Kamikaze

Entah betul atau tidak perkataan Jepun yang saya tulis itu tapi yang saya pasti ia adalah gelaran yang sesuai dengan Nasa...hihihi. Nasa kini lebih berani apabila dia sudah pandai terjun keluar dari buai. Saya masih ingat lagi...ianya berlaku pada malam kelmarin. Bagai nak tercabut jantung saya apabila terdengar Addin menjerit...ibu tolong! Nasa terjun buai.
Nasib baik kami memang menyediakan bantal besar di bawah buai. Dah nama pun budak kecil...tiada akal. Memang kena banyak bersabar dengan karenahnya. Nasib baik tiada apa-apa kecederaan.

Nampak benar kini Nasa lebih ligat. Kalau dulu dia ada buat percubaan keluar dari baby cot.... tapi nasib baik kami sempat tahan. Semalam ibu baru nak ke dapur mengambil air untuk abang Addin... ibu biarkan Nasa baring sebelah dengan abang Addin. Bila ibu pusing semula Nasa sudah berada di bawah walker. Entah macam mana Nasa boleh masuk ke dalam tu. Ya Allah memang ligat budak ni. nak kat ibu ada bagi minuman manis kat Nasa, tak pernah. Namun Nasa memang hyperaktif.

Kini abah dah turunkan tapak baby cot...Nasa pasti tak boleh keluar tapi bila ibu letak Nasa dalam tu...Nasa akan menjerit sekuat-kuat hati seolah-olah ibu memukul Nasa dengan sangat teruk. Ibu pasti jiran tingkat atas tertanya-tanya apa yang ibu dah buat dengan anak ibu.

Nasa dah mula nak belajar bercakap...perkataan yang selalu Nasa sebut ialah a - bah. Puas ibu ajar cakap ibu.... hmmm tak dapat. Last-last ibu suruh cakap ma-ma....Nasa akan cakap juga a-bah. Boleh lawan cakap lagi ikut irama ibu. Ibu cakap ma-ma... Nasa masih cakap a-bah. Memang confirm Nasa ni anak abah. Jika abang Addin dulu first word nya ialah e-mak. Pasal tu abang Addin dulu tak boleh berenggang langsung dengan ibu.

Nasa juga pandai cemburu. Kalau abah dukung abang Addin, Nasa akan menjerit-jerit marah. Bila abah dukung dua-dua baru Nasa senyap. Adil agaknya pada Nasa. Begitu juga jika abah cium abang Addin, Nasa akan cuba datang ke arah abah baik merangkak atau menggunakan walker berlari ke arah abah minta cium. tak padan dengan umurnya yang baru 10 bulan ...tapi keletahnya mak oi!

Mama tok selalu kata budak ni ada musim... adakala dia suka berjaga, adakala dia suka tidur. Adakala berselera nak makan adakalanya hanya sesuap dua. Apa pun ibu doa anak-anak ibu selamat di dunia dan di akhirat. Amin.


Hi ibu... best tau kat sini!


Apa pasal lak gelap tetiba ni????


Kami kena lock kain buai agar tiada penerjunan mengejut dari Nasa


Tolong...kami dipaksa tidur!

Catatan Popular