Subhanallah!

“Subhanallah…hari ni pam 1 sesi dah dapat almost 10oz. Memang rezeki Azzalea. Sedih pulak masa Azyana tak buat macam ni. Tak cukup ilmu dan support.”

Inilah mesej yang saya terima dari Yus pada seminggu yang lepas. Yus sebenarnya baru mengenali Shaklee. Beliau antara adik yang saya kenali melalui forum susuibu.com.

Pada hakikatnya, susu ibu akan dapat lebih dihasilkan jika tubuh badan ibu mendapat zat yang secukupnya. Sebagai contoh mungkin dalam pengambilan makanan seharian kita mengandungi vitamin b namun bukan satu perkara yang mudah untuk mendapatkan lapan vitamin B yang lengkap ( atau lebih dikenali dengan b complex). Begitu juga dengan vitamin C. Mungkin anda seorang yang akan pastikan pengambilan buah-buahan setiap hari namun adakah anda tahu kuantiti yang diambil mencukupi dengan keperluan tubuh anda dan anak anda? Apa yang saya tahu, untuk mendapatkan 500mg vitamin C dari buah oren adalah bersamaan dengan pengambilan 7 setengah biji oren. Laratkah kita untuk memakan sehingga 7 setengah biji oren dengan kos makanan yang semakin meningkat? Tidakkah lebih mudah jika kita mengambil tablet asli(tiada silika gel di dalam botol) vitamin C?

Ada sesetengah ibu mempersoalkan mengapakah tiada kesan ketara ke atas pengeluaran setelah mengambil pemakanan tambahan seperti ESP, B complex dan vitamin C? Jawapannya mudah sahaja…. Pakej percubaan yang saya syorkan hanyalah untuk jangka pendek dan sesungguhnya perubahan itu memerlukan masa. Badan kita memerlukan masa untuk melengkapkan keperluan tubuh kita terlebih dahulu sebelum bersedia untuk menghasilkan susu untuk bayi kita.


Yus sendiri telah mengambil Shaklee selama hampir 6 bulan dan dengan berkat kesabaran beliau barulah memperolehi hasil yang mengkagumkan. Berlainan pula dengan sesetengah ibu … baru mencuba sesuatu produk dengan mengharapkan mendapat hasil yang luar biasa ( sama seperti golongan yang gemar dengan skim cepat kaya). Jika tiada kesan yang drastik dengan mudah menukar kepada produk lain. Tanpa ilmu dengan apa yang diambil, ada yang sanggup membahayakan nyawanya sendiri. Ada teman saya dengan bangga menyatakan produk yang diambilnya sebelum ini bagus. Namun setelah dua bulan mengambil produk tersebut mengakui terdapat kesan sampingan ke atas kesihatannya. Kini teman ini telah memilih Shaklee sebagai supplement yang membantu penyusuan bayinya.

Oleh itu carilah ilmu secukupnya sebelum mengambil sesuatu pemakanan tambahan.

Catatan Popular