Berapa banyak air?

Ramai yang menghantar email mahupun mesej bertanyakan kepada saya berapa banyak airkah yang perlu di minum dalam sehari jika kita mengambil supplement ?

Jawapan yang biasa saya berikan ialah sekurang-kurangnya 4.5 liter air sehari. Namun pada hakikatnya ia bergantung pada individu itu sendiri. Saya cuba memberi contoh yang paling mudah. Jika kita hendak mencuci seluruh lantai rumah kita... kita pastinya memerlukan sabun. Bagi memastikan kita mencuci dengan bersih kita perlulah membilas air dengan banyak agar lantai lebih bersih tanpa ada sisa-sisa sabun tadi. Namun kauntiti air yang digunakan adalah bergantung kepada luas lantai. Mungkin lantai rumah saya kecil maka penggunaan air sebanyak 4 baldi sudah mencukupi...tetapi jika lantai rumah saudara/i lebih luas maka mungkin ianya memerlukan 6 baldi air untuk membilas.

Kesimpulannya hanya kita sahaja yang tahu berapa banyak air yang tubuh kita perlukan. Lagi banyak yang kita minum lagi bersih dan lancar peredaran darah kita. Jadi marilah kita minum sebanyak mungkin....

Catatan Popular