Selasa, 3 Jun 2008

Bila anak dah pandai gigit....

Seminggu saya menanggung kesakitan yang tak pernah saya alami. Nasa suka menggigit nipple sehinggalah satu hari ia luka sangat-sangat teruk. Saya terpaksa meminta abah Addin dan Nasa membawa saya ke klinik Sim. Doktor sendiri terkejut melihat luka yang saya alami. Doktor Sim bertanya adakah ianya luka akibat terhiris oleh pisau...adakah patut, soalan sebegini rupa? Saya menjawab dengan nada kecewa...doktor, ianya luka kerana anak saya gigit sambil menyusu. Doktor dengan confident menjawab, kalau begitu kena stop bf supaya ianya cepat baik.
Saya senyum kambing melihat doktor Sim...Dalam hati saya berkata, kalau setakat nak beri nasihat itu ramai kekawan saya yang boleh beri nasihat percuma.

Saya meminta doktor memberikan ubat sapu agar luka itu cepat baik. Memang luka kali ini sangat-sangat menakutkan. Mana taknya, ia terbelah seperti hirisan pisau yang panjang. Agh!!! Sakit tak terkata. Airmata pasti mengalir apabila Nasa menghisap yang sebelah luka itu. Bayangkanlah bila saya batuk atau tersedak pasti akan berdenyut tempat yang luka itu. Hari yang sama abah belikan ibu nipple shield. Tak berkesan seperti yang saya harapkan.

Doktor juga membekalkan saya antibiotik untuk dimakan secara rapi selama 5 hari.Ini part yang saya paling benci dalam hidup apabila terikat dengan ubat yang perlu dihabiskan dalam masa yang ditetapkan.Doktor kata ubat ini penting supaya luka itu tidak menjadi semakin teruk atau bernanah. Aghhhh... bernanah? Tidak!!! Takutnya.....
Saya sempat bertanya dengan doktor bagaimana jika saya makan vitamin? Doktor kata terpulang namun ia mungklion perlu lebih dos.

Pulang dari kliniok saya mencario bahan-bahan nota saya...apa yang penting dalam meningkatkan imune system...jawapannya ACE dan garlic. Apa lagi sejak malam itu saya makan vitamin 3 kali sehari especially ACE dan garlic. Ini demi memastikan agar tiada nanah atau jangkitan pada tempat luka. Alhamdulillah selama 6 hari saya melalui hari-hari yang hanya Allah sahaja tahu. Kini genap hari ke lapan, ia sudah sembuh seperti sediakala. Saya buang sahaja antibiotik yang saya dapat dari doktor tempoh hari.

Puashati saya,segala ilmu yang saya pelajari dari buku nutritionist memang berkesan jika kita tahu mana kebaikan setiap makanan yang kita ambil. Benarlah kata orang...jika tak kena mana nak tahu kesannya. Alhamdulillah syukur pada Allah menemukan saya dengan vitamin yang baik dan berkualiti.

Sebelum saya lupa,saya juga menggunakan lettuce untuk dilekatkan pada nipple yang luka agar luka tidak merebak. Bagi yang mengalami masalah yang sama, jangan putus asa...teruskan bf kerana kesakitan itu merupakan kifarah atau pengampunan bagi segala dosa-dosa kecil.

Euphoria Shaklee Malaysia

Euphoria Shaklee Malaysia