Teringin nak cuba tapi...

Saya bersembang dengan seorang teman baru melalui YM... beliau sangat berminat untuk mengenali Shaklee. Beliau sedang menyusukan anak keduanya yang berumur 6 bulan. Teman saya ini lebih mesra dengan panggilan Mar. Mar menyatakan bahawa beliau sudah mula runsing kerana ramadhan telah hampir tiba. Mar tidak menyusukan anak pertamanya jadi sebenarnya inilah pengalaman sebenar Mar menyusukan anak keduanya.

Mar juga menyatakan bahawa beliau sangat tidak suka menelan apa jua jenis ubat termasuklah vitamin. Kata Mar lagi obimin yang doktor berikan semasa mengandung juga tidak dihabiskannya memandangkan beliau sangat tidak suka menelan ubat. Saya hanya tersenyum bila membaca mesej ym dari Mar.

Saya mencadangkan agar Mar mengambil ESP, Meal Shake dan Performance sahaja dan ini sudah memadai dengan keadaan beliau yang tidak gemar menelan vitamin mahupun ubat. Saya juga telah berkongsi cerita dengan Mar bagaimana teman-teman saya termasuklah Syida tidak mengalami apa-apa masalah sepanjang beliau menggantikan puasanya. Malah dengan supplement ini hasil perolehan perahan Syida masih lagi 20 oz sehari dengan hanya melakukan 2 pump session.Alhamdulillah!

Saya tetap percaya kita memerlukan suppplement agar kita dapat memberi anak kita bukan sekadar susu yang banyak namun berkhasiat dan berkualiti!

Catatan Popular