2nd Visit in Ramadhan




Last saturday was our second visit to Rumah Kebajikan Hamidah di Permyjaya.... Rumah anak-anak yatim yang baru di Miri selepas dipindahkan dari rumah kedai bertempat di Bumiko. Sayu anak-anak bila dengar cikgu Norita dah nak pulang ke KL. Nak lagi sayu mereka semua menangis baik lelaki mahupun perempuan. Hiba di hati ini apabila mengenangkan entah bila lagi kami akan balik ke Miri.

Tujuan kami ke sana ialah menghantar sumbangan orang ramai dan kawan-kawan untuk anak-anak ini berbuka dan bersahur. Walaupun tak seberapa dan kurang dari sumbangan yang sebelum ini namun untuk visit yang kedua ini, dapat juga kami collect sumbangan more than RM1000. Syukur. Rezeki kami hari itu, dapat berjumpa dengan Penguasa yang menjaga kebajikan anak-anak yatim seluruh Sarawak iaitu Pn. Hjh. Juliana.Beliau juga memaklumkan kepada kami bahawa sumbangan orang ramai untuk anak yatim Miri sangatlah kurang berbanding dengan sumbangan untuk rumah anak yatim di Kuching.Beliau meminta kami memaklumkan kepada orang awam yang ingin menderma boleh la menderma melalui akaun bank RHB yang saya maklumkan dalam post sebelum ini dan diharapkan dapat memaklumkan kepada mereka(pihak pengurusan) jumlah yang dimasukkan untuk rumah anak yatim Miri agar audit mudah dibuat. Resit akan diberi untuk tax rebate. Buat teman-teman dari Kuala Lumpur yang menyumbangkan sumber kewangan, jutaan terima kasih mereka ucapkan. Resit kalian akan kami pos sebagai bukti bahawa derma itu telah sampai ke tempat yang berhak.

Sekiranya Allah mengizinkan akan kami usahakan derma orang ramai untuk anak-anak ibu di Miri. Walaupun jauh, kalian tetap dekat di hati kami.Semoga Allah memelihara kalian walau dimana sahaja kalian berada.

Catatan Popular