Sabtu, 7 Jun 2008

Cubalah....

Saya mendapat email dari puan Katy, beliau bertanya bagaimanakah nak memperbanyakkan susu ibu terutama sementara dalam pantang dan bagaimana nak pastikan susu sentiasa banyak walaupun bekerja.

Apa yang biasanya saya syorkan dan ianya menjadi amalan saya dari anak yang pertama lagi.

1. Banyakkan minum air. Orang selalu kata saya dah banyak minum air sampai kembung perut. Masalahnya bila ditanya berapa liter sehari, tiada jawapan yang pasti. Apa yang baik diamalkan ialah, sukat air sekurang-kurangnya 4.5liter sehari paling minimum. Pastikan saudari menghabiskan air yang telah disukat itu.

2. Amalkan pengambilan supplement seperti b kompleks + folic acid, vitamin C, ESP. Ia membantu pengeluaran susu yang berkualiti berbanding tiada pengambilan apa-apa supplement. Supplement ini juga membantu ibu2 yang bekerja menangani stress kerja dengan baik, dengan ini tidak akan sesekali menjejaskan pengeluaran susu. Amalkan secara konsisten. Adalah baik jika tidak mencampurkan banyak jenama produk dikhuatiri kurang kesan dari sepatutnya diperolehi.Pengambilan supplement yang berdisiplin menjamin pengeluaran yang produktif.( bagi anak yang sering sakit, ibu digalakkan mengambil vitamin antioksidan)

3. Lakukan pump session pada waktu bekerja. Ini sangat2 penting agar badan kita tahu bahawa dd(demand) sentiasa ada.

4. Manjakan diri dengan mandi dengan air suam panas. Membantu melancarkan peredaran darah. Berurut sekali sekala.

5. Amalkan pemakanan yang sihat... banyakkan memakan ulam dan sayuran.

6. Banyakkan doa. Berdoa sangat penting kerana ia adalah tunggak kehidupan.

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia