Duit......tak ada nilai dah!

Ya Allah ....nak tercabut jantung bila Pak Lah announce harga minyak naik up to 40%. Kawan kata,gaji baru naik tahun lepas, ingat legalah sikit ...tapi bila dah jadi begini nampaknya impact naik gaji takde langsung! Saya pastinya terasa kerana saya tiada gaji, 100% suami tanggung. Memang ikut hati nak sambung kerja tapi abah Addin kata, takpe biar susah dulu senang kemudian.

Bila baca paper....Pak Lah kata mari kita membendung kenaikan harga barang tapi harga minyak siapa yang naikkan? Pada saya dalam teori ekonomi ada menyatakan harga barang akan naik bila dd (demand) is more than ss (supply)...jadi usaha kerajaan sepatutnya fikirkan bagaimana nak tingkatkan supply.

Bila minyak sudah naik harga yang lain pun sibuk nak naik juga. Masih saya ingat lagi dengan sebuah kedai gunting rambut. Jika 3 tahun dulu kos potong rambut saya ialah RM12 tapi sejak tahun lepas bila minyak naik 30sen, kos sudah naik kepada RM15. Saya tanya kenapa mahal? Jawapan yang mudah harga minyak naik. Hmmm saya tanya lagi apa kaitan harga minyak naik dengan potong rambut? Sebab kalau setakat minyak pelincir takkan you all guna minyak kereta kot? Jawapan yang mudah... kos tambang pekerja pergi dan balik sudah mahal sejak minyak naik. Dan kini minyak sudah naik sehingga RM0.80 dan saya yakin kos potong rambut saya akan jadi RM20!!!!

Okeylah jika ada kawan beri suggestion, takpe lepas ni potong rambut sendiri tapi if lepas tu kita sendiri pun tak berselera tengok muka kat cermin pun tak guna juga. Nak tak nak kena akur dengan kehendak semasa.

Bila beras naik harga, ada kawan buat lawak... takpe aku nak makan roti aje. Addin yang suka makan roti canai pernah satu hari saya tanya Addin nak makan roti canai hari ini? Apa jawabnya? Tak naklah bu, bosan makan roti canai sebab Addin rasa muka pun dah jadi macam roti canai. Nak tak nak...sekali lagi akur dengan peredaran semasa.

Inilah hakikat hidup...negara yang membangun seperti Malaysia memerlukan pengorbanan rakyat yang besar. Mudah-mudahan Pak Lah boleh fikirkan alternatif lain untuk bantu ringankan beban rakyat. Subsidi RM625 bukanlah satu yang boleh dibanggakan jika itu adalah satu-satunya penyelesaian kepada kenaikan semua harga barang!

Catatan Popular