....
> Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
> Dengan empat kali takbir dan satu salam
> Berserta Fatihah, Selawat dan doa....
> Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
>
> Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus....
> Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
> Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud....
> Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
>
> Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian....
> Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat....
> Usunglah dirimu ke tikar Solat....
> Sebelum kamu diusung ke liang lahad....
> Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat!
>
> Iringilah dirimu ke masjid....
> Sebelum kamu diiringi ke Pusara!
> Tangisilah dosa-dosamu di dunia....
> Kerana tangisan tidak berguna lagi di alam baqa'!
>
> Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan!
> Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan.. ..
> Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan!
> Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan!
> Kerana ianya berguna untuk yang tinggal....
> Bukan yang pergi!
>
> Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan!
> Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan!
>
> Ingatlah di mana saja kamu berada....
> Kamu tetap memijak bumi Tuhan!
> Dan dibumbungi dengan langit Tuhan!
> Serta menikmati rezeki Tuhan!
> Justeru bila Dia menyeru,....
> Sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia....
> memanggilmu buat kali yang terakhirnya!
> Ingatlah kamu dahulu hanya....
> setitis air mani yang tidak bererti!
>
> Lalu menjadi segumpal darah!
> Lalu menjadi seketul daging!
> Lalu daging itu membaluti tulang!
> Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti....
>
> Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu....
> Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk itik tak sudu!
> Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu....
> Yang lebih agung dari malaikat!
>
> Lahirmu bukan untuk dunia....
> Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat!
>
> Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'....
> Dengan penuh rela dan bersedia!
> Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'....
> Jalan kemenangan akhirat dan dunia!
>
> Ingatlah yang kekal ialah amal....
> Menjadi bekal sepanjang jalan!
> Menjadi teman di perjalanan.. ..
> Guna kembali ke pangkuan Tuhan!
>
> Pada hari itu tiada berguna....
> Harta, tahta dan putera....
> Isteri, kad kredit dan kereta....
> Kondominium, saham dan niaga....
> Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia!!!
>
> " Saling berpesan-pesan untuk kearah kebaikkan"

Catatan Popular