Selasa, 17 Jun 2008

Pasta Tuna

Resepi ini saya perolehi dari seorang chef di salah sebuah hotel di Miri. Sehingga sekarang saya masih ingat resepi ini dan bahan-bahan juga sentiasa ada di rumah agar jika tiada idea nak masak, saya pasti akan masak pasta tuna untuk suami dan alhamdulillah beliau juga sangat menggemarinya.

Bahan-bahan ( untuk hidangan 2 orang)
1. Tuna Cili
2. Pasta Spirals
3. Bawang putih ( di potong halus)
4. Bawang besar ( di hiris halus)
5. Capsicum(lada benggala)
6. Lemon
7. Minyak zaitun
8. Parmesan Cheese

Caranya

Panaskan 1-2 sudu makan minyak zaitun ke dalam kuali... masukkan bawang putih dan digoreng sehingga naik baunya. Seterusnya masukkan tuna cili ( 1 tin ), hirisan bawang besar, hirisan capsicum seterusnya pasta spirals di gaul semuanya secara serentak.

Setelah beberapa minit api gas dipadamkan.... perahkan lemon ke dalam masakan. Masukkan pasta tuna tadi ke dalam pinggan. Taburkan parmesan Cheese mengikut citarasa anda ke atas pasta. Kini telah sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia