Isnin, 28 Julai 2008

Oooo Nescafe

Tiga bulan lalu gigi saya sering sakit…. Nak kata kurang kalsium saya telan 6-8 biji kalsium sehari. Puas saya mencari punca mengapa saya sakit gigi. Bila jumpa doctor gigi, dia kata tiada gusi yang bengkak. Mungkin urat katanya.

Bila mengadu dengan mak…mak bertanya, kamu sering minum Nescafe ke? Saya menjawab ya… kalau boleh selepas satu jam sarapan saya pasti akan minum secawan diminum bersama biskut jacob. Entah mengapa seakan-akan addicted dengan Nescafe. Petang dan malam juga saya pasti akan buat secawan tidak lupa juga biskut Jacob.

Tertanya juga saya mana mak saya tahu saya minum Nescafe…kata mak dia juga melaluinya dulu so doctor advise to stop minum kerana Nescafe beri bad effect pada urat saraf katanya. Jadi mak pesan saya suruh stop minum Nescafe dan cuba gantikan dengan teh….memandangkan urat gusi saya ada masalah yang menyebabkan saya sering rasa seperti sakit gigi.

Mak pesan lagi supaya saya makan lebih vitamin E , b complex ,dan vitamin C selain dari pengambilan harian biasa saya. Ini kerana saya mengalami gangguan saraf di bahagian gusi. Ternyata benar, selepas dua tiga hari sakit seperti sakit gigi telah pun reda sehinggalah sekarang tiada lagi.

Benarlah kata orang…makanan yang sedap itu sebenarnya racun dalam diam. Nescafe ini memang mendatangkan banyak mudarat kesihatan. Terutamanya saraf dalam tubuh kita. Mungkin ada sesetengah orang kata beliau tak mengalami apa-apa gangguan kesihatan walau pun banyak minum Nescafe tetapi percayalah penyakit ini datang sebenarnya perlahan-lahan tanpa kita sedari…malangnya bila kita sedar rupanya ia dah menjadi kronik . Nauzubillah.

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia